My Tomey-Lotey Followers

Tuesday, May 19

Tadi aku pegi Mid atau terjoin rancangan sensasi Amazing Race?

eqal msg ajak g mid tadi,
lama kowt tak jumpa dia...

msg dia bebunyik macam ni...

"jom gi mid.bowling.arini murah cket.esok plak g genting.rabu g karok. nak?"

sebab aku excited, teharu ada sikit,
al-maklumla aku da bekurun kowt tak jejalan...
[padahal tak sampai seminggu lagi pun]
aku terbaca msg tu mcm ni...

"jom gi mid.bowling.arini murah.esok plak g genting.lepas bowl kita g karok plak.nak?"

perkataan karok tu memang sensitip.

"wokeyh!!! teh tarik kurang masin satu!!!"
[tetiberr!!]

wokeyh eqal, takdak hal lah! karena karoke, aku sanggup kuar.
suka! suka!

sebab excited ter-overdose, aku terus menari salsa sambil makan keropok Super Ring dalam bilik.

aku bersiap. pakai cardigan segala-mala. perfume arini Burberry.
suka! suka!
sempat jugak lah aku habeskan tgk separuh cite x-men. awal lagi katenye.
mid dekat jek kowt! naik komuter watsoever, dah sampai.

aku capai kuda, terus kayuh sampai stesen komuter.
kasik satu paket jerami padi, supaya kuda tadi tak lari.
then, terus head ke Mid menunggang komuter.
ada seat kosong. aku duduk sebelah sorang pakcik. muka dia ada iras mahatma ghandi.
tapi more edgier. more to komuniti asli gunung nepal.


haih!

pepaham jek ar, dalam tren kita bakal duduk berhadapan ngan orang2 yg tak kenal.
jadik, aku tak selesa, takut bila aku pndang diorang, diorg pandang balik. muahaha.
untuk elakkan aku tertgk muka2 diorang, aku pun belek2 henpon.
aku terus msg eqal.

"aku dalam tren ni. ko da sampai ke?"

dia reply "aku baru tunggu bas. ko da sampai nanti terus survey harga ea"

kucing betul budak ni. aku ingat dia da sampai~
rupanya aku yg bakal sampai dulu.

tetiba aku terbau sumthg. nak kata bau lasagna, tak jugak.
bau dia macam minyak bijan campur belacan goreng.
masam2 kepam orang selalu kata.
eh, tidak!!!
it can't be!!!
fushhh!
masam dia makin menusuk.
aku cuba suruh otak aku recall bau apa ni...
tu diah!!! aku baru teringat!
ni bau ketiak kepam lah sengal! owh, takde sape lagi suspek utama tak lain tak bukan uncle iras mahatma ghandi ni.
aku bukan nak tuduh. dah dia jek yg duduk sbelah aku. siapa lagi?
[eh, sila jangan pandang aku!]
aku bau burberry okkay! please recall tadi aku pakai perfume sebelum keluar.
terima kasih pakcik, sebab pakcik, hidung saya terseksa. :p

ok, cukup pasal ketiak.
lambat plak nak sampai Mid.
so aku pun belek2 henpon lagi. aku baca msg2 yg ada.
kalo tak penting, aku nak delete.
aku terbaca balik msg eqal tadi.
lorh~ dia nak main boling jek arini...
rabu baru nak g karoke...
aku ingatkan arini pas boling, terus g karoke...

aku terus gelabah lelabah,
kalo boling saje, baik aku tak ikut...
huahua...
aku terus msg dia,
kata aku takmo boling, aku nak karok jugak arini...
lama gak ar bergusti berdebat segala mala guna msg.
aku cepat2 call REDBOX, tnya hari ni berapa ringgit...
murah!! rm8+ jer...

aku dah sampai mid.
diorang still ada dalam bas.
diorang suruh buat back up plan.
so aku pun terus naik atas, tgk harini boling berapa ringgit.
ok, rm6 satu game.
fuiyohhh! mahal gler! [utk aku yg x suka boling]

so, aku pun tunggu diorang kat boling midvalley tuh...
nak gerak sama2 lah kunonnye nanti...

tetet! tetet!

ehh, henpon aku bebunyi plak. ada msg.

"aku lalu depan monorel tadi. terus aku turun. so, kita jumpa kat loyat jek ar ea"

hs4455$%##@YYgh^**@#$%*()!!!!!!

hah! hambek ko!
aku pun tak paham apa yg aku carutkan.
kucing betul budak ni!
lain kali gtaw ar awal2...

aku terus gelabah. skrg dah pukul 4.
aku booking karoke tadi kul 5.
aku pun berlari turun ala2 peserta amazing race.
haih!

tetiba aku jadik blur.
mana pulak exit nak g komuter ni?

aku lalu depan Baskin n Robbins,
tadi aku tak lalu sini...
yg aku ingat mid ni ada south, north ngan center court...
komuter must be sumwhere ujung2...

so, tadi aku da sampai kat north court, tapi takdek plak stesen komuter.
aku pun patah balik kat south court, eh, bukan gak...
setau aku sebelum keluar g stesen komuter, ada kedai teddy tales ngan jusco...
tapi ni ada Topman je...
so, aku patah balik g north court... haih!
takde gak...
tetiba aku terpandang sign board...
argghh! patut ar...
ni level 3, mmg ar takdek... stesen komuter kat bawah...

nampak tak kat sini? aku macam bertawaf sambil lari2.
penat dia macam ko pergi perlis jalan kaki dari singapore.
[haih, over pulak!]

obviously, aku sangat dah lama tak g midvalley... :p

sampai pun kat komuter!
badan aku dah berpeluh2.
aku cuba cium ketiak aku. wangi!!
[yelah, aku takut karma terjadik nanti... aku takmo org sebelah ngumpat kata ketiak aku kepam pulak]

sampai kat loyat, aku carik eqal...
dia tak sampai lagi rupanya~

aku pegi uruskan tempahan,
tunggu dalam 5 minit, eqal sampai,
owh, bawak 2 org lagi kawan dia...
tak kesah ar... yg penting aku dapat lepaskan gian...

tadi banyak lagu baru yg aku suka dah ada...
katy perry - thinking of u
lady gaga - poker face, just dance
hujan - dugaannya, pagi yg gelap, aku skandal,
taylor swift - love story

yg penting, aku puasssss!!!
hehe...

skrg aku terpaksa karoke ngan buku mikrob aku plak...
al-maklumlah test aku khamis ni.
alhamdulillah aku tak baca pape lagi.

No comments:

Kolam Ikan Encik Eipul