My Tomey-Lotey Followers

Sunday, August 16

Randomly today.

- rapid sangat bagus pagi ni. Sangat efisyen. Berkualiti bagai motel 1.5 bintang. First time dia tidak buang masa aku, masuk saja, terus bergerak. Macam ni lah rapid yang aku sayang!

- Adoi, kau buat jiwa aku goncang lah! Siyes aku minat gila dengan kau! Adakah kau sudah berpunya? wuu~

- Hari ni makmur sangat. Tourist dari Kenya ada, Beijing mali pun turut mahu turun Putrajaya, penat aku duk membebel dalam omputih, tersejat sekejap aku punya liur. damn!

- Habis 1 Liter air soya aku togok tadi. Nyonya sebelah aku siap buat muka pelik tengok aku tengah minum satu kotak besar tu. Lek ah nyonya, aku bukan minum air kau pun!

- Along aku ni reti balas mesej ke tak? Penat aku mesej tak de satu pun dia balas. Adoiy!

- Penat aku mintak off esok, kawan2 aku semua tetiba bz lah pulak, ada yang dekat saudi arabia lah, ikut family pegi sungai Amazon lah, nak majok lah dengan korang. Malas nak ajak jalan lagi dah next2 time. Huh

- Brengset Rapid! Aku tak jadik nak sayang kau! Bepeluh aku tunggu kau petang tadi, kau tak datang2 pun kan? Sampai aku tepaksa naik KL transit yang mahal macam kuih koci tu. Ko bayangkan lah, nak pegi Bandar Tasik Selatan pun aku kena charge lima ringgit empat puluh sen. Mahal gila!

- Komuter ni memang aku respek lah, siyes! Setiap kali aku nak naik kau pasti penuh macam sarang kerengga kan? Sampai aku nak masuk pun tak muat, tepaksa tunggu next2 train. Baboon betul lah! Siapa yang uruskan ktm ni sebenarnya? Tukar lah CEO dia, pliz! Buat malu aje kat syarikat pengangkut hebat2 yang lain tau! Hish!

- Lepas mandi tadi, terus aku buat nescafe. Masyuk bai minum nescafe panas sambil berangan dapat duduk jakuzi, rumah urut, eh tak, rumah curut. wtf~

- Sudah la, aku nak balik bilik. Penat lah, nak tido. Harap dia takdek. [pose tengah doa kusyuk gila]

13 comments:

iekah said...

oink.
tambang bus 4ringget ko membebel eh.
baju 4ribu tape plak.
haha.

Just_najmiE said...

ermmm, apa tah aku nk komen kat sini.. hohoho, dah lupa baii...

pesal ko slalu leh kluar jenjalan hah?.. mcm takyah study pun ada.. aku jeles, kau tahu?..

EIPUL said...

iekah, baju takpe kalo mahal. tapi aku lagi prefer baju murah lah. haha.

najmie, eh, aku bukan p jalan2 lah, aku keje kat Alamanda. Hohoiy

imHepPie said...

- Adoi, kau buat jiwa aku goncang lah! Siyes aku minat gila dengan kau! Adakah kau sudah berpunya? wuu~

owhh jgn risau daku blom brpunya..minat kan daku???owhh makaseh..muahaha

lizz said...

aku rase bas rapid kat kltu lagi mulie lah dr bas2 kat jb ni woo..2 jam skali ade. seb baik aku ade kete dah. if x, sure aku bakar bas tuh.wahahaha

EIPUL said...

imheppie, kahkah. ko ni lawak ah.

lizz, woho! 2 jam? aku penah tunggu bas sampai 3 jam. Sekali aje. Lepas tu dah serik weh.

azzaliena suziantie said...

- Adoi, kau buat jiwa aku goncang lah! Siyes aku minat gila dengan kau! Adakah kau sudah berpunya? wuu~

hohoho...
ko suke sape weh???
boco boco...hahaha

EIPUL said...

tamo gtao. lalala

syaf said...

rutin harian yang agak lakhanat ye..
relks ok

Natsu said...

oi. ko jgn mnum air nyonya tu. ade apek die duk sblh. lg pun dh trcemar h1n1. haha.

lyndadyana said...

ko patot besyukur...
ade gak komuter, rapid...
ku kt cn..
bas cityliner jer...
2 pon berejam-rejam mmg kejam nk tggu..
panas jer ati nih..

kalo ko rajin la kn..
ade tag kt blog ku...
layan jer..

Just_najmiE said...

owhh, kau keja.. lupa plak aku.. hohoho..

EIPUL said...

syaf, haah, memang agak lahanat lah di situ. especially part bas yang bangang-lama-nak-mampos-kena-tunggu. kehkeh

natsu, siyes ke? aku tak pasan doh ada apek korek idung kat sebelah nyonya tu. adoiy, matila aku pas ni. hohoiy

lynda, yelah, aku pun memula mmg bersyukur, tapi dah tak tahan lah pulak sebab tunggu lama bagai nak gila. LOL
nanti aku sempat aku buat tag ko ea. hehe

najmie, aah lorh. Kiki

Kolam Ikan Encik Eipul