My Tomey-Lotey Followers

Sunday, July 19

Badan Bintat-bintat Lagi Mau Jalan Ka?

1. Cebisan Big Apple tadi. [ok, aku tipu. Tu gambar cebisan nasik lauk sardin semalam]
2. Tiket wayang Mati Suri. Aku promise takkan tgk cerita Indon yang tak femes lagi dah lepas ni.
3. Gula-gula Halls aku beli kat 7e tadi. Nak? Datang ar bilik.
4. Tiket bot tongkang masuk Mines. Oh tiket pun berlumut. Tak tahu nak kata apa lagi.

[tangan aku yang dah rupa macam kodok kena chicken pox. bintat sana-sini]

Tadi aku g jalan-jalan sama Nene dekat Mines. Dekat saja, naik satu bas Rapid dah sampai.
Tapi bagi Nene jauh lah; naik komuter turun naik berkepit himpit dengan orang ramai dlm kenderaan semput tu dekat sejam lebih. Sorry lah Nene.
Aku tak tahu lah nak jalan mana lagi. Huhu.
Sebenarnya sakit aku belum reda tapi makin bertambah lah pulak. Selain demam dan batuk keluar hingus hijau, aku bertuah sebab dapat inflamation pada kulit. Menangis tahu!
Aku tak plan pun nak jalan-jalan hari ni. Aku baru bagitahu kat office aku gatal-gatal, badan bengkak-bengkak macam kena gigit dengan semut api. Oh pedih lah.
Seksa tahu. Malam semalam tak boleh tidur tahu. Aku siap mimpi seram tahu. Sumpah annoying banyak sangat tahu ni lah!

Aku mimpi aku sesat lepas camping dengan siapa aku pun tak tahu, aku sampai dekat satu kolam lumpur yang deserted.
Yang amazing nya, aku siap pasang khemah betul-betul tepi kolam lumpur ni. Orang yang camping sama dengan aku ni tiba-tiba suruh aku bakar ikan,
so aku pun ambik lah ikan dalam freezer tu [aku sangat pelik tepi khemah aku tiba-tiba ada freezer, maveles bukan?]
tengah nak pilih ikan yang bentuk macam kapak tu, [siyes bentuk ikan ni macam kapak dalam mimpi aku. Aku tak tipu oh]
ada lintah besar van sekolah keluar dari kolam lumpur tu! Menjerit lah aku Bedah! Kau gila aku tak cuak?
Kalau kena nyonyot dengan lintah tu mahu aku kering macam biskut merry. Habislah darah aku!
Eh, dah lah. Mimpi aku ni panjang lagi, penat nak cerita.

Sebenarnya aku nak cerita aku tidur tak lena, despite of having nightmare tadi, aku tak boleh tidur sebab aku punya tendency menggaru badan sangat kuat lah.
Sumpah gatal badan aku semalam. Aku garu sekali tak cukup tau. Sampai subuh aku garu-garu. Siyes aku tak puas hati.
Kenapa ni? Tiba-tiba dapat inflamation kat kulit ni. Tu yang aku tak jadik pergi kerja tadi.

Kisahnya, lepas aje aku confirm dengan Boss aku tak dapat datang kerja, Nene mesej aku tanya aku sihat ke tidak.
So, aku pun cakap lah aku tak sihat sangat. Then dia pun macam nvm[nevermind] lah, next time saje kuar jalan-jalan. Aku fikir sekejap. Pedulikan lah sakit. Demi jalan-jalan, aku pun terus offer Nene untuk jalan-jalan juga.
Nampak tak kat sini aku adalah seorang kaki jalan tegar?

Masa tu macam dah pukul 10 lebih, n then Nene kata nak gerak kul 11. Aku pun tangkas lah bersiap.
Lepas tu aku ada hal sikit nak settle tadi, aku macam sangat-sangat tak sempat nak mesej kawan-kawan aku yang lain.
Sumpah tak sempat doh Emy, Alan, Azpo, semua besties aku yang lain. Aku ingat Nene dah mesej korang-korang semua, ajak jalan-jalan.
Aku memang mintak maap pada korang semua, bukan tak mahu ajak doh. Memang siyesli aku tak sempat mesej memandangkan plan jalan-jalan ni sangat lah ad hoc.
So, di kesempatan ni, aku susun semua jari kaki beserta jari kaki rusa nani, mintak ampun dari ujung umbisi sampai ujung kaki jiran sebelah rumah ni, wahai korang-korang,
aku tak berniat tak ajak korang. Dan one more thing, u guys ajak aku keluar esok kan? Aku tak cuti ar korang-korang, that's why lah aku bagitahu awal-awal hari tu aku tak dapat join.
I'm sorry ok guys. =)

So, back to the future, oh silap, back to the moral of the story,
aku keluar jalan-jalan sama Nene. First, kitorang naik bot berlumut itu untuk gerak masuk ke dalam Mines. Saja-saja mengada, bukan tak boleh jalan kaki tapi malas lah,
takut ketiak berpeluh sebelum sempat masuk Mines nanti sebab jalan jauh-jauh bawah sunbeam. Sewel Nene, buat lawak pulak muka budak kecik tu lagi teruk dari inflamation kulit aku.
Arghh, these bintat-bintat is killing me like crazy! gatal lah! Tak selesa aku nak taip. Huahua.

Anyways, lepas dah took off dari bot tongkang tu, kitorang macam hurrily pergi tgk tiket wayang. Semangat sangat ni nak tengok wayang. Nak tengok Harry Potter kononnya.
Malang nya brother TGV ni kata tiket tinggal front seat saje. Gigit jarilah kitorang dua. Nak tgk cerita apa pulak ni? Takkan nak tengok Skrip 7707 pulak? Oh oh, malam sikit lah.
Aku hilang percaya sudah pada cerita Malaysia. Sorry to say. Tengok trailer saja dah buat aku terlopong tak tahu nak kata apa. Cerita seram tapi tak nampak seram langsung.
Sejak aku menyesal sangat-sangat guling-guling sambil menangis lepas tengok cerita Sayang You Can Dance, cerita Malaysia macam dah tak terpahat dalam hati ni lagi.
Call me un-patriot, but don't blame me though. It's their fault for making such an un-interesting film. So tak jadi tgk wayang, aku ajak Nene makan-makan dulu. Kitorang makan nasik ayam cendawan tadi.
Fuhh! Sedap oh. Nene, sedap kan? Huhu. Lepas dah kenyang, kitorang pergi karaoke kat atas. Karaoke 2 orang saje, satu jam kena bayar RM15. Mahal jugak lah.
Sound system dia pun tak setanding Red Box. Aku yang ajak Nene karaoke, tapi dia yang menyanyi lebih-lebih.
Tak macam semua lagu single aku dia buat macam lagu duet, nak nyanyi sama-sama segala. Takpelah, janji ko hepi Nene. Lepas dah letih melalak walaupun aku tgh sakit tekak,
kitorang turun, Nene pergi sembahyang. Later aku tak tahu nak buat apa lagi. Macam baru pukul 3 lebih and kitorang dah takdek benda nak buat lagi kat sini.
Nak tgk Harry Potter tiket fully booked, last-last kitorang pergi tgk wayang jugak lepas letih window shopping sana-sini. Cerita Mati Suri. Huhu. Sangatlah bosan cerita dia.
Boleh tak hantu-hantu semua keluar masa last-last? Orang dah nak angkat pinggul keluar wayang, baru lah segala syaitan hantu jembalang nak menjelma takut-takutkan kitorang.
Sumpah aku terkejut masa hantu pocong merah tu keluar last-last. Nene, ko dengar kan aku jerit tadi? First time aku terjerit lolong-lolong kuat dalam wayang ok. Sangat buruk muka hantu tu. Takut oh!

Ok, lupa pulak, sebelum pergi tgk wayang dan window shopping, kitorang sempat makan Big Apple tadi. Oh sedap lah. Nak lagi boleh tak?
Last word, kitorang tak sempat nak ambik gambar gedik sebab bas aku dah sampai. Nene pun macam dah tak sabar-sabar nak balik. Ok lah. Next time aku cerita-cerita lagi ye.
Aku nak kemas bilik yang dah berupa tongkang pecah ni. Tak tahan lah serabut-serabut ni. Pening kepala.

To Nene, thanx sebab ajak aku keluar jalan-jalan hari ni. It was like the best keluar-jalan-jalan bagi aku, sebab kita tak dapat tgk Harry Potter & The Half Blood Prince tadi. Haha. Just kidding lah. See, told ya, I typed the whole day into my blog. LOL. Lain kali jalan-jalan sama lagi ye. =)

6 comments:

syaf said...

the most important thing now,
bek ko duduk dalam bilik, rest..
kene chiken pop, tp nk gak marayau agi...
kalu aku ade kat sebelah ko, aku dah kurung ko dalam bilik, tak pon piat telinge ko...nakal ni...

kikiki...take care bro...:(

EIPUL said...

tu ar. nakal sangat aku ni. huahua.
jap g nak g klinik. haha.
thanx syaf. ko pun take care.
jgn cabot bulu idung lagi tao.
hihi.

syaf said...

ye...aku x cabot g bulu idung...tuk bulan ni je lah,...

bulan depan aku insyaalah aku cabot g..hahhaha

cam ne ngan chiken pox ko 2...dah ok ke

EIPUL said...

aku rasa bukan chicken pox ar syaf. dia macam keradangan pada kulit. aku alah makan apa tah, aku pun tak ingat aku makan apa hari tu. nak g tanya dr nanti lah. haha

oh, bulan depan baru cabot lagi ea. ok. haha

iekah said...

ko ni mcm2 penyakit ade weh.

EIPUL said...

nak wat camne iekah, dugaan Tuhan kasik tak putus-putus. banyak buat dosa kot. LOL

Kolam Ikan Encik Eipul