My Tomey-Lotey Followers

Sunday, June 28

[TRIVIA AHAD AKU]

- Aku bangun awal gila pagi tadi, pukul 7.40 am dah gerak gigih nak pegi tunggu bas. Feeling2 petani sekejap lah aku tadi, ala-ala nak pegi menoreh getah kat kebun belakang jamban. Wow!

- Tambang bas aku hari ni cuma RM3 sahaja. Ye, Rm3. Wuhoo!!! Sila jangan jeles ye Timah.

- Sial lah. Aku lupa nak tengok Melodi tadi. Anyways, jika aku ingat untuk tengok pun, aku kan tengah kerja. Camne mahu tengok mengong? Muhahahaha

- Menu lunch aku hari ini; 1) nasik goreng tak lazat yang buat aku menggigil marah, 2) Kuah ayam masak merah masam terlebih cuka, 3) telur masuk angin [hurm, maksud aku telur yang lemau & tidak fresh. Bikin aku mahu muntah saja], 4) air mineral Carrefour RM0.65. Jimat giler oh!

- Aku mintak slip gaji dekat Wani, kerani malas tempat kerja aku. Macam yang aku jangkakan, jawapan berbaur malas dia kasik kat aku "Eipul, esok lah ea". Pemalas!

- Aku dikerah bertugas kat Kaunter 4 hari ni. Se-suwey number nya, kaunter ni bukan saje panas aircond rosak, malahan tak ramai yang sudi mengunjung. Apakah? Dan lebih 'lucky' lagi, berlaku peristiwa blackout sebanyak 5 kali berturut-turut dekat sini tadi. I repeat n emphasize, HANYA KAUNTER AKU SAHAJA yang blackout. Apakah malang ini?

- Aku patut habis kerja pukul 6.00 pm, tapi telah berlanjut meloyot-loyot sehingga ke larut 11.00 malam. Sewelkah?

- Jari aku sekarang dah bengkak mengalahkan kena nyonyot dek beruang koala pulak ni. Semua baju bajan kau mahu letak sensor, apa hal kau promoter promoter? Nak kena cubit dengan aku ke? Geram betul aku.

- Ramai pulak happy couple yang datang hari ni jaja anak-anak diorang. Nasib baik semua nye comel. Geram lah aku tengok. Rasa nak gentel-gentel aje pipi pipi diorang ni. Huhu

Dah la. Aku ngantuk ni. Ada apa-apa soalan ke? Kalau tidak, aku mahu baring ni. Babai.

14 comments:

Just_najmiE said...

uwaaa~~

tiring day ek?.. cian2..
dah2, pegi rehat okies.. sleep well.. (^^,)

HIZAMI said...

epul.

sedey aku dgr cite ahad mu~

hehehe~

MISZ NaNa said...

no 4 memang malang!

itu saje...

gi tido wahahaha~

b-boy said...

dah xde tanah ke..? kebun belakang jamban.. ekekeke

SYAbAR said...

no. 4 hanya angka, nasib kita boleh berubah dgn doa.... kau keje camna ni eipul sampai kena OT berjam2 lama.... duit masyukkkkk... OKla2

iekah said...

hahaha.

menarik.


;DD

yaziith su anaz said...

meh aku ganti tempat wani.





aku rajen.
:D

EIPUL said...

Just_najmiE - thanx. Haha. Memang penat ni. Lepas dah mandi, terus boom titon. Lalala

EIPUL said...

Hizami - tu ar. orang hari ahad pegi berlibur. jalan2 sana sini. aku terperuk kat tempat keje. Huwaaaa

EIPUL said...

MISZ NaNa - nak wat camne. LOL. Memang suwey betul lah. Haha

EIPUL said...

b-boy - itu je yang ada. Nak wat camne. Muhahaha

EIPUL said...

SYAbAR - betul betul betul!

EIPUL said...

iekah - thanx iekah. kamu punya blog pun menarik juga. Lalala

EIPUL said...

yaziith su anaz - orait gak tu. Idea ko sume ekselen2 belaka. Haha

Kolam Ikan Encik Eipul