My Tomey-Lotey Followers

Saturday, October 31

Cerpen-kek. -PART 1-

Katakan sekarang ni aku tiba-tiba tercuba untuk penuhkan archive entry aku dengan post kan satu entry berbaur percintaan, korang ada perasaan nak baca tak? Kalo tanak baca korang bolehlah pegi main jauh-jauh ea sebab aku tengah rajin nak menulis entry panjang ni. Haha.

Arakian tersebutlah kisah Ayob(bukan nama budak bandar tipikal) merupakan seorang pelajar senior kat satu sekolah. Dia ni memang teramat lah fancy pada budak pompuan yang comel. Nak dijadikan cerita sensasi, tibalah masa budak-budak junior tahun baru masuk sekolah tu dan off course lah si Ayob ni excited gila babi, mana tak nye, paling bangsat pun, kalau tak dapat 10, mesti ada sorang antara budak baru tu adalah seorang pelajar pompuan yang comel kan? Dan untuk pendekkan cerita, Ayob semangat lah scan satu-satu budak pompuan baru masuk tu dan apparently, dia spot sorang yang memang cute gila lah, cute yang amat sangat bagai serupa macam watak pompuan dalam cerita korea. Suka lah Ayob.

Ayob memang jenis orang yang highly enthusiast, gemarkan cabaran, tak suka mandi(ok, takde kaitan sangat), dan jugak seorang yang suka bertindak agresif. Jadi, esoknya, Ayob terus menjalankan kegiatan background checking pasal pompuan cute tu. Macam-macam cara Ayob cuba, tengok list nama budak baru dalam sistem pelajar, tanya kawan-kawan dia yang uruskan pendaftaran pelajar baru, dan tak kurang jugak dengan mengintip kelas mana budak perempuan tu masuk.

Lepas Ayob dah berpeluh-peluh berusaha dengan gigih untuk tahu latar belakang perempuan cute tu, Ayob pun dapat tahu sikit-sikit pasal dia contohnya budak tu asal dari KL, nama dia Mariamah Tijo(bukan nama pemberita RTM), dia kelas Cendana Garu, homeroom Etiket Cinta, nombor bilik 999, tapi nak buat apa pulak number bilik tu? Macam lah Ayob boleh tembus masuk asrama perempuan pulak kan? Ok, sila abaikan.

So, Ayob kan aku dah mention tadi yang dia ni jenis persuasive dan agresif macam binatang buas, tak menyempat-nyempat tau-tau aje Ayob dah pun siapkan satu surat cinta.

Hi Mariamah Tijo. Saya suka awak. Awak comel.
Ni roti saya beli, makanlah sampai kenyang.
Nama saya Ayob. Saya budak kelas 4 Cengkih Masam.
Harap awak sudi kawan dengan saya.

Hihi.
Kawan baru awak,
Ayob.

Oh, aku ada termention pasal roti ea? Ayob tepekkan surat cinta dia tadi kat atas roti coklat Gardenia yang harga 50 sen dan roti murahan tu Ayob beli semalam dekat koperasi sekolah. Ayob check ke tak due date roti tu masa beli? Tak agaknya. Alah, tak kisah lah tu semua. Bukan penting sangat pun.

Lepas tu, Ayob tunggu Mariamah Tijo dekat koridor kelas 1 Cendana Garu dengan harapan dapat kasi hadiah pertama tu by hand terus pada Mariamah Tijo.Tunggu punya tunggu Mariamah Tijo pun sampai. Ayob pun apa lagi, terus lah kasik dekat Mariamah Tijo roti sekali dengan surat tu. Mariamah Tijo mula-mula macam blur tapi sebab dia tengah lapar, dia terus rentap roti tu dan makan dengan lahapnya. Terima kasih pun tak dekat si Ayob. Tapi Ayob tak kisah. Pada Ayob, itu dah cukup lah sebab Mariamah Tijo accept hadiah yang dia kasik dengan bersemangat.

Tapi Ayob tak perasan satu hal. Mariamah Tijo tak baca pun surat cinta yang Ayob tulis tu sebab after dia bukak wrapper roti tu, dia amek roti tu dan terus buang wrapper tu sekali dengan surat dari Ayob masuk dalam tong sampah sebab dia ingatkan kertas tu kertas resit beli roti. Kesian Ayob kan?

Hari esoknya, Ayob naik gila lagi dan kali ni dia dah siapkan roti gardenia tepekkan dengan coklat spread mahal yang dia beli dekat Giant minggu lepas. Jenama coklat spread tu kalau tak silap aku... oh aku tak ingat rupanya. Sori. Roti tepek coklat tu dia buat pagi tadi sebelum pegi sekolah dengan penuh kasih sayang. Surat mesti ada, mana boleh tidak. Ayob dah siap tulis malam semalam lepas dia basuh buntut sebelum tido.

