My Tomey-Lotey Followers

Wednesday, August 26

Aku ada buku nota Mickey Mouse. Silakan menangis.

*actually entri ni untuk semalam. Aku tak dapat update semalam sebab line online tak dapat langsung.

Tadi aku exam FST 3305; Operation Unit. Aku jawab dengan kepala pusing dan badan panas. Kenapa? Sebab aku demam, dan batuk. Ko paham2 je lah, kalau dah kepala pusing, jawapan pun mestilah berpusing jugak kan? Hasilnya, banyak rumus yang aku terlupa dan ada certain soalan yang aku guna rumus entah apa-apa. Macam soalan 2+2=__ tapi aku bantai kira guna rumus e=mc^2. Ala-ala lah. Korang paham ke ni? Huhu.

[nota yang buat mata aku juling bila nak baca. Tsk~]

Itu pasal exam. Ni pasal aku demam dan batuk pulak. Aku memang dah tak tahan sebab demam ni macam sangat menyakitkan. Tambah pulak dengan batuk kong kong yang mentenatkan ni, aku memang tak ley buat apa-apa melainkan pegi jumpa doktor. Berikut merupakan rentetan peristiwa sepanjang aku kat Pusat Kesihatan:

- Lepas dah siap daftar, aku masuk bilik number 3. Guess what? Doktor dalam tu adalah doktor Bangla yang itu hari. Aku terus gelisah dan berasa tak selamat sebab rawatan dia macam tak meyakinkan langsung. Sekadar tanya aku sakit apa dan kasik ubat, ko rasa secure tak?

- Nurse bagitau suhu aku cecah 38.5. Doktor Bangla tu terus suruh aku jumpa doktor lain. Dia tak berani nak rawat aku. Aku macam, 'yay! nasib baik! Fuhh!'

- Lepas dah check kadar oksigen dalam badan, which aku punya around 98, aku masuk jumpa doktor yang baru. Dia adalah doktor perempuan, Melayu. Aku pun lega dan excited. Ngeee~

- Doktor tu sangat baik, lemah lembut, dia tanya aku macam2; aku ada pergi bazar ke tak, adakah aku ada lawat tempat tumpuan ramai macam shopping complex ke apa ke, macam ni lah baru meyakinkan! Lepas tu dia cek pernafasan semua. Cek tekak. Pastu urut2 leher bagai, wah bestnya! Kah kah.

- Doktor tu kata aku kena banyak minum air, duduk rehat kat bilik. Jangan keluar mana-mana. Kalau nak makan kena tempah kat orang lain, dan tetiba dia tak kasik aku makan buah. Habis tu aku nak dapat vitamin dari mana? Dia kata nanti dia kasik Vitamin C. Ayat dia yang tetiba comel dan terbekas kat hati aku; 'Adik ikut aje cakap doktor. Doktor nak adik cepat baik. Nanti adik jugak yang senang betul tak?'. Dahla dia panggil aku adik, pastu dia bahasakan diri dia doktor pulak tu. Sangat comel kan? Kan? Kan? Tehehehe~

- Paling seronok, doktor tu kasik aku MC 2 hari. Yay! Takyah susah payah pegi kelas esok! Yabedabedoo!

Sebab aku MC tadi, aku tido aje kat bilik lepas makan ubat. Aku harap aku sembuh cepat2 sebab aku nak keje hujung minggu ni. Duit dah nak abes ni bai, sape nak kasik aku duit? Kwang3x.

Oh lupa, pagi tadi aku sahur scrambled egg ngan gravy kentang, sama itu nasik. Sedap oh! Tengah-tengah sahur tu Alep datang, suruh Bacit berlakon ngan dia untuk assignment BI dia. Aku pulak kena jadik cameraman. Sampai lenguh ketiak aku duk pegang kamera tu lama-lama. Dekat 10 minit jugaklah lakonan drama swasta diorang. Hahaha. K lah, tatau nak cakap apa lagi. Babai. Doakan aku cepat sembuh ea~

[Ada rasa nak makan tak? Kekeke]

[sungguh tak sopan ye!]
video
video lakonan tak jadik

22 comments:

Just_najmiE said...

wooo, 2 hari MC?.. ko sakit teruk ka weih?.. aku doakan ko cepat sembuh, sbb aku kan sayangkan ko.. hahaha..

azzaliena suziantie said...

anak sape lah ni kan makan tak sopan..hahaha
lu puye buku macam ku..kale kale weh... :)

selamat demam weh...

EIPUL said...

najmie, yo yo jek sayang kat aku. Kahkah. Agak teruk lah semalam, panas dahi aku macam kalau ko pegang boleh termelechur jugak la tangan ko. haha

EIPUL said...

azza, entah anak sape entah tu. kaka. eh ko pun ada buku tu jugak ke? kelaka weh

iekah said...

woit.

atlast,ade jugak kan ko punye picture makanan tu.

haha.

sempat lagi kan berchumel chumelan dgn dokter tu.

owh lupe,tu memg terapi ntok og demam demam mcm ko.

;))

syaf said...

anak dare ape ni duduk mengangkang
hahahha

kesian demam yer,,,tapi makan tetap jugak

kire ok lah
aku dah 2 hari x sahor

EIPUL said...

iekah, kan? doktor tu baik gila weh~

apa kasud ko itu memg terapi untk orang demam2 macam aku?

*ting tong

EIPUL said...

syaf, anak dara? kahkah

awat hangpa tak sahur? Bangun lambat ka? hehehe

shah_ariel said...

semalam ko buka ngan kitorg..dha x ikut cakap dortor kn..

ayo..x tau nnti dr marah..huhu

EIPUL said...

tu ar pasal, aku harap dia tak baca belog aku. kahkah

yaziith su anaz said...

itu makanan sahurkah atau breakfast kah??


btw,
dokter berkenaan taw ko de notebook miki maus.
sebab tu die panggil ko adek.
same je ko ngan iekah.

puas hati?



**soalan terakhir adalah ntok aku dan jawapannye aku puas hati sebab buley kutuk kutuk ko dalam blog ko.


VVVVLOL!!

EIPUL said...

ko memang suka carik pasal kan?

huhu

EIPUL said...

gigit karang baru tahu! Garang tak?

aum aum!

EIPUL said...
This comment has been removed by the author.
♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

comel buku nota

resepi sahur yg mabeles....hehehhehe

EIPUL said...

thanx kak yani. nanti ada lebih saya kasik kat kak yani@kak po'ah ea. haha

iekah said...

yaziith dia jeles ade org panggil kita adek eipul.

haha.

tapela.

aku panggil adek yaziith.

wueekkk

EIPUL said...

haah ar, ok pasni panggil adek yaziith.

kehkeh

░♥si lampu neon♥░ said...

kalau ade notebuk lebeh, MM, bagi aku sepuluh bijik hahahahah!

yaziith su anaz said...

eh dua ketul neh.




ceh.

EIPUL said...

neon, haha. ada satu jek kot~

LOL

EIPUL said...

yaziith, ngeee~

Kolam Ikan Encik Eipul