My Tomey-Lotey Followers

Friday, June 12

Bubur tom yam. Ko penah makan ke?

Aku nak perkenalkan kat korang resepi bangang yang aku dapat masa bertapa dalam jamban kedai mamak kelmarin. Bubur tom yam. Lebih sewel, aku bantai letak sayur sawi kat dalam tu. Memang maveles rasa dia. Aku rasa nak menangis sebab terharu. Terus aku pengsan atas katil. Sedar2, bubur dah keras, matahari pagi dah menyinga. Aku gelabah lah sudah tentu. Ko gila? Nak kena marah ngan bos lah? Masuk lambat sesaat pun dia dah membebel stok 2 tahun punya ucapan. Kang tak pepasal leher aku patah kena karate ngan tangan dia yang sebesar lengan gajah. Boleh?

Hey, aku nak marah ni. Hari ni aku konon2 nak cuba lah makan kat kantin sempit tempat keje aku ni, tak penah masuk pun. Nasik lauk sayur toge satu sudu kecik, ikan kembung masak lada merah. Air pulak teh o beng. 'semua sekali rm4.80' tokey yang ada badan sebesar afdlin shauki tu cakap. Logik tak? baik aku makan mcD. Aku rasa nak cubit jek perut tokey kantin tu tadi sampai dia menangis. Nasib dia sempat tepis. Dah la aku berlari2 pegi semayang Jumaat tadi. Bepeluh2 nasib baik aku maintain bau aku. Masih harum bak kata mereka.

Takde benda nak update sebenarnya. Aku tgh bengang ni. Dalam otak aku asyik fikir nak shopping jek. Tapi malangnye duit masih yillek. Gaji ujung bulan ni. Menganga lah aku jawabnye. Banyak pulak sale sekarang ni. Sampai kedai apek jual telur itik pun kurangkan harga, kononnya jualan harga runtuh. Ah, elok lah tu. Aku harap itik2 sedunia buat rusuhan kat kedai ko.

Supermassive Black Hole - Muse. Lagu yang aku tgh dengar sekarang ni. Best dowh. Aku suka starting dia. Esok kena bangun kul 7 pagi lagi. Atoiyyy! Letih lah macamni. Kenapa duit tak bley dapat free? Bosan betul lah! Eh, esok aku nak masak oat lah buat sarapan. Boleh tak aku letakkan udang dalam oat aku? . Kalau korang rajin kejutkan lah aku ye. Pada Uby, selamat lah hari jadi untuk ko, hari jadi ko hari ni. Hari jadi hari hari ko jadi hari jadi. Ah, bantai lah merepek. Sory lah. Aku tengah pening sekarang. Tambang bas satu hari dah rm5. Kalau dah 50 hari, tak ke rm250 aku dah terbazir macam tu jek Joyah? Baik aku beli trench coat kat Topman. puas hati aku. Eh oklah aku nak tido lah. Pinggang aku sakit ni. Macam kena gigit ngan baboon je rasanye. Doakan aku dapat mimpi indah malam ni ye. Esok nak kena bangun awal. Bye.

6 comments:

lizz said...

sabar ye! ini kan tuntutan idup..hahaha

EIPUL said...

nanti aku nak try buat bubur asam pedas... LOL

Nurul said...

rasa ape yer? :P

actually kurg paham.. yg pasti.. always bersyukur n try ur best utk achieve ur target.. insya-Allah.. mudah2an berjaya

EIPUL said...

aku pun tak berapa paham pebenda yang aku cuba sampaikan... lalala, thanks nurul! LOL

syaf said...

x pew..kalu dieorang x paha...aku paham...heheh nampak nye kepale hotak ko ngan kepale hotak aku boley masuk r...hahahha

EIPUL said...

yeayea, kita kawan ea... haha, aku pun suka baca blog ko... LOL
neway, ko keje dalam bidang apa ea? saja tanya... hiks

Kolam Ikan Encik Eipul