My Tomey-Lotey Followers

Wednesday, July 1

Bengang2 gua pun end up karaoke jugak tadi.

Korang nak tau tak? Pagi tadi memang aku bengang giler dengan Wani kerani pemalas ni. Aku rasa nak gigit2 je telinga dia lah! Puas dah kot aku mencarut-carut segala. Astaga ribena. Bawak2 mengucaplah wahai aku Ya Allah, ampuni daku. Huhu. Mana tak marah, Timah. Bukan sebab dia makan asam boi tak ajak aku lah. Itu terlalu serius. Dia cuma menyebabkan aku lambat datang kerja, pergi Maybank dan diberitahu duit tak masuk, gaji aku pulak pending 2,3,4 hari. Itu saje kot. Owh, lupa pulak. Dia tak mintak maaf pun. Asbontoth betul! Aku tak tahu pulak spesies manusia macam ni boleh ada hidup gembira kat dunia ni. Bukan Wani kerani pemalas saje yang buat aku marah, Ipin Skema ni pun sama. Ipin Skema adalah sejenis pekerja yang skema dan bertugas sama jawatan ngan aku kat company ni. Dia buat kerja dia dengan sangat lah lambat. Aku boleh terlelap sambil berdiri bila tengok dia buat kerja. Subhanallah! Itu belum suruh dia start cakap lagi. Kalah teks ucapan dalam kitab oldies bahasa baku. Dia lambat buat kerja aku boleh tahan marah lagi. Dia membebel-bebel benda lame dan mengarut berdas-das pun aku boleh ampunkan lagi. Yang aku berasap tadi, dia pergi rehat lama aku tak tau lah dia buat apa, tercirit 50 kali masuk jamban agaknye. Aku dah kata aku balik pukul 6. Kau balik lah lekas sikit. Jangan rehat lama sangat. Ni tak, kau balik rehat lambat 20 minit. Eh aku pedulik apa kau buat apa Ipin? Yang penting ko rehat jangan lah lebih had masa, tongong! Tak pasal2 aku balik lambat hari ni. Memang lah aku happy kalau aku kerja lebih masa, tapi agak-agak lah. Takkan setiap hari aku nak kerja lebih masa Ipin sayang intan payung hoiy? Kau ingat aku ni tupai ke apa? Aku ada life ok. Bukannye hidup aku untuk kerja saja. Merasa lah kau aku buat muka bengis depan kau tadi. Mencarut-carut tu sudah semestinya lah. Kau macam tak kenal aku pulak. Sampai budak sebelah aku tadi tutup-tutup hidung tak tahan dengar aku mencarut lebih-lebih. Sial betul. Dah lah, buat aku bengang aje bila cerita pasal apa yang aku bengang siang tadi. Ni aku nak cerita pulak, lepas habis kerja tadi, Bacit dengan Zahir datang Alamanda. Ingatkan bercadang nak zoom terus pergi karoke. Aku call GreenBox tadi, dia kata bilik penuh pulak. Ada kosong tapi pukul 10 lah. So, untuk isi masa terluang, aku ngan Bacit pun balik kolej kemas bilik dulu. Pukul 9.30 baru gigih gerak pegi Jusco Cheras Selatan. Buat apa? Karoke lah apa lagi Bedah. Kau nyanyuk apa? Aku kan dah cakap tadi? Hishh! Habis melalak pukul 1.20 am. Hebat bukan? Lagi hebat kitorang kena tahan Pak Guard tadi. Katanya kitorang lambat balik. Pandai-pandai lah nak hidup kan? Tipu lah apa lagi. Kitorang cakap kitorang kerja part time lebih masa. Bijak kan? Bijak-bijak pun dia suruh kitorang tulis nama jugak dalam buku diorang. Konon kitorang ni budak bermasalah lah. Balik lambat segala. Eh, pedulik apa aku? Ada aku kisah? Huhu. Dah la. Aku rajin pulak nak masukkan gambar2 kitorang bersuka-suka masa karoke tadi. Kalau tak nak tengok tak pe. Lalala.










19 comments:

ichiban | いちばん said...

aik karaoke 2 org je ke?? hahaha pastu makan punye la banyak.. haha

EIPUL said...

yup! op coz. Haha. Memang selalu macam ni. Haha. Kitorang melantak puas2. Tak ingat dunia. Wuhoo!

[yAN!e][pUTraJAya] said...

halamak dik....
lepas geram pi karaoke eh
hehehhe

HIZAMI said...

x aci.

gue pon nak karok!

sudah lame hambe x melakukannye~

lionteen said...

lame sudah xkarok..
mau karok..
sp nk join?
hehe

syaf said...

hahahha...macam 2 pulok
bile nak ajak aku p karox same2??

MISZ NaNa said...

muahahaha~ kalau aku dengan orang tu pun aku tension.

sesi melepaskan kegeraman di pusat karaoke haha~

Nurul said...

wow.. cam best jerk... xpnah g karaoke.. even panggung wayng pun xpenah masuk inikan karaoke..

tp klu diajak pun xmo pgi.. hihi.. sesak la bising2

b-boy said...

kemain marah x hengat.. ekekeke

yaziith su anaz said...

wah,
sangat bahagia lah ko.
aku sangat teruja tengok maik kale pink tuh.
tibe2 pulakla kan hati aku meronta2 nak karoke jugak.



gedik ke hape nak nyanyi pas bace entri ko.

EIPUL said...

[yAN!e][pUTraJAya] - op koz. hehe. mana boleh tak gi karoke dalam seminggu mesti ada satu kali pergi. Lalala

HIZAMI - jom. esok eqal ajak. Heheh. Boleh shoping2 cket sebanyak. Nak?

lionteen - jom kita p sama2 nak. Bila? Aku on je anytime. Hahah

syaf - jom syaf. kita karok minggu depan ke, bila-bila lah. Ko decide. Nguehehehe

MISZ NaNa - yup, memang bengang tahap Moksha dah tu. Hahaha

Nurul - tak bising sangat kot. Kita tak dengar pun bilik sebelah bising2. Bilik semua kedap bunyi. Ni baik punya karoke hehehe.

b-boy - hahaha. sekali dua kala. Lalala

yaziith su anaz - LOL. Kat kuantan ada tempat karok tak? Boleh aku singgah nanti. hahaha

chipsmore said...

sedap ke sore?? meh duet meh..haha

EIPUL said...

jom chipsmore jom. Lagu apa nak? sri mersing? hahahaha

ღ Juliet ღ said...

hahahaah. bengang jugak bile bce pasal ur fwen yang lembab tu.

haih la.

EIPUL said...

taw takpe. Aku rasa nak tempeleng kepala dia laju2. nasib baik dia lagi tua dari aku. HUHU

Awang Ilham said...

fuh.. stressful jgk eh ko pnye bidang kerjaya..

EIPUL said...

macam ni lah awang kalau bedepan ngan manusia. Macam2 hal dok ado. Haha

Siti Nurul Jannah Fital said...

len kali pie menyumbang suara ajak ler haku..hohoho

pok cik ko nih memain lak nak mengucap bio bebeno..hahahha'

ni ape ke makananye nih....astaga ribena..hoit..konpius arr hik hik

EIPUL said...

Siti Nurul Jannah Fital - ok, nanti aku ajak ko pegi karoke sama bila free. heh.

aiyak, aku pun tak pasan aku merepek lebih had. haha

Kolam Ikan Encik Eipul