My Tomey-Lotey Followers

Thursday, April 30

Basikal & Nurul


Sounds awkward, tapi ni ar area penceritaan yang aku nak sentuh hari ni, semuanya berkisar pasal basikal dan jugak seorang budak yang bernama Nurul. Ni cerita masa aku kecik2, masa aku baru belajar erti kehidupan selain setiap ari memikirkan bagaimana mahu membodek mama untuk belikan aku ais krim asam boi yang sangat aku minati, walaupun aku tak boleh kerana aku menghidapi lelah kronik suatu masa dulu.

Balik semula pada basikal dan satu budak bernama Nurul. Petang itu, kakak ajak aku naik basikal sama2... aku mula mengesan suatu yang buruk bakal berlaku [padahal aku tak pikir pape, terus setuju nak join sebab dah excited orang ajak main sama2]... appear to be that jiran aku, iaitu kakak kepada Nurul dan Nurul itu sendiri dah tunggu kat luar... harap maklum, Nurul ialah jiran merangkap classmate aku masa darjah 1 & 2... :p

Jadik kitorang pun jalan2 bersama naik basikal petang tu... tetiba entah kenapa kakak aku ni, naik antu apa agaknye, berhajat untuk organize pertandingan lumba basikal peringkat kawasan kejiranan rumah aku... n lupakah dia aku adalah pembonceng tegar kat belakang ni? tak macam bahaya bakal mengundang pulak kat aku lebih dari 80% kan?...

aku terpaksa senyap jek sebab dia yang ada hak kuasa mutlak terhadap basikal tu... aku pun pasrah jek ar... sejurus selepas pertandingan lumba basikal ni start, aku sering berdoa semoga takdek pape berlaku pada aku, aku nak idup lama lagi... kakaka...

Out of the blue, akak Nurul dan Nurul berjaya pecut dan betul2 berada kat sebelah aku... Nurul pun pembonceng gak, macam aku... tetiba dia hulur tangan n suruh aku pegang tangan dia, konon macam cerita Mukhsin lar dia punya ke-sweet-an... aku pun apa lagi, pegang jek ar tangan dia, dah dia kasik kan?...

Nak dijadikan cerita, akak dia boleh plak bantai pecut dan akak aku kalah, n guess what? aku pun ikut pecut jugak, tapi pecut lantas tergolek dari basikal... ingat tak aku masih pegang tangan Nurul?, dan the best thing is akak Nurul plak pecut selaju mungkin dan aku terseret atas jalan sampailah aku lepaskan tangan Nurul.

Hasilnya lutut aku luka, akak aku dah siap sedia nak call bomba... aku cakap bwat pe nak call bomba, call ambulance ar... apa ar ko ni! [sempat plak aku nak cakap camtu kan]. tak cukup ngan lutut luka, aku balik mama aku dah siap sedia ngan rotan kat tangan. Mama tiada mercy, walaupun kondisi aku luka begini, dia masih tegar merotan aku, yang pasti, kakak dapat kiraan rotan tertinggi petang tu kerana dia menjadi penyebab adiknya terseksa.

p/s: inilah hasilnya kalau kita buat dosa, [pegang tangan bukan muhrim haram hukumnya kawan2], akak aku plak tobat tak mo bawak aku naik basikal lagi, mama makin sukar untuk dibodek membeli ais krim asam boi favorite ku.

No comments:

Kolam Ikan Encik Eipul