My Tomey-Lotey Followers

Friday, August 7

Shopaholic weh!!!

Kau baca tajuk aje dah tahu post ni pasal apa kan? Ni mesti nak cerita pasal shoping2 lah kan? Adoi, siyesli aku ni memang kalau ada duit sikit, mulalah tangan gatal-gatal nak beli itu ini. Kalau boleh, nampak spender cantik sikit pun aku nak beli jugak.

Sebenarnya, tadi aku ingin pergi tengok wayang dengan kawan aku. Syukur alhamduLILLAH, kitorang dapat gak tgk. Cerita best giler. GI Joe. Fuiyoh. Melopong leleh air liur tau masa tengah tengok cerita ni. Gila ah efek dia. Adoi, pastu pelakon-pelakon diorang memang mantap gila ah lakonan. Kalau nak suruh aku pepandai jadik pengkritik filem, aku boleh rate filem ni 5/5 full. Takde perpuluhan. Kira markah penuh bak kata Encik Cikgu. Tapi jangan lah pulak nak tanya kat aku, "eh Eipul, ko tak jerit-jerit ke masa tengok movie ni?" . Ko jangan lah jadi jakun sampai tahap dewa doh, sampai tak tahu cite GI Joe ni genre apa kan. Kalau filem ni seram-seram keluar hantu, bolehlah aku jerit lolong2 kot. Masalahnye ia sejenis filem aksi kot. Tak perlu lah elemen jerit-jerit masa tgh tonton. Betul tak?


Sebelum kitorang tgk wayang, banyak masa lagi, jadi shoping adalah perkara yang sangat pasti lah kan? Takkan kitorang nak melopong tengok orang tengah peluk2 cium ketiak awek dekat bangku tepi ni pulak? Huish, simpang malaikat 88 okay!!!

So, first tempat kitorang pergi adalah kedai Radioactive. Aku memang suka pegi kedai ni, baju dia boleh tahan lawa, yang penting setiap kali aku datang mesti tengah sale. Kalau kau lah kan, kau takkan tak leleh air mata tengok 50% bersepah sana sini? Aku siap keluar peluh-peluh gementar tau bila nampak signboard sale ni semua. So, aku dan Emy pun terbeli seluar, yang sama. Aku ulang suara , seluar yang sama. Baju dia aku nak beli tapi Emy ajak pegi beli kat tempat lain. So, aku pun ikut aje lah.

Lepas tu, kitorang pegi Samuel n Kevin. Oh, oh, baju dia murah gila lah! Adoi, siries, cantik pulak tu. Aku tak penah ada baju navy blue, so aku pun terpergi fitting room dan cuba, dan terbeli benda tu. Sial lah. Aku memang kuat bazir ni. Sila lempang Alang laju-laju ye Mama. Huahua.

Banyak lagi kedai lain kitorang masuk, alah, masuk-masuk ayam aje, sebab kitorang kejar masa nak pegi tengok wayang pukul 4.10 pm. Lepas habis tengok wayang tadi, kitorang terus pegi makan kat foodcourt. Lapar gila pulak tetibe. Aku beli setompok nasik, lauk dagingan dengan cendawan shitake, RM7.05. Hah, ambek kau! Mahal lah! Adoi!!! Tak larat aku nak beli makan-makan mahal macam ni. Kalau baju-baja takpelah. Hahaha.

Yang penting, lepas kitorang dah makan-makan sampai tak kenyang, kitorang pergi ROMP, aku capai satu tshirt. Dah, bazir lagi! Hadoiii! Takpelah, asalkan aku heppi. Kakaka. Lepas kaki dah lenguh-lenguh, kitorang pun decide nak balik reban masing-masing. Dah malam kot. Kang tak pasal-pasal pak guard bunkface lidi ni tahan aku tak kasik aku masuk kolej dan suggest suruh tido dalam longkang saje. Kau nak tido dengan tikus besar anak anjing? Ish, tak nak lah. Dan lagi, aku tengah bengang ni, aku tunggu macam nak pengsan kat office ni, tunggu mesin laminate datang, rupa-rupanya ada kat atas. Diorang tengah guna laminate kad kolej. Hish, berasap punggung aku lah. Dah la kot, aku nak naik atas kejap untuk piat telinga diorang laju-laju. Biasa ni buat aku miserable. Esok aku kerja. Perfect sangat weh!!!



Justify Full

10 comments:

azzaliena suziantie said...

perhh
dah tgk ke...
jeles jeles..
hahaha

menyopping jek keje die nih...
hahaha

EIPUL said...

azzaliena suziantie, sila2 jeles. hihi. best oh cite dia. menangis!

soping ni macam terapi azza, kalo ko dapat beli benda cantik dan murah, ko bakal tak menyesal. pecayalah. hahaha

yaziith su anaz said...

ye!



anda kategori sewel ble bersupink tak hengat donia.

~aien~ said...

pergh..!
jelez gler ah tgk die shoping byk2 neh..huhu..

alaa..nk tgk gak cte tuh..
sob3..

shah_ariel said...

terapi untuk kesihatan..hehe

Just_najmiE said...

weih, shopping la brg tuk aku plak.. asyik beli brg2 ko ja.. hahaha..

lyndadyana said...

ko kan..
saje wat ku jelez...
da r ku tensi nih..
esemen belambak...
uuuwaaa...

emy said...

hua...seluar sama..baju pn samer..
skang bia aku senaraikan pakaian versi boria kiter..
1. jeans IP ZONE
2. sweater CHARGERS
3. tshirt SAMUEL & KEVIN
4. short pantz RADIOACTIVE

..ko xraser nk cukupkan 7 helai kew?? afdal OK.

iekah said...

eipul!!

ko aku jeles tgk sume ni!!

hahaha.

ptg td aku beli bajy body glove.

sale syial.

aku pon rembat la.

nti aku tayang dlm blog aku okey baju baru tu okey.

hahaha

EIPUL said...

yaziith su anaz - kau adalah betul! Hahah

~aien~ - sila2 kan jeles aien. cepat tgk GI Joe. Best giler wa gerenti lu!

sharil - aah. tapi ketiak masam pun terapi jugak untuk hidung. Best kan?

najmie - ko boleh doakan aku jadi jutaria setiap hari, aku boleh lah terhasrat nak belikan barang2 untuk kau. ok tak?

lyndadyana - jom soping sama lynda. cian ko. jangan tensi2, kita enjoy! Mamak, kasik teh halia satu! [tetibe]

emy - dengar kata 999 tu number lucky. boleh lah kumpul baju-bajan sama jenis lepas ni sampai 999 helai, sure ibu-ibu menangis terharu tgk kita.

iekah - ok, nanti aku tgk baju ko baru beli. Hahaha. Ko shopping kat ne ha? tak jumpa pun ko...

Kolam Ikan Encik Eipul