My Tomey-Lotey Followers

Wednesday, September 9

Silver platter is so you. I mean it!







Dah sudah, kau siapa pulak yang tiba-tiba nak kata ini tak sesuai, itu tak lawa? Aku boleh accept yang kau nak cakap kau terlalu sangap untuk nak buat perubahan pada so called tema tu tapi masalahnya perlu ke kau nak mention "tak nak bunga lah kali ni". wtf?

Kau insult aku punya kerja and I am like "kau ingat cantik sangat ke apa yang kau pernah buat tu?". Dah la macam tahi. Aku suruh buat kerja sikit itu hari kau dah melatah macam opah, lepas tu buat macam piece of shit, ingat lawa gila lah tu? Ok. Kali ni aku takkan sentuh apa-apa pasal konsep. Aku nak tengok sejauh mana cantik yang kau idamkan tu. Aku nak sangat tahu apa yang kau nak buat dengan tema futuristik slash sarat-dengan-teknologi kau tu.

Lepas tu kau kata tak mahu colour asas lah, nak warna hi-tech macam silver wutsoever. Aku dah siap bayang dah lepas ni habislah, penuh dengan imej cyborg dan kereta terbang dalam tu, kalau tak pun, mesti ada tempelan wallpaper 'hi-tech' dalam each page sampai kalau Robocop tengok pun macam nak naik pitam.

Yang sorang ni lagi lah, ada hati nak gabung warna silver dengan merah beserta kuning. Kepala kau! Kau nak buat kostum badut sarkis ke apa? Aku malas nak interfere sebab aku sibuk tengok Gossip Girl tadi. Lagipun aku terlalu malas nak bercampur dengan budak-budak yang perasan diri tu hebat sedangkan kosong macam tin sardin yang dah karat dan sudah habis kena makan dengan kucing. Apa-apa pun, all the best lah dengan harapan kau orang tu. Aku nak duduk kangkang-kangkang dan malas nak ambik pusing sambil tgk apa akan jadik tahun ni. LOL.

*wah, bapak arrogant aku kali ni. Ah, pedulik apa aku. Kah kah.

Dalam satu kes yang tak berkaitan, aku dengan Bacit masing-masing uli tepung tadi. Aku buat doh untuk pau, Bacit buat doh untuk roti bakar. Dan hasilnya adalah magnificent! Roti Bacit sangat sedap dan stuffed dengan tepung, memang penat nak kunyah lah. Dan pau aku, memang totally heaven. Kitorang dah macam "Weh, kita patut jual lah pau ni. Mesti laku kan?". Sorry ar tapi seriously heaven pau tu. Aku tak tipu doe. Kekeke. Tak sesia aku menguli dekat setengah jam sampai ketak-ketak lengan aku otot timbul sana sini. Thanx ar Auntie Syabar sebab itu hari ada kata kat aku suruh uli lama sikit kan? And the outcome is simply outstanding auntie! Hehe. I really love it!

nota pinggul: Sorylah gambar tu tiba2 aku letak kat atas. Malas gila nak susun balik. Huhu.

12 comments:

HIZAMI said...

taniah.

pasneh six pack la.

tetibe~

EIPUL said...

kakaka. tak tahan. =D

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

nmpak sedap..
waahh.. pau adalah kuih kegemaran sumi.. susah nk jmpa yang betul2 sedap.. buatkan utk sumi/?? :P

EIPUL said...

sumi, boleh je. haha. sebijik 10 ringgit. wakaka.

Just_najmiE said...

eh, pesal entry yg atas tu ko emo weih?..

oh, tp pau ko nmpak sgt sedap dowh.. pos kat aku bleh?.. hahaha!

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

aduii.. mahalnyer 1bijik 10hngget..
spesel nih.. ape ltak??

lyndadyana said...

rrrr...
sememangnyer...
ku jelez ngn ko..
ko pndi msakkkk...
uuwaaa...
tp sdap ker?

EIPUL said...

najmie, haah, ter emo sikit. Haha

EIPUL said...

aisumi, letak jem blueberry, ada peanut butter, lepas tu chocolate. Haha

EIPUL said...

lyndadyana, sedap lah. Ko nak ke? Nanti aku tinggalkan sikit. Wakaka

lyndadyana said...

eleh eipul...
mik ati ku la 2..
nk tglkn???
sume da jadi baje kot..
haha...

EIPUL said...

wakaka.

kantoi pulak. ngee~

Kolam Ikan Encik Eipul