My Tomey-Lotey Followers

Monday, June 8

Helmet Untuk Kepala Kelapa. Silakan pening dan tampal koyok kat pinggul.

Pagi tadi aku bangun pukul 8 pagi. Basuh pinggan mangkuk semalam. Semalam masak tom yam kononnya, tapi jadik masak singgang pulak.
Terus aku bengang & sakit pinggang. Tawar, tak sedap, nak muntah. [kutuk masakan sendiri takpe, jgn kutuk masakan mama, bahaya wo]
Semalam paan dah janji nak g karoke ngan aku. Aku cuti pulak arini, dia pun.
So, aku kejut r dia pukul 10 pagi tadi, kitorang bersiap. Gerak pegi Jusco Cheras Selatan.
Demmit Greenbox, kitorang datang nak masuk lunch hour, amoi tu kata penuh. Pukul 4 baru kosong.
Kepala lutut dia. Nak suruh aku buat part time jual tempe ngan air cendol 5 jam kat situ? Lama kot nak tunggu.
Paan pulak keje pukul 5 karang. Nasib aku ada kupon. Kitorang dapat la buat konsert setengah jam kat capsule yang terdedah kat luar tu.
[segan kot aku karoke dalam tu, rasa macam ternoda pula, ramai pulak kan penonton kat luar, almaklumlah, dinding lutsinar]
Oleh sebab masa lama lagi, aku ajak ar paan tgk movie kat TGV. Lama dah tak pegi wayang. Asek tgk movie download kat internet je.
Kitorang tgk cite 17 Again, best wo~


Kelakar lah jugak, banyak mesej tersembunyi dalam cite ni. Zac Efron berlakon jadi Mike yang tetiba tukar jadik 17 tahun balik lepas masuk dalam pusaran puaka.
Dia cuba nak perbaiki kesilapan yang dia lakukan dulu. Dia selalu regret dia tak dapat masuk college, sampai bini & anak2 jadik mangsa.
Happy ending. Best. Tak menyesal kot kalau tengok, bagi aku lah. Heheh.
Sebabkan dah pukul 3 lebih, kitorang decide nak balik je, karang tak sempat pulak kawan aku sorang ni nak pegi keje.
Sampai kat motor, helmet tinggal satu. Aku terus senyap. Paan dah tepuk2 dahi sampai lebam.
Bodoh betul siapa yang curik helmet ni. Dah masuk 2 kali dah helmet kawan aku kena curik masa kitorg jalan sama2.
First Zaher, sekarang ni Paan pulak. Helmet yang sama jenis pulak tu. Mahal lah jugak.
Kalau gadai boleh lah kot nak beli rumah sebijik dua. [kepala lah hotak]
Paan boleh pulak suruh aku amik helmet motor sebelah. Sewel apa? Aku takut nak curik2 ni.
Tak pasal2 tgh2 kat jalan raya, helmet yang tak diberkati tu pecah ke, pastu aku tergolek kepala bersepai otak tercabut macam Happy Tree Friends. Seram wo~ ...macam Keliwon.
[tetiba pikir benda2 gila]
Paan berdegil, dia terus amek helmet merah menyala motor sebelah. Aku terus gigit2 jari kaki. Aku cepat2 doa tak putus2 supaya tak berlaku apa2 pada kitorang.
Kesian pulak kat orang tu nanti. Aku tgk kat motor tu ada satu je helmet besar, lagi satu helmet dolphin, yg untuk bebudak kecik tu lah. Nanti diorang nak balik macamne pulak.
Takkan nak suruh anak dia yang 5 tahun bawak motor balik umah.
Kitorang pun bebincang. Paan kata nak pinjam je. Hantar aku balik, pastu dia gigih ar datang sini semula dan pulangkan helmet buruk merah menyala tu.
Lama gak ar kitorang bincang. Tetiba ada orang datang. Menuju kat kitorang. Aku terus beransur2 menjauhi motor. Paan pun.
Rupanya dia tuan punya helmet tak cantik tu. Kitorang terus buat teater. Konon2 tgh berbual2, padahal helmet tak cantik tu dah melekat kat motor kitorang.
Orang tu sampai, terus muka hairan dan pelik, macam orang tak betul, tercarik2 helmet dia. Ah sudah aku kata dalam hati.
Jangan ar dia tau tu motor kitorang. Dia ambik helmet tu, pastu pandang2 kitorang. Aku ngan Paan terus berlakon. Padahal jantung dah dup dap risau.
Lama jugak ar dia tenung kitorang. Lepas tu dia terjengah2 carik sumthing. Aku rasa dia ada 3 helmet kot tadi. Satu helmet dah kena curik ngan orang lain kot.
Agak2 dah penat terkebil2 carik helmet dia tak jumpa2, dia pun balik. Lega gila aku. Takut gak tetiba dia suspek kitorang ni pencuri helmet dia pulak.
Pastu aku suruh Paan balik dulu, amek helmet, pastu datang sini balik untuk ambik aku.
Memang suwey betul hari ni. Aku dah tak sedap hati tadi masa Paan decide nak parking kat tempat tu sebab takdek security guard jaga.
Nak wat camne, dah memang takdek rezeki. Huhu, terima jek ar. Spoil mood betul!

p/s: kalau tempurung kelapa boleh buat helmet, kan senang. Tak yah bazir duit banyak2 beli helmet. Yang pencurik helmet ni pun satu. tak takut balasan Tuhan ke? Buat lah benda berfaedah sikit. Kalau ye pun hobi kumpul topi keledar, jangan ar semangat sangat sampai mencurik helmet orang lain. Menyusahkan orang satu hal. Merasa lah ko kena sumpah ngan kitorang. Aku harap bila dia pakai topi tu, kepala dia gatal2, pastu dia garu2 kepala sampai kulit tercabut-cabut, pastu menggigil sakit pedih berdarah-darah semua, pastu pegi jumpa doktor, doktor tersalah rawat terkasik air garam ngan air lemon curah atas kepala dia, sampai dia meraung2 terkencing segala. Padan muka dia. Puas hati aku. Yeayea.

5 comments:

Nurul said...

teringat kes ayah dgn pekerja.. ilang helmet gak sekali dua org trus.. last2 g kedai buah terdekat, bli tembikai yang muat2 kepala diorg.., belah dua.. korek isi.. pakai.. hehehe

layann.. da terdesak.. cam real helmet cork tembikai.. hihi~

time tu diorg wat catering kat mane ntah.. wat bodo ja.. janji sampai kantin balik

HIZAMI said...

ganaz d0a k0 tuh~

hu3...

aku d0akan.

die paky helmet tuh

pastuh, xley tanggal smpy kiamat~

ley gtew?

EIPUL said...

nurul - ok, memang ekstremis sangat kes ayah awak ngan pekerja dia tu. Gelak picit2 peha jugak ar baca yang dia replace helmet ngan buah tembikai. hahaha, tak tahan.

hizami - boleh gak. biar padan ngan muka dia, takley pakai songkok time hari raya ngan semayang jumaat. Biar dia rasakan. kakaka

Awang Ilham said...

dunia2..

EIPUL said...

awang ilham - tu lah... bumi2... isk isk, tak taw pe dia dapat ngan helmet tu... maybe dia sangat perlukan helmet sebab dia keje kat dusun durian, takut durian timpa kepala all of a sudden kowt... heheh

Kolam Ikan Encik Eipul