Mariamah Tijo, macam mana dengan roti semalam?
Kenyang ke? Saya ada buatkan awak roti tepek coklat ari ni.
Harap awak makin kenyang lepas ni.
Bolehkah kita jadi pacaran lepas ni?

Haha.
Bakal pacaran awak,
Ayob.

Pagi tu ada perhimpunan pagi. Ayob sanggup pegang roti tu lama-lama sampai peluh tangan dia meresap masuk dalam roti tu. Nasib baik Ayob tak sedar hal tu. Sedar-sedar perhimpunan pagi dah abes. Ayob pun gelabah cari mana kelibat Mariamah Tijo tak muncul-muncul dari tadi. Lepas Ayob penat cari 'bakal pacaran' dia tak kunjung tiba, Mariamah Tijo pun muncul entah dari celah mana.

"Macam tahu-tahu je aku nak kasik dia sesuatu", bisik Ayob perlahan dalam ginjalnya.

Ayob terus hulur roti tepek coklat tu sekali dengan surat kedua kepada Mariamah Tijo. Macam biasa, Mariamah Tijo yang lahap tu terus rentap hasil pemberian tak seberapa dari Ayob dan makan dengan gelojohnya. Surat Ayob dia jadikkan tisu lap muka sebab peluh dia keluar macam air mata air, al-maklumlah, cuaca masa tu memang terik, panas mengalahkan dekat Gurun Sahara nun.

Dan sekali lagi jugaklah Ayob tak perasan yang surat ikhlas dia tak dibaca. Lagi sedih, surat tu jadik bahan untuk lap kan hasil respirasi badan si Mariamah Tijo. Best kan?

-----------------------------------------------------------------------------------------------

So how? Apa sambungan cerita percintaan Ayob bersama Mariamah Tijo ni? Kalau korang nak tahu nanti-nanti aje lah aku sambung ea sebab pinggang aku dah nak patah ni (takde kaitan pun pasal letih menaip), nota lab FST4822 aku pun tak berganjak-ganjak dari tadi. Wish me luck untuk exam esok. Tata.

16 comments:

░♥si lampu neon♥░ said...

ayob tu ko ke?

imHepPie said...

oit roti gardenia da naek 40sen la haha

Judiene said...

ape kte ko wat Mariamah tu tetibe sengau??
ahahahahaha
tgk ayob still nk ke x..

:)

HIZAMI said...

ahha.
epul, sgt bez!
5 stars!
huahua.
sgt ser0n0k.
=D

Eazy Izzuddin said...

hik3
besh2
xD

niesz said...

ayob tu sape ek..hihi..nice story..menarik sungguh nih..

iyllienaz said...

haha..ni cite dr pengalaman sdri ek??

Ejay said...

mcm mana aku bley terjerat baca citer ko ni.. aduii

baik ko sambung citer ni cepat Eipul.

shah_ariel said...

motif mariamah tijo..haha..tapi ak x dpt nk bce smpi abes..haha..cam semut plak...

EIPUL said...

Haha. Kalo korang rasa best aku bleh sambung lagi. LOL.

neon, ayob tu op koz bukan aku. Kahkah. Nehi he.

imheppie, oh ye ke? Ni harga dulu2 kot. Hahaha

Judiene, erm, best gak idea ko. Nanti tgk camne. LOL

Zami, ye ke? Glad u enjoyed. Hahaha. Tgh bosan sebab tu aku buat cite ni. Hahaha

Eazy, thanx. =D

Niesz, ni sume watak rekaan je. Haha.

Iyllienaz, ada sikit2 je pengalaman. Banyak aku reka. LOL

Ejay, padan muka. Sape suruh baca. Hahha

Sharil, Haah, tulisan agak kecik ek? =p

iekah said...

lama xsinggah blog ko!

yaziith su anaz said...

kalo u mandi 5kali satu hari,
i nak kat u.






salamsayang,
mariamah tijo.

EIPUL said...

iekah, sila-sila buat macam blog sendiri. LOL

yaziith, nanti aku gtaw ayob ea. Haha

Anonymous said...

wlaupun pjg blog ekau..
sggup lionteen mmbc nye..
hahahaha

emy said...

asal pendek sgt...ko x leh pendek kan lagi kewwww.....

EIPUL said...

thanx lionteen!!! Sayang ko. Lalala

emy, nanti aku pendekkan lagi ea. Ko tunggu jap.

Kolam Ikan Encik Eipul