My Tomey-Lotey Followers

Friday, December 4

Perlukan Obat Kuat?



Barbie collector's edition dekat Pavi. Smart woh~

Aritu masa aku cuti aku ajak Eqal, my bestfwen pegi jalan2 sama, konon-kononnya nak tengok wayang. Tapi tiba-tiba aku tergatal ajak dia pergi karoke sekali. Tak apalah. Aku tak menyesal pun pergi karoke tu sebab memang hakikatnya best. Melalak sampai urat tekak putus, menari macam tengah clubbing tu memang sudah tentu lah kan. Macam-macam lagu aku nyanyi dari yang paling latest seperti 'Bukannya Aku Tak Cinta-Iklim' sampailah lagu-lagu lama macam 'Sweet Dream-Beyonce'. Eqal bawak kawan dia sekali, Haris. So, kitorang 3 orang memang have fun gila-gila la time tu. Aku rasa banyak tenaga habis masa dekat REDBOX tu. Huhu. Ok, sila kunci perkataan [tenaga] tau sekarang.

Lepas dah penat melalak, kitorang jalan laju-laju pergi Pavi sebab aku nak masuk Forever 21 sekejap, nak tengok jaket. Eqal ngan Haris pulak carik kerja sambil-sambil tu. Kitorang masuk Tangs, konon-kononnya diorang nak carik kerja kat situ lah. Alih-alih masing-masing malu nak tanya sampai Customer Service pun tak jumpa. Huhu. Bila dah jumpa, staf tu kata kalau nak mintak kerja, kena pegi bangunan sebelah Pavi pulak. Dah sudah, bangunan apa pulak lah yang ada kat sebelah Pavi ni. Ok, so Tangs cancel. Kitorang masuk pulak Stadium, jumpa cashier diorang yang kekwat tu. Nak kasik borang pun mengada-ngada tunjuk garang. Kitorang tak bawak pen pun jadik isu,
'Macam mana ni?Nak mintak kerja tapi tak bawak pen?'
Mengada kan? Bukannya hadap sangat pun nak kerja dekat situ. Ok, lupakanlah pasal scene ni. Tak menarik pun.


Lepas tu, kitorang pegi Forever 21 pulak, tapi jaket yang aku minat tu dah habis saiz, paling kecik pun size M, itupun kalau aku pakai nampak macam pakai jubah. So how? Haha. So, kitorang terus gerak pegi GSC nak tengok movie. Cerita lain takde, New Moon aje yang nampak macam best. Nak tengok Ninja Assassin tapi Eqal dah tengok 2 kali. Kesian pulak kat dia nanti. Tapi best jugak lah cite New Moon ni. Cuma cerita dia agak meleret sikit. Sebab sarat dengan emosi, dan dialog dia banyak berselirat, pening. Tambah pulak kitorang dapat seat paling depan. Patah tengkuk oh~ Tapi overall ok lah. So-so.

Kitorang habis tengok movie dalam pukul 7 lebih macam tu. Lepas dah keluar panggung, kitorang pun balik. Masa tu memang tenaga dah depleted lah. Memang masing-masing penat nak mampos. Dekat entrance Pavi masa tu ada salji turun, cantik gila. Rasa macam duduk dekat overseas masa tu. Haha. Masa tu aku dah perasan muka Haris nampak lain macam sikit. Aku tegur dia pun dia macam senyum sikit aje. Takpelah, aku kata dalam hati.

Aku terus jalan ke depan, borak-borak dengan Eqal sekejap. Tiba-tiba aku perasan Haris takde dekat belakang kitorang. Ah sudah! Lepas tu aku tunggu lah sekejap. Maybe mamat ni gerak lambat sikit kot. Tak berapa lama lepas tu, dia muncul. Ok, aku lega sikit. Aku try senyum kat dia, tapi dia still blur sambil pandang tempat lain. Aku ingat dia sakit ati sebab kitorang tak tunggu dia jalan sama-sama.


