My Tomey-Lotey Followers

Monday, July 13

Ada Hantu Cina Menari Malam Semalam

Pagi Ahad aku berbunyi begini semalam; Arakian terbangunlah Eipul dari keberaduannya seawal pagi buta, yakni 2.30 pagi hendaknya.

Boleh masuk buku komsas tak kawan-kawan? Huhu. Wuish, pagi sangat ni. Kalau ayah aku tahu, mesti dia ajak aku semayang tahajjud. Walaupun mata aku pedih sebab kekurangan oksigen, aku tetap gigih main game. Chocolatier. Pernah dengar? Alah, Yahoo! game tu lah. Best wo! Sekarang duit company aku dah cecah $6 juta lebih. Kalau lah duit tu masuk akaun CIMB aku, kan best.
Sedar-sedar dah pukul 6 pagi. Lepas cuci muka, angkat wuduk pulak, then solat. Hari ni aku ada test komputer JPJ, pukul 8 dah kena ada kat tempat amek lesen, jika tidak, aku bakal digigit auntie kening lebat ranum itu. Masa aku mandi, aku menggigil macam handphone vibrate saje. Owh, sejuk sangat lah. Tak tahan. Malas cerita acara aku bersiap semua, takut korang menguap 8 kali sambil sedia nak baling aku dengan selipar jamban pula nanti. Cukuplah aku cakap yang aku orang pertama yang sampai kat kedai lesen tu. Risau jugak ni. Entah2 kening tu buat hal ke, tak jadik buat hari ni, oh itu kes naya lah! Syukurlah cikgu lesen tu datang jugak. Aku amek test tu lebih kurang pukul 8.45 am lah. Aku siap jawab dalam 15 menet.
Markah aku 45/50. Dia kata aku lulus. LULUS weh! Oh bahagianya. Kau tak tahu sebelum tu aku senyap macam koala, aku tak cakap dengan sesiapa pun. Even dengan makcik lesen tu. Aku tengah takut memang aku macam ni. Aku risau konsentrasi aku hilang. Aku baca buku soalan tu saje sampai mata aku nak terjojol keluar.
Sangat hebat dan kool lah!


Itu saje kot pasal test JPJ, selain dari makcik lesen annoying tu kata aku boleh buat bengkel Khamis nanti. Khamis? Lambat gler weh! Aku kalau boleh nak semua ni settle cecepat. Demm.
Ah lagu Flobots ni memang buat jiwa aku tenang lah. Pernah dengar Handlebars? OMG. Best lah lagu tu. [maafkan selingan tak bermoral ni]

Aku balik bilik, dah siap masak2 makan2 semua, aku sambung main Chocolatier. Haha. Pukul 5 lebih, Hasrol mesej. Haah lah! Aku almost lupa pasal malam ni.
MTB (Malam Tunas Budaya) ; program UPM untuk budak-budak baru masuk. Kali ni berbentuk persembahan nyanyian, tarian, live band. Hebat? Aku setuju.
Jadi, aku pergi dewan besar bersama dengan diorang semua. Cik Hajar, perempuan senget itu hampir digilis kereta akibat tindakan merepek dia lintas jalan macam ayam. Kau belajar peraturan 12 saat ke tak Cik Hajar? [ecece, mentang2 aku baru belajar kat ceramah lesen hari tu]
Aku suka sakat dia, tak tahu kenapa. Sepanjang jalan, kitorang adalah geng havoc yang memekak tergelak terjerit tak ingat dunia, pak gad pun siap tabik kitorang 5 kali turut-turut.
Maybe dia ingat kitorang VVVIP kot. Aku kurang pasti lah pasal tu.

Bercerita pasal program ni, persembahan pembukaan dari Adimastuli [lebih kurang artis budaya lah mereka ni], oh sangat lah cemerlang.
Ya, aku jujur ni. Aku sekarang tengah tabik 6 kali turut-turut guna tangan kanan dan menaip guna tangan kiri. Sangat best oh persembahan diorang semalam. Ok, lagu Jai Ho. Pernah dengar? Diorang menari tarian melayu fusion guna lagu itu. Siap ada gendang cina macam show Bencinta Faizal Tahir itu hari.
Overall - sangat maveles! 4 thumbs up, including 2 of my ibu jari kaki.

Lepas tu, kolej kitorang punya show. Ya, kami yang pertama. Biasanya, kalau first buat show ni, masalah banyak menimpa. Yelah, mic tak kuat lah. Sound system tak jelas lah. Lighting hancur lah. Sebab yang first akan selalunya jadi bahan eksperimentasi, supaya next show akan dibuat lebih baik. Takpelah, dah nasib kan.
Umm, overall show kolej kitorang ok ok saje. Koreografi yang Abang Dafi buat memang cantik macam biasa. Aku meremang bulu roma masa perempuan tu nyanyi Ulik Mayang. Seram wo!

Aku malas nak cerita pasal show dari kolej-kolej lain. Ada yang best, ada jugak yang buat aku menguap. Sambil tu aku sempat tengok Mentor 3 guna hp. Black menang! Dah agak dah.

Oh aku lupa nak cerita. Pengadil program kitorang terdiri dari pelakon Fizz Fairuz, Fetri Yahya pengacara TV3, Meor pembaca berita TV3. Dengan Teh Syuhaidah, pengacara 999. Yang lagi sorang aku tak kenal. Orang Utusan Malaysia. Tak pasti berapa diorang kena bayar untuk datang program kitorang. Yang penting, aku nampak Fetri Yahya buat liputan pasal program kitorang ni. Masuk MHI kot. Tak pun buletin utama. Hahaha berangan.

Penat lah nak cerita panjang2 pasal MTB ni. Antara highlight menarik bagi aku adalah persembahan selingan. Lepas tarian india yang gelek-gelek pinggul kurang senonoh serta gerakan lincah wanita-wanita itu, persembahan nasyid take over. Nampak tak dekat sini sangat motif. Siapa yang susun tentatif ni? Kau gila orang dah pedih biji mata tgk tarian hindi, kau letak persembahan nasyid lepas tu. Tak sesuai lah. Kira nak topup pahala lepas menimbun dosa lah ni ea? Huhu. Kau hebat.
Persembahan dari kelab Zhong Hua pula tak ubah macam hantu cina menari-nari. Elemen seram dapat dihilangkan dengan warna-warna baju ceria yang diorang pakai. Aku tertarik dengan baju labuh yang diorang pakai. Bila diorang menari-nari, tangan diorang nampak panjang macam tangan hantu galah. Huhu. Tak lupa jugak, kelab Dikir Barat pun nak buat show. Adoih, pening aku. Yang aku tak tahan ada budak ni, tengok dikir barat tu sampai ikut exactly gaya diorang. Dari mula sampai habis persembahan tu. Ko boleh imagine tak? Gila weh! Psychotic hypnotic betul! Hasrol cakap memang ada orang macam tu. Dia macam terlalu taksub dengan dikir barat lah kiranya.
I'm like, wtf? Please lah kau! Tak de benda lain ke kau nak obsess? [eh, aku belum tgk lagi lah filem Obsessed yang Beyonce berlakon tu]

Result being announced, kolej kitorang tak menang apa-apa. Hebat kan? K17 menang. Nasib baik aku tak pakai baju kolej yang kuning menyala tu. At least kalau ada orang tanya, eh kolej kau menang tak? Aku boleh cakap, "ha? kolej aku? oh, kolej aku menang first place lah tadi." Boleh?
Diorang bukannya tahu pun aku kolej mana, aku pakai baju biasa saja kot semalam. Yang penting aku dah pesan awal2 kat Cik Hajar yang semangat pakai baju kolej tu, supaya kekalkan jarak 5 ekar dari kami-kami. Malu oh nak balik dengan budak-budak baju kuning. Semua muka failure saje. Takpe lah kot. Cuba lagi lah ea nanti.

K lah, aku dah penat menaip ni.

Pelik lah, aku tgk berita terkini tadi, takde pun liputan pasal MTB. Diorang olok-olok buat liputan ke apa semalam?
Huhu.

15 comments:

syaf said...

woo dah pas lesen ni, boley bawak aku g jejalan nie...4 sure syok...hehhe

ramai plak celebrity yg datang...bagus sangt ke show 2???

EIPUL said...

boleh je Syaf. Ko cakap jek ko nak g mana. Lalala.
bagus tak bagus jugak lah. Aku rasa ada orang UPM kawan diorang kot, tu yang dapat jemput senang2 tu.

[yAN!e][pUTraJAya] said...

ni nak ambik lesen memandu kete eh.....?

tahniah 45/50...

akak dulu 49/50 lalalala....hahhahha salah 1 jer...

shah_ariel said...

mtb kali nie..kalah juara lgu..
show time 3 jam lebih nie..serius gigih..
yg ptg juri sume meletz...meor tetibe je kn..haha

EIPUL said...

[yAN!e][pUTraJAya] - wah. akak sangat hebat oh! nangis tgk result akak. Lalala

shah_ariel - thu tidak mengapa! Kahkah

SYAbAR said...

Tahniah dah lulus, jgn pulak nanti pegang LESEN L, bawa kenderaan tak HEENGAT DIRI.... berhati2 dijalanraya, sayang semua nyawa

lalink7 said...

la..student UPM rupenye..
patut la familiar muke anda..
hehe~
k17 menang ke? Tahniah la..
nape tak masuk sekali?

yaziith su anaz said...

alah,




dorang tanak ko enteprem tak tentu pasal.
kang gleme tak habes plak.

lyndadyana said...

huhu..
mz nk g upm ag la...
menyeludup sbgai mkhluk asing..
weeeeeeeeeee...

EIPUL said...

SYAbAR - takpe, jangan risau. saya takkan merempit dan langgar encik polis. Heheh

lalink7 - kamu pun student UPM gak ea? tak tgk ke semalam? nak masuk buat apa, aku tahu menyanyi kat GreenBox saje. Menyanyi live ni out lah kot. Haha

yaziith su anaz - best apa glemer. Lalala

lyndadyana - makhluk asing? Haha. Jom ar jalan2 mines. =)

iekah said...

pinjam lesen buley?

haha.

Kotak Hati said...

eipul ko pun amik fud tech ke??
really??
pape pun..
kim salam kat aunty kening tebal tu yek..hahaha

EIPUL said...

iekah - buleh.buleh. tapi gambar nanti ko pepandai lah tukar ea. aku tak pakai tudung masa amek gambar hari tu. haha

Kotak Hati - aah. kira kita amek course sama ar ni. Haha. ok. nanti aku sampaikan salam ko kat dia. Mesti dia happy dan excited. Lalala

lyndadyana said...

hehe...
boley2...
tp skg xcuti ag...
mid sem pon bulan pose...
xdpt nk jln2..
uuwaaa...

EIPUL said...

aah ek. Huhu, next time jek ar. Lalala

Kolam Ikan Encik Eipul