My Tomey-Lotey Followers

Thursday, April 30

Good News For Those Craving For More Money In Your Bank Account!

aku baru jumpa website ni, tak taw ar whether korang dah pernah buat atau belum...

http://youthsays.com/go/fCZ

kerja korang senang jek, daftar sedikit sebanyak isi maklumat diri, macam biasa, then jawab seberapa banyak survey yang korang larat... setiap survey ada harga tersendiri, pastu ajak kawan2 korang buat survey tu jugak, supaya korang dapat duit lebih. Survey tu pun tak banyak soalan, sikit jek, makan masa berapa saat jek nak jawab. Tiap kawan2 korang yang baru daftar, korang bakal dapat 40 sen... bayangkan kalau korang ada 200 kawan yang daftar, darab ngan 40 sen each, korang dah dapat 80 ringgit... senang giler kan nak dapat duit?...

So, apa tunggu lagi? Cepat sebelum terlambat... :)

Basikal & Nurul


Sounds awkward, tapi ni ar area penceritaan yang aku nak sentuh hari ni, semuanya berkisar pasal basikal dan jugak seorang budak yang bernama Nurul. Ni cerita masa aku kecik2, masa aku baru belajar erti kehidupan selain setiap ari memikirkan bagaimana mahu membodek mama untuk belikan aku ais krim asam boi yang sangat aku minati, walaupun aku tak boleh kerana aku menghidapi lelah kronik suatu masa dulu.

Balik semula pada basikal dan satu budak bernama Nurul. Petang itu, kakak ajak aku naik basikal sama2... aku mula mengesan suatu yang buruk bakal berlaku [padahal aku tak pikir pape, terus setuju nak join sebab dah excited orang ajak main sama2]... appear to be that jiran aku, iaitu kakak kepada Nurul dan Nurul itu sendiri dah tunggu kat luar... harap maklum, Nurul ialah jiran merangkap classmate aku masa darjah 1 & 2... :p

Jadik kitorang pun jalan2 bersama naik basikal petang tu... tetiba entah kenapa kakak aku ni, naik antu apa agaknye, berhajat untuk organize pertandingan lumba basikal peringkat kawasan kejiranan rumah aku... n lupakah dia aku adalah pembonceng tegar kat belakang ni? tak macam bahaya bakal mengundang pulak kat aku lebih dari 80% kan?...

aku terpaksa senyap jek sebab dia yang ada hak kuasa mutlak terhadap basikal tu... aku pun pasrah jek ar... sejurus selepas pertandingan lumba basikal ni start, aku sering berdoa semoga takdek pape berlaku pada aku, aku nak idup lama lagi... kakaka...

Out of the blue, akak Nurul dan Nurul berjaya pecut dan betul2 berada kat sebelah aku... Nurul pun pembonceng gak, macam aku... tetiba dia hulur tangan n suruh aku pegang tangan dia, konon macam cerita Mukhsin lar dia punya ke-sweet-an... aku pun apa lagi, pegang jek ar tangan dia, dah dia kasik kan?...

Nak dijadikan cerita, akak dia boleh plak bantai pecut dan akak aku kalah, n guess what? aku pun ikut pecut jugak, tapi pecut lantas tergolek dari basikal... ingat tak aku masih pegang tangan Nurul?, dan the best thing is akak Nurul plak pecut selaju mungkin dan aku terseret atas jalan sampailah aku lepaskan tangan Nurul.

Hasilnya lutut aku luka, akak aku dah siap sedia nak call bomba... aku cakap bwat pe nak call bomba, call ambulance ar... apa ar ko ni! [sempat plak aku nak cakap camtu kan]. tak cukup ngan lutut luka, aku balik mama aku dah siap sedia ngan rotan kat tangan. Mama tiada mercy, walaupun kondisi aku luka begini, dia masih tegar merotan aku, yang pasti, kakak dapat kiraan rotan tertinggi petang tu kerana dia menjadi penyebab adiknya terseksa.

p/s: inilah hasilnya kalau kita buat dosa, [pegang tangan bukan muhrim haram hukumnya kawan2], akak aku plak tobat tak mo bawak aku naik basikal lagi, mama makin sukar untuk dibodek membeli ais krim asam boi favorite ku.

