My Tomey-Lotey Followers

Tuesday, September 1

Ini cerita pasal 31 Ogos aku.

[gambar aku pinjam dari sini]

Kalau korang ada jiwa patriot macam Tok Kenali dan Nek Kecapi[siapa ni?] sila lah abaikan entry ni sebab 31 Ogos aku takde isu-isu patriotik pun. Kahkah.

Ooops, aku bukan budak yang tak hargai kemerdekaan tapi kali ni aku takde rasa apa-apa pun sempena 31 Ogos. Orang lain duk sibuk tengok bunga api meletop bom bom masa counting pukul 12.00 tgh malam tapi masa tu aku pulak tengah terbongkang tido kat bilik sebab tak tahu nak buat apa despite of kesorangan dan kebosanan macam nak gila. Siriyes. Aku bangun aje dah pagi, aku pun macam eh dah pagi lah dan tak sedar pun hari ni 31 Ogos. Aku terus pegi kerja sebab hari ni gaji triple. Tu Merdeka bagi aku kot.

Oh lupa nak cerita, gaji aku pending lagi dan aku dah malas nak mengamok dekat kerani biol tu. Sumpah sudah malas. Kau nak kasik aku gaji ke, tak nak ke, aku dah tak kesah pun. Aku dah letih nak fikir pasal benda2 tu semua. Lebih elok kalau aku harap duit dari ayah aku je, senang, masuk setiap minggu, bukan macam kau gaji! Nak kena tunggu bukan main lama. Padahal aku kerja weekend saje, takde lah banyak mana gaji tu, itupun kau susah sangat nak kasik settle. Lepas tu bila aku tanya kat kau, kau suruh aku tanya kat Kerani B, sah2 lah cerita sudah tukar bai sebab Kerani B tu Kerani B.O.D.O.H. Sama je macam kau. Kau tu Kerani B jugak, tapi kau Kerani B.A.N.G.A.N.G. Enuff said.

Hurm, oh, semalam aku memang kerja gila-gila. Aku respek gila dengan Bos aku. Dia memang Bos terbaik, kau penah tak kerja 10 jam tanpa henti. Sumpah tanpa henti? Semalam aku pernah. Bos aku memang sangat pentingkan kebajikan pekerja dia. Walaupun puasa akak, saya juga perlu rehat akak sebab saya bukan cyborg ataupun kumbang tahi yang suka duduk dalam tahi lembu[apa kaitan nye ni?] Yang kasik aku pergi rehat adalah supervisor aku yang nama dia En. Amir tu. Itupun 5 minit sebab nak kasik aku pergi beli makanan untuk berbuka. Itu saja. Orang putih kata that's it. Takde lain. Kau gila ke bai? Mentang2 aku mintak balik awal, kau terus buat aku macam ni? Aku mintak balik awal sebab aku sakit. Kalau tak, buat apa aku mintak balik awal bai?

Ok, sudah kot untuk rintihan hati. Sekarang nak cerita pasal sahur pulak. Motif pliz aku asek cerita apa yang aku makan masa sahor sekarang? Ye lah, lepas ni, mana ada cerita kau nak sahur makan apa, Ramadhan satu bulan aje kot dalam setahun. Tehehehehe. Jangan lah pulak nak membebel eh budak ni dah kenapa asek cerita pasal sahur aje kan? Ok, balik semula pada cerita, sahur aku berbunyi begini; Selepas aku makan burger daging special, Bacit ada bawak makanan dia tapau dari rumah. Sedap! Asam pedas ikan pari. Sebelum tu Bacit masak bubur abalone, jadik appetizer lah ni. Sebelum tu lagi, kitorang ada makan buah pear dan mangga yang sedap gila tu. So sequence sahur aku adalah burger, pear, mangga, bubur, asam pedas. Ada paham? Kalau tak paham kau buat2 paham aje lah Tipah. Aku tak marah pun. Haha.

Last sekali, untuk wrap up entry aku kali ni, aku nak wish Selamat Hari Merdeka yang ke-52 untuk Malaysia. I must say yang gila kelakar sebab Kubeng tersasul semalam bila dia kata 'ko tak sambut New Year ke semalam?' dengan yakinnya, instead of cakap 'eh kau tak sambut Merdeka kah semalam?'. Kelakar kan? Pliz ar gelak guys! LOL


notapinggul: eh semalam ustazah nor ba'iyah jadik customer aku. Tetiba aku rasa famous gler. Ampunkan aku ye.




20 comments:

azzaliena suziantie said...

hahaha
apesal die tak cakap ko xsambut raye terus..
wahaha

syaf said...

appy merdeka day..memang x de ape2 pon tau ni...sangt hambar

ikan pari asam asam....4verettttt

EIPUL said...

azza, tahu tidak apa. benci dia. LOL

EIPUL said...

syaf, sedap kan? nguehehe

iekah said...

ko punye makanan saho macam makam mase bebuke kan??

org pagi xlalu makan tp ko melantak same banyak weh.

haha~

EIPUL said...

mesti ar. aku kan kuat makan. tehehehe

Natsu said...

Mendekar3x

kalo aku mntak dwit raye ni blh dpt x?

EIPUL said...

10 sen moleh?

hihi

░♥si lampu neon♥░ said...

suruh la bos ko berehat.

Just_najmiE said...

woahh, mmg cambest lah bos kau.. aku nak ajar ko wat jahat nih.. lpas abes shif ko, ko pegi pancitkan tayar keta dia.. ngeh3.. mesti sgt best kan?..

okay, baik balik.. (^^,)

EIPUL said...

neon, aku yang penat tetiba aku nak suruh bos aku berehat? macam pelik gile je bunyik dia. kahkah

EIPUL said...

najmie, aku nak jugak buat camtu malangnye kete dia aku tak tau parking kat ne. LOL

shah_ariel said...

tyme gaji triple rajin plak eh ko nk pegi keje..huhu

yaziith su anaz said...

ko ligan ustazah tu ke amek gambar kat luar??

EIPUL said...

sharil, mesti ar. hehe. rugi kalo tak keje. LOL

EIPUL said...

yaziith, tu gambar aku copy dari blog dia. takmo lah amek gambar dengan dia. haha

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

>> fuh.....dato siti nurbahyah tu

hehheheh salam berpuasa n salam merdeka dik eipuL.......

Judiene said...

eipul, pjgnye entry ko
da cm karangan
huhuhu
skt mata aku nk bce
seb bek smpt abes
hahahahaaa!!

xD

EIPUL said...

kak po'ah, uik samat merdeka jugak. kekeke

EIPUL said...

judiene, haha, tetiba nak tulis panjang2 pulak kan jari ni. kekeke

Kolam Ikan Encik Eipul