My Tomey-Lotey Followers

Thursday, August 13

Sory... Can't help it though!

Ooops. Aku tertaip something lah pulak dalam blog ni. Sebelum ni punyalah kembang idong aku kata aku dah nak slow-slow blogging tapi ni apa kes pulak bai? Sial betul lah. Siriyes aku dah terlalu addicted ngan blogging ni. Nurmal lah kan, guys? Macam korang-korang gak ar, addicted nak tgk cite 8sg mahupun 6sx, ataupun contoh paling biasa, mat-mat rock yang gila-ketagih-nak-isap-cerut-dan-jika-tak-isap-bakal-gigil-sebulan.

Anyways, bukannya selalu. Inipun aku nak cerita ngan korang pasal benda bangang yang aku buat pagi-pagi tadi sampai aku tak pegi kelas dan terlepas sesi begambar dengan budak-budak hot, eh tak, budak-budak satu course. Korang penah dengar tak dance pad? Alah, konsep kendiri dia macam joystick tapi kau boleh kawal dia guna kaki. Ok tak? Takpun paling jakun lah, takkan korang tak pernah tengok kat arked-arked game, budak2 ni main menari-nari dengan game menari dalam tu? Dahlah, malas aku nak explain lebih-lebih.

Kawan aku ni ada beli dance pad tu, kitorang ramai-ramai lah pegi bilik dia malam semalam, dengan harapan ingin bergumbira menari tidak ingin ingat dunia. Malangnya, diorang semua dah balik tidoq, aku bantai sambung sorang-sorang sampai azan subuh. Aku stop lah kejap bai, ko nak kena panah petir ke tekinja-kinja menari masa orang tgh azan? Dah habis azan tu, aku sambung balik, sampailah 6.15 pagi tadi, ko tahu tak kenapa aku stop tetiba? Aku nampak something doh. Ko janganlah cepat sangat nak pose gigil-gigil gementar, aku pun tengah takut ni. Malas lah nak cerita, karang benda tu kacau aku pulak, ajak aku jalan-jalan pegi KL temankan dia, huish tak kuasa aku.

Lepas dah terrrr nampak 'benda' itu, aku pun segeralah tutup komputer kawan aku tu dan berlari-lari masuk bilik, capai towel dan segera mandi. Solat bai! Adoi, tulah! Orang dah azan kau tak paham-paham bahasa kena mahu pegi solat kan?

Setelah semua sudah settle, aku pun msg kawan aku, penat pulak asik-asik kena taip kawan aku, nama dia Sharil lah, dan suruh dia bangun, kelas pukul 8. Lepas tu aku pun breakfast minum hot choco cicah ngan cream cracker. Tetiba aku rasa pinggang aku letih, aku baring ar kejap atas katil. Terus aku tetido. La ni baru aku terbangun. Tengok-tengok sudah pukul 12.30 petang. Warggghhhh!!!!!

Missed calls ada 3, mesej belambak, masing2 tanya aku kat mana. Ada satu mesej pengumuman suruh gather nak tangkap gambar coursemate. DAMN.

notapinggul: lain kali aku kena makesure aku main menari-nari tu sampai setengah jam sebelum nak pegi kelas supaya takde kesempatan untuk tido. wah, ingatkan aku nak kata lepas ni aku takkan buat benda-benda bangang macam aku buat pagi tadi! bodo lah!

9 comments:

syaf said...

hahah salah siape skung
salah sendirik kann
hehehehe
main lagi padan muke
hahah

iekah said...

so you think you can dance??

hahahaha

Just_najmiE said...

aku nak gerak guling2 sebnarnya, tp aku cam tak sampai hati nak gelakkan kau.. huhuhu..

sabar ja weih, len kali jgn wat bg.. huhuhu..

shah_ariel said...

naseb baek ak tido smlm kn..klu x cnfrm gigil bulu hidung aku...seram..

EIPUL said...

syaf, sampai hati ko. huhu

iekah, so you think u can be a clown?

najmie, ko guling je, aku tak kesah lah. haha

sharil, tahu tidak mengapa. LOL

Eazy Izzuddin said...

hehe
jom dance2....
leh thn tiido lewT...
xD

EIPUL said...

jom jom menari sama. LOL

Judiene said...

hahahahaha
pe kejadah ko men bnda tu smpai xpgi class??
adooiii
rosak anak2 skrg
hahahahaha
bwk betobat eipullll!!

EIPUL said...

judiene, sekali sekala doh.

kahkah

Kolam Ikan Encik Eipul