My Tomey-Lotey Followers

Tuesday, May 5

Tahukah Anda?...

Tahukah anda bahawa sang buaya menghadam makanan sehingga ke tulang belulang?

Bayangkan anda digigit manja oleh sang buaya sambil terjerit lalu pengsan,
sang buaya akan menggigit anda sedikit demi sedikit,
dari hujung kaki hingga hujung kepala,
dan menelan anda lalu menyebut "erk, ALHAMDULILLAH~"
setelah beliau kekenyangan
[cukup! jangan teruskan!!! bisik hati anda]
...tapi kita harus teruskan rancangan thriller ini.
Ini adalah arahan penerbit.
Semua bahagian tubuh gebu anda akan dihadam dalam perut sang buaya, termasuk tulang belikat anda serta tak lupa tulang yang menyelaputi pankreas anda.
Sehinggalah semua hancur bak debu-debu cinta.
Jikalau tiada percaya, sila pergi ke zoo negara dan meminta sample feces [tahi] sang buaya dan membuat kajian kromatografi gas sample feces itu dan juga ujian Thalasemia [tak dek kena mengena occay!!!].
Ini siriyes!

-----> Sumber dari Ulu Bernama dan jiran2 terdekat.

"Tetapi adakah sistem perut kami yang bergelar manusia sama seperti sistem perut buaya yang comel itu?!!" tanya salah seorang dari kami dengan excited sambil menjingkit kaki seperti ingin melakukan gerakan tarian balet.

"Tiada sama!!!" ujar pensyarahku dalam bahasa Uganda dengan nada serius walaupun dia tersenyum simpul sambil menggigit pen berwarna magenta [ini aku tambah sendiri]

"Jikalau anda ingin melakukan eksperimen, cubalah beli rangka ayam yang semenjak dua menjak ni menggamit tumpuan pelancong dalam mahupun luar negeri. Gigit rangka ayam itu sehingga habis dan telan semuanya tanpa mengunyah. Cuba lihat apa yang berlaku pada feces anda besok hari, itupun jikalau feces anda boleh dikeluarkan. Saya rasa anda akan menghadapi kesukaran untuk melakukan proses penyahtinjaan pada waktu itu!"

"argh tidakkk!!! enggak mahu SEMBELIT!!!" jerit aku dengan slang British.

Seperti tidak sangka, semalam aku baru membeli tiga ekor rangka ayam di pasar malam berdekatan.
Mujurlah aku hanya mencubit isi ayam sambil menolak tepi tulang belulang sang ayam.

Pensyarah aku tersenyum bangga kerana penjelasannya sangat bernas.

Kami semua tunduk sambil beristighfar, kerana tidak mahu membayangkan peritnya situasi sembelit.

Encik pensyarah seperti dapat membaca gerak geri terrified anak muridnya lalu menukar topik perbualan.

Tajuknya adalah "Lembumu Adalah Ibu Susuanmu Jua"

Tahukah anda bahawa kaum nomad mengembara membawa binatang ternakan mereka bersama-sama? contohnya lembu.

Pabila dahaga, mereka mendapat susu segar secara langsung dengan menghisap udder [punca susu keluar atau lebih dikenali dengan gelaran kelenjar mamari] lembu itu.

Oleh kerana peristiwa kurang bermoral itu, kini, lembu betina yang banyak berjasa dinaikkan pangkat oleh ketua puak nomadic menjadi ibu susuan mereka.
ada jugalah beberapa gosip hangat tersebar bahawa didapati Sang lembu kadangkala mendapat hadiah hari ibu daripada kaum nomad yang prihatin pada setiap hari ahad kedua dalam bulan May.
Ini Siriyes!

3 comments:

shah_ariel said...

sjk ble plak class kite sume ble phm bnyk bahasa nie..mmg siriyes..

JohanPrinze said...

wah! dah ada blog rupanya! aku link kau!

teddyeipul said...

shah_ariel: sejak aku teka Dr. Karim tu asal dari Uganda... betul ker?? nguehehe

JohanPrinze: LOL, thanx a lot~ :p

Kolam Ikan Encik Eipul