My Tomey-Lotey Followers

Thursday, September 3

Aku tak tahu pulak Mines ada Crocs.

Hari aku dimulakan dengan acara gelabah pagi tadi sebab bangun pukul 9.45 am sedangkan kelas start seawal 8 am. Paling aku gelabah sebab nak kejar kelas pukul 10, sebab kalau kau lewat, ada dua kemungkinan je, sama ada kau kena kurung kat luar sebab dia tak kasik kau masuk, ataupun lebih hebat kau masuk lepas tu dia announce kan kau punya kemasukan kelas yang terlewat tu dengan menjerit 'Hah, kau baru nak datang?' sampai semua chicks pandang kau semacam.

Tapi nasib baik tak jadik apa-apa kat aku tadi even aku sampai dalam pukul 10.15 am. Fuhh! Lega~

Tadi aku buat air soya masa lab. Dan ianya jelas nyata tak sedap sebab aku rasa diorang letak gula sikit nak mampos. Gila kudukut. Ha? Apasal lak aku tak puasa? Aku tak rasa masa lab tadi lah. Kau tak siuman ke apa? Mesti ar aku rasa benda tu masa lepas berbuka tadi. Tapi lab tadi macam tak best sangat lah sebab tak de rasa thrill pun nak buat air soya tu, ada dua formulation aje, satu kau rebus dulu kacang soya tu sampai dia lunyai, lagi satu formulation kau grind je terus lepas tu baru masak dia guna suhu tinggi. Disebabkan ada dua formulation saje dan kitorang ada 8 group, ramai sangat tapi kerja sikit, so ramai lah yang termenung tak tau nak buat apa, termasuk lah aku. Kahkah. Sebab tu aku kata tak thrill sangat lab tadi.

Anyways, lepas habis kelas, Hapiz ajak pegi Mines sebab dia nak beli Crocs, aritu masa dia lumba lari dia dapat hadiah voucher Crocs wutsoever dan dia pun nak gunalah voucher tu cepat2 sebab tarikh luput dia hujung bulan ni ke apa entah, tak ingat aku. Lepas tu aku ajak Bacit sekali sebab kitorang memang ada plan nak pegi jalan2 pun petang tadi. Pegi Crocs, dia kata voucher tu hanya boleh guna kat concept store saje. Bodoh punya tokei kedai, kudukut taik idong masin chet! Lepas tu Hapiz muka stok hampa[pepandai aje aku, padahal dia tak de rasa apa2 kot sebab muka dia macam tenang saje tadi] dan aku ajak shopping tempat lain lah sebab masing2 tak tahu nak buat apa, masuk DC, Kitschen, lepas tu Radioactive, tengok tiket wayang, lepas tu macam dah bosan tak tahu nak buat apa, aku ngan Bacit terus decide nak gerak pegi Jusco Balakong sebab nak karok lah apa lagi. Hehe. Kitorang tinggal Hapiz sesorang kat situ. Haha.

Kau tahu? Kitorang karok tadi lama nak mampus sampai nak terbelit urat tekak sebab menyanyi lama sangat. Kau bayangkan lah, start pukul 6, habis pukul 11 malam tadi. Best tak? Kitorang saje nak berbuka kat situ sebab buffet dia ya Tuhan, heaven kau tahu tak? Tadi aku ambik nasik goreng lepas tu lauk daging rendang ke apa entah, lepas tu ambik mee goreng lagi, lepas tu berketul2 ayam bagai, tambah lagi dengan sup ayam dengan sup seaweed, desert kau tak payah tanya lah, segala kek kat situ aku ambik. Kau tengok je lah gambar ni semua, penat kot nak taip banyak2.









Oh sebelum karok aku sempat beli baju ni ha. Murah aje. Tu pasal lah aku beli. Kakaka.

14 comments:

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

waaa... sempat soping skali tuh..

syaf said...

wah best nye tempat karox 2..
wy nk join lah..ade buffet lagi...
sonok nye....

shah_ariel said...

tahniah pegi meronggeng..hehe

azzaliena suziantie said...

hahaha..sempat lagi kau shopping doe..

yaziith su anaz said...

laa.



ingatkan ko nak balun ko crocs tu skalik.
upenye g melantak karok sampai tengah malam.

iekah said...

ala besh jugak dapat bebuke bufet bufet cmto~

gile ahh lame ko karok.
patot a ujan smlm.

penjenayah merah jambu. said...

semua chicks pandang?
hey,sejak bila dalam lecture hall ko ada bela ayam?
wawawa,maju gila! :P

EIPUL said...

aisumi, mustilah sempat...

ngee~

EIPUL said...

syaf, tu ar, ko bleh buffet sambil nyanyi... best gler. Hehe. Len kali kalau aku nak pegi aku gtao ko ea, kita g sama. LOL

EIPUL said...

sharil, haha, Oooppss!

EIPUL said...

azza, bab shoping ni aku selalu sempat je doe!

EIPUL said...

yaziith, duit takdok lah nak beli crocs. tak macam ko bapak belikan. haha

EIPUL said...

iekah, suara aku sedap ok. tak de kena mengena dengan hujan semalam. LOL

EIPUL said...

penjenayah, ada 2 3 reban ayam dalam lab aku tu. ko jangan tak pecaya pulak. ngehehe

Kolam Ikan Encik Eipul