My Tomey-Lotey Followers

Tuesday, November 24

Ah Seng: budak kelakar. Amat.


Aku type "ah seng" dekat yahoo image, kuar gambar beruk ni. Adakah Ah Seng seekor orang utang? Kahkahkah

Tempat aku kerja sekarang dah ada sorang budak baru. Nama dia Ah Seng. Masa aku mula-mula nampak dia dulu, aku ingat dia budak paling berkarisma, tinggi IQ macam galah panjang punya tinggi, dan bakal menjadi top worker in no time. Tapi, setelah lama kenal sama dia, OMO! Dia macam tak betul pun ada. So how?

Kalau kau start borak dengan dia, ko bakal clueless dan annoyed sebab dia akan tanya benda yang impossible dan merepek supaya perbualan ko dengan dia akan berlangsung dalam satu jangka masa yang lama. Macam kau tengah duduk senyap, lepas tu conteng-conteng kertas ke apa ke, lepas tu tiba-tiba dia datang dekat, tiba-tiba cakap

"Wah, u punya tulisan sangat cantik oh~!"

Kau pun macam "Oh ye ke? Tak de lah~."

"Siriyes ma~."

"Trima kasih Ah Seng!" Kau pun jawab lah sebab tak mahu dia kecik hati.

Lepas tu dia pun tiba-tiba keluarkan soalan paling bernas dekat dunia macam
"Macam mana tulisan boleh wujud ha? U tau ka siapa yang cipta tulisan ni?"

Ko nak jawab apa kalau kau jadik aku? Aku nak aje pelengkung kepala dia. Kalau sekali sekala dia tanya soalan biol macam tu kau boleh lah jawab dengan comel macam
"Saya pun tak tahu lah Ah Seng. U Google lah kasik tengok."

Tapi kalau dah setiap conversation dia buat macam ni, tak ke ko rasa nak jawab macam
"Aku tak tau lah sengal! Mungkin abah kau kot yang cipta tulisan ni!!! Puas??!!"

Lepas tu yang paling aku tak tahan, dia kalau tak bersin kuat2 sambil tidak cover mulut, dia akan korek lobang hidung dia secara live depan-depan kau. Ko ada berani nak tengok? Jijik gila tau budak sekor ni. Tambah-tambah pulak time tengah hari kalau dia duduk sebelah kau memang ko bakal rasa nak tolak dia supaya pergi jauh-jauh sebab ketiak dia bau hamis.

Ko tau? Kawan aku ada sorang ni, pernah tanya dia
"Ah Seng, u ada pakai deodorant tak?"

Dia jawab " Tak ada." yakin gile!

Pastu kawan aku kata "Patutlah u berbau~"

Ko tau dia jawab apa? "Aah. Memanglah."

Kelakar kan? Adoi, kalau kau duduk dengan dia sehari, aku rasa kalau kau tak gila memang ko bukan manusia. Dia memang gila ok!

Tapi lepas ni dah tak jumpa dia lagi dah. Sebab apa? Sebab dia kena tukar department. Oh, satu hal lagi aku lupa nak bagitau. Dia buat kerja memang lembab nak mampos. Dia kira duit sampai dekat 4 5 kali. Lepas tu kalau duit koyak sikit, dia tutup kaunter terus lari-lari masuk office pergi tanya boss apa dia kena buat untuk atasi masalah tu. Logik tak? Oleh itu, boss telah campak dia ke department lain. Kesian dia. Tapi bagus lah. At least, kitorang tak payah dah nak susah payah hadapi dia lagi lepas ni. Wakaka. Ok, sekian pasal kawan aku, si Ah Seng, clumsy fei mau. LOL.

10 comments:

iyllienaz said...

haha..bersin kuat2 xtutup mulut..siap korek idung depan2..pastu bley jawap lagi diri sendiri berbau..haih..mmg xde kesedaran lgsg tu..

syaf said...

muahah sengal oh sengal
apekse mamat 2 bergitu...
ayo kalu aku kasik cium sama dia lah ...muahahah

░♥si lampu neon♥░ said...

kelaka gile la ahseng nii cam best je kalau jadi besfren aku hahaha

lionteen said...

cian ah seng..

tp bgus la..
dr kene mntap die hr2 kan..
dgn soklan yg ntah pape,ngn bau yg lg la ntah pape..
hehehe

Judiene said...

aku plg tak bleh kalo org dah tegur badan berbau tp still maintain ok
wtf!!

~ miss ekin pinky ~ said...

klaka laa itu ah seng..
tak malu tol..
muka seposen jek..haha~

nnt kenalkan ea?

yaziith su anaz said...

adiahkan ah seng rekzona.

yaziith su anaz said...

adiahkan ah seng rekzona.

ayin jemin said...

hahahah
adoii
kalau sy tmpt kmu
kasi biar saja bah dia bcakap sorg2
kekekke

niesz said...

hahaha,..klakar la ah seng tu..emm..lpas ni mesti eipul rindu kat die punyer..ye la..ade die br meriah kan..ehe..
xpon..rindu ngan wangian ah seng..hahaha..

Kolam Ikan Encik Eipul