My Tomey-Lotey Followers

Monday, May 18

bila mikrob kelihatan seperti dakota fanning dalam Push = seram dan sedikit unsur mikro-biol terselit ceria

seseram tajuk, apa yg aku boleh kata,
dakota fanning dan mikrob seperti Clostridium botulinum bagaikan kembar,
tak tahu mengapa...

sama seram, dua dua jika dilihat secara ghairahnye,
kelihatan seperti zombi dahaga milk shake buatan Kelis...
dapat pulak time aku tgh tgk Push, buku Tortora ada kat tgn kanan aku
[sape amek course mikrobiologi angkat bulu idung]
aku dalam dilema secara jujurnya, dalam keadaan retardation,
keadaan dimana kemampuan otak diberhentikan atau sebagaimana masyarakat desa selalu kata...

"ekau dah sewel ko jang?"

sewel, sepertimana korang dah biasa paham,
kata lain baginya, kalau tak lain tak bukan, biol...
lagi2 lepas terbaca blog Azwan Ali masa aku tgh dalam ekspedisi jelajah blog2 orang tadi...
bagai nak gila, dengan tulisan guna CAPS LOCK tak henti2 dalam entri,
ayat makian kasar bercampur aduk ngan ayat memuji Tuhan...
sekejap hanjeng itu ini, sekejap syukur pada Ilahi,
kalau kasik kat Mr. Gunasegaran, manager kilang cili giling, suruh baca,
dia bakal bertepuk dahi ngan bini dia masa tengah makan manisan sambil cakap

"yenna solinggiye???!!!" sama2 dalam kiraan 1,2,3 menggunakan bahasa korea
[matila aku kena pukul ngan Jeya]

haih, dunia sekarang macam2...

aku baru balik dari kedai runcit, beli tepung cap sauh...
[tiba2! normal lah ni, semua orang suka cekodok kan?]
harga dia dah rm2.70, dulu rm3.00...
nampaknye ekonomi malaysia makin pulih... :-)
[ada kaitan ke?]

yg penting, Kokopelli masuk jalan2 cari makan semalam...
ayah aku cakap harga dia boleh buat ketua2 kampung pengsan lepas kena senggugut!
masakan tidak, lamb shank rm32++,
kuey tiaw yg selalu jual kat pasar rm2, dia jual ngan harga rm10++...
dah kata Kokopelli Travellers Bistro, haruslah mahal betul tak?
kalau tak, bukan bistro namanye~
nisha bakal berbangga lah tu, kedai pak lang dia masuk tv3...
tapi tak nampak pun byg2 ko nisha...
haha

aku tertarik ngan bait lagu taylor swift, masa aku tgh gigit2 bibir lepas minum susu soya...
"i close my eyes n the flashback starts"
haih! tetiba aku teringat bibir aku pernah pecah satu masa dulu...
bukan sebab puak pemisah tanam n pijak periuk api di tepi bibir mungil aku ni... tak!
dan malangnye bukan disebabkan dream gegerl aku kucup bibir merah delima ni... huhu

tapi ni semua pasal main kat taman permainan...
kononnya percutian famili lah, aku, dan adik beradik lain main sesama...
mak ayah aku plak dating pegi mana tah,
azan maghrib tgh bekumandang...
kitorang asyik main lagi...
aku tgh bergayut kat tiang...
along tolak2...
aleh2 dia tolak adik dia ni kuat sangat...
apa dia ingat adik dia ni cyborg ke apa?
dan barangkali otot aku tak se-tough Leonardo Da Vinci masa tu
[adakah makhluk Itali ini tough hendaknye?]
maka aku tersungkur hiba,
bibir mungil aku paling first tersujud syukur masa tu...
hidung aku calar,
position aku memg macam sujud dalam sembahyang waktu tu...
apa yg aku ingat, darah keluar macam air mata air dari bibir,
aku tertelan setitik dua... ehm, boleh tahan manis, macam air rosella,
terus pegi klinik utk dptkan rawatan susulan... :p

seminggu classmate aku jauhkan diri dari aku...
katanya takut, aku iras2 perompak dalam cerita sembilu
[ada watak perompak ke dalam cite tu?]...
yelah, aku pergi kelas pakai penutup mulut,
malu ngan bibir baru pecah yg kembang mekar bak kena suntikan kolagen ni...
siapa sangka, bibir aku dah jadik idola makcik2 dobi kat sri kembangan nun,
persis akak anita sarawak... [seksis, kudis, kacang buncis ...hoho]

tiada lain, ustazah hanya mampu cakap kat aku,

"lain kali jgn main masa azan ye cu" eh, ni dialog nenek aku, silap!

"masa azan kena duduk diam2 saiful, wahai sin-alip-ya-fa-wau-lam, jangan main2 ye... tgk dah kembung bibir tuh..." lembut nasihat dia.

sambil tu, dia sempat offer kat aku suruh beli purdah kat dia, katanya lagi best dari pakai mask...
aku menolak dengan sopan...
kata aku "saya kena tanya mak saya dulu ea ustazah. in the mean time, saya reserve yang warna biru ni taw"...

cukup lah aku men-sewel pepagi ni...
kesimpulannya, dakota fanning sangat iras hantu walaupun dicalit mekap tebal...
pelik juga, kenapa dia tak jadik hantu dalam cerita Push?
aku juga terpaksa ulangkaji mikro-biol loji sehingga aku disahkan biol...
maklumlah, kehangatan kian terasa.
merasa lah aku, exam makin dekat.
alhamdulillah aku tak start revise lagi.
:-P

No comments:

Kolam Ikan Encik Eipul