My Tomey-Lotey Followers

Thursday, September 10

Wohoho!!!

Semalam masa lab kitorang buat tafu fa ngan tahu. Tak best kan? Lagi tak best sebab kumpulan aku buat tafu fa. Jealous giler bila tengok budak group tahu goreng2 tahu sampai aku telan air liur banyak kali dan istighfar teringat yang sekarang tengah puasa.



Lepas berbuka, Ieda call aku. Kalau dia call aku, takdek sebab lain dah, mesti nak suruh sign kan attendance, ataupun ajak jalan-jalan. 2 tu je. Takkan lari jauh lah. Aku memang dah hafal semua tu. Tapi kan dah malam, for sure lah dia call sebab nak ajak aku jalan-jalan kan? Last2 betul. Haha.

Kitorang pergi Alamanda, padahal aku ada meeting sebenarnya pukul 10 tu. Sorry la Afiq. Seems like jalan-jalan ternyata lagi penting bagi aku. Gagaga. Aku ajak Bacit sekali. Kitorang pergi tengok wayang, cerita Dance Flick. Kelakar gila macam totally lawak bodoh sampai aku gelak terkencing-kencing. Aku paling gelak part boyfriend dia tengah ajar menari, lepas tu kamera dok asyek zoom dekat bontot perempuan tengah menari ballet, rupa-rupanya itu bontot boyfriend dia. Boyfriend dia pakai legging warna sebijik warna kulit pompuan tu. Lepas tu perempuan tu pandang jijik gila kat bf dia. Apalah aku merepek ni kan? Korang patut tengok sendiri ar cite ni. Lawak giler bai. Gua tak tipu. Oh, paling gelak sampai keluar-keluar air mata time ada 2 orang perempuan menari, yang body pumping tu, memang totally menari laju gila sampai boobs dengan butt diorang layut-layut, tapi diorang still continue menari. Bapak kelakar gila time tu. Hahaha.

Actually, sebelum tgk wayang tu aku ngan Bacit main game lumba kereta dekat arcade game tu. Siyesli best gila! Aku tak ingat bila last aku main benda-benda macam ni, aku rasa dah lama dah kot aku tak main. Lepas tu Ieda jadik cheerleader kat belakang. Lawak gila sampai masuk wayang lambat. LOL

Lepas tu, kitorang masuk Carrefour sebab aku ngan Bacit nak carik barang untuk sahur pagi ni. Aku capai patty Ramlee Burger, lepas tu Bacit amek sos. And then jumpa sushi, macam murah gila dan terus beli.

Ingatkan nak jalan-jalan lagi sebab still awal, masa tu macam baru pukul 10.30 mlm, tapi Ieda nak balik cepat so terpaksa akur sebab dia yang bawak kereta. Haha.

Sampai kat bilik, kitorang terus grab sushi dan makan dengan lahapnye sampai wasabi tu meruap masuk dalam rongga hidung aku. Memang totally pedih tak terkata ar. Online2 sekejap, pastu terus tido. Bangun-bangun je, Bacit dah siap masak burger. Best gila dan terus makan sebab lapar dah kot. LOL

19 comments:

lyndadyana said...

rrrrrrrrrrrrr....
ku anti tgk shusi..
xske2...

EIPUL said...

siyes? Alamak.

apasal anti? huhu

shah_ariel said...

woit ko dh r x dtg semalam punye meeting..abes r afiq majuk ngan ko..huhu..

ak kembali ke dunia blogging..

EIPUL said...

sharil, wakaka. tak sengaja ar. jangan gitao afiq ea. LOL

Just_najmiE said...

oh, nih la kejadian yg akan di ingati pada 9/9/09 ek?.. hehehe.. ok pa, ko ingat wayang yg cam lawak smpai ko tekencing tuh.. hahaha.. aku nih dh lama dowh tak pegi wayang.. takdak duit, n takdak masa.. kira ko nih bertuah la jgk kan.. (^^,)

EIPUL said...

wakaka, hurmm...

ok lah jugak tu ea? Huhu

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

wo000o pi alamanda tak calling2 eh

hehhehhehe

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

sushiiiiiiiiiiiiii

cedap nyeeee....lama dah tak makan

(T_T)

emy said...

gitewww la
jenjalan lebih penting katernyer...
choi jer..

eh plan kiter jumaat nie jadik k.

EIPUL said...

alamak kak yanie, smlm tadek kedit ar, tu yang tak call akak tu.

haha.

EIPUL said...

emy, esok kan? jadik je. LOL

imHepPie said...

pastu balek ko pon gi solat trawih..

kan??kan???sekian...

EIPUL said...

err

*speechless

azzaliena suziantie said...

sushiii
nakkk
haha

EIPUL said...

nahhh!!!

dah dalam perut. wakaka

HIZAMI said...

bez ek muvie tuh?

nk tgk gak!

neway, cambez jek 0wez msk2 neh...

=)

EIPUL said...

haah. Kelakar habis. Hahaha.

alah, takdek ar selalu sangat zami. kekadang je kalau rasa nak main masak2. Selalunya makan kedai je. LOL

yaziith su anaz said...

memanglah kan.




sushi sangat sedap dalam mulut aku kalo TANPA wasabi.



yek.

EIPUL said...

wasabi best lah yaziith. tapi kalau excessive memang lah geli kot. Lalala

Kolam Ikan Encik Eipul