Masa nak lintas jalan, aku noticed yang Haris jalan macam pelik. Macam orang takde tenaga. Macam orang mabuk todi lah. Kaki dia macam bengkok, macam nak pengsan. Adoi, camne ni? Aku kata dalam hati. Eqal dah lintas jalan masa tu. Aku pegang Haris kuat-kuat sebab takut dia tergolek tengah-tengah jalan, karang tak pasal-pasal penyek kena gilis dengan lori. Lepas dah siap lintas jalan, aku tanya Eqal kenapa Haris macam ni. Eqal pun tak tau. Kitorang memang dah freak out gila time tu. Haris masa tu macam budak terencat, pandang-pandang atas lepas tu tengok tangan macam tangan dia tu barang paling cantik. Memang nampak macam terencat la. Kitorang tanya dia kenapa tapi dia senyap, tiap kali kitorang tanya memang dia tak jawab. Dia sebijik macam budak sindrom tau. Aku pulak naik malu sebab semua orang kat situ pandang tak kelip mata. Hua~ Camne ni? Last2 kitorang teruskan jalan sampai dekat tepi Sg. Wang, ingatkan dia dah ok rupanya makin teruk. Dia makin tak dapat kawal diri. Nak berdiri pun tak dapat.

So, Eqal suruh aku carik handphone dia sebab Eqal nak call mak dia, tanya kenapa boleh jadik macam ni. Masa aku cek poket Haris tu, dia ada simpan air soya dalam poket dia, tiba-tiba Eqal terdetik suruh kasik air soya tu dekat Haris suruh minum. So aku pun bukakkan air soya tu kasik kat dia. Masa Eqal call mak Haris, barula kitorang tau yang Haris ni cepat kekurangan tenaga dan dia akan sawan kalau benda tu terjadik. Nak nak pulak kitorang jalan jauh gila tadi, lepas tu melalak bagai nak rak dekat REDBOX. Habislah tenaga kan? Mungkin glucose level dia cepat depleted kot, so otak tak dapat ATP yang cukup, that's why dia macam lemah shahwat tu. Haha. Lepas dah belikan dia milo ais, dia baru OK sikit.

Tapi ni ar
pengalaman paling aku tak boleh lupa. Memang freak out gila la. Selama aku kuar jalan-jalan ngan kawan, tak pernah jadik benda macam ni. So, thanx Haris sebab kasik aku pengalaman macam ni. Huahua. Next week jangan jadi macam ni lagi tau! Aku tak kira, aku akan paksa kau minum air milo ais setiap 2 minit. Cuak kot! Haha.

p/s: Entry ni banyak pasal tenaga kan? So, ada sesiapa yang nak beli ubat kuat ke lepas ni untuk tingkatkan tenaga? ahaha

12 comments:

syaf said...

LORR KESIAN NYER BUDAK HARIS 2..KO PLAK G CAROT DIE KAW2 PLAK...HAHA SENGAL LAH KO...ade gak org cam 2 ek...x per

**wey dah banyak kali aku suwuh ko ajak aku g karaoke...bile weyh...t nk g bagi r tau aku....agak2 ko nk p t ko melalak r kat chatbox aku or tulis kt commment ke,

Yeyen said...

wuh,,dahsyat..habis tenaga sampai jadik sawan..x penah lagi jumpa org camni.
memang kena bawak air soya dalam poket..
tp sian la pulak org cm ni..xbole membuang tenaga suka2..

shah_ariel said...

giler ganaz pengalaman ko..haha..rugi palk ak x dpt ikut..haha..laen kali nk ikot r..

░♥si lampu neon♥░ said...

org kata new moon tak berapa best? huhu ko reti nyanyi ke?

yaziith su anaz said...

aku rase kau la paling kuat makan.
entri ko je mesti de pasal makanan.

nape tah baju saiz m pon xlekat kat badan??
makan takbace doa ek?

niesz said...

ish..ade gak penyakit mcm ni yer..
nsib baik xjd ape2..
org kene penyakit mcm ni mmg bahaye..
xley nk control diri..
but cian gak kat die..muda2 da jd mcm ni..yg penting die baik kan..

EIPUL said...

syaf, alamak lupa ar. Sorry sangat2. Ok2 next2 time aku nak g nanti aku gtaw ko awal cket. Huahua. Aku pun nak karok ngan ko gak. Hehe

EIPUL said...

yeyen, tu ar, cian dia. Tapi nak buat macam mana, dia kena hadapi gak. =)

EIPUL said...

sharil, haha, nanti aku make sure ko ikut walau apa jua terjadi. Agaga

EIPUL said...

neon, op koz lah aku reti nyanyi babe. Kalo tak buat apa aku g karok selalu?
*sambil dabik dada. *wink*
Hahaha

EIPUL said...

yaziith, aku rasa aku takde cite pasal makanan kot. haha

Tapi saiz m dia tu memang gedabak. So how?

EIPUL said...

niesz, tapi dia tak sedar pun. Kira ok la tu. Dia takde ar rasa sakit ke apa ke. Kan? Hehe

Kolam Ikan Encik Eipul