My Tomey-Lotey Followers

Monday, July 6

Yada yada yada. Dah tu je.

[Aku berpakaian seragam. Look very dumb a**. Huhu]

[buku soalan ujian komputer, kad debit visa Maybank, dan wallet aku yang dah tak gorgeous. Maafkan image buruk ini]

[sila abaikan gambar atas. Hanya jadual yang aku baru buat tadi. Huhu]

[maafkan tajuk entry aku, tak dapat jumpa tajuk yang lebih senonoh lah]
Oh, banyak sangat benda yang aku nak cerita sebenarnya. Al maklumlah. Dah 3 hari tak update apa-apa. Izinkan aku ingin bercerita mengenai perihal sabtu aku yang lepas.
[apasal ayat aku macam dialog kambing gurun OKU ni?] Korang, hari sabtu lepas adalah hari yang sangat ter-bestest. Aku tak dapat explain perasaan betapa best nya hari sabtu itu.
Bermula dengan mendapat kaunter yang paling tidak glamour, [tidak glamour di sini bermaksud kaunter yang berada di ceruk, tiada pengunjung dan SUNYI]. Maksudnya aku kurang bekerja dan kurang letih. Yeayea.
Aku sempat tidur semasa duduk dan menggelupur terkejut dua tiga kali masa promoter gemuk ni gelak berdekah tak ingat dunia. Brengset lo promoter!
Adalah dua tiga kastemer [ejaan resmi adalah customer] yang datang bayar barang. Petang tu, ada lah satu family datang shoping langsir. Anak-anak dia, YA ALLAH, comel sangat300x!!!
Siyes doe! Tak tipu. Betul!!! Aku estimate akak dia umur 3 tahun, yang paling comel tu, nama dia Haris, [asal aku tetiba tau nama budak ni pulak?] 2 tahun kot. Adik kecik dia maybe tak sempat umur setahun lagi kot. Kecik sangat. So, 3 orang semuanya. Korang tau, akak dia siap tiba-tiba boleh tanya kat adik-adik dia, 'kenapa akak bau berak? Siapa berak ni?' dengan loghat comel sekali. Tak cukup dengan tu, dia siap boleh check diapers adik-adik dia, nak tengok adik-adik dia berak ke tak. N then, dia check diapers dia pulak. Pastu dia jerit, 'Siapa yang berak ni mama?' kuat-kuat. Lepas tu adik-adik dia tergelak-gelak ngan sangat comel.
Wah aku tergelak besar tengok kerenah diorang. LOL. Pastu si Haris ni, [oklah, korang mesti tak puas hati aku tetiba tahu nama budak ni. Aku dengar akak dia panggil dia Haris, aku assume tu nama dia lah ok tak?] aku main cak-cak lah dengan dia. Reaction dia towards aku punya cak-cak tu sangatlah comel. Aku sampai balik bilik still boleh terbayang-bayang dia. Korang dapat bayangkan tak? Jangan lah takut pada bayang-bayang ye korang. [apa kena mengena ni weh?].
Ok, enuff pasal hari Sabtu aku yang sangat relax dan comel.
Hari Ahad, the busiest day of my life ever as a cashier at Parkson Grand Alamanda ok. [hambik ko semput-semput nak menyebut ni semua dalam satu nafas].
Dah la aku kena jaga sorang-sorang, pos sebelah ni rosak pulak. Memang suwey. Customer tak payah cakap lah. Memang memberangsangkan dan mengghairahkan lah macam biasa. Terlalu ramai, sampai aku tak duduk 3 jam. Menggigil bontot aku tahan lenguh. [hish tak senonoh betul ayat aku] Tangan bersilat-silat laju tekan keyboard, scan barcode, pack barang, ambik kad, mulut kumat kamit cakap benda sama pada customer,
'hi, welcome. Sorry to keep you waiting. Do you have a bonuslink card? Is this all?', sampai aku borak dengan kawan pun tengah-tengah lebat mengumpat, tetiba tercakap macam
'eh kau nak tahu Munah? do you have a bonuslink card Munah?'. Sampai gitu sekali. Boleh imagine tak?
Nasib baiklah aku dapat balik awal. Owh, hampir lupa nak bagitau, hari ni aku dapat the rest of my gaji. Seronok lah aku sudah tentu. Terus aku pergi beli barang-barang dapur kat Carrefour.
Lepas dah lega shoping semua, aku call Bacit nak balik UPM. Tak mahu tunggu bas lah. Penat, lambat, aku nak balik cepat-cepat. Berhajat, nak buat tom yam sotong, tapi burger yang aku dapat. Aku tak jadi nak buat tom yam sebab kawan aku ajak pegi dinner sekali. Aku pun ikut lah. Sekali penuh orang kat situ, macam ada parti buih pulak. Haish!
