My Tomey-Lotey Followers

Tuesday, July 28

Tutup Kedai.

Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada haiwan-haiwan yang terlibat dalam menjayakan penyebaran virus dibenci ramai, H1N1. Kerana haiwan-haiwan yang sangat berjasa ini, kami, warga pelajar-pelajar UPM terpaksa pulang ke rumah serta-merta pada esok hari dan melangut sambil menangkap ikan gapi di sungai-sungai yang berhampiran di lingkungan kawasan kampung halaman.

Oleh kerana itu, blog saya terpaksa diisytihar tutup kedai dalam masa seminggu, jika saya diberikan hidayah untuk membuka post-post baru semasa cuti ini, ia satu rahmat yang tak ternilai bagi diri saya. Tapi, ini sangat melecehkan lah. Saya terpaksa terpening dan menarik-narik rambut untuk memikirkan bagaimana ingin balik ke pangkuan keluarga kerana ayah saya bekerja pada esok hari dan tidak dapat mengambil saya di sini. Lebih buruk lagi, abang saya tiada di Sungai Besi kerana sedang bercuti di rumah emak dan ayah saya. Nampaknya, saya tiada pilihan lain selain berhimpit mencium ketiak-ketiak pendatang asing dalam kereta api untuk ke Seremban pada esok hari. Segala kesulitan yang akan saya hadapi adalah tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Saya hanya mampu berdoa agar pada esok hari, tidak akan berlaku kesesakan lalu lintas semasa ingin masuk ke dalam kereta api itu.

Kepada haiwan-haiwan yang comel dan berwarna pink itu, terima kasih kepada hingus anda[sori Iekah, pinjam ayat ko kejap]. Hingus anda sangat menyusahkan hidup saya selama ini. Diberitahu bahawa terdapat 400 orang yang demam pening-pening dan pengsan di sini bukan disebabkan strok tetapi disebabkan virus yang anda sebarkan itu. Terima kasih yang tidak terhingga.[berapa ribu kali entah aku nak cakap terima kasih]

Oh, tidak lupa juga, saya ingin menambah di sini, lecturer saya telah memberitahu kami tadi, WHO (World Health Organization) mendapati bahawa virus H1N1 ini akan terus membelenggu kami sehingga 2 tahun berikut dan dijangka, 1 daripada 4 penduduk bumi akan dijangkiti wabak ini. Bayangkan 1 daripada 4 populasi bumi, banyak tu!

Dahlah, saya nak buang hingus sekejap. Tak selesa lah. Oh, bubbye semua. Saya bakal merindui blog ini dan kamu-kamu semua yang comel. Tapi bukan kamu yang berwarna pink ok. LOL.

12 comments:

azzaliena suziantie said...

best gile cuti ;p
mahu jugakk

Just_najmiE said...

miahahaha, dpt jugak cuti Haram 1 Najis 1 ek.. kakakaka.. tak payah la ko jeles ngan UUM lagik..

selamat bercuti weih!.. (^^,)

EIPUL said...

azza, jom jom cuti sesama. hehehe

najmie, tu ar, baru mintak haritu terus dapat cuti kan? LOL

selamat becuti lah korang2, hahaha

shah_ariel said...

shial punye binatang....
cnfrim ak kebosanan duk kat umah lepas nie....

EIPUL said...

tahu takpe! babi punya babi!
hahahaha

tak pasal2 kita kena balik umah. Malasnye!!!

intel_Inside said...

pastikn ko balek tu x sebar skali virus dr kampus ko tu.(lap hingus jap)

amik award aku ni kalo x keberatan, http://natsuthesalamander.blogspot.com/2009/07/award.html

EIPUL said...

intel_Inside - haha, kau pun berhingus jugak ke? Kiki

ok, jap g aku tepek award ko kat blog aku. LOL

syaf said...

cianye ko...padan muke ko..
wah balik semban..nk itut, dah lame x balik semban ni
kikikiki..appy nyer ko

yaziith su anaz said...

kolej aku dah cuti dari semalam.


gara gara ada yang bermaen maen dengan haiwan pink itu.

siap masok buletin utama lagik semalam.
malam ni ko tengok la lagik.



femes emes ouhh kolej aku!!

Eazy Izzuddin said...

lorh
tutp kedai kew...
selmat berchuti

Siti Nurul Jannah Fital said...

UPM juga telah ditutup selama 2 minggu...

Ade sorang kenalan saya seorang Dr perubatan..dia bg tau...wabak H1N1 ni dia punya virus hidup selama 24jam..Maknanya kalo seorang pesakit HIN1 memegang sebiji gelas...walau gelas tu dibasuh virus nye tetap hidup. So sape yg pegang seterusnya dalam tempoh 24jam..akan kena la jangkitan tu..
Wau menakutkan!

EIPUL said...

syaf - eppy jugak lah... jom ar balik sesama... hehehe

yaziith su anaz - aku tak sempat nak tgk buletin utama ar... aku tetido... ngantuk sangat. LOL

Eazy Izzuddin - I'm back!!! Hahaha

Siti Nurul Jannah Fital - wau!!! Tamo minum milo aish kat warung mana2 lagi... takut virush benci masih hidup dekat situ. Scary!!! Haha

Kolam Ikan Encik Eipul