My Tomey-Lotey Followers

Saturday, September 12

Rindu dengan hikmat jalan menyelit-nyelit.

Dan sekali lagilah aku keluar jalan-jalan. Kali ni pergi dengan besties jalan ramai-ramai dekat SOGO. Aku ingatkan nak shopping baju tapi banyak sangat yang tak cantik dan mahal pulak tu. Cuma ada satu jacket PEPSI yang memang dah menarik hati aku tapi last2 aku tak beli jugak dan sekarang aku menyesal gila sebab tak beli. Damn!

Aku sebenarnya sampai sangat awal kat SOGO dan terpaksa jalan sorang-sorang kau tahu? Segan giler sampai aku jalan tunduk-tunduk bawah aje. Aku cuba jugak lah usha-usha baju dekat situ tapi memang tak boleh lah. Aku macam kurang keyakinan kalau jalan sorang2. So, aku naik atas pergi main game, lepas tu nyanyi sepam dua dekat karaoke jamban entah lagu merepek-repek, tak ingat dah tajuk dia. Lagu Ramlah Ram kot. Huhu. Bosan kot sorang-sorang masa tu. Nasib baik diorang sampai tak lama lepas tu. So, kitorang terus pergi Food Court dan sedia untuk berbuka.

Azpa sampai lambat sikit. Masa dah nak berbuka baru lah dia sampai. Lepas kitorang berbuka, aku ajak diorang pergi Jalan TAR sebab geram haritu pergi tak dapat beli apa-apa. Setelah 2 kali jalan kehulu-hilir, aku ambik keputusan beli baju Melayu kat situ. Aku takut tak sempat nak beli pulak kalau aku tunggu time balik cuti nanti. Masa tu kelakar lah. Aku main menyelit-nyelit celah orang ramai tu laju-laju dengan Nene. Teringat masa kitorang kecik-kecik dulu. Memang kenangan lah. Tak paham? Tak payah faham kot. LOL

Last sekali, aku sempat beli shades dengan selipar dekat jalan nak pergi Putra Masjid Jamek tu. Aku balik awal sikit sebab diorang yang lain tu sibuk bincang entah apa-apa aku pun tak tahu.

Sampai kat Serdang aku mintak Bacit tolong ambik. Punya lama aku tunggu sampai naik berkematu jubur aku duduk lama-lama atas bangku besi tu. Lepas sejam lebih tunggu, Bacit pun datang. Aku bukan main happy tak tau nak cakap apa, tapi tak jadik nak happy, aku terus senyap dan nak menangis. Cuba teka kenapa? Aku nak naik macam mana bai? Bacit tak bawak helmet lebih, boleh tak?

Dah aku kena tunggu lagi. Aku dah berpeluh-peluh risau sebab jam dah dekat pukul 12. Kalau lewat kau tak akan dapat masuk kolej, kena lah tidur dalam longkang ke atau motel-motel murah yang ada dekat2 situ. Nasib baik Bacit struggle bawak laju-laju, kitorang lewat masuk lebih kurang 2 3 minit saje. Fuhh!!!

Sampai bilik aku macam oh lapar gila lah dan terus pergi bilik Sharil makan spaghetti yang diorang tapau masa berbuka tadi. Sedap wo! Pandai pakcik Nisha masak! Lepas tu aku bantai tido nyenyak sampai sahur pun pukul 5.30 pagi dan macam gelabah gila makan sebab takut azan Subuh start. LOL

nota pinggul: Aku macam takde mood nak tulis pasal semalam sebenarnya. Sory lah kalau entry ni macam bosan nak mampos.

26 comments:

░♥si lampu neon♥░ said...

heheh ko suke gile shopping kan?hehehe bile nak belanje aku?

EIPUL said...

bila aku dah jadik jutawan, aku belanja ko ea. sekarang aku still jutaria so tak dapat lah nak belanja orang lain. LOL

Natsu said...

agk la. ko memg kuat shopping dowh. aku nk bli shampu pun pikir tunggang trbalek nk bli. lbh baek pau org je.

azzaliena suziantie said...

alang2 ko suke menyopping..
ak nak roxy satu ek..haha...
kalah popuan doe ko nih
ko belanje ak dpt pahale tuh...haha

EIPUL said...

natsu, ala, ni shoping raya je. aku bukannye beli sangat pun. tgk2 je. Haha

EIPUL said...

azza, aduih. Kalau sembahyang sunat pun dapat pahala kan? kalau belanja orang ni susah sikit kot. LOL

imHepPie said...

wohhh..musti ko berenang2 dlm lautan manusia kan..haha

EIPUL said...

imheppie, yup! pandai ko. hehe

chipsmore said...

nk spaghettiii jugakkkk..ehehe ;)

Just_najmiE said...

weih, aku teringin dowh nk pegi jalan TAR nih.. best kah?.. hurmm..

EIPUL said...

chipsmore, boleh. mintak kat nisha punya pak lang. LOL

EIPUL said...

najmie, best wo. gua tak tipu doe. LOL

HIZAMI said...

huhu.

sape yg x ske sh0pping?

aiy0h~

taniah kpd anda kerana ske sh0pping.

tetibe~

EIPUL said...

zami, haha. betul3x!

yaziith su anaz said...

but then ko tulis gak kan?




haha.
ya.
loads of kenangan to be laugh of.

niesz said...

not bad la eipul bj kat sogo tu..
bnyk giler diskaun..
rmai giler org sampai nk plih bj pon xslesa..

pergh!!nsib baik sempat msuk kan..

iekah said...

weh.

nak shopin tayah fiker fiker.

rase teringin grab je tros.

kalo x,sure ko nyesal pas tu.

Eazy Izzuddin said...

shopping lagi...
xD
joms nyelit menyelit...
xD

Ejay said...

aku noticed yg tempat2 ko pergi.. semua pun tempat2 yg aku pergi...
maybe kita pernab terserempak before cuma mgkn masing2 tak kenal kot. hehe.

EIPUL said...

yaziith, tulis apa? huhu. Oh, pasal kenangan masa kecik2 ea?

EIPUL said...

niesz, oh, pergi gak ea? haha. memang sendat pun tempat tu. LOL

EIPUL said...

iekah, tapi nanti duit dah takde makan ikan kering saje lah setiap hari. LOL

EIPUL said...

eazy, haha. selit-selit amalan terpuji. LOL

EIPUL said...

ejay, ye ke? haha. mungkin ar. =D

lalink7 said...

nak shopping ajak sis la eipul..
huhuhu..kaki sopping ya kamu...
kelakar la ur fren nak dtg amek xbwk elmet..hehhe..tp sis pun pnah wat camtueh..adeyy...muda2 pelupa..hehe

EIPUL said...

lalink7, ok je kak, nanti saya jalan2 ajak akak ea. Haha

aah, kelakar pulak kawan aku tu telupa bwk helmet. =)

Kolam Ikan Encik Eipul