My Tomey-Lotey Followers

Thursday, September 17

Enjoy lepas bengang test susah.


Selalunya orang akan enjoy kalau dia macam happy sebab dapat skor masa test atau untuk raikan kematian kucing jiran sebelah, tapi kami-kami lain sikit kot. Disebabkan bengang dengan ujian yang susah itu, dan tak macam satu soalan markah minimum dia 15 pulak kan? Ok, aku malas brag pasal test.

So, Hapiz ajak kitorang ramai-ramai[tak ramai pun actually, 8 orang je kot] pergi makan tom yam favorite dia dan sekarang jadi favorite aku pulak. Sedap tau benda ni. Macam biasa, gelak kuat-kuat dan buat lawak bangang adalah perkara wajib bagi kitorang.

Dan nak dijadikan cerita hantu, Hapiz ajak aku pergi Uptown Shah Alam dan aku ajak Bacit pergi sama. Aku malas nak beli apa-apa tapi orang ajak pergi jalan-jalan memang tak dapat dilepaskan la, tak tau kenapa. So kitorang gerak dalam pukul 12 lebih. Jauhnya Tuhan saje yang tau. Jauh tau! Sakit bontot aku naik motor dengan Bacit pergi sana.

Kitorang jalan-jalan usha baju, Crocs bersepah sana-sini, Hapiz pun berjaya beli satu. Dekat sana ada satu kedai jual benda-benda yang menakutkan macam ular, kala jengking, ikan todak dan Bacit leka gila tengok benda tu sampai kena tinggal dengan kitorang.

Oh, dekat sana aku jumpa Boney[saiful amin], classmate aku masa kat MRSM Mersing. Tapi tak borak lama pun sebab aku takut kena tinggal dengan diorang. Lepas dah penat jalan-jalan, kitorang pergi makan dekat restoran yang ada kat situ.



So, itu je lah kot benda yang berlaku semalam. Dan hari ni aku dah mula bosan sebab ramai kawan aku dah balik kampung. Aku kena tunggu Sabtu ni sebab malas nak balik naik tren. Aku nak balik dengan Acu aku. Hehe.

12 comments:

Eazy Izzuddin said...

Salam Lebaran....
Maaf Zahir Batin...
Ada Kad Raya Untuk kamoo....
;)

EIPUL said...

thanx eazy! jap g aku amek.

LOL

niesz said...

sedap nye!
da lame tak pekene tomyam..
nk carik tomyam la lpas ni..
hihi..

slamat ari raye ek eipul!

aien~s corner said...

selamat hari raya..=)

░♥si lampu neon♥░ said...

betul beb takyah susah ati pasal test yang sengal tuuu baik ko enjoy jer...

EIPUL said...

niesz, ok. camat ari raya jugak. Hehehe

EIPUL said...

aien, samat hari raye~

EIPUL said...

neon, betul3x!!!

Ejay said...

8 org tu ramai la beb...

Just_najmiE said...

weih, cuti nnt ko mesti tak online kan?..
hohoho..

selamat hari raya!!
(^^,)

EIPUL said...

ejay, ye ke? Haha. Ok, if u said so. LOL

EIPUL said...

najmie, mana ko tau aku offline time cuti?
haha

ok, camat hari raya gak untuk kamu. LOL

Kolam Ikan Encik Eipul