My Tomey-Lotey Followers

Thursday, October 15

Finally ada juga benda nak update!

Hello kawan-kawan! Kawan-kawan sihat ke? Ok, good. Sebab aku yang tak berapa nak sihat sekarang ni. Bukan tak sihat macam sakit sendi atau sakit nak bersalin, tapi sekarang ni aku tak sihat dari segi mentally. Sekejap-sekejap aku akan stress dan tengok Gossip Girl sampai habis dalam masa 2 hari saje. Best tak? Tambah pulak kelas sekarang ni dah banyak cancel, aku pun bantai tido sampai tengah hari ataupun lagi best aku main Sims 3 buat watak-watak mengarut macam Alanis Doremon, Azpalili, dan buat diorang mati bosan atau sakit sebab makan makanan yang dah rosak. So, hari ni aku berjaya buat sesuatu yang agak bermakna wehoo!!! Ok, ini baru perenggan pendahuluan.

Isi-isi Penting:

1) Aku ngan Bacit pergi memburu rambutan dekat dusun belakang kolej petang tadi sampai kena kejar dengan traktor. Loser gila pak cik tu, kitorang ambik rambutan takdelah banyak mana pun, itupun kedekut tamo kasik, siap mintak balik kejar kitorang naik traktor. Bangang gila kan?

2) Tengah bengang tak dapat makan rambutan tu, aku noticed Sharil balik tergedek-gedek naik moto, so Bacit ngan aku ajak dia pergi Bukit Ekspo sama-sama untuk carik durian pulak. Lepas tu, Sharil bantai ajak Afiq, Apiz, semua.

3) Kitorang plan nak pergi naik motor tapi tiba-tiba Afiq kasik suggestion naik basikal pulak, so kitorang dengan bergaya nye turun bawah untuk pinjam basikal. Tiba-tiba Ayahanda panggil untuk tolak kereta kawan dia yang mati tak idup-idup dan aku hanya boleh cakap "Gua penat gila bai tolak kereta ni berat nak mampos lah!"

Bersiap sedia nak pergi gembala lembu. LOL
Macam budak terencat!

4) Sampai dekat Bukit Ekspo kitorang memang lucky gila-gila sebab dapat sebijik durian besar dan budak chinese belakang kitorang dah menjerit-jerit bengang sebab kitorang amek dulu buah tu. Ahh! Nasib ar ko lambat sangat siapa suruh? Hahahahahaha.


Jangan jeles, kitorang dapat benda ni free je. Haha.

Padang prairie =). Mana lembu2 woii? Rumput kat sini nampak sedap kan? Kalau aku lembu, aku dah anggap tempat ni heaven on earth dah. LOL

5) In order untuk nak makan durian tu, kitorang carik spot menarik untuk piknik makan ramai-ramai dan jumpa padang prairie tepi tasik dan oh memang sangat perfect la tempat tu.

6) Lepas makan, Apiz ngan Afiq ngan Farid teruskan naik basikal pergi atas bukit tapi kitorang malas nak ikut, jadi kitorang camwhore sekejap dekat tepi tasik tu dan buat photoshoot like never before. Best gila!

Cantik kan gambar ni? -Bukan apa, aku just nak gitau korang yang aku memang gifted photographer. Ok, sila muntah dan berak kuat-kuat sekarang. Haha
Aku jadik kelawar. Wuhoo!!!



Ok, dah senja. Jom balik!

7) Balik bilik aku masak Sambal Tumis Gizzard. Sedap gila sampai aku telan nasik sambil menangis-nangis.

8) Apiz datang bilik aku tiba-tiba dan kasik suggestion suruh aku buat pancake. & there u go; Party Pancake paling hebat abad ini. Hahaha.


Dan sekarang aku bertambah-tambah sakit mental sebab lab report aku tak siap-siap lagi dan bakal kena hantar minggu depan. Ohh damn!!!

18 comments:

Ferral Nic said...

akak amber chia!!!!

hiakk!!!

EIPUL said...

mengong!


haha

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

nk pancake tu?? ^_^

EIPUL said...

nanti aku emel kat ko ea aisumi. LOL

syaf said...

tudia pemburu durian...
cam sodap yo

lionteen said...

btui2..
sejak akhir2 ni class acik cncel..
puas tito da,sampai da bosan se nk tito..
haha..

len kali,ajak la skali kutip2 rmbutan..
hehe

Judiene said...

oit, cantik r tempat tepi tasik ko tuh
cm best plak lepak situ ptg2 kn
lg best kalo ade bunyi burung2 ke, air mengalir
perghhhh!
heaven r!

lyndadyana said...

eipul..
mz ko..
haha...
weyh..
suke la duyan 2..
ngidam ni...

azzaliena suziantie said...

naaakkkkkkkkkkkkkkkk....

Ejay said...

wahaha... tgk Gossip Girl to stress out?
so cute. hoho.

btw, durian itu sgt sexy. i'm soooooo gonna buy durian esok. ni semua eipul punya pasal tau! cheh...

EIPUL said...

syaf, memang sedap oh!!! Rindu aku nak makan lagi benda tu. LOL

lionteen, muahahaha, best kan kelas cancel? Hehe. Jom amek rambutan sesama. =D

Judiene, memang ada bangau terbang2 kat belakang tu. Cantik, better ko datang sini enjoy, Haha

lynda, haha. Sedap oh benda tu. Hehe

azza, naaaaaaaaaaahhhhhh!!!!

ejay, haha, ye ke? Bad influence gak aku ni ek? =p

yaziith su anaz said...

u dun hv to write 'mcm budak terencat' dear.



i notice dat.
:)))

EIPUL said...

kureng asem lo!!!!

iekah said...

ko saje je kan?

aku nak durian tu!!

emy said...

hambek ko...

meghiah betol u ko ekk..

dusun durian lah....rambutan lah...

sumer ader

EIPUL said...

iekah, datang ar UPM. LOL

emy, harusss!!!!

shah_ariel said...

tahbiah bnyk plak gmbr ak msuk skali..huhu..petg nie kite pegi hunt 4 durian lgi jom..

EIPUL said...

JOM!!!!


target durian dapat hari ni 9 bijik.
ok tak? Kahkah

Kolam Ikan Encik Eipul