My Tomey-Lotey Followers

Wednesday, July 22

Tiba-tiba Aku Jadi Big Boss. Percaya ke?

Tak de pape pun. Semalam aku kena suruh interview orang. Feeling2 big boss lah aku sekejap. Heheh. Aku yang macam budak-budak ni nak interview orang? Dapat pulak interviewee adalah terdiri daripada junior-junior yang senior[maksud aku junior yang tua kedut-kedut lebih dari aku lah] .Tengah malam sikit lah kot. Tapi nak buat macam mana. Orang high authority yang suruh, so kita pun layan saje. Lalala.

Apa kes? Semua perempuan saje yang datang interview. Mana lelaki doe? Macam mana aku nak buat majalah kalau semua perempuan saje. Takde geng lah nanti. Ni kes sangat teruk, lagi teruk dari tahun lepas ar. Lepas tu, semua yang aku interview macam nak tak nak saje join. Adus, nasib baik aku tak terima jadi Ketua Editor. Takde lah aku kena pening fikir macam mana nak settle semua ni. Apa-apa pun, aku enjoy kasik soalan- soalan berformat Nas Ahmad kat diorang contohnya, 'Kau ada berapa ekor kucing di rumah?' , atau lagi mencabar soalan aku kasik adalah, 'Jika kau diterima oleh kami, dapat kah kau lupakan suami di rumah dan letakkan priority pada kerja?'. Hebat kan?

Kau tahu, semalam junior berkejar mintak sign kat semua senior, entah nak buat apa aku pun tak tahu. Jangan nak mandrem kami-kami sudahlah weh. Bila diorang datang kat aku nak mintak sign, aku cakap lah aku junior. Masing-masing blur dan percaya. Ada yang cerdik sikit, dapat detect lah aku ni senior. Selain kasik alasan aku junior, aku jugak cakap aku dari kolej lain. Nampak tak kat sini aku sangatlah jahat? Sampai ada yang menitis berjurai air mata sebab terharu yang aku akhirnya nak sign jugak kertas-kertas diorang. Adoi! Aku dulu tak buat pun benda-benda merepek ni. Kenapa kau semua terpaksa buat pulak? Dunia sekarang ni sangat pelik lah.

11 comments:

yaziith su anaz said...

pelik pelik pon ko hidop kat sini.



tanak pelik?
silalah ke marikh.

EIPUL said...

aku nak pergi Utarid. Boleh? Apa planet yang paling dekat dengan matahari tu? Fail lah sains astronomi aku. LOL

iekah said...

aku cop keje ngan ko weh pas abes dip ni weh.

haha

Awang Ilham said...

perghh.. kne minx sugn eh.. hahha..

ko dpt post pe dlm evo epul?

EIPUL said...

iekah - moleh moleh. Tapi aku yakin akan lingkup lah company kita tak sampai 2 jam. Main-main lebih. Hahaha

Awang Ilham - haah doe. sungguh tak best lenguh-lenguh ketiak sign kan kertas diorang tu.

aku dapat jawatan bawahan saje. LOL

HIZAMI said...

jap.

neh utk syarikat pe?

LOLALIPOP~

EIPUL said...

haha. best nyer nama kompani aku. LOLALIPOP. Heheh. Taklah, majalah kolej, Evolusix. Kiki

Judiene said...

cam layan je ko jd interviewer
hehehe
kalo ko interview aku sah2 aku wat main2 je
hehehehe

:)

EIPUL said...

o, boleh boleh. hehe, aku kasik ko soalan yang out of topic lah nanti. Takpun aku suruh ko nyanyi lagu twinkle twinkle little star 9 kali. Kalo merdu baru lulus. Heheh

JohanPrinze said...

kau jadi editor untuk majalah apa?
pesal soalan kau kasi cam gampang??? hahahaha...

EIPUL said...

haha, majalah kolej lah.

haah, kan aku dah kata aku tak reti nak interview orang. LOL

Kolam Ikan Encik Eipul