My Tomey-Lotey Followers

Wednesday, June 17

Aku seorang pelajar, kau tahu?

Sempena Sem 5 dah nak mula tunjuk lubang idung dia kat aku sekarang ni, aku terasa lebih baik aku cerita sedikit sebanyak pasal course yang aku ambik sekarang. Basically, aku ambik Bacelor Sains dan Teknologi Makanan kat UPM Serdang. Bukan, ni bukan course yang mengizinkan korang main masak-masak ataupun berkomunikasi dengan makanan. Kitorang more to analisis makanan, keselamatan makanan, pemprosesan makanan, yada yada yada. Aku taknak bincang banyak sangat pun pasal course aku ni, bosan kot.

Yang aku nak emphasize kat sini adalah coursemate aku. Actually coursemate aku ramai. 100 lebih. Ye, aku tau, macam bilangan rusa nani kan? Aku nak cerita pasal yang rapat ngan aku je lah. Lelaki korang boleh kira ngan jari kaki je. Tak sampai 20 orang pun, Malay lah. Tak termasuk ngan Chinese segala. Antara yang rapat ngan aku contohnya Shahril, Apiz, Afiq, Alep, Wan, Napi. Sebab kitorang satu kolej kot, kecuali Wan. Wan kolej lain tapi selalu lepak2 menyemak kat kolej kitorang… hiks.

Banyak yang kitorang buat sesame. Contohnya ada satu hari ni kitorang pergi buat ekspedisi berkelah bagai kat Sungai Congkak. Best lah jugak. Rasa nikmat macam minum air asam boi masa berjemur kat terik matahari agaknye. Berendam tu memang sudah tentulah hebat rasanya. Sampai Nisha tak sanggup nak naik darat, dia dah macam sebati ngan air sungai tu. Aku takut dia transform jadik badak sumbu pulak, ataupun lagi dahsyat jadi ikan dugong segala. Mintak simpang ye.

Selain tu, kitorang gak suka tgk movie kat bilik Apiz. Bilik dia boleh kata GSC lah bagi kitorang. Mana taknye, dia memang suka download movie baru mahupun lama. Jangan report kat pihak berkuasa tau. Rahsia ni. Bila ada masa free je, siap lah. Kitorang bantai melepak tgk movie kat bilik dia. LOL

Oklah, nanti2 lah aku elaborate aktiviti2 yang kitorang pernah buat sama-sama. Sekarang ni aku nak perkenalkan kat korang coursemate2 aku. Eh, jangan lah excited sangat Munah. Tiada apa2 yang istimewa pun. Heheh.

1)Shahril – aka Sharel/Arel. Dia ni baik ar jugak. Hobi dia berkebun dan menggoda auntie2 single jiran belakang rumah dia. LOL. Acah je. Dia suka mukabuku-ing [atau bahasa skema nye facebooking] recently. Azam dia nak memiliki I-phone sem depan. Ye ke? Ahakz… Hebatnye dia ni, pada aktiviti berpujangga bagai. Kalau bab pantun memantun, dia lah number satu kot. Dia pernah dapat macam-macam anugerah masa Festival Pantun aritu. Ok, takmo cerita lebih. Aku dah nampak idung dia kembang kuncup macam tayar beca sekarang. Oops, terlebih sudah.

2)Apiz – mamat IT sesuai kowt bagi kat dia. Hebat kot dia ni. Korang kalau laptop masuk virus ke, kena gigit tikus ke, kasik jek kat Apiz ni. Dia boleh baiki A.S.A.P. Serious dowh. Aku pernah tgk dia format laptop orang tak sampai berapa jam. Gila kan? Tapi dia bukan nerd ok. Dia cool jek. Acece~ takut pulak nak puji lebih2. Hiks. Eh, budak ni jugak suka main basketball. Tiap petang dia ajak kitorang main. Aku antara yang kerap kasik alasan takmo join. Ada satu hari tu, aku nak cakap aku taknak join sebab mak aku tak kasik kalau main basket. Aku harap dia terima dengan hati terbuka dan fikiran yang matang... lalala

3)Afiq – budak ni paling baik, alim sikit kowt kalau nak dibandingkan dengan aku n the rest. Heh. Ramai pompuan suka sakat dia ni, tapi dia cool jek. Aku suka loghat Ganung dia. Best. LOL. Dia pernah ajak aku join venture buat bisnes jual air. Aku tengah pertimbangkan sekarang. Aku nak jual air masak kot. Senang nak buat. Boleh tak?

4)Wan – jejaka idaman Wani. Hahaha. Jangan marah. Hiks. Dia ni paling macho, gentlemen sangat, dan sangat abang pada kami semua. Dia aku anggap macam penghulu kitorang lah kot. Wah tinggi pulak pangkat dia. Heh. Aku pernah naik motor ngan dia sampai nyaris kena sodok ngan kereta bengong ari tu. Ngeri kot bila fikir balik. Alhamdulillah kitorang ok je. Dia ni kalau main basketball memang sangat excellent lah. Tabik spring aku kasik kat dia. Hiks.

