My Tomey-Lotey Followers

Friday, July 24

Bila dapur mula berasap, silalah hubungi 999 atau berlari ke Bomba terdekat.

Petang semalam, acara shoping barang dapur berlaku, aku dengan Bacit segera pergi Carrefour Alamanda. Beli macam-macam, dari se-simple perencah nasik goreng sampailah yang se-kompleks kaki ayam.
Kitorang bukan takdek duit nak beli peha ayam lah. Cuma perangai tahi staff Carrefour nama Herman tu saje yang buat kitorang malas nak beli.
Sial punya dubuk! Kalau nak kerja buat lah cara nak kerja. Ni tak, selain jawab nak tak nak saje bila kitorang tanya harga ayam, bodoh sombong pulak tu.Kitorang nak beli bahagian quarter ayam yang dah diperam dengan sauce black pepper tu, tapi tanda harga takde. So, tanya lah mamat ni, memandangkan dia kerja kat situ, jadik tukang potong ayam.

"Ayam ini berapakah harganya wahai young man?" tanya kami dengan penuh sopan.

"Tengoklah sendiri. Tanda harga ada kat situ lah." dia jawab dengan lobang idung terangkat sampai nak terkeluar tahi.

"Tak ada dekat sini lah. Sebab tu kitorang tanya." Bacit cakap.

Lepas tu dia buat muka dubuk lemah syahwat, datang kat kitorang dan konon nak tunjuk ada harga kat situ. Alih-alih memang takde. Malulah siamang kurap ni sudah tentu. Tapi still buat muka ego, tercarik-carik tanda harga ayam tu. Memang simply bodo terangkat lah mamat ni. Kalau tanda harga ada, takde lah kitorang tanya, bebal! Panas betul lah ngan mamat ni tao. Sebab dia punya perangai hauk macam ni, kitorang terus lari pergi tempat lain.
Nampak pedal dengan kaki ayam, terus sambarlah. Dah takde hati nak cari bahagian ayam lain yang lebih sedap kalau macam ni sikap dubuk tu. Huhu.
Lepas dah siap shoping barang lain, kitorang pun balik lah nak buat apa lama-lama kat Alamanda kan?

____________________________________________________________________
Visual di bawah adalah untuk tontonan blogger-blogger yang telah baligh sahaja. Sebarang insiden susulan melibatkan blogger bawah paras umur ditetapkan adalah di luar kawalan kami. Sekian.
____________________________________________________________________

Menu Malam Ini: Tom Yam Kaki Ayam Masam-masam Ala-ala Mempelam.

Barang basah yang dah dipotong rapi; kaki ayam, cili padi, bawang, tomato, serai, and limau nipis.

Lepas tumisan dah dicurah dengan air. Mak Ngah, betul kan procedure ini?

Kaki ayam, take note, bukan kaki biawak ye, telah dimasukkan ke dalam rendaman tom yam.

Nasi kangkang yang telah masak ranum, sedia untuk dikunyah dalam masa terdekat.

Bacit cuba memasukkan ramuan rahsia ke dalam rendaman tom yam. Aku berdoa sungguh-sunguh agar ramuan rahsia itu bukan berupa tahi hidung ataupun peluh.

Stok barang dapur kitorang yang baru diupdate. Oh terharunya tengok shelf ini penuh ye.

Hidangan telah siap. Sila cuba dapatkan aroma sedap ini ye. Boleh cuba sniff2 celah speaker laptop lah. Mana tahu ada bau keluar.

Masterpiece kami. Oh kaki ayam itu sangat tak cantik lah. Lupa nak hantar buat pedicure dulu sebelum masak.


Muka kanak-kanak riang yang berkobar-kobar mahu makan.



Sekian. Setelah sekian lama tak main pondok-pondok. Jom lah join ramai-ramai main pondok-pondok kalau mahu. Hari berikutnya, hari Sabtu ini, bersamaan 25 Rejab. Kak Maimon tunggu apa lagi? Tandalah cepat dekat kalendar tu. Itupun nak kena suruh jugak ke? Hoho.

15 comments:

ichiban | いちばん said...

waaaaa.... korang masak sendiri kat bilik ek?? huhu bestnye.. nak beli rice cooker gak la.. masak kat bilik je.. hehehe.. leh wat party steamboat.. hehe

syaf said...

woo sonok nye kowang makan nasi kangkang buatan sendiri...

hehehe...kaki ayam jek???? tapi aku suke pe...yg penting, muke ko tetap cute, macam queen latifah dah aku tengok..hahaha

HIZAMI said...

wah, ini siriyes!

aku jelez.

aku tak reti masak neh~

tidak!

=P

iekah said...

sedap syial!!

ko len kali amek kaki ayam, jolok dlm mate die.

bia die paham bahase siket.

siyes tetibe tingat tomyam mama aku.

EIPUL said...

ichiban | いちばん - mesti beli ichiban. memang siyes fun main masak-masak sendiri kat bilik ni. Hahaha

syaf - sonok sonok! tapi syaf, queen latifah comel ke syaf? Macam terlalu buncit saje untuk aku... huhu

HIZAMI - hahaha. kitorang pun bukan reti masak sangat. LOL. Main campak2 masuk multicooker tu saje. wehoo!

iekah - tahu tak pe. aku nak sangat korek bijik mata budak tu guna kuku kaki ayam ni, tapi takut kena tangkap masuk jel pulak. LOL

Just_najmiE said...

uwaaaa, nampak sedap siot.. huhuhu..

gambar last tuh mcm SX rated sket.. hahaha.. top mta.. (-.-"

Eazy Izzuddin said...

uish
nmpk sedap
pndai msk nih....
;D

[yAN!e][pUTraJAya] said...

kecur air liur tgk korang masak

haih...pi alamanda tak ajak pun...

kelmarin akak pi makan KFC kat alamanda...hahhahha

EIPUL said...

Just_najmiE - ohoho. dilarang tgk lelama oh. Aku terpakai boxer pulak kan. LOL

Eazy Izzuddin - haha, kalo nak rasa datang ar UPM. Wuhoo!. Tapi takde ar sedap sangat pun kot. LOL

intel_Inside said...

weh, ko ade sakit prot x lps mkn tu? tkot gak aku mkn mknn mskn sndri ni.

yaziith su anaz said...

ohhhoooooiiiiiiiiiiiii....





sangat seksa gambar terakhir itu.
ahha.

EIPUL said...

[yAN!e][pUTraJAya] - atoyai. nape tak habaq awai2 kak? Kalo tau boleh paw akak suh belanja saya kentaki. Hahaha. Moh le makan sama-sama. Tapi dah habis la. Heheh

intel_Inside - takde sakit perot la intel_Inside. Dijamin suci luhur. Haha. Aku foodtech, Bacit Biotech. Kami mengamalkan teknik pemprosesan yang dipanggil Good Manufacturing Process(GMP). Selain itu, cross contamination tidak berlaku sebab kitorang masak dengan berhati-hati. Chopping board pun khas untuk daging-dagingan saje. Bacit, anything else? LOL

Poyo jak aku. Padahal result tak kemana pun. Haha.

EIPUL said...

yaziith su anaz - sowee2. Ampunkan gambar penuh kontroversional aku doe. Pasni aku tak buat lagi lah. Huahua

chipsmore said...

kaki ayam?? sedap ke?? huhu

EIPUL said...

buleh tahan lah~

tapi tak kenyang. Kitorang makan benda lain lepas tu. Hoho.

Kolam Ikan Encik Eipul