My Tomey-Lotey Followers

Tuesday, June 23

Kenangan Masa Masih Berhingus - Tag dari Phirdote

Esseimen yg kne wat:

Adalah baik sekiranya anda menulis 25 perkara yg org xtau semasa kecil anda. Dihujung entry, anda harus memilih 5 org utk ditag. Anda amat bertuah jika ditag saya sbb sy( PHIRDOTE) ingin tau lebey lanjut tentang zaman comel anda dulu..

1. Masa aku kecik, aku cepat pandai membaca. Kat tadika, cikgu selalu suruh aku baca buku cerita kuat-kuat untuk satu kelas dengar. Bangga tu ada jugak lah sudah tentu. Tapi masih boleh diatasi lah. Haha.

2. Aku pernah ada crush ngan sorang jiran aku ni. Nama dia Nurul Shahida kot kalau tak silap aku. Kitorang selalu main kejar2 kat sekolah. Dia selalu cubit2 aku. Sakit oh! Tapi kitorang tak lama. Darjah 3 aku pindah rumah. Taktaw apa jadik ngan budak ni sekarang. Lalala.

3. Owh, aku sangat nakal masa kecik. Mak aku baby sit anak jiran aku. Masa mak aku masak, aku selalu pukul budak2 tu. Tak taw nape. Aku rasa best sangat. Macam rasa milo ais. Haha. Akak diorang selalu marah aku. Dia kata kalau aku ada anak nanti, ntah apa lah yang aku akan buat ngan anak aku. Boleh? Jauhnya vision dia. LOL.

4. Dulu aku pernah kena serangan lelah yang maha dahsyat. Tuhan je yang tahu betapa sakitnye aku masa tu. 3 hari aku masuk wad icu. Aku rasa macam nak mati je masa tu. Huhu. Masa sembahyang terawih, aku ingat pesan ustazah. Doa akan terkabul masa malam lailatul qadar. So, setiap hari aku berdoa supaya aku tak ada lelah lagi sebab aku teringin sangat nak makan aiskrim asam boi. Mengidam tu! Alhamdulillah penyakit tu beransur-ansur hilang. Still ada tapi tak severe. Huhu.

5. Aku pernah terberak dalam seluar masa kat tadika. Malu oh! Cikgu yg tolong bersihkan. Mak aku datang bawak seluar ganti. Serius tak tahan masa tu. Cerita lanjut ada kat sini.

6. Mak aku selalu belikan mainan untuk aku ngan adik aku. Owh sangat comel masa tu. Aku ingat lagi mak aku pernah beli patung ultraman ngan kereta 4wd mainan, aku siap buat cerita sendiri. En. Ultraman ni pegi jalan2 kat bandar menaiki kereta. Dia nak pegi jumpa awek dia yada yada yada. Best sangat merepek time tu. Haha.

7. Aku selalu pergi jalan-jalan kat shopping mall lepas habis sekolah. Kalau mak aku tanya, kenapa balik lambat, aku dengan selamba bomba kata ada kelas ganti lah, ada ujian PAFA lah, [adik2, jangan tiru perangai jahat aku ni taw]. Padahal, jalan2 ngan kawan. Huhu.

8. Masa aku tgk buletin utama ngan family aku, aku pernah tanya kat ayah aku 'ayah, yang kemalangan2 ni diorang berlakon jek kan? Bukannya betul pun.' sebab aku tak dapat beza berita sebenar dengan cerita drama. Gila kan?

9. Haritu, aku buat rancangan lari dari rumah. Hebat gila kan aku? Aku simpan duit dalam tabung, ada lah dalam rm2, pastu mak aku g bandar. Aku pulak senyap2 keluar akak aku tak pasan pun. Sampai tengah2 pejalanan, aku menangis tetiba. Aduh, kata nak lari, awat tetiba nak nangis pulak? huhu, aku tetiba fikir jauh. Macam-macam yang akan berlaku kalau aku lari dari rumah. Pastu aku tak jadik, aku terus balik rumah.

10. Cikgu Seni aku suka curik tulang masa mengajar. Dia suruh kitorang main lukis2 kat kelas, dia bantai tidur kat dalam bilik belakang kelas. Sebelum dia tidur, dia dah warning siap ngan kitorang, siapa buat bising, dia sekeh kepala. Aku berborak bergelak tampar ngan kawan aku, tak de lah kuat mana, ada sorang budak sial ni molot busuk g mengadu kat cikgu aku ni, ko pepaham sendiri ar apa jadik kat aku pas tu. Kepala aku dia ramas, rambut aku kena tarik, pastu balasan sekeh kepala aku terima. Dahsyat kan? Aku benci budak molot busuk tu, kalo aku jumpa dia, aku nak pukul dia dan masukkan dia dalam kandang buaya. Ok tak?

11. Aku pernah main bola sampai pengsan. Ko bleh bayangkan tak? Sewel kan? Sampai sekarang, aku tak pernah fancy permainan bodoh tu. Haha. Macamne aku boleh pengsan? Aku tak perasan bola datang menuju aku, sekali bola tu terembat kena badan aku, betul2 kat peparu. Kuat nye masyaALLAH, parkinson aku kejap. Nasib baik aku still boleh bernafas. Sial betul time tu.

12. Korang pernah main masak2[pondok2] tak? Aku pernah. Ngan cousin aku ramai-ramai kat kampung. Bodoh betul time tu. Kitorang masak rambutan, petai, daun kelapa, macam2 lah. Lepas tu jiran sebelah rumah datang, tapi semua peranan dah cukup, kitorang terpaksa kasik dia jadik nenek sebab muka dia macam nenek. Aku jadik anak time tu sebab aku kecik lagi. LOL.

13. Masa raya, kitorang ramai2 pergi serbu rumah2 terdekat nak dapat duit raya. Satu rumah ni memang kedekut taik idung pahit lah. Dia kasik 50 sen jek. Kaya padahal. Rumah bagak jugak, kalah muzium adat. Aku pun merungut lah apa lagi. Cousin aku bantai bagitau kat ayah aku. Dah senang2 aku dapat lecture free. 'Alang patut kena syukur, dia kasik tu Alhamdulillah. Sikit pun tak kesah lah' ayah aku membebel. Cousin aku buat muka bangga, kunon dia lah insan paling comel dan cemerlang. Sewel betul lah kau! Pastu aku dah tak ikut rombongan diorang pergi beraya tahun depan and the next tahun2 depan. merajuk konon. Haha

14. Aku pernah naik bas nak balik rumah, lepas aku dah kasik duit tambang, makcik tu cakap tak cukup. Wah, gelabah lah aku Munah! Duit aku cukup2 jek. Dia kata tak cukup 10 sen. Dia kata tambang naik 10 sen mula hari tu. Berpeluh aku. Rasa nak tercirit jek time tu. Tetiba aku nampak ada budak satu sekolah ngan aku kat dalam bas sama. Aku pun terpaksa lah mintak 10 sen kat dia. Nasib dia ada. huhu. Tebal muka aku time tu. Rasa macam malu gila semua orang pandang. Huhu. Pengalaman kot. Lalala

15. Korang selalu tak mak tolong sikatkan rambut? Aku sebelum pegi sekolah, mak aku selalu tolong sikatkan rambut. Sila jangan jealous! Haha, Sampai aku form 1 ok. Lepas aku masuk sekolah asrama, barulah stop. Sekarang aku rindu nak mak aku tolong sikatkan rambut. Rasa sangat best. Tapi of course lah sikat belah tepi. Sangat skem [skema, geek, nerd, wutsoever] lah aku time tu. Lalala

16. Aku selalu pergi tuisyen mengaji Al-Quran dan belajar Ilmu Agama kat belakang rumah aku. Situ ada pusat tuisyen apa tah. Korang tak yah ar senyum2, aku tau aku seorang yang baik time tu. Haha, jangan tak tahu. Diorang pun ada organize farewell party. Ala2 sambutan-meraikan-tamat-pengajian-tahun-ini lah kot. So, ada beberapa acara sukan dan indoor. Aku pilih acara nyanyi nasyid. Al-maklumlah aku kan suka melalak. Nasyid pun nasyid lah. Sebab aku sorang jek yang berani mati masuk acara tu, kawan aku semua segan silu, aku menang tanpa bertanding. Dapat first place. Adakah ini membuktikan aku punya suara sangat lunak, ataupun sebab dah takde saingan aku ter-menang? Cuba korang pikir...

17. Aku pernah duduk berjiran dengan Ruminah Sidek. Ye, mak cik hantu 'thriller' tu. Tapi tak rapat pun dengan dia.

18. Aku pernah berlakon masa ada satu event kat sekolah. Aku jadik pak cik tua yang bercinta ngan nenek tua. Habis gigi aku kena toreh ngan arang, cikgu aku ni memang merepek tahu, kalau ye pun tak perlu nak real sangat kot. Lepas tu, aku terus famous. Semua orang kenal aku. Diorang jumpa aku, diorang tegur 'Hai Pak Cik!' Haih, sial kan?

19. Masa aku kecik, aku sembahyang. Tgh sembahyang, mak aku panggil. Aku pun menyahut. Pastu mak aku tanya, tgh buat apa? Aku pun jawab, tgh sembahyang. Boleh tak? Mak aku terus marah, 'kalau tgh sembahyang, tak payah lah menyahut. Batal lah sembahyang sayang'. I'm such an innocent child. LOL

20. Aku dulu selalu ngompol. Korang tahu ngompol tu apa? Ngompol tu kencing malam. Penat kekadang nak basuh cadar, jemur tilam. Mak aku pun dah penat membebel kot.

21. Masa aku baru pindah Kuantan, aku pernah tersesat. First time sampai kat sana, aku naik bas sekolah nak pergi sekolah baru. Aku tak pernah tgk sekolah baru tu. Bas sekolah tu berhenti, aku pun turun ar, sampai kat Sekolah Kebangsaan Sg. Isap. korang jangan nak tergelak. Tahu lah nama sekolah ni cam bangang kan? Haha, eh aku pun tunggu mak aku. Lama giler. Aku dah mula risau. Masa tu mana guna handphone bai! Aku pun call rumah guna public. Memang havoc giler ar time tu. Nasib baik aku ingat number phone rumah. Aku yang rock ni pun bantai menangis. Boleh? Rupanya aku salah sekolah. Kelam kabut sabut lah aku time tu. Mana aku tau ada sekolah lain kan? Huhu, Mak aku datang, kitorang pun pergi lah sekolah sebenar. Sekolah Kebangsaan Teruntum. Ok, silakan gelak lagi. Memang merepek lah nama2 sekolah aku ni.

22. Aku ada best friend, 5 orang semuanya. Kitorang satu kelas. Sekepala. Time rehat, sama2 and wutsoever. Masa dah ending darjah enam, kitorang nak tinggalkan kenangan kat sekolah tu. Kebetulan kawan aku sorang ni bawak mangga 6 bijik. Kitorang habiskan, pastu tanam ar bijik2 mangga tu kat belakang sekolah. Seminggu pas tu, diorang tumbuh. Mewakili each of us lah kononnya. Kitorang pun ala2 sedih nak masuk Form 1. huhu, tetiba esoknya datang, pokok2 tu dah takdek. Sialan betul pak cik kebun, pergi buang pulak benda2 yang kitorang tanam. Mengong giler. Tak suka[34 kali]

23. Cikgu aku susah nak panggil nama aku ngan kawan aku lagi sorang ni. Nama aku kan Mohd Noor Syaiful. Kawan aku nama dia Wan Badrul Hisham. Oleh sebab nama kitorang panjang sangat, cikgu aku kasik nama aku tukar jadik MNS dan kawan aku WBH. bangang bukan?

24. Masa balik kampung, kitorang selalu main air sungai kat situ. Sekarang sungai tu dah jadik laluan sisa dah. Geli pulak aku tgk. Huhu.

25. Aku pernah jadik gila sekejap, aku pergi tangkap anak kambing jiran sebelah rumah arwah atuk aku. Pastu pegang dia macam pegang teddy bear. Balik umah satu rumah bau hamis. Sampai baju aku mak aku terpaksa basuh asing2. Tak sanggup nak sekalikan ngan baju orang lain. Memang masak lah telinga aku masa tu kena bebel kaw kaw. LOL

p/s: ni jek kowt kenangan yang aku ingat masa aku kecik. Kamu macamne pulak? LOL

21 comments:

ichiban | いちばん said...

wow dah macam karangan SPM.. hehe..

