My Tomey-Lotey Followers

Monday, June 29

*My Wishlist*

Sempena hari ni yang merupakan hari gaji aku, aku rasa macam nak senaraikan barang-barang & benda-benda yang aku nak buat guna duit gaji aku. Korang anggap je lah yang gaji aku adalah sebanyak RM10,000.00. Pffffffftttttt!!! Ok tak?

1) Beli motor dan mekap ia seanggun mungkin [sebelum tu, aku kena amek lesen dulu lah. Haih!]

2) Shoping baju dan apa jadah haram lain yang cantik-cantik di Topman, Zara, & tak lupa jugak downtown serta flea market yang cool2 belaka.

3) Aku nak pergi jalan-jalan karoke, tengok wayang, window shoping, shoping, pegi piknik, pegi downtown [ok, aku dah bagi tau dah tadi en] , yada yada yada. bersama kawan2 aku seperti Nene, Paan, Eqal, Bacit, Zami, Azpo, Emy, Alan, Johan [bukan Johan Nawawi, sila jangan runsing], yada yada yada, Timah, Besah, Busu, dan tak lupa Pak Ngah Endut Sulong.

4) Organize satu rombongan jalan-jalan dengan kawan2 aku ke destinasi duniawi yang lagha seperti Sunway Lagoon, Genting Highland, dan Fraser Hill barangkali. Apakah?

5) Nak cuba semua jenis makanan menarik dekat restoran-restoran mewah dan mahal contohnya Warung Penjaja Bergerak di Simpang Bulatan Menuju Putrajaya, Resipi Rahsia & jugak Femes Amos. Aku pun mahu femes juga Bedah. Bukan kamu sorang saje ye!

6) Bagi hadiah pada ayah serta mak aku yang berada jauh nun di Negeri Sembilan. Terima kasih lah mama papa selalu sangat kasik Alang duit masa Alang tidak berduit. Semoga duit Alang bertambah-tambah lepas ni jadik pokok duit-duit. Amin.

7) Nak pegi Low Yatt untuk mekap kan handphone aku yang dah rupa macam lori sampah ni. Nak beli baru macam sayang pulak dengan benda alah ni masih boleh guna lagi lah. Tak baik bazir oh!

8) Beli kamera digital 50mp serta CCTV seramai 12 biji kesemuanya. [weh, ada ke kamera 50mp? dan lagi, aku nak wat pe ngan CCTV? Masak burger? Haih!]

9) Nak beli game The Sims 3 juga lah. Jom main sama-sama nak?

10) Ada duit lebih lagi kan? Aku nak pergi melancong ke Korea lah. Nak tengok bintang-bintang korea dan makan kimchi. Boleh?

Tapi kan, setelah aku meneliti betul-betul laporan kewangan aku yang Nepal pembersih jamban Parkson ni buat, [ya, aku telah upah dia jadik accountant sambilan aku. Sila suruh dia bangga dan kembangkan lobang idung sebesar belon sekarang] aku dapati yang gaji aku hanya cukup untuk buat lesen, jalan-jalan ringan dengan kawan-kawan, dan makan2 di restoran murah seperti KFC dan McD sahaja. So how ni? Korang ada tips nak kaya cepat tak?

p/s 1: tadi tengah duduk berangan di kaunter, ada budak kecik anak pelancong ni lalu depan aku. Dia korek idung guna jari. Itu normal lah. Yang buat aku menganga meleleh buih liur ni sebab dah lepas dia buat benda kurang bermoral tu, dia pegi jilat jari dia itu dengan rakus. Hilang selera makan aku Munah! Tak tahu nak cakap apa lagi lah.

p/s 2: Marah betul aku dengan Wani ni. Aku dah kata akaun Maybank aku dah tak boleh guna lagi. Kasik aku gaji by cash. Eh, dia boleh pulak buat tak tahu. Dia bank in kan jugak gaji aku masuk akaun Maybank. Sekarang ni, aku tak boleh keluarkan gaji aku dah. Esok satu hal aku nak pegi bank untuk settle kan semua ni. Apa barang ni Wani? Ko nak kena pukul dengan aku ke? Macam mana ni? Aku dah buat wishlist bukan main lagi. Sekarang duit aku ada RM11 je. Nak beli karipap pun tak cukup. Apakah?

15 comments:

yaziith su anaz said...

tu la berangan macam nak mati.







sekupangje dalam poket.
letak celah gigi pon xlepas bai.

Just_najmiE said...

ufufufu~~
RM 11 tu byk pa, leh topup.. hahaha!


nnt nk pegi korea, ajak ek?.. lalala~~ (^^,)

EIPUL said...

yaziith su anaz - sampai hati ko. Isk isk isk

Just_najmiE - ok. dalam esok atau lusa ya. Bila aku mahu tidor, aku gitaw hang. Pegi melancong ke Korea dalam mimpi je ni. Mahu real, terpaksa rompak kedai mamak lah. Mahu? Hahaha

MISZ NaNa said...

RM11 cukup ok untuk makan biskut kering dan air kosong. heeeeeee~

moral of the story: sila berangan mengikut bajet poket anda XD

EIPUL said...

MISZ NaNa - yup. Thanx for the 'really' useful advice. Hahaha

iekah said...

hahaha.

kamu ni klaka lah.

;D

iekah said...

hahaha.

kamu ni klaka lah.

;D

n.O.N.o.y said...

eipul bengong! hahaha..ko mampu jalan jalan 'ringan'je..penat je aku bace pepanjang..haha tak tahan..ko nak duit ribu ribu ke? akubleyh bagi la eipullll...huhuhu

EIPUL said...

iekah - haha. ye ke? mana ada. LOL

nonoy - setakat ribu-ribu rupiah, siapa nak weyh?? wahaha

Judiene said...

bai
rm11 tu ckp r utk beli karipap
tp kalo ko beli karipap inti sardin agak mahal r
coz sardin lg best dr ubi!
wakakaka!!!

:D

EIPUL said...

judiene - betul2! huhu. aku suka gak karipap sardin. LOL. takpe, nak duit lagi mintak mama papa lah. nak buat camne lagi. HUHU

b-boy said...

harus berangan ala-ala ratu pop kan duit berkepukk.. oppsss!! ratu ke..? ekekekekke
larikkk!!

EIPUL said...

b-boy - banyak lah kau! Hahaha.

lionteen said...

senaraikna jgk..
iphone tuk cik lionteen..
hehe

EIPUL said...

ok aje. saya senaraikan, tapi cik lionteen bayar sendiri ok? Heheh

Kolam Ikan Encik Eipul