My Tomey-Lotey Followers

Monday, June 15

Hari Serabai dan Gila. Eh senyuman ko gila menawan lah! Sewel ea?

Tadi ramai sangat customer. Aku rasa pening kepala pulak. Tertanya-tanya pulak aku, kaya sangat ke mereka ni? Ada duit satu billion ke dalam bank? Rumah rehat ada 12 bijik ke? Kalau tidak, kenapa suka sangat shopping? Dah tak tau nak bazir duit kat mana lagi ke? [ayat dengki, padahal bengkek tgk org lain shoping]. Ada satu customer ni lagi lah, barang dia sikit punya mahal, rm700 agaknye, boleh dapat voucher rm100 lebih, dia boleh pulak cakap taknak sebab malas nak pergi kaunter Customer Service. Sewel kan? Kalau ye pun tak mahu, at least kasik ar kat aku, aku boleh gak buat shopping spree beli itu ini. Banyak kowt even rm100 lebih pun.

Ni ada satu hal lagi. Staff baru masuk. Sudah lah pendek, poyo pulak tu. Tak abes2 nak compare tempat keje lama dia ngan sekarang. 'Eh, sistem kat sini lain lah. Dulu yada yada yada...' . Last2 semput. Aku kasik handle, dia tekedek2 jugak lembab... kata ada pengalaman luas laut china selatan, tapi haram takley pakai... bila ada masa free, guna telefon office call laki dia yang jongos tu... dua2 aku tak bekenan. Hishh!!! Ramai lah tak bekenan ngan dua burung antu sepadan ni... kebetulan tadi aku kena train si awek, Mira kena train si balak... kami berdua amat malang. Apa? Sudah tentulah disaster kak Bedah! Lambat terkedek2 satu hal, aku rasa nak cubit jek mulut dia yang terjuih tu. Bila aku marah, buat muka siput sedut tgh menari zapin. Sudah lah, malas aku nak cerita pasal mereka. Baik aku minum air sirap.

Tengah hari tadi aku sibuk serve customer. Ramai betul beratur macam nak tunggu bubur lambuk kat bazar ramadhan. Tetiba ada orang meluru datang dari tepi. Aku dah cuak kot tadi, ingatkan dia nak rompak aku.
Tetiba dia cakap 'Adik, mintak ampun beribu ampun, maaf kalau saya nak tanya. Adik ada stapler tak?'
Lorh, nak stapler je ke? Tak sempat aku nak jawab, tetiba...
'Anak saya terjatuh lah tadi... berdarah2 dahi dia... adik ada stapler tak?' dia sambung.
[ok, apa kaitan anak ko jatuh luka berdarah segala ngan stapler? Jangan ko kata nak stapler dahi anak ko pulak!]
Aku pun pandang ar orang tu, anak dia dah menangis2, dahi lebam merah berdarah... tetiba dia sambung
'Kalau tak pun, adik kasik akak salofan tape ke, akak dah tak tau nak wat apa ni...'
Aku blur sekejap.
'Akak maksudkan handyplast ke? Nak first aid ke kak?' aku cuba mencari kepastian.
'Aah lah dik. Sorry lah salah sebut pulak' akak tu terus tersipu2 malu sambil sedut hingus.

Kau tahu? aku tak simpati pulak kat dia. Kejam tak? Bahkan aku rasa nak tergelak sebab dia mintak stapler ngan salofan tape. Mungkin keadaan kelam kelibut mensebabkan kepala dia kusut tak tau mana arah pergi. Aku tak tahu nak buat apa, aku suruh dia try mintak tolong kat customer service. Itu lah yang aku buat kalau aku tak tau nak buat apa lagi dah. Sorry lah kakak. Hope your daughter ok lah ek... Hari ni last aku jumpa Mira ngan Sheeda. Esok aku cuti. Diorang last keje esok. Dah kurang meriah pulak nanti. Kita tunggu dan observe jek arh ek... Eh, aku tadi nak menangis pulak rasa, ko tau, aku tak perasan duit aku dalam bank dah habis. Aku pun yakin lah beli itu ini masa lunch tadi, bila nak balik aku pun segera lah pergi ATM. Balance aku rm 14++. Ko biar betul Munah? Ko nak suruh aku balik ngan apa? Tunggang gajah? Aku pun meraung lah. Aku terus termenung macam orang hilang rusa belaan. Aku call ramai orang. Nak mintak tolong amik. Ramai jugak lah tak angkat call. Gelabah lah aku. Last2 aku pergi belari2 carik pekerja2 yang sama tempat kerja ngan aku, konon nak mintak tolong lah. Nasib ada sorang ni. Ngan muka tak tau malu aku mintak rm3 kat dia, promise kat dia aku bayar balik esok. Dia kasik, aku terus blah lepas cakap terima kasih. Boleh tak? Dengan tak tanya nama budak tu, tak tanya department mana dia keje. Aku sangat kejam. wuhoo! Aku terus pegi tunggu bas. Tak de. Aku bengang, terus aku call senior aku tolong amekkan. Nasib dia rela. Oh sangat gila ye tadi. Bayangkan aku dah feeling2 orang homeless takdek duit tadi. Aku dah plan nak tidur kat parking kereta Alamanda dah tadi. Dugaan sangat. Haih!

Aku tak boleh lupa ngan ada sorang customer ni. Dia buat lawak sampai aku rasa nak terkincit. Boleh ke? Oh tak mahu lah! Ni dialog aku ngan dia yang sewel tak menentu.

Aku: Semua sekali rm75 encik.
Encik Pelik: Apa? 75 ribu?
Aku: Hahaha [gelak kurang ikhlas]
Promoter menyemak: 75 ribu rupiah lah bang... hahaha
Encik pelik kasik duit kat aku.
Encik Pelik: Bang, ko ada awek tak?
Aku: Ada! [layan jek]
Encik Pelik: Aku dah agak dah... senyuman ko memang menawan lah bang.
Aku: Hahaha
Encik Pelik: Ko ada berapa orang awek? 10? Ke 75000 orang? Hahaha
Aku: 75000. Hahaha
Isteri Encik Pelik: Layankan aje lah dik...
Encik Pelik: Serius ar. Ko senyum memang menawan.
Aku: Hahaha [serius aku tak ikhlas gelak]
Aku: Ini bakinya. Terima Kasih. Sila datang lagi.
Encik Pelik: Adik jangan marah ye. Gurau jek
Aku: Hahaha [penat kot gelak tak ikhlas!]


6 comments:

milimilo said...

haha..senyuman menawan..bahaye tu..serius bunyi gelak mmg xikhlas gile..lol :D

EIPUL said...

taw takpe... encik pelik ni memang pengalaman ar... tak pernah kot aku jumpa orang macam dia... LOL

░♥si lampu neon♥░ said...

penat cari kotak komen, hahaha

keje bank ke? muahahahah

EIPUL said...

aah... bank parkson...
cashier jek arh... LOL

HIZAMI said...

very the pelik...
even wife die ade kt c2?
kejinyeee~

EIPUL said...

taw takpe... aku tak paham lor perangai dia... haha, maybe sebab aku tak senyum masa first dia dtg kowt, kunon nak perli cara baik agaknye... nak suruh aku senyum sokmo... hiks

Kolam Ikan Encik Eipul