My Tomey-Lotey Followers

Tuesday, September 15

Craps. [kad raya updated]

Cerita senja masa berbuka:
- Aku berbuka dengan Afro, Wanilizzard, dengan Halwa Manis, [nama semua telah kena otter takut diorang famous tak pasal-pasal], dekat Alamanda. Ingatkan nak pergi kedai yang murah-murah macam Nando's atau Kenny Rogers ke apa, rupanya diorang bawak aku pergi melantak dekat kedai mahal, si Food Court yang nama dia RASA tu sebab tempat-tempat murah yang lain sudah fully booked. Tak menangis korang? Lepas tu aku macam saje-saje ajak berlibur dekat bawah main game wutsoever, mereka-mereka tak mahu, sebab nak balik study katanye. Sudahnye aku bawak diri pergi online kat cc. Wuu~

Cerita malam gelap:
- Mula-mula tengok TV cerita ANTM apa entah, macam best. Lepas tu Liang datang kasik cerita Jepun macam sial ko tau! Kerat sini, potong sana, gerjaji situ, cocok perut sana. Woi! Tak lalu beb nak makan apa-apa masa tu. Masing-masing tutup sebelah mata, guna sebelah mata pun dah kecut perut wey tengok darah terpancut-pancut, isi perut terkeluar-keluar. Siriyesli cerita psycho mana entah apek Liang tu kasik kitorang tengok! Adoi!!!

Cerita pagi buta:
- Makan so called tom yam susu dengan Bacit. Sedap. Tapi rupa-rupanya salah kedai. Hapiz kata kedai tepi tasik, so aku assume kedai yang betul2 tepi tasik tu lah kot. Masa order aku tak sedap ati dah sebab bila kitorang tanya pasal tom yam susu, dia macam blur-blur ayam tak tau apa-apa. Sudahnye aku menangis bila Sharel kata bukan kedai gred D tepi tasik tu tapi dekat kedai gred E yang attached dengan deret rumah teres sebelah tasik. So how?

Cerita tengah hari:
- Aku baru download lagu 3OH!3, Startrukk, guna berokband si Jeya Bohemia. Woi, best giler Munah! Ko tak caye ko dengar sendirik lah! Kitorang sampai clubbing kat dalam bilik tadi pasang lagu kuat-kuat pasang bass bergegar-gegar semua sampai jiran sebelah berkumpul ramai-ramai bawak obor api nak serang bilik kitorang. Wahahahahaha [gelak jahat].

Cerita sekarang:
- Sebab aku banyak sangat buat benda merepek, nota tak baca lagi lah sayang intan payung oi! Esok exam kot. Nak suruh aku jawab soalan esei tu dengan lirik lagu Zaiton Sameon ke apa? Baik aku chalo dulu sebelum aku menyesal. Eh, kejap, nak layan fb dulu lah, & then baru baca nota. Ok tak?

nota pinggul: ni kard raya si Nisa kasik kat aku. Cantik tak? Singgah la blog dia. Best!!! [bodek tak boleh blah]

ni pulak kad eazy izzuddin kasik tadi. LOLni kad raya dari Sharil pulak

17 comments:

imHepPie said...

huhh ko panggil aku sayang intan payung???

*blushing* wahahaha

Just_najmiE said...

byk siot citer ko.. lenguh mata aku baca..

hahahaha!!~~

abes, sedap tak tomyam susu yg ko order tu?

EIPUL said...

imheppie, aku cakap ngan diri aku sendiri kot. LOL

EIPUL said...

najmie, aah, sedap tapi rupanya salah kedai. Shoot!!!

aku nak rasa yang diorang kata sedap nak mampos tu, tapi tersalah kedai. LOL

azzaliena suziantie said...

dah tuuhh
g buat cepat

azzaliena suziantie said...

url baru weh

azzalienasuziantie.blospot.com

Ejay said...

Kenny Roger ngan Nando's ko kata tempat murah-murah...?
hebat la ko bro~! huhu.

EIPUL said...

azza, haha. Ok.

EIPUL said...

ejay, saje nak bikin kontroversi murah bro. LOL

iekah said...

ni summary tingkatan tiga ke wehh??

banyak betoi cite.

yg pasti ko silap kedai beli tomyam susu.

;))

EIPUL said...

tahu takpe. Dia macam karangan rumusan "Ini Rumusan-Hari-Ini Saya". Ok tak?

hahaha

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

haih...rajin nyer dier ke Alamanda...

ntah2 kita pernah terserempak kot dik.....hehhehhehe

HIZAMI said...

haha.

bace n0ta weh...

xp0n bace lirik kak melah...

kan ade album baru?

zait0n me0n tuh da pupus k0t.

aiy0h...

=P

EIPUL said...

agaknye kot kak yanie. Haha. Kalo perasan, dah lama saya ajak akak karoke sama2. Haha

EIPUL said...

zami, bukan haritu c jeton sameon kuar melodi ke? sejak bila dia pupus? haha

yaziith su anaz said...

tom yam susu.




apakah??

niesz said...

hahaha..ley plak jwb exam wat lyric zaton sameon tu ek..
klakar la..

niesz slalu gak bukak lgu kuat2..
bkn ape..
nk wat housemate niesz bengang..
sape suh carik pasal..
hihi..

Kolam Ikan Encik Eipul