5)Alep – budak baik yang ada loghat Penang. Owh aku sangat adore budak ni. Dia sangat positive. Dia suka nasihat aku supaya bersyukur, hidup kena olways happy, aku rasa kalau dia ada masalah dia sangat senang nak hadapi dengan tabah. Lepas exam, dia selalu sengih. Kalau susah, dia kata normal lah tu, exam is meant to be hard to test our capability in things. Aku tak dapat contohi positivity yang dia selalu ada. LOL.

6)Napi – Rakan lab aku untuk certain subjects. Dia ni sangat matang. Terlalu matang sampai aku kadang2 tak dapat paham. Haha. Dia adalah anggota kumpulan Nasyid kolej aku. Kira dia ni penyanyi jugak lah betul tak? Bukan, dia bukan Akhil Khayy. Huhu. Dia boleh jadi sangat funny dan kadang2 moody. No offense Napi. Tapi dia more funny lah. Hihi. Dia sangat lah suka pada ikan laga. Ada satu hari tu dia bawak aku gi gathering peminat ikan laga. Melopong jugak lah aku sekejap masa tu. Layan aje. Heh.

7)Ida – dia ni lain sikit lah ngan coursemate2 pompuan aku yang lain. Dia suka menonjol lain dari yang lain. Socialite kot sikit2. Aku kalau jalan2 selalu ajak dia. Pergi karaoke ke, tengok movie, hang out kat bukit bintang and wutsoever. Tapi dia ni hebat berlakon dan menari. Dia ppegang watak penting dalam teater kitorang aritu. Menari pulak takyah cerita lah. Tarian India pun dia balun. Tak taw nak cakap apa lah Bedah. Ko pergi lah tengok sendiri dia menari balet. [tetiba balet, haha]. Dia ni baik ngan Nisha. Nisha adalah seorang gadis lasak yang suka bersukan.

8)Ana – kawan aku lah ni. Dia ni rajin. Baik jugak lah. Banyak sangat tolong aku. Yeayea. Suka masak kat bilik ngan Seff. Aritu diorang pernah buat kek milo untuk birthday aku. Hebat kan? Aku sangat terharu masa tu. Rasa macam nak menari Inang jek masa tu. Nasib baik diorang halang.

Ok lah Gayah. Kalau aku nak cerita pasal semua coursemate aku, aku kena buat satu blog lain penuh ngan entry profil2 budak coursemate aku. Ramai sangat lah. Yang lain2 tu aku simpan dalam otak je. Kalau ada kesempatan, aku cerita pulak pasal korang ea. Korang tetap yang terbaik. Hiks.

10 comments:

MISZ NaNa said...

oh saye juga seorang pelajar! hikhik~ best ade kwn 1 kepala ni!

syaf said...

woo sonok ko..membr2 pown ramai...aku pon ade gak member2...yg sekepale ade yg x sekepale ade,...ha skung aku dah duk kat umah sewa ni terus cam hampeh..masing2 kepale hotak sendiri,...aku wat pe lagi...lepak2 r kat luar cam owang bodo...ceh2 ...tapi sonok kot...

hurmm ko habis taun bile??

ichiban | いちばん said...

huhuhu bestnye ada kawan rapat cam ni.. kawan aku yg rapat sume pon masa kat matrux je.. bila masuk uni ni sume dah berpecah.. but still lepak2 la kalau ada masa.. huhuhu

kat upm ni course aku 5 org je lelaki... melayu... huhuhu sedihnye batch aku ni... ne way 5 org ni je la kalau rapat pon... hahaha but aku liberal... hehehe

EIPUL said...

misz Nana - memang best! hemo hemo eh ko belajar kat ne? huhu

Syaf - adat la tu Syaf, bila dah duduk serumah, asek menghadap muka sama setiap menet, mesti ar belaku benda2 macam salah faham, tak berkenan ngan perangai sesama sendiri, yg penting ko happy kan? hiks

aku habis tahun 2011 lor... lama lagi... ko dah nak grad ea? best nyer... lalala

ichiban - ho, best nye, ko liberal ek? mesti sporting habis... memang ar, nak rapat ngan sape lagi kalo sejemput jek member melayu kan... aku pun sama lor... hiks

░♥si lampu neon♥░ said...

diorang patut belanja ko makan untuk entry ni. famous tu masuk blog ko hahaha

aku pon sem 5 gak

tak sabar nak berambus dari hidup buku bukuan !!

EIPUL said...

famous amos lah kot...
hahaha, eh ko ambik course apa lampu neon? Kalo ko tak segan cite ar kat aku... heh

yaziith su anaz said...

nanak apiz ah.
sebab ley besukan.
mesti sehat.






haha.
:DDD

EIPUL said...

haha, nanti aku tolong risikkan... LOL

shah_ariel said...

tahniah...
muke ak masuk gak...
naseb baek ko cite yg baek je...
ble r kembang gak idong ak nie bace part puji tu..haha
sweet memories ever..

EIPUL said...

hahaha. op coz lah kan. huhu, nanti kita wat ekspedisi pegi Korea pulak ea? Zimbabwe? Tak mahu lah

Kolam Ikan Encik Eipul