My Tomey-Lotey Followers

Saturday, June 20

Semalam aku terjalan-jalan lah pulak.

Aku tertekan betul duduk kat kolej ni. Ko tahu tak? Setiap hari bising bergendang sana sini, jerit-jerit macam orang sewel yang tak pernah makan nasik, hish! Pentauliahan kadet polis atau tidak, apa aku peduli? Korang tak boleh buat program kat tempat lain ke Bedah? Yang ko nak memekak kat sini siapa yang kasik cadangan? Ayam jiran sebelah kampung pak cik kau ke? Korang ni memang selfish lah. Aku rasa macam nak gigit2 telinga korang sekarang sampai putus. Degil betul lah korang ni!


Semalam aku berjaya mengelak serangan hendap diorang yang tak berapa betul tu... cuba teka aku gi mana? Weyh, aku kuar jalan2 lah sudah tentu! Petang tu kitorang pergi tgk wayang kat Midvalley. Kitorang tak dapat naik beca, susah nak tempah lah. Diorang kadang2 sibuk dengan kenduri khatan dan kenduri anak dapat kerja jadik kerani pejabat. So, kitorang decide naik motor jek. Owh, lupa pulak, kitorang yang aku maksudkan adalah aku ngan Paan. Kitorang pegi tgk cite Night At The Museum 2. Aku sebenarnya nak tgk Drag Me To Hell. Tapi tak dapat pulak. Paan dapat tiket free tu untuk cerita2 yang dah lama keluar wayang saje. Yang baru keluar tak dapat tgk lagi lah jawabnye. Huhu. Tapi ok jugaklah cerita ni, mula2 memang bosan, tak lawak sangat pun. Dah tiba part yang dia pergi Smithsonian tu, memang terhibur lah aku bagitau kau. Hebat lah jugak lawak dia. Aku suka watak Brundun[kat nametag eja Brandon, tapi degil gak kata nama dia adalah Brundun]. Memang super bodoh lah watak ni. Dan tak lupa gak ngan King Kahmunrah, aku memang tak tahan ngan pelat 's' dia. Cakap mesti nak tersembur-sembur. LOL. Paling best part Cupid yang comel giler nyanyi masa Larry ngan Amelia tgh sweet moment. Cupid2 tu memang sebijik Jonas Brothers. Suara diorang memang best giler. Haha.


Cerita dia berkisar briefly mengenai Larry Daley ni yang takdek life sejak dia berjaya jadik jutawan dengan ciptaan dia yang pelik iaitu lampu suluh glow in the dark. So, dia balik kat Museum tu untuk jumpa ngan kawan2 lama dia, tapi diorang semua kena transfer pergi museum kat Smithsonian. So, dia pun sedih. At first, dia just nak go on ngan life dia lah.
Tapi Jedediah call dia kata diorang semua dalam masalah. Tgh berlawan dengan King Kahmunrah, abang King Ahkmunrah. Kahmunrah ni nak seru tentera alam ghaib, so dia perlukan batu bersurat emas tu. So, Larry pun gigih pergi Smithsonian untuk tolong kawan2 lama dia. Banyak adventure yang Larry tempuh masa kat sana. Jumpa dengan Amelia Earhart, perempuan pertama yang bawak kapal terbang keliling Atlantik. Diorang ala-ala bercinta lah kot masa tu. Ending dia? cukup ar aku cakap happy ending. Aku rasa korang semua dah tgk kan cite ni? Aku jek yang lambat tgk kot. Semalam baru aku dapat cuti kot kot. LOL kot.

So, lepas tgk wayang tu, kitorang pun pergi Bukit Bintang sebab Paan nak ambik cek kat company dia. Terlanjur pergi sana, aku apa lagi, terus propose dia untuk karoke lah. Ko macam tak kenal pulak aku kan? Tak sah kalau hari jalan-jalan aku tak dek sesi karoke, okay? Haha. Kitorang pergi kat Redbox Low Yatt jek, dah biasa pergi sana. Melalak sampai tak dek mood, pastu kitorang bantai berduet lagu tah apa-apa, dangdut pun layan. [ok silakan muntah darah dan pandang serong kat kami sekarang]. Huhu. Kitorang habis jek, Remy call Paan, kata nak jumpa dia. Lebih kurang setengah jam lepas tu, kitorang pun balik kolej. And the worse part is, hari ni aku keje. Wuhoo!



p/s: Eh Munah, aku boleh lupa nak kemas bilik. Hari ni last day duduk sini. Adoiyyy! Siapa nak tolong aku ni? Kalo korang ada contact number sesapa yang mahir pack barang dan kemas bilik, kasik aku segera ye.

6 comments:

yaziith su anaz said...

best gile cite tuh.





:)))

EIPUL said...

kan? lawak kot Kahmunrah tu...
aku tgk muka dia jek dah nak gelak guling-guling... LOL

HIZAMI said...

huahua.

aku pon nk karok gak~

da lame x karok.

huhu~

EIPUL said...

jom... ngan eqal semua...
sebelum masuk u balik...
hehehe

syaf said...

wo suke melepak n karok...wo same r ngan haku ni,,,x ley duk diam,,,kekadang kat depan public pon aku layan je
hhahah

EIPUL said...

tau takper...
maybe satu hari nanti kita bley karok sesama... nak?
lalala

Kolam Ikan Encik Eipul