My Tomey-Lotey Followers

Thursday, June 25

Baik Ko Guna Loceng Aiskrim Lah!

Hai semua! Hari ni aku rasa best giler. At least aku dapat cover balik benda yang aku dah spent banyak giler kot guna duit beli ntah ape2. [merepek gila ayat aku!] Aku ni memang jenis yang tak boleh kalau ada duit. Ada duit je, mesti aku try nak abiskan. Aku rasa kalau aku menang duit satu juta pun aku boleh habiskan dalam satu hari je. Sewel kan? Nasib baiklah abang aku baik dan bermurah hati nak kasik aku duit hari ni. Ayah aku pun baru lepas bank in duit dalam akaun aku. Wuhoo!

Ok lah. Tiba part yang serius sikit. Tadi masa aku duduk termenung sambil berangan, selain dari berangan nak jadik anak raja [cliche giler], aku terbayang kan resepi mengong iaitu cekodok celup coklat. Ok tak? I know it sounds kinky, but I guess it is cool though! Rasa dia mungkin sesedap Big Apple. Siapa tahu?
Bacit, apa lagi? dah ada multi cooker kan? Of course lah dapur istana kita mula operasi balik semula kan? Heheh. Lagi best kowt nanti. Lalala

Ko tahu? Perut aku sekarang ni rasa macam kena cocok ngan lembing pulak. Apa? Mana pulak datang belimbing Munah? Tu lah ko, asek mengumpat jek keje ko, mana tak pekak? Cuba ko bawak2 betobat sikit!
Eh, tadi bas Rapid ni buat hal lagi lah. Loceng dia boleh pulak rosak. Patutnya aku turun depan Alamanda, driver mengong ni boleh pulak straight menonong jek teruskan jalan. Eh Pak Busu, aku dah lambat nak masuk keje ni. Ko buta ke apa tak nampak aku struggle tekan-tekan loceng tu macam tengah serius picit perut biawak pasir? Habis dah kot tenaga jantan aku dok taram loceng haram tu, tak bunyik2 jugak. Malu aku ngan bangla2 hamis berbulu lebat kat belakang tu. Yucks.

Aku cadangkan korang lepas ni guna loceng aiskrim je lah. Lagi berguna. Jimat lah jugak bateri kau. Betul tak? Dah sekarang ni aku kena tunggu bas lain pulak nak pegi Alamanda. Kalau aku sempat tadi, nak aje aku libas kepala kau dengan bag vintage aku ni. Nasib baiklah aku memang dah betul2 lambat nak masuk keje.
Sekarang siapa nak ganti duit 50 sen aku naik Nadi Putra? Ayam kau?

Eh, bukan ke aku tgh cite pasal perut aku tadi? Owh, perut aku ni ha, rasa lapar gila pulak sekarang. Kan best kalau ada orang belanja aku makan sekarang. Mee goreng basah letak udang galah 5 ketul pun jadik lah. Plizz~

9 comments:

HIZAMI said...

taniah.

loceng aiskrim la?

yg ko pon satu.

nape tak gi kat depan Pak Busu tuh, n then ko eja la.

B E R ber

H E N hen

T I ti

berhenti

[dlm nada manje ok]

MISZ NaNa said...

cekodok celup coklat? aku cube bygkan adekah sesedap strawberry celup coklat?

ahahaha inilah satu sbb mengapa aku x suke naik bas! kenapa ko x berlari kat Pak Busu tu then tekan hon die? sure berenti punye....

EIPUL said...

hizami - aku takde kekuatan la nak buat macam tu. takut nanti aku yang kena libas ngan stereng mahupun tayar spare. Huhu

MISZ NaNa - Cubalah. Resepi yang akan Chep One komersilkan di Phnom Penh satu hari nanti.

Kalo aku buat camtu, nanti dia ingat aku gila pulak. Haha

b-boy said...

hahahaha.. apsal x guna hon lori je..? kan lagi besttt.. porrrrnnnngggggg!!!!! hak3

EIPUL said...

boleh gak. biar bengkak telinga semua orang dalam bas tu. Heheh

lionteen said...

cian kamu..

wah..
nk sruh blnje pun siap nk ade udang2 lg..
hehe..

mai sini..
lionteen blnje..
hehe

EIPUL said...

hehe... mau mau. Lalala

yaziith su anaz said...

waa.



pelikpelik ah selera ko.
nak makan eksotik belake.




turun kuantan jom.
de koteow udang paling best dialam semesta.
honeystars pon kalah.

EIPUL said...

eh, aku suka giler honeystarz. macam aku suka mangga jugak kot perasaan nye. oklah, nanti aku balik kuantan aku singgah kedai ko. Makesure aku dapat harga termurah di alam semesta lah ea. Wahaha

Kolam Ikan Encik Eipul