My Tomey-Lotey Followers

Friday, July 3

Shoping Ringan-ringan Aje.




Benda-benda yang aku beli tadi. Oh sangat happy lah.


Pagi tadi lepas dah mandi cuci taik mata semua, aku bersiap-siap lah pakai wangian segala. Touch up rambut sikit2. Terus gerak gerak gerak khas berkawad pegi bus stop. Hujan tadi. Memang menangis lah auntie2 yang dah tala mekap tebal seinci semua. Basah melecet lah kena timpa air hujan. Kesian mereka. Aku memang tak pernah gemar pun nak tunggu bas metro ni. Lembab satu hal. Hal lain; bas ni memang tiap hari bau kemenyan mixed dengan bau minyak bijan. Hairan aku. Cerita pasal lembab, aku rasa macam tengah naik tren zoo negara pulak tadi.
Korang pernah tak? Tak pernah? Memang korang kesian. Haha. Yelah, tren zoo negara kan bawak slow2. Nak perkenalkan haiwan rimba kat kita semua. Baru masyuk masuk zoo betul tak? Tapi bas metro, perlu ke kau bawak 10 km sejam? Kau nak suruh kitorang terberak dalam ni ke? Beca pun boleh potong kitorang tadi. Melopong lah kitorang sudah tentu. Nasib baiklah aku sampai Pudu tadi on time. Aku suppose jumpa diorang pukul 10.45 am paling lambat. Sampai je aku terus lah aku berlari pegi tunggu lrt nak gerak ke hang tuah. Sana, aku jumpa Eqal & Hariz. Pastu kitorang jalan sama-sama pergi RedBox. Karaoke lagi. Yeayea. Lunch sekali kat sana. Pastu teruskan jalan-jalan pergi Sg. Wang. Kitorang masuk ROMP. Aku sempat beli sweater. Masuk ni aku dah ada 7 sweater. Lalala. Pastu kitorang pergi Pavilion. Sebelum masuk Pavi, ada sorang promoter restoran Arab ni hulur brochure. Aku pun balas lah huluran dia tu, konon nak jadik baik lah. Aku nak ambik brochure tu, bangla masam tu boleh tarik balik huluran dia dan tak kasik brochure tu kat aku. Korang paham tak apa yang aku cuba sampaikan ni? Maksud aku dia siap boleh pulak main acah-acah dengan aku. Sabar je lah. Lepas tu aku berazam takkan ambik apa-apa brochure pun dari mana-mana promoter tepi jalan. Eqal bantai tegelak-gelak kan aku. Memang tak tahan. Biawak pasir betul promoter masam tu! Geram aku. Lepas dah dapat mood happy balik, kitorang sambung jalan-jalan kat Topman, masuk Zara, Esprit, Padini, pergi Philosophy Men, last2 aku beli top Padini je. Huhu. Lepas kaki dah menggigil lenguh, kitorang pegi balik Sg. Wang sebab Eqal nak beli short kat sana. Dinner sekali kat situ. Lepas tu kitorang pegi Low Yatt, Hariz nak tgk external DVD drive dia. Siap semua, kitorang pun balik sebab badan masing2 dah melekit-lekit
macam dodol. Lepas dah naik lrt pegi Bandar Tasik Selatan, aku terpaksa tunggu komuter pulak. Sampai kat Serdang pukul 10 tadi. Naik T416, balik kolej lah nak tunggu apa lagi? Penat lah. Baju tak masuk mesin lagi. Malasnye.
Alamak, esok kerja lah. Humm, tata korang semua. Aku mahu beradu lah. Penat pulak. Lalala.

14 comments:

ichiban | いちばん said...

wow ni ke namanye shopping skit.. kalau byk tak tau la cam ne kn.. hahaha bape total sume tu.. huhuhu cam mahal je kn. dah la padini lak.. hehe

HIZAMI said...

asal aku bace entry sume org asyek shopping je?

tidak!

aku terjelez...

sbb xd duit nk beli.

sengal.

neway, tahniah!

shah_ariel said...

meletop PADINI..
so berbaloi r usaha ko sebelum nie eh..
dapat sambar barang padini..huhu

EIPUL said...

ichiban | いちばん - tak mahal sangat lah. biasa2 saje. Hoho, sale kan sekarang. Tu pasal aku beli. Wuhoo!

HIZAMI - jangan ar cakap gitu. Huhu. Takpe. Lain kali kita shoping sama2 jugak ea. Yeayea.

shah_ariel - berbaloi tak berbaloi lah. Usaha jalan kaki semua. Hahahaha

ღ Juliet ღ said...

waa..smlm karoke, rini shopping.

mmg enjoy abesssss ar. huhu

EIPUL said...

takpe ar juliet, sekali sekala. kebetulan hari ni cuti. Pasni dah tak jumpa diorang dah. Semua bawak haluan sendiri ada kuliah semua. Hoho

b-boy said...

i like padini too...very the vassss kan.. hek3

lizz said...

baju2 kat padini lawo2! aku sker woo.

EIPUL said...

b-boy - haah. cantik semua. Tapi ada gak yang hampeh. Tapi mostly cantik lah. Lalala

lizz - yup. Aku lagi prefer Topman. Tapi mahal lah. Malas aku. Haha

syaf said...

wo smart r baju ko beli 2, x nak kasi aku ke weh???

EIPUL said...

boleh gak tapi aku kasik benda lain boleh? aku kasik ko beg kertas tu je la. mahu? Hahaha. takpe syaf, nanti kita jalan-jalan sama2 nak?

yaziith su anaz said...

wah.




habes siling gaji ko dimuntahkan ntok bersupink ek.
bahagia ouhh.

Siti Nurul Jannah Fital said...

ohhh i luve shopping...
oit pokcik ti meh kita shopping sesame!...hahahaha
Tapi aku tak sanggup naek bus metro tuh...habis arr glamer aku ngan kasut 4inc...habis tepeletok kaki haku...cair segala make up make up haku ...hahahhaha

EIPUL said...

Siti Nurul Jannah Fital - haha. takpe mokcik, ko pakai terompah pun dah glemer habis kot. wawawa

Kolam Ikan Encik Eipul