My Tomey-Lotey Followers

Monday, May 25

Sincere Gratitude

penat macam shit lah aku kena kemas bilik!!! adoiyy
sape yg ada career yg bersangkut paut ngan kerja2 mengemas2 ni memang aku tabik spring toink2 kat depan lobang idung diorang... siyes!

terutama sekali makcik2 yg keje jadik bibik, lagi2 bibik kat kolej aku ni ha... aku kalo boleh nak buat satu persembahan nyanyian solo lagu Justin Timberlake [like i love u] depan makcik2 ni, just untuk menghargai penat lelah diorang...
penat ko taw tak? haih!!!

sempena aku dah penat kemas bilik ni, aku rasa tetiba nak buat sincere gratitude penting untuk makhluk2 yg menetap kat bilik aku ni.

Kepada semut2 yg rajin singgah kat balang gula dan sos cili Aminah Hassan aku, terima kasih, sebab korang, aku jadik sewel... korang memang buat life aku miserable.
Sebagai balasan, aku picit kawan2 korang sampai pengsan tekuar taik. Some of u sempat lari, aku ucapkan tahniah sebanyak sepuluh kali... Korang aku cadangkan buat latihan untuk sukan olimpik yg akan datang, acara lari bersilih ganti. adakah mahu? kalo serius nak jalani latihan insentif, aku ada number telefon Alex Ferguson [aku tak pasti dia ni terlibat ngan acara sukan olimpik atau tak]

Kepada cicak2 yang suka datang kat meja study aku ni, terima kasih bebanyak, sebab korang, aku terpaksa bersihkan butiran nasik berbelang itam putih yg korang selalu tinggalkan atas meja aku. perasaan aku terharu masa aku terpaksa kemas segala tinggalan korang. owh, tak lupa jugak aku berterima kasih kat korang sebab selalu buat kejutan kat aku masa tgh type blog, korang keluar secara tiba2 entah dari mana, aku memang terkejut. sumpah! korang boleh berlakon dalam cite seram david teo taun depan. ada kawan korang terperangkap dalam cawan atas meja ni, tak dapat kuar, so aku dgn baik atinya pergi amek air panas dalam water heater dan curah kat atas kawan korang. niat aku nak menolong dia kuar dari cawan, tapi dia dah tak bergerak, so aku pun buang jek dia dalam longkang. aku harap dia bersemadi ngan tenang kat situ. kalo korang nak, aku boleh bawak korang g jumpa dia utk kali terakhir... mahu? aku ada contact imam surau terdekat suruh buat talkin, tapi dia tak datang2. agaknya dia tgh bz tu. takpe jap gi aku miskol dia lagi sekali.

kepada nyamuk2 yang bila senja mesti datang tgk2 kan aku kat bilik ni, terima kasih, sebab korang badan aku banyak bintat. merah2 macam kena gigit kerengga. korang memang the best. darah aku memang sedap kan? sampai sedut sekali masih nggak cukup. cuma budi baik korang je yang aku belum balas. takpe, nanti aku try beli spray nyamuk, korang kan suka ngan perfume tu kan? kan? pengsan sikit tu takdak hal lah kan? kan? wtf

heyy yeah!!! [gaya stacy]

okay, let me regain back my sanity...

demmit ar diorang neyh, hidup aku faktap bila diorang ada kat bilik ni.

anyhow, aku nak cite aku pegi jejalan lagi ngan eqal n paan semalam. kitorang g karoke, g shopping kat sg. wang, g pavi sekadar window shoping, aku dah pasang niat nak beli ada satu sweater kat zara. siap lah ko, dapat duit nanti, aku carik ko sampai dapat!

jap g aku nak g carik keje...
doakan aku dapat keje yang gaji lebih rm5k taw... supaya aku boleh shopping sakan n g melancong kat Alaska... saja nak tgk kehidupan kat sana and amek sample bakteria yang idup kat situ untuk dibuat kajian pensampelan bakteria. hoho

p/s: kalaulah semut tak suka benda sweet cam gula dan lebih prefer menghurung tahi lembu, that would be sweeter. kalaulah cicak tak keluarkan tahi belang2 itam putih sebaliknya dia lebih prefer kuarkan tahi yang warna pelangi dan tidak jijik, aku akan bela 8 ekor cicak dewasa dalam balang yang cantik dan buat dia seperti ikan laga yang disimpan dalam akuarium. kalaulah nyamuk tak suka gigit orang and isap darah dan lebih prefer gigit kucing dan isap darah diorang, aku akan bertepuk tgn bersama monyet peliharaan uncle Harun. kepala lah hotak!

p/s 2: aku tak suka kucing sombong. kalo aku panggil siap jeling. bila aku datang dekat, lari lintang pukang. nak aje aku kasik sedas pelempang kat dia. ingat ko tu cantik sangat? aku tak hadap lah nak pegang korang! aku suka becok. becok seekor kucing manja yg comel. bila aku mengiow, dia akan balas balik ngiow-an itu. becok, u r the best. kalau mak aku kasik aku bela kucing, aku akan pilih kau becok! sumpah!

5 comments:

nurul said...

best cara awk menyampaikan isi hati.. Hihi..

nnt akn letak link di blog sy.. thanks visiting my blog.. :)

jemput dtg lagi..

EIPUL said...
This comment has been removed by the author.
EIPUL said...

haha, thanx...
saya akan dtg tiap ari wokehh?
nanti buatkan teh o ais laici taw...
maw x? x maw? ('_' ")

Nurul said...

xmaw2... huhu~

piki.. ape rasa ntah teh o ais laici

EIPUL said...

sedap lorh...
takkan rasa berdebar plak...
hoho

Kolam Ikan Encik Eipul