My Tomey-Lotey Followers

Friday, November 27

Menjelang Raya Aji

Semalam aku pegi keje naik motor dengan kawan aku tapi dia nak balik awal sikit katanya. Nak balik kampung pukul 5 petang tu. Aku pulak kerja full, so tak dapat nak ikut dia balik awal. Aku terpaksa naik bas lah untuk balik Serdang malam tu.

Aku tunggu bas awal. Pukul 8.30pm aku dah gerak balik, sebab takut bas tak de. Tapi tunggu punya tunggu, sampai pukul 9.55pm baru ada RapidKL singgah, tapi yang misterinya dia taknak balik Serdang. So how? Dia kata dia nak pergi Putrajaya Sentral. Dia kata dengan aku kalau aku nak balik Serdang, y dont aku pegi tunggu RapidKL dekat Putrajaya Sentral?

Nak pergi Putrajaya Sentral nak buat apa, bahlol? Kan depan Alamanda kau lalu jugak? Aku kata dalam hati. Pak cik tu dengan kuasa telepati dia dapat dengar pertanyaan serius aku. Dia jawab sebab tak ramai yang naik dari Alamanda, so dia dah tak lalu lagi dekat sini dan hanya akan ambik semua orang dekat Putrajaya Sentral.

Cibai aku kata! Senang2 kau aje nak tukar2 laluan! Siapa yang nak bertanggungjawab dengan masa aku yang banyak terbuang tadi? Kalau aku pergi Putrajaya Sentral sekarang tapi semua bas dah habis macam mana? Siapa yang nak antar aku balik Serdang? Antu raya kau?

So, aku dengan marahnya turun dari bas dan pot pet pot pet mencarut macam orang tengah berzikir. Cilanat bas RapidKL! Dari dulu lagi aku memang tak pernah suka naik bas ni tapi nak buat macam mana, no choice. Ada banyak lagi benda bangang yang aku buat lepas tu contohnya pergi pusing Putrajaya dengan jalan kaki lalu roundabout besar keliling bangunan government, lepas tu tunggu bas dekat stesen yang sunyi, lepas tu baru aku terlintas nak naik bas Nadi Putra untuk pergi Putrajaya Sentral.

Aku dalam hati dah malas nak fikir apa yang bakal terjadi lepas tu. Aku pasrah. Kalau aku terpaksa tidur dalam longkang pun aku rela. Tapi Alhamdulillah dekat Putrajaya Sentral ada satu lagi bas RapidKL, last bus, nak pergi Serdang. So aku pun terus naik bas tu dan turun dekat depan K17, jalan kaki nak pergi K6. Jauh tau! Dekat 4km kot. Aku terpaksa sebab bas nak balik K6 mana ada lagi pukul 11 lebih macam ni. Tengah dalam perjalanan ada satu kereta berhenti belakang aku. Aku ingatkan teksi yang baik hati nak jemput aku balik K6. Rupa-rupanya kereta polis!

Gelabah lah aku bai! Aku cepat-cepat keluarkan kad ID, dia tanya kenapa aku jalan sorang2 dalam gelap macam ni. So aku explain lah aku terpaksa sebab dah takde bas lagi. Terpaksa jalan kaki saje. Mula-mula dia buat tak tau dan blah. Tiba2 dia berhenti balik dan pelawa aku naik kereta dia, dia hantarkan aku balik. Serius bai! Ni first time aku naik kereta polis. Rasa macam aku kena tangkap aje. Feeling2 baru kena tangkap lepas rompak kedai Ah Seng sekejap lah aku. LOL. Masa dalam kereta tu dia borak2 lah dengan aku, tiba-tiba dia kata

"Polis ni semua baik. Korang aje yang benci kitorang! Kau kan yang hantar petition dekat internet suruh benci polis tu kan?"

Dah sudah! Kau nak jawab apa kalau kau jadik aku? Aku gelak in denial ajelah dengan dia. Nak cakap apa lagi? Hahaha. Padahal... [rujuk entry ini]

Ini pengalaman aku menjelang Hari Raya Aji. Korang bagaimana?

p/s: Sorrylah guys, aku kadang2 tak sempat nak blogging dan singgah blog2 korang. Bizi sangat2 sekarang ni. Aku akan cuba sempatkan baca blog2 korang no matter what. Tapi lambat cepat tu lah yang main point di sini. Ok, rindu korang. XOXO Bye~

10 comments:

iyllienaz said...

haha..naseb baek polis tu bg tumpang..lepas ni da ley kamcing ngan abg2 polis ni..

Just_najmiE said...

jadi pokok pangkalnya ko selamat sampai destinasi lah nih?.. hhaaha..

aku pun rindu kau doh.. rajin2 singgah blog aku n click2 nuff aku ek.. (^^,)

EIPUL said...

iyllienaz, boleh ar jugak kamcing sikit2. Haha. Lepas ni boleh tgk wayang sesama ngan diorang. Kahkahkah

EIPUL said...

Najmie, aah ar, lebih kurang. Haha. Ok2, don worry. LOL

lionteen said...

haha..
aaa...
kan da kene serang polis..
xsgke lak polis tu bc blog ko kan..
hehe..
nsb la die nk tumpang kan ko..
cian ko..
heh

EIPUL said...

lionteen, aku arap dia tak baca blog aku ar. Dia saja melawak je kot time tu. Hahaha.

niesz said...

serius la niesz ck..niesz mmg xsuke polis..lembab wat keje!sory ek polis2 sekalian..

yaziith su anaz said...

you must've miss me really much.
haha.



seronoklah raya kau.
ade jugak mende nak gelak.
me, i got nothing.
:(

EIPUL said...

niesz, ha! Niesz la yang anto petition benci polis tu ea? Hahaha

EIPUL said...

yaziith, alololo, ciannye. Relax ar, cuti lama lagi beb, pelan2 kayuh doe. =D Lama2 kelakar lah hari2 ko. Kan kan kan?

Kolam Ikan Encik Eipul