Wednesday, April 29

:::gigi bertabur bagaikan guli:::

dulu, masa aku still berhingus dan sering disikat rambut oleh mama, aku suka main kejar-kejar dan menyelit-nyelit di kalangan orang ramai kerana itu sangat menyeronokkan. Perangai ni terbawak2 sampai ke aku melangkah ke alam persekolahan tengah, yakni sekolah menengah... hoho

aku ada kawan, dia pun sangat childish, sama cam aku... hahak, ni kisah time kitorg baru form 2 kowt, i can't remember the exact time of occurrence... hell yeah, kitorang sangat suka berlari-lari, nak gi kelas, balik kelas, even nak masuk surau pun kitorang berkejar... sangat aktif...

ada satu malam ni, aku consider sebagai malam malang bagi aku...

kitorang as usual, berkejar2 lepas balik prep [kelas persediaan malam, back then kat mrsm mersing]... sampai kat koridor surau, ada ramai sangat orang, dan aku paling tak suka keadaan macam ni; orang ramai kat depan n jalan bagaikan ratu elizabeth yang pakai stiletto 8 inchi sambil melambai orang2 kat tepi dengan kadar 1 langkah per minit bagi setiap lambaian, n the worse thing is, aku terpaksa ikut pace yang sama macam diorang... it is totally a mental distraction for me...

aku pun apa lagi, menyelit-nyelit celah diorang, kawan aku pun sama, lepas dah berjaya mengharungi diorang yg aku consider berbau rancid, aku dengar kritikan kurang membina dari kelompok, should i say lembab tadi?, "weyh, korang laju-laju ni nak g mana? rilek ar, macam lar ada tenuk ghairah yang nak sondol korang sekarang..."

i was like, wutever guys!, ada aku kesah??... yang penting aku perlu lari dari distraction yang korang wujudkan, tu je yang aku tahu... tetiba nak dijadikan cerita, kawan aku geletek aku n lari, so aku pun kejar dia...

n i was like cepat kejar dia!!, tak kira, nak balas dendam balik... i mean, nak geletek dia balik... so aku pun kejar dia, sampai dekat ngan entrance surau, i didn't notice at all lantai masa tu sangat slippery, kawan aku sedar n he was like, perlahankan kelajuan kowt, aku plak makin laju sebab nak balas dendam punya pasal, sehinggalah...

right before entering pintu entrance surau, there was i, trampled [tersembam] with my face on the floor, apa yang aku ingat, mulut aku tercalar sikit, kepala ala-ala dizzy, and i can see stars menari-nari atas kepala... n the worse thing is, aku rasa gigi aku macam retak, [sampai sekarang masih retak]... kat tepi koridor tu aku nampak serpihan gigi aku... aku tak taw nak buat apa, aku terus baring meniarap macam tu selama lebih kurang 6 saat, sebab nak fikir apa yang patut aku buat...

the guys yang tadi kasik kritikan kurang membina datang, bukan berhasrat nak tolong, tapi lantas berkata "hah padan muka kau, tu lah kalau asik nak main jek... kan dah tergolek! Ha ha ha"

aku senyap menyepi, tak taw nak kata apa... malu tok sah cakap... rasa macam nak teleport ke bilik sekarang kalau boleh, orang dalam surau dah start terjengah-jengah, wondering apa yang terjadik kat aku... i'm fine guys, don't bother, just that my tooth's broken, n i can hardly smile for now... :p

sejak tu, aku dah tak berani nak berlari-lari dan berkejar-kejar tak tentu hala...sampaikan acara sukan sekolah macam lari 100 meter serta lari berganti-ganti pun aku fobia untuk sertai [padahal tak layak pun].... muahahaha~

Vomiting Words For The Very First Time.

Saat pertama melakukan tugas mencabar jiwa raga ini, aku sangat hesitate; adakah apa yang aku lakukan ini berbaloi atau sekadar membuang masa yang amat crucial bagi aku? tapi bagi aku, pedulik hape aku! life is about choice. kalau kita cuba setiap option yang available, kita akan dapat sesuatu yang God knows better.

aku baru beli sesuatu yang risky tadi; adakah ia worthed? atau sekadar tricky scheme yang biasanya mengaburi mata-mata orang yang macam aku ni. Biasalah, semua orang akan terbeliak bijik mata kalau orang tