My Tomey-Lotey Followers

Friday, June 26

Mata Aku Merah Pun Kau Anggap Satu Isu Seksi Ke?

Along aku datang tadi. Kitorang borak2 kejap, pastu dia bawak aku pegi makan. Aku risau lah. Langit dah mendung, sempat ke kau nak bawak aku makan semua, aku kerja masuk pukul 12.00 hari ni. Ikut je lah. Bukan selalu kot dia nak bawak aku makan-makan macam ni. Dah pukul 11.30 tadi, barulah berniat nak gelabah hantar aku pegi Alamanda. Jalan dalam 12 meter, hujan start turun. Apakah? Aku pun menyesal lah dalam hati. Kalau tahu tadi, aku dah larang bulat-bulat hajat dia nak bawak aku pergi makan. Sampai kat Alamanda, semua orang pandang aku lah itu sudah tentu. Dengan rambut aku kusut macam bangla baru bangun dari tidur tepi longkang, baju basah macam baru balik dari menuai gandum, segera lah aku pergi tandas terdekat. Segan lah. Promoter2 kasut pandang aku macam jijik. Sial betul. Aku nak aje cungkil bijik mata diorang dan kasik pada burung gagak suruh buat sarapan. Huh.

Tengah belek2 rambut dan carik kutu, aku terpandang bijik mata aku merah menyala macam warna baju kurung Mak Ngah. Apa ni? Aku tenyeh2 lah mata aku, ingatkan sebab air sirap yang aku minum tadi dah naik masuk mata. Eh tak lah. Tak logik kot. Aku tenyeh2 lah mata aku, but still merah lagi. "Ah lantak lah" aku cakap dengan cleaner Nepal kat sebelah ni. Dia terpinga-pinga. Tu lah, siapa suruh tak belajar cakap bahasa Melayu. Kan dah blur tak paham aku cakap apa. Aku pun berlari-lari naik tangga cepat-cepat. Masuk office, chief cashier aku ala-ala terkejut tgk aku. Eh apasal? Owh mata aku lah masalah utama nya. Dah aku terpaksa turun balik. Dia suruh pegi buat medical check up. Takut customer berjangkit mata merah benanah pulak nanti. Suwey betul lah. Penat je aku berlari naik tadi. Kalau tau tadi, aku terus aje pegi klinik.

Doktor pun cek lah mata aku, dia kata kalau merah tiba-tiba bukanlah satu isu yang seksi pun. Dia cakap kalau conjunctivitis, mata akan rasa gatal-gatal dan berair. Aku takde lah pulak mengalami simptom2 macam tu. Tapi doktor yang cun tu [serius cun, aku tak tipu] pun bermurah hati kasik aku MC. Aku pun menjerit lah suka hati. Tak payah aku nak gigih kerja hari ni Bedah. Aku terus call kawan aku. Mintak dia tolong ambek. Malas aku nak berhimpit dengan bangla2 hamis naik Rapid nanti. Melekit-lekit lah diorang tu. Geli betul. Tak sabar-sabar aku nak ambik lesen dan naik motor rasanye.

Petang tadi aku ajak Paan pergi tgk Drag Me To Hell. Tak de lah best sangat pun. Bosan lah story line dia. Terkejut pun sebab bunyi hantu tu datang mengalahkan hon lori. Bising betul. Sakit telinga aku. Yang penting nenek tu memang gemar menggigit orang guna gigi palsu buruk dia tu. Dahlah air liur macam warna air kolam ikan. Geli geleman aku tgk. Aku malas nak review filem ni. Melemahkan syahwat je.
Aku kasik 3.18 daripada 5. Boleh?


[Aku rasa macam budak tak cukup makan pulak. Kering macam biskut merry. Nene, sadap u!]



Habis je tgk wayang, my bestest friend, Nene text-ed me. He was like, 'eh, kl sentral dekat tak dengan ko skrg ni?'. Boleh? Terkejut lah aku sekejap. Ingatkan dia nak suruh belikan ole2 dari kl sentral. Apakah? Rupanya dia nak ajak dinner sama-sama. Aku pun balas 'my pleasure lah'. dekat lah kot, aku sekarang ni kat Midvalley, nak ke KL Sentral adalah dalam 2 kangkang gorilla macam tu. Nasib baik lah aku naik motor, kalau naik beca? Huhu. So, aku pun bergerak lah cepat-cepat ke sana. Dia berhajat nak belanja aku makan kat resipi rahsia, tapi mahal sangat pulak. Jadi aku pun cadangkan nak pergi mcd je lah. it's like jauh lagi murah betul tak? sekurang-kurang nya dia tak lah menyesal dan meratap lepas belanja aku ngan Paan mahal-mahal. LOL. Banyak lah jugak cerita-cerita yang kitorang borak tadi. Pasal kerja dia dekat syarikat bedak baby [tak habes2 kan aku dengan bedak baby, nene pasti nak muntah hijau bila baca ni]. Pasal aku kerja kat Alamanda. Pasal Paan kerja kat Midvelley. Pasal tournament nene kat UTP. Pasal aku makin kurus. Pasal nene punya gigi makin pelik [jangan berniat untuk gigit aku ye Nene, not even once ok] Hahaha. Lepas tu masuk lah cerita pasal ada orang kat sebelah kitorang ni baju sebijik macam Paan pakai pagi tadi. Syukurlah Paan dah tukar baju sebelum kitorang gerak pegi Midvalley. Kalau tak, kembar siam lah kamu berdua ye. Teringat lah pulak masa aku ngan Nene sekolah sama2 dulu. Kitorang siap decide nak pakai baju sama warna, design pun ala-ala sebijik. Owh itu masih tak cukup lah rasanya. Sandal kitorang pun of the same design, same colour. Pastu jalan pegi kelas sama-sama buat muka tegas dan bangga. Gila kan? Bila teringat balik, rasa macam nak kentut-kentut sambil jalan itik lah pulak. Memang merepek lah kitorang berdua ni. Peliknya kitorang tak rasa segan langsung masa tu. Those childish moment. Can't even forget one of those lah Nene. Like seriously. Haha.

Kitorang jumpa sekejap je. Nene punya train pukul 8. Dalam 7.40 tadi, dia pun dah merengek nak pegi tgk train dah sampai ke belum. B4 that sempat lah kitorang snap gambar sedas dua. Nene, can't wait to go jalan-jalan with you again. Next time around, I belanja u lah pulak ye. Hehe. Good luck for the tournament!

13 comments:

Eazy Izzuddin said...

mata merah menyala....
skang da ok ka?
hik3

EIPUL said...

dah ok sejak kul 1 tadi lagi... chief cashier aku jek yang kecoh tak tentu arah. pepandai lah dia carik orang ganti aku hari ni. haha.

HIZAMI said...

nak resipi rahsia~

hehehe.

lame x jumpe ko n paan.

nene pon.

eh, aku kenal nene ke?

tidak dan abaikan.

Just_najmiE said...

alololo~~

mata merah?.. cian2.. at least u got the day off kan?.. haha!

but seriously, ambek la gmbar n post kat sini.. leh readers tgk.. pastu sama2 kongsi mata merah..
hahaha! :D :D :D

Kotak Hati said...

resipi rahsia??
hahhaha..
lawak r ko..lol!!

EIPUL said...

hizami - tu ar. Rugi kot. Kalau tak aku dapat makan resipi rahsia for free hari ni. Hahaha. Eqal ajak jejalan sama minggu depan. Boleh ar kita semua gather. Mahu? Aku try mintak cuti lah nanti. Hihi.

Just_najmiE - tak sempat. Aku balik je dah tak merah dah mata aku. So how? Ada hikmah kot. Kalo korang tgk takut korang punya mata bedarah2 nanah keluar nanti. Aku pulak yg kena saman kan? Hahaha

Kotak Hati - Best fren aku yang cakap. Aku pun rasa lawak gak, secret recipe tukar jadik resipi rahsia. Extravagant sangat. LOL

b-boy said...

mata merah pastu g tgk DRAG ME to HELL... secocok sangat kan.. ekekekeke

EIPUL said...

haha. nak wat camne kan? Tak keje. kena lah keluar berlibur. LOL

lyndadyana said...

huhu...
merah 2 menggode...
xd r..
lex r...
ari 2 pnah gk...
sblah j 2...
siyes cm pontianak...
agagga...

EIPUL said...

pontianak? haha, seram pulak. LOL

yaziith su anaz said...

abeh tu,
lemah syahwat takni?






untung ko dapat doktor cun.
muahaha.

lyndadyana said...

huhu...
macam la...
xsempat jadi pontianak...
agak kuchiwa...
hehe...

EIPUL said...

yaziith su anaz - agak lah kot. Ni aku baru dapat tau kawan aku pegi tgk jugak. Nasib dia pun komen cite tu tak best. Kira kami sebulu kaki lah. Doktor cun? heheh, best wo... hihi

lyndadyana - kesian kamu. heheh. takpe nanti cuba lagi. Lalala

Kolam Ikan Encik Eipul