Kitorang duduk kat satu restoran ni. Memang dah sedia maklum dah, restoran ni memang honggak lah serving dia, lambat satu hal, hasil gorengan dia pun tak sedap. Macam mana boleh bukak kedai aku pun kurang pasti lah diorang ni. Dah takde choice lain dah, sini saja yang belum pack. Lepas dah order air, kitorang pun mengumpat lah macam biasa, sambil tgk flat skrin dia. [jangan main-main, restorang honggak macam ni pun ada flat skrin besar dinosaur tahu!] Air dah sampai, tapi untuk kawan aku je. Aku punya air takde. Kau apahal bangla? Aku dah pesan sambil jerit-jerit dah tadi kan? Aku nak fresh oren!
Aku rasa aku tak pernah kata yang aku takmahu air dan ingin duduk terlopong telan liur sambil tgk budak rongak sebelah ni minum air milo ais. TAK PERNAH ok, bangla. Clear tak ni? Nak aku jolok lubang idung kau guna batang penyapu ke? Geram nye aku.
Lepas dah dua tiga kali aku tepuk dahi dia kuat-kuat, repeat order yang sama, barulah dia terhegeh2 berlari-lari bawak fresh oren aku. Memang dasar bangla lah dia ni.
Nak dapat air tu, dah satu hal, tunggu dekat 40 jam [over nye. 40 menet sudah!]. Semua meja dah dapat order makanan. Aik, kitorang punya tak sampai-sampai lagi. Kau biar betul Besah?
Kau nak kitorang tunggu kat sini sampai perut kitorang berkudis ke? Nak kena gigit dengan aku? Lepas dah sejam lebih, tokey kedai datang kasik muka seposen, baik punya ekspresi. Dia kata
'Adik. Harap maaf. Nasik kami telah habis. Oleh itu, nasik goreng pataya kamu tiada berbuat. Sekian. Wassalam.'
$%$@**(^##@!))*^ [harap maklum. visual carutan tiada baik untuk dibaca. Untuk yang benar-benar berani sahaja]
Lepas penat mencarut-carut tak henti-henti, mulut kumat-kamit persis imam sedang berzikir, kitorang beli burger. Akhirnya, menu dinner aku berbunyi; Fresh oren lambat nak mampos beserta burger daging special satu.
Ok, enuff jugak pasal hari Ahad aku yang busy dan sangat suwey.
Hari Isnin, yakni tadi, aku bangun terkejut Alep buat muka comel sambil suruh aku bangun cepat-cepat nak pergi key in subjek dan setle kan hal-hal berbangkit. Kau paham ke? Apa-apa je lah Senah. Lepas dah mandi dan bubuh bedak Johnson Baby kat ketiak, aku pun berangkat pergi fakulti, daftar satu subjek dan balik. Diorang yang lain pergi bilik Wan makan durian. Ah, sedapnye. Tapi aku tak dapat join, nak pergi ambik kunci bilik kat offis kolej. Lepas dah dapat kunci keramat tu, aku balik bilik mintak kunci motor kat Bacit, rempit laju-laju pergi Maybank. Aku kena buat akaun baru pulak ni. Akaun hari tu kan problem, dah closed. Yeayea! Aku dah dapat kad baru dah ni. Suka hati aku. Lepas dah lemas duduk dalam Maybank yang sempit dan bau hamis tu, aku pergi pejabat kadi pulak.
Kepala kau aku pergi pejabat Kadi, nak buat apa kat situ bai? Aku pergi kedai buat lesen lah. Kedai? Ok, silakan ragui status premis itu.
Burn RM320 aku, semata-mata nak dapat L motor. Tak suka. Tak suka. Tak dapat nak shoping lah lepas ni. Wuu~
Macam-macam lah pulak dia mintak. Nak fotostat ic 4 helai, nak gambar pasport 2 bijik. Mengada-ngada betul. Berlelah lah aku pergi keluar masuk kedai fotostat dan kedai gambar tadi. Haish!
Semua dah settle, Rabu ni aku kena pergi kelas ceramah apa jadah entah aku pun tak tahu. Ahad ujian komputer, Rabu depan pulak bengkel menari. Eh bukan, bengkel main-main bawak motor. Lepas tu dia kata dah boleh dapat lesen L yang cikai itu. Tak sabar aku. Huhu.
Dah la, penat pulak taip pepanjang ni. Bengkak jari aku. Wuhoo. Aku nak makan roti lah. Lapar ni.

