My Tomey-Lotey Followers

Sunday, June 21

Paan luka berdarah-darah.

Tengah bz kemas bilik tadi, aku terkejut. Bukan terkujut sebab ada baboon keluar dari kotak ni, tapi terkejut Paan baru balik. Korang mesti cakap aku mengong kan? Kawan aku sendiri balik pun aku boleh terkejut. Merepek betul! Tapi tu la hakikat nye Senah. Kenapa aku terkejut? Porke? Paan balik dengan kaki berdarah-darah, muka macam itik kena gigit dengan biawak, kau harap aku tak terkejut ke? Kalau nak expect aku terharu dan menangis, tidak lah, tapi simpati itu sudah tentu. Sebagai seorang kawan yang belajar Moral dan Pendidikan Islam semasa masih berhingus, reaksi segera aku adalah dengan berkata "Kau kenapa?"
"Aku accident, terseret kat jalan raya, aku nak elak kereta depan, alih2 aku yang tergolek" Paan cakap sambil berkawad ala-ala tentera udara.
Aku senyap. Aku ambik masa 5 minit untuk fikir apa aku patut buat sekarang. [mak aih, lembabnye otak aku hari ni]
Last2 aku bawak Paan pergi PKU(Pusat Kesihatan Universiti). Cuci luka segala. Kesian pulak aku tgk kawan aku ni. Malang pulak nasib dia sejak semalam. Dah la dia last day kerja semalam. Company dia tak nak amek part timer lagi. Pagi ni pulak dia accident. Memang pakej lengkap sangat. Beli satu percuma satu lah kot bak kata peniaga-peniaga sayur pasar tani.


Aku tgh tgk cerita Endon kat TV9 ni. Sedih lah cerita ni. Tapi sebab banyak sangat nyamuk yang serang hendap aku sekarang, aku terus lupa nak menangis, boleh? Spoil mood betul nyamuk tak cantik ni. Jahat sungghu lah nyamuk-nyamuk ni sume. Korang lapar sangat ke? Tak sedar diuntung lah korang ni. Dah gigit sekali nak lagi ke? Sewel betul tahu tak? Aku penat ni. Ngantuk pun ada. Ok lah, aku nak jawab tag dari Aein sekejap sebelum tido. First time kena suruh jawab tag. Excited sikit lah aku. Bye, salam sayang aku untuk semua yang rajin baca blog aku yang entah apa-apa ni. LOL.

5 comments:

aien~s corner said...

ish sakit sei.. :)

EIPUL said...

tau takper... kesian pulak aku tgk dia... huhu

syaf said...

uiit cian member ko..dpat package skali ye...kire ok gak lah 2...nasib bek die !@#$%^ kalu x dapat package lengakp...ceh hanjeng tol mulut aku ni,,, x pew.. ko suruh r member ko 2 banyk2 ngucap n suwuh die ingat Allah slalu ye...kuikuikui... time sakit je ke ingat tuhan...hampeh... jangan lupe, kalu nk kasi kaki member m=ko ok, ko perahkan limau nipis kat kaki yang sakit dan ko lanarkan sedikit cili api...amik yang merah2 2...insyaalah dengan izin tuhan member ko akan bagi PElempang free kat muke ko dan kemungkinan kecil kaki die akan dipotong...cian nye....NGERIIII

syaf said...

pull, cam ne nk men tag yg u cakp 2, x tau lerr

EIPUL said...

haha, syaf, aku akan try buat nanti kat kaki dia. Hehe, macam mujarab jek petua ko tuh. Lalala.

Yang pasal tag tu, dia suruh kita bukak mp3 player, pastu tekan butang shuffle, and then setiap kali nak jawab soalan tu, kita tekan next. So, lagu yang next main tu akan jadik jawapan untuk soalan2 dalam tag ni. Complicated sikit ar, tapi best gak kot. Haha

Kolam Ikan Encik Eipul