My Tomey-Lotey Followers

Friday, July 17

Hari Khamis - hari settlekan lesen dan sakit pinggang.

Aku bangun pagi dengan sickness yang sangat annoying. Kau tahu tak? Tekak aku rasa sempit. Susah nak bernafas. Ditambah lagi dengan kepala berdenyut2 like crazy, aku rasa macam nak pengsan. Demi untuk cepat-cepat dapat lesen, aku kuatkan pinggul dan buku lali untuk bangun mandi. Disebabkan masa sungguh cepat lalu-lalu, aku tak sanggup nak tunggu bas, takut kena tinggal dengan auntie kening lebat. So, aku mintak Bacit tolong hantarkan aku g Petronas depan K10, aku tunggu kat sana saje lah. Itu lebih baik kot.

Kelas lesen hari ni sangat boring lah.
1) aku kena dengar ceramah 3 jam cara betul nak bawak motor
2) praktikal bawak motor-buruk-nak-pecah-dan-hampir-langgar-divider-stereng-sangat-ketat

Dahlah nak start moto macam susah gile pulak. Aku dah 4 5 kali tendang, tak idup-idup. Lepas tu si jurulatih rongak gigi depan tu kunon nak tunjuk yang dia hebat giler dan nak prove kat mereka-mereka yang aku ni budak bangang tak reti nak start moto, dia tendang sekali dah start. Hey, kau dah berapa lama handle moto buruk tu? Aku baru hari ni try nak start kan, so aku tak delah tak reti nak idupkan moto langsung kot. Brengset lo gelak-gelak pulak!

Bawak dalam litar sempit yang disaster tu lagi lah. Stereng motor buruk tu sangatlah ketat, suwey betul! Masa first aku bawak rasa nak langgar divider 8 tu saje. Sial! Aku bawak dalam 5 kali pusing, aku stop. Panas lah. Ko nak dera aku ke bawak benda ni pusing-pusing litar sampai seratus kali? Huhu. Pukul 5 aku sign out, auntie kening dah bersedia nak bawak kitorang balik. She told me my license will be ready in a week. OMG. Tak sangka dah boleh bawak moto tak payah risau bila ada roadblock nanti. Lalala.

Aku rasa lelah aku still on
lah sebab aku nak bernafas pun susah, macam tgh suffocate dek asap shisha strawberry. So aku pun pergi Pusat Kesihatan UPM, aku pergi jumpa doktor. Aku bagitau dia aku lelah. Sambil-sambil tu kepala aku pening macam demam. Tekak aku pulak macam tgh bengkak kena gigit lipan. Apasal gelak-gelak nurse? Nak kena cubit?

Nasib suhu aku 37.7

Kalau 38.9? Matilah aku kena kuarantin dalam bilik gelap, tak kasik makan, tak dapat update blog. Huhu. So, disebabkan aku lelah, diorang kasik aku this kind of gas, yang aku sedut boleh kembangkan sikit tekak aku ni. Nebulizer kalau tak silap aku nama alat tu. Pastu aku pergi farmasi kutip ubat, then terus gi beli makanan kat food court. Lapar oh! Aku beli nasik ayam hainan. My favorite. Makan-makan. Telan ubat. Aku terus pengsan. Tak tahan. Kepala pusing. Tekak suffocate. Idung berair. Pinggang sakit. Bangun-bangun jek dah pukul 10 lebih. Banyak giler keje tak settle lagi ni. Baju tak basuh lagi, dah menimbun macam nasik tambah pulak. Hal-hal PENDEKAR pun belum siap lagi. T shirt, pamplet, poster, tag. OMG. Can somebody help me? I'm exhausted with these things. Doraemon? Boleh boleh. Kau ada contact number dia?

[nurse kasik aku topeng ni. Amacam? macam autobots tak aku?]


6 comments:

syaf said...

pulok dah cam 2..nasib bek dah lepas lesen..pas ni bley bawak aku jalan..ko rider..heheh

lorr so dah chat bloom ni..anyway ko jage ler kesihatan ko 2...kang sakit sape susah ?? aku gak

x dapat g aku bace blog ko yg memang tiptop ni...heheh

EIPUL said...

haha. ko ni lawak ar. anyways, thanx bro. =)

lizz said...

hahaha. blog jugek yg ko ingat yek kalo tibe2 kene kuarantin. hahaha

EIPUL said...

tahu takpo. bosan kot kalo kena kuarantin segala. hahaha. haruslah berblog. wehoo!!!

yaziith su anaz said...

eheh.



tadek kerepek muntahan dah.
aku nak gak jadik budakbudak yang cumill tuh.

:DDD




takpe,
insyaallahh ko sehat sehingga ke akhir ayat.

huh??

EIPUL said...

hahaha. thanx doh.
ko memang best lah!

Kolam Ikan Encik Eipul