16 comments:

MISZ NaNa said...

best+malang+..............
tak dapat nak bagi komen yang panjang-panjang XD

iekah said...

haha.

suwey yg ade hikmah tu.

nk durian?

dtg ke page saye.

ade banyakkk.

=P

lizz said...

OMG! aku boleh bayangkan ke comelan semase dialog "berak" itu berlangsung.wakaka

Kotak Hati said...

ko ok lagi x update 3 ari..
yg aku nie..dh seminggu lebih dh kui3

Judiene said...

hari yg suwei + best + bese
cukup sume rempah ratus die
hehehe
:)

EIPUL said...

MISZ NaNa - Haha. Tak pe. Komen sikit pun appreciated lah MISZ NaNa. LOL

iekah - wow. Durian? Mahu!!! Aku rasa nyesal tak ikut g makan doyan kat bilik Wan tadi. Hoho

lizz - tahu takpe. Aku nak amek gambar diorang masa tu, malangnye hp takley bawak pegi kaunter. Rugi sangat. Hahaha

Kotak Hati - takpe. Kadang2 kita kena rest kan jari dari menaip di blog. Bagus utk kesihatan. Haha

Judiene - Tau takpe. Rasa macam ikan masak tiga rasa pulak. LOL

yaziith su anaz said...

wah,




sangat dahsat anda.
teruja aku baca.


ko nak anak sangatke?
eksaited jumpa kanakkanak cumill.

EIPUL said...

hahaha. aku memang suka budak kecik comel2 ni. aku rasa nak gigit2 pipi dorang. Lalala

Anonymous said...

standad la tu harga nak wat lesen n zerok ic.. haish..

Dhada said...

Lalala pjgnya cerita kamu ..

~aien~ said...

wakaka!
yg part 'berak' yg xley blah tu..
sure cumel gler an time die ckp tuh..
xdpt dbygkn..
hohoho..

EIPUL said...

anonymous - yelah. aku kan tak penah buat. tu yang rasa macam hassle je nak buat semua. Haha

Dhada - op koz. cerita tiga hari rangkum sekaligus. Hohoho

~aien~ - tau takpe. aku nak jumpa diorang lagi lah. rindu pulak. Wuhoo!

EIPUL said...
This comment has been removed by the author.
EIPUL said...
This comment has been removed by the author.
HIZAMI said...

epul.

napekah komen di atas was deleted?

adekah komen aku akan didelete jua?

huahua~

=)

sori.

aku da lame x update blog.

so, jarang singgah blog.

sempat gak tinjau blog ko.

=P

neway, ko still keje lg ke?

EIPUL said...

aku yang delete ar. jangan risau. heheh.aku terpost komen sama 3 kali. Lalala. Aku keje agi. Sekarang cuti seminggu. Haha. Lepas ni aku keje sekejap2 je lah. Petang sampai malam je. LOL

Kolam Ikan Encik Eipul