MISZ NaNa said...

wakakakaka~ kamu sangat nakal la!

yaziith su anaz said...

haha.





jauh gile sungai isap ngan teruntum tuh.
memang dasar budak baru.



btw,
kejahatan nombor 3 kamu telah dikaver dengan perkara nombor 4.
haha.

:DDD

PHIRDOTE said...

Aku tergelak time ko smyang tu..hahaha~

EIPUL said...

ichiban - nak wat camne. Terlebih rajin kan. Haha, buat ar, ichiban. I wanna know ur sweet childhood memories. Lalala

Misz Nana - nakal ke? Haha, sumtimes lor... selalunya mereng dan comey. Ok silakan muntah darah sekarang. haha

Yaziith su anaz - tu lah pasal. dasar budak tak taw pape kan. Owh ye ke? Hehe, cian budak2 tu ek. Harap diorang baca entry ni. wkwkwk

EIPUL said...

Phirdote - merepek kan aku? Haha, waktu tu sangat budak kecik. Lalala

SYAbAR said...

Salam. Nak bahasakan diri apa ni `auntie ka kakak'. Auntielah sebab tengok photo kau nampak jiwa remaja.

Hari ini auntie terKLIK blog kau. Biasanya budak2 yang masa kecil dia nakal, bila besar jd budak pandai.

Auntie terhibur dgn sonme of ur points. Teringat kenangan lama masa auntie kecil2 dulu. It was a true statement.

Moga berjaya dalam hidup, menjadi kebanggaan ibubapa dan anak watan negara yang disegani. Doa auntie, suksess always with u

EIPUL said...

hi auntie, thanx sebab sudi kunjung blog saya yang banyak merepek ni. Haha, thanx jugak ngan wish2 yang luhur dari jiwa seorang ibu. Chewah~ Blog auntie memang truly motherly like lah. Hehe.

HIZAMI said...

epul

memang byk ek pengalamn kot yme kecik?

hehehe.

kdg2 tsenyum sorang2 tringat tyme kecik.

EIPUL said...

kalo ko sanggup, ko tulis ar ko punya pulak. Ni pun aku rasa macam dah penat nak pikir... haha, ni kira kalo dah tak tau nak update apa lah kan. Aku pun duduk bilik jek hari ni. Malas pulak nak kuar jalan2. LOL

Eazy Izzuddin said...

wow!...
dlu2 mase kecik mmg nakal..
xD

EIPUL said...

siapa? kamu? Haha

~aien~ said...

hahaha..
gle lwk..
yg plg xley blah no19 tuh..
mmg ank mithali tol..hak3..
rsenye yg no9 cm sme ngn aien dlu ah..tp plan je..xkua uma pon..kah3!

em..besnye kngn time kck2 dlu..
sweet towl!
huhuhu..

EIPUL said...

Haha, innocent betul those days kan? Kelakar gile bila tgk balik gambar dulu2 and kenang balik benda2 bangang yg kita pernah buat. LOL

Precious said...

Kih kih kih ... abis terbongkar kisah lama ko ... kih kih kih!

EIPUL said...

taw takpe. Tak kesah kot. Benda dah lepas kan? kahkah

Awang Ilham said...

wahhhh.. hm, aku ade ke x memori mse kcik dlu? rse2nye sume dh ilang kot.. sbb kne brainwash stlah disuspect sbg PMI oleh tnc azali.. hahahhahaha

EIPUL said...

siyes? huhu. macam2 ek beliau tu. ahaha. macamne trip to genting? hebat tak rasa dia? Lalala

[yAN!e][pUTraJAya] said...

somel nyer pic kamoo dik
hehhehehe......

SYAbAR said...

Eipul,

Syoknya auntie, tak sangka ada gak anak muda mau jd follower blog auntie. Cayalah bro!!!!

Auntie punya anak muda seperi Eipul. Baca blog kau, sekurang2nya anutie dapat ilmu jiwa anak muda skrg... bukan senang wooo nak jaga remaja lelaki ni... bikin den poning

EIPUL said...

[yAN!e][pUTraJAya] - thanx yanie. LOL. Masa umur 4 tahun tu. Haha

SYAbAR - owh ok auntie. tak dak hal lah tu sume. Saya pun suka gak baca cerita2 auntie. Rasa rindu pulak kat my family. LOL

Kolam Ikan Encik Eipul