My Tomey-Lotey Followers

Saturday, July 11

Aku tgk wayang dengan Bacit semalam.

Macam biasa lah. Kalau dah takde benda nak buat, kitorang akan cuba buat sesuatu, termasuklah menghabiskan sisa-sisa duit yang ada. Rancangan asal, kitorang nak pergi gigit mic kat Greenbox Jusco, tapi dah lambat. So, option kedua, pergi Redbox Low Yatt. Aku pun call sana. Ingatkan ada student price, rupa-rupanya offer hari tu dah takde. Kalau kitorang nak jugak, kena bayar RM44++. Gigit kuku jari kaki lah kalau begitu. Mahal macam rumah mewah lah pulak kan! So, kitorang buat change of plan, pergi tgk wayang kat Mines. It's much cheaper. Aku memang betul-betul nak tgk cerita The Last House on The Left, malang nye dekat Mines tak ditayangkan. Kejam bukan? Ada 4 option cerita sahaja, sama ada nak tgk transformers, ice age, mati suri, lagi satu aku tak ingat lah cerita apa. Bacit cakap Ice Age best. So, aku pun akur walaupun a bit kecewa tak dapat tgk The Last House on The Left. Huhu.

Wayang start 6.45 pm. Jadi, kitorang pergi naik atas carik game. Aku memang dah lama nak carik The Sims 3. Dua kedai yang first kitorang masuk kata game tu dah habis, the next kedai kata dalam seminggu lagi baru sampai. Kedai keempat baru jumpa game yang aku nak. Bacit beli Silent Hill ngan Cook Mama apa jadah. Aku tak pasti lah. Yang penting game The Sims 3 tu takley main kat laptop aku. Tadi aku baru install. Sialan sungguh. Dah la Sharel beli benda yang sama. Kalau aku tahu, aku tak beli game tu. Bazir saje RM10 aku. Better aku buat top up atau beli Big Apple banyak2. Huh!

Semalam aku banyak spend masa design itu ini, masing-masing mintak tolong design poster t shirt segala jadah. Pening jugak aku. Ye lah. Bukannye senang nak design benda baru ni. Aku nak senang, aku guna aje benda-benda yang pernah aku design dulu. Jangan melatah lah kalau tetiba dapat flyers yang design nye sebijik macam event hari tu ye Kiah. I'm sorry lah. Tak puas hati? Ada aku kesah? Haha.

Esok aku ada test berkomputer lesen motor. Malas pulak aku nak bangun pagi-pagi esok. Jangan jadik macam hari tu sudah lah. Aku tak nak melutut lagi dengan mak cik kening tebal tu mintak dia tunggu aku lagi. Oh tak sanggup lah.

Eh lupa pulak nak melalut pasal Ice Age 3. Best lah jugak cerita ni. Walaupun mula-mula agak bosan. Lama-lama kelakar lah jugak. Tapi macam biasa lah, tgk dekat wayang ni terpaksa duduk bersama bunch of lunatics yang aku rasa memang mereka adalah first timer datang punggung, eh maaf, panggung. Yelah, kalau masuk wayang terjerit-jerit macam batak, orang tak gelak, kau dah gelak macam orang kena sampuk jin aprit, kau memang dapat title batak of the year lah. Mungkin boleh buat satu talk atau kelas khas untuk orang-orang macam ni, adab-adab ketika menonton wayang di panggung wayang. Mana nak dengar dialog cerita lagi, kau yang terjerit macam orang gila lagi, pandang dua tiga kali masih tak dapat nak behave. Seriously, kau memang jakun sangat. Hebat jeritan kau semua. Cuba lah buat begini lagi masa akan datang. Mana tahu, producer cerita ada tonton sama-sama, kau bolehlah terpilih dapat watak orang kurang waras dalam filem-filem murahan dia yang akan datang.

Lepas balik dari Mines, aku dan Bacit pergi dewan kolej kitorang, budak-budak junior buat show. Adoih, yang ni aku tak dek nafsu nak cerita lah. Bukan apa sangat lah Maimon, diorang punya performance, budak-budak autisme yang sekolah khas tu pun boleh buat berganda-ganda lagi best kot. Aku rasa macam nak naik bilik, tapi kawan aku suruh tunggu sampai result di announce, aku pun menurut saje lah. Boleh pulak masa pemenang diumumkan, takdek sesiapa pun yang naik nak ambik hadiah. Logik tak? Bila suruh naik atas, diorang tak mahu. Diorang ingat kumpulan lain yang menang. Sampai MC jerit dua tiga kali baru lah nak terkial-kial betulkan kain batik yang terlondeh dan naik pentas ambik hadiah. Mereka sangat entah apa-apa.

Lepas dah mengantuk dan bosan tgk show entah apa-apa, aku tgk budak-budak Bacit buat latihan untuk event esok. Best jugak lah live band diorang. And the girls yang jadik lead singer tu pun punyai suara gemersik, memang sedap lah kalau dia jadik lullaby aku setiap hari masa nak tidur. LOL.

Dah lah, hari ni tak menarik sangat kot untuk dikongsi. Aku yang bercerita pun dah naik bosan. Aku nak pergi buat tahi mata sekejap lah. Bye bye.

2 comments:

HIZAMI said...

haha.

taniah.

hebat tol kump yg penonton sengal ituh.

beri tepukan gemuruh!

=P

EIPUL said...

memang sangat rosakkan mood menonton lah diorang tu. Huh. =)

Kolam Ikan Encik Eipul