My Tomey-Lotey Followers

Wednesday, September 16

Otak aku sudah serabot.

Amaran: Entry panjang saja-saja nak taip banyak-banyak macam lah aku ambik sastera Melayu. JANGAN BACA kalau mata cepat terasa pedih dan otak cepat bosan.
Dan bila ada macam-macam yang kacau kepala aku buat masa ni, aku pun cepat-cepat ambik keputusan untuk persetankan saje ujian 4914 yang akan mengganggu-gugat ketenteraman benak jiwa aku malam ni. Yelah, banyak sangat benda yang aku kena fikir-fikirkan-dan-selamat-beramal kali ni. Firstly, aku rasa sangat terkilan sebab aku lepaskan peluang-peluang keemasan yang aku pernah dapat satu masa dulu hanya sebab alasan yang berasingan. Ada dua peluang keemasan yang sekarang aku rasa sudah tak emas lagi sebenarnya. Alasan untuk perlepasan peluang pertama; aku nak enjoy dan tak mahu susah-susahkan diri sendiri untuk buat benda susah yang tak de lah berapa nak susah kot. Alasan untuk perlepasan peluang kedua; sebab aku malu dengan kenalan-kenalan yang aku rapat tentang isu itu.
Ok. Itu dua hal yang berkait dan aku berjaya untuk buat tidak tahu dan malas ambil pusing hal yang sangat boleh menguntungkan hidup aku. Sekarang, aku sangat menyesal sampai selalu sangat fikir pasal benda tu even masa aku tengah terberak pun aku boleh termenung "Haish kenapalah aku bangang sangat! Padahal benda tu sangatlah simple.". So, sekarang apa yang wujud cuma rasa untuk betulkan balik apa yang aku mungkin akan terlepas pada satu hari nanti. Ramai kawan-kawan dah pun mengangkang sambil korek hidung sekarang ni sebab tak perlu nak fikir banyak sangat pasal tempat praktikal untuk sem depan. Aku jeles beb. Kau tahu, sekarang aku macam fikir pasal praktikal sampai aku mimpi ngeri kadang-kadang, praktikal tu macam watak hantu dalam setiap mimpi aku, dan si praktikal akan cuba takut-takutkan aku dalam mimpi tu contohnya dia menyorok belakang dinding ni dan aku tengah jalan-jalan sambil makan aiskrim dan si praktikal akan terkejutkan aku sampai aiskrim yang aku pegang akan tercampak, macam entah apa-apa.
So, siapa-siapa company yang terbaca entry entah apa-apa ni, silalah recommend kan aku untuk kerja kat kilang korang. Gaji kalau boleh nak RM5000 ke atas sebulan. Ok tak? Dan sekarang ni aku rasa macam nak tukar course lah pulak. Ataupun kalau boleh nak mintak UPM tolong anjurkan graduation aku esok hari supaya aku dapat graduate dengan cepatnya dan tak payah lah aku nak terhegeh-hegeh belajar lagi. Ok? Dan dalam satu kes yang tak nampak macam berkait pun, aku rasa sekarang ni aku terlalu jauh dari aku yang dulu. Aku rindu aku yang dulunya tak tinggal solat, kalau nak buat jahat fikir pasal dosa, bila nak tido baca doa makan, opps! Like seriously, everything sekarang ni seems to be terlalu berantakan sampai aku macam dah tak jumpa rasa gembira tu apa maknanya. Sekarang ni apa yang aku rasa buat aku gembira adalah makan sampai kenyang, keluar jalan-jalan dan shopping sakan, menyanyi dengan kawan-kawan dekat karaoke, online obviously, gelak macam orang tak betul, menari-nari dalam bilik sampai senak perut, tengok TV sampai tertido. Ok, tak dapat fikir benda lain lagi dah. Eh, kejap. Ignore perenggan ni boleh tak? Aku rasa segan pulak tiba-tiba bila sebut pasal hal-hal private macam ni.
Dan ada lagi satu kes yang tak berapa nak berkait lah macam aku rindu pada parents aku. Tapi pada masa yang sama aku macam tak de hati nak balik sebab segalanya terlalu bosan bagi aku. Even kakak aku nak bertunang raya ketiga ni pun aku tahu sebab kakak ipar aku terbagitau kat aku masa aku melepak dekat rumah dia itu hari. Kakak ipar ok, bukan my own siblings. Aku tiba-tiba fikir pasal 'are they like ignoring my existence sekarang ni?'. Bukannye apa, I was thinking maybe it would be good if my own sis yang bagitau pasal dia akan bertunang raya ketiga nanti wutsoever sebab kami kan so called adik-beradik. But things were different between us lah sekarang. There are too many things aku tak dapat nak handle sejak aku masuk sekolah asrama dulu. Sejak tu, kami-kami macam susah nak rapat. Aku rasa salah dia banyak boleh diletakkan atas diri aku sendiri sebab aku rasa aku yang menjauhkan diri dari diorang. Masa tu aku rasa family aku adalah kawan-kawan aku. Aku lebih sayang dekat kawan-kawan aku kot. Family tempat aku bergantung pasal kewangan saje. Korang rasa aku jahat kan? Tapi aku tak sengaja tau. Serious. Aku tak pernah intend untuk buat macam tu. Dia lahir dari jiwa aku sendiri. Aku macam cepat sangat selesa dengan keadaan baru dan tak boleh nak adapt dengan keselesaan yang lama. Aku selalu kena bebel pasal aku tak banyak cakap dengan family. Diorang macam pelik dengan perubahan aku yang terlalu ketara bagi mereka tapi bagi aku tak. Aku tak sedar pun. So, aku rebel. Aku anak tengah dan biasanya tengah-tengah ni angin kus-kus dia over sikit. Sampai my parents tak tau nak buat apa lagi dengan aku.
Aku sedar, aku banyak buat family aku sedih, lagi-lagi my parents. But aku tak sengaja beb. Aku dah penat explain tadi, malas nak explain lagi. Lagipun kalau kau tengok family aku, kitorang tak rapat sangat antara satu sama lain. Baju raya pun kalau nak sama color satu family aku rasa harapan sangat lah, kalau dalam mimpi tu pun dah macam seven wonders in the world kot. Tak pernah terjadi pun kitorang pakai baju raya sama colour ramai-ramai. Paling busuk pun aku dengan adik aku si Firdaus tu, mak belikan baju warna sama sebab dulu aku berdua je dengan adik aku tu kat rumah, lagipun kitorang lelaki. Senang nak sama-sama kan baju. Lagilah masa aku sekolah rendah dulu-dulu, fuhh! Baju raya untuk hari raya pertama sama dari atas sampai bawah sampai aku tak pernah rasa segan kitorang ada baju raya yang sama. Oklah, aku dah penat membebel pasal family aku. So, kesimpulannya, hubungan aku dengan family boleh korang anggap sebagai dingin-dingin peti ais lah ye. Sekian pasal family.
Sekarang ni aku nak membebel pasal masalah yang paling besar abad ini. Wajarkah aku balik kampung dengan abang aku atau dengan Acu aku? Kalau aku balik dengan abang aku, aku bakal naik motor dengan dia dan dia akan bawak laju nak mampos dan selagi ada jalan simpang siur, selagi itulah dia cuba buat lap terbaik macam lutut kau tinggal 10mm saje lagi nak tergahar pada jalan tar. Tapi kalau aku balik dengan Acu aku, aku boleh jalan-jalan dengan dia dekat KL dan kitorang akan pergi sana naik kereta. Nampak nya perkara ni sangat bias pada 'eh lagi best aku balik dengan Acu aku lah' tapi perlu diingat, kalau aku balik dengan Acu, aku bakal berbelanja lebih had dekat KL dan aku bakal takde duit untuk masa-masa yang mendatang. So, nampak tak kat sini masalah ni macam besar gila sampai aku runsing nak fikir jalan penyelesaian dia nak buat macam mana. Oklah, aku dah taip benda-benda bodoh ni dekat sejam dah. Jadi tangan aku dah letih. Aku nak try study ni. Harap otak aku sudah kurang serabot.

14 comments:

Just_najmiE said...

aku tak sempat baca.. nak kena pegi kelas kul 5..
nnt aku baca yek dak comel?.. hoho..

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

sangat panjang n3 ini

aper2 pun....SALAM LEBARAN yer dik...

shah_ariel said...

sorylh..huhu..
tgkk note pon cm dh nk muntah nie..huhu..
tgk karangan ko..menangis

Judiene said...

eipul
sumpah xlarat aku nk abeskn bace entry ko neh
ko nk dera ktowg ke ape??
heheheeee
:p

niesz said...

hihi..mcm2 ek permintaan eipul..
kalo la semue yg kite nk tu ley dpt..ok gak kan..
xyah susah2..
niesz pon da xsbr nk abis study..

emm..khidupan manusia mmg mcm tu..
kadang2 ok..n kadng2 x..
but jgn la sampai x lik raye ek..
saba k..

azzaliena suziantie said...

perhhh
panjang nak mati doe..huahua...

imHepPie said...

nih ko wat ala2 karangan spm ek??ke tesis ko haha

EIPUL said...

najmie, takpe, aku tak harap pun sape2 baca sebab bnyk private matter aku luahkan dalam ni. Haha.

EIPUL said...

kak yanie, thanx!

samat ari raya jugak untuk akak.
=)

EIPUL said...

sharil, jangan baca. Haha. Tak penting pun. LOL

EIPUL said...

judiene, haha. aku memang saje nak seksa korang biar mata korang juling.

hahahahaha[jahat gler]

EIPUL said...

niesz, eh tak de lah sampai tak balik raya. Haha.

Ok, thanx. Samat hari raya!

EIPUL said...

azza, aku memang saje buat panjang2 doe. Haha

EIPUL said...

imheppie, haah. Ni sebahagian dari isi tesis aku lah ni. LOL

Kolam Ikan Encik Eipul