My Tomey-Lotey Followers

Thursday, July 9

Baju Malaya Bistro cantik lah!

Moshi moshi.
Semalam punya semalam aku shopping tak ingat dunia. Sampai cerek elektronik pun aku beli. Owh, dengan sebijik baju Malaya Bistro. Seratus lebih jugak lah habis. Nasib baik aku tak jadik beli beg Wild Channel yang menggoda jiwa itu. Sharel apatah lagi. Dengan multicooker segala, kau memang the best. Memang kitorang semalam berbelanja ibarat baru pindah rumah setinggan lah. Mana pergi belanjawan yang aku dah buat dulu aku pun tak tahu. Terselit celah punggung baboon barangkali. Secara tuntasnya, wallet aku dah semakin kempis. Perut aku juga. Balik bilik, aku masak-masak kejap. Lepas dah lenguh pinggul, aku baring sampailah tertido.

Aku sedar, dah pukul 8.30 am. Kecut pankreas aku. Terus lah aku call Mak Cik juling lesen memandu tu. Patutnya aku kena tunggu kat depan kedai dia pukul 8 tadi. Syukur pada Tuhan dia belum pergi Cheras lagi. Lepas dah banyak meleleh air liur merayu domba mak cik tu, dia setuju tunggu aku sekejap. Aku pun berkejar lah ke jamban, tiada masa nak berak kot. Aku terus gosok gigi, basahkan rambut, muka semua. Maaf, realitinya, aku tak mandi pagi tadi. Aku risau mak cik tu terus pergi tanpa tunggu aku kalau aku lambat sangat. Huhu. Aku kejut Bacit, mintak dia tolong hantarkan pergi kedai lesen tu. Sampai aje, mak cik tu tgh tunggu kat kereta. Ada 3 orang lagi yang lain tgh tunggu nak pergi Cheras. Malu pulak aku lambat.
[ah, ada aku kesah? haha]
Sampai kat IMKEDA apa jadah, [IMKEDA ni pusat besar latihan memandu kat Cheras ni lah, nama dia pun dah buat aku semangat nak kentut]
mak cik juling kening lebat ni pun daftarkan aku punya nama untuk ceramah. Aku isi borang, dah siap semua aku terus masuk dalam bilik ceramah dia. Lama jugak lah aku tunggu kat dalam tu. Penceramah dia lambat datang. Tapi macam kawan2 aku cerita pasal ceramah ni, memang outrageously boring lah. 6 jam ok! rehat pun setengah jam je. Boleh? Tertidur lah aku banyak kali dalam tu. Yang penting penceramah dia ni cakap kuat giler. Suara dia macam petir. Aku nak tidur pun tak senang. Kan aku kata tadi ada rehat setengah jam kan? Aku bantai lah makan kat kantin dia yang kotor berlumut tu.Ingatkan murah lah. Kedai cikai bau hancing macam kencing hamster, what would u expect kan? Aku ambik lauk-lauk yang back to basic je lah, ayam goreng, sambal ikan bilis, nasik. Air pun simple. Sirap. Takut nak order hot chocolate ataupun ice latte, risau dia semput nak google resipi nanti.
"RM5.80 dik" akak kafe tu jeling wallet aku.
Aku pun kasik RM5. Ingatkan dia kata RM4.80.
"Adik, saya ulang dengan sopan ye, semua sekali RM5.80" dia muncung macam mulut platipus.
wtf???
Nasik cikai macam ni pun nak buat harga macam McValue lunch ke? Ko dah lama hidup ke? Aku berjanji Bedah, lain kali aku datang sini aku takkan makan apa-apa dari kantin kau yang busuk ni. Sila ambik perhatian.

Ceramah habis pukul 4. Tapi sebab tunggu kening lebat tu datang ambik aku makan masa jugak lah Maimon. Pukul 5 baru aku dapat balik. Lalu depan Mines tadi, kedai DC macam memanggil-manggil aku, sayup suara dia, tapi aku fikir lebih baik aku tak pergi Mines. Jika pergi, maka lagi kempislah wallet aku nanti. Oh jangan buat hal ye. Kebetulan lepas tu aku jalan kat Sri Serdang tadi, aku pun singgah kedai akak Indon tu, beli nasi 2 ringgit. Lepas tu, aku pergi beli stationary pulak. Pen aku habis hilang. Aku tak pasti sama ada aku dah buat makan semuanya ataupun ada makhluk lain yang telan semua pen aku. Aku beli planner & pembalut hadiah untuk cover softboard bilik aku yang dah berlobang dan berlohong macam ada kudis buta. Sampai bilik, aku pun berkobar-kobar kemas meja dan tampal poster itu ini. Oh, cantik juga bilik aku ni. Dah siap semua tu, aku terus masak tom yam sotong. Bacit tak de, dia pergi taklimat. So, aku makan sorang saje lah. Sharel datang kasik ayam masak black pepper. Aku tak nak kalah, aku kasik jugak tom yam sotong aku kat dia. Tak taulah sedap ke tak bagi dia. Aku makan sedap je. Haha. Lepas perut sudah membusung buncit, aku pun terlelap atas katil. Sedap sungguh perasaan baring itu.

Sampai terlupa nak update blog. Ini pun aku tersedar pukul 6 tadi. Terus aku taip walaupun mata bengkak, demi blog terchenta. Hahaha hachom! Uih, sejuk lah pagi ni! Brrr

12 comments:

HIZAMI said...

haha.

gigih ye anda?

update blog kol 6pg?

huahua~

EIPUL said...

tu ar. gila kan?

Eazy Izzuddin said...

wow
awalnye taip2 nih
xD

SYAbAR said...

Tahniah! sebab sedar diri utk berdikari. Sendiri mau ingat la kan dok membujang kat rumah sewa.... sedap rasanya tomyam kau, kan Chef terkenal majoriti lelaki....

EIPUL said...

eazy izzuddin - kalo boleh nak bangun awal lagi. Haha. Boleh taip banyak-banyak. Wuhoo!

SYAbAR - saya duk hostel. Hihi. Nanti saya kasik auntie rasa masakan saya ea. Hahah

lizz said...

meh jadik adik aku. cam syok lah, sbb ko byk duit nk blanjer aku shopping nnti.heheheheheh!

EIPUL said...

hahaha. byk lah sangat duit aku kan? :p

Kotak Hati said...

owh..
x mandi pagi yek??
hahahha

chipsmore said...

naseb baek cafe kat tempat sy murah dan sodap ;)

EIPUL said...

Kotak Hati - sekali sekala. Haha. Tapi balik terus aku g mandi. Tak tahan. Hehe

Chipsmore - untung nya kamu. Lalala

Judiene said...

hahaha
seorg blogger yg gigih
u shud be an example to others
pagi2 buta pn sggp lg type blog
wakakakaka!!

EIPUL said...

tetiba hari tu dah rajin pulak. Heheh

Kolam Ikan Encik Eipul