My Tomey-Lotey Followers

Wednesday, April 29

:::gigi bertabur bagaikan guli:::

dulu, masa aku still berhingus dan sering disikat rambut oleh mama, aku suka main kejar-kejar dan menyelit-nyelit di kalangan orang ramai kerana itu sangat menyeronokkan. Perangai ni terbawak2 sampai ke aku melangkah ke alam persekolahan tengah, yakni sekolah menengah... hoho

aku ada kawan, dia pun sangat childish, sama cam aku... hahak, ni kisah time kitorg baru form 2 kowt, i can't remember the exact time of occurrence... hell yeah, kitorang sangat suka berlari-lari, nak gi kelas, balik kelas, even nak masuk surau pun kitorang berkejar... sangat aktif...

ada satu malam ni, aku consider sebagai malam malang bagi aku...

kitorang as usual, berkejar2 lepas balik prep [kelas persediaan malam, back then kat mrsm mersing]... sampai kat koridor surau, ada ramai sangat orang, dan aku paling tak suka keadaan macam ni; orang ramai kat depan n jalan bagaikan ratu elizabeth yang pakai stiletto 8 inchi sambil melambai orang2 kat tepi dengan kadar 1 langkah per minit bagi setiap lambaian, n the worse thing is, aku terpaksa ikut pace yang sama macam diorang... it is totally a mental distraction for me...

aku pun apa lagi, menyelit-nyelit celah diorang, kawan aku pun sama, lepas dah berjaya mengharungi diorang yg aku consider berbau rancid, aku dengar kritikan kurang membina dari kelompok, should i say lembab tadi?, "weyh, korang laju-laju ni nak g mana? rilek ar, macam lar ada tenuk ghairah yang nak sondol korang sekarang..."

i was like, wutever guys!, ada aku kesah??... yang penting aku perlu lari dari distraction yang korang wujudkan, tu je yang aku tahu... tetiba nak dijadikan cerita, kawan aku geletek aku n lari, so aku pun kejar dia...

n i was like cepat kejar dia!!, tak kira, nak balas dendam balik... i mean, nak geletek dia balik... so aku pun kejar dia, sampai dekat ngan entrance surau, i didn't notice at all lantai masa tu sangat slippery, kawan aku sedar n he was like, perlahankan kelajuan kowt, aku plak makin laju sebab nak balas dendam punya pasal, sehinggalah...

right before entering pintu entrance surau, there was i, trampled [tersembam] with my face on the floor, apa yang aku ingat, mulut aku tercalar sikit, kepala ala-ala dizzy, and i can see stars menari-nari atas kepala... n the worse thing is, aku rasa gigi aku macam retak, [sampai sekarang masih retak]... kat tepi koridor tu aku nampak serpihan gigi aku... aku tak taw nak buat apa, aku terus baring meniarap macam tu selama lebih kurang 6 saat, sebab nak fikir apa yang patut aku buat...

the guys yang tadi kasik kritikan kurang membina datang, bukan berhasrat nak tolong, tapi lantas berkata "hah padan muka kau, tu lah kalau asik nak main jek... kan dah tergolek! Ha ha ha"

aku senyap menyepi, tak taw nak kata apa... malu tok sah cakap... rasa macam nak teleport ke bilik sekarang kalau boleh, orang dalam surau dah start terjengah-jengah, wondering apa yang terjadik kat aku... i'm fine guys, don't bother, just that my tooth's broken, n i can hardly smile for now... :p

sejak tu, aku dah tak berani nak berlari-lari dan berkejar-kejar tak tentu hala...sampaikan acara sukan sekolah macam lari 100 meter serta lari berganti-ganti pun aku fobia untuk sertai [padahal tak layak pun].... muahahaha~

No comments:

Kolam Ikan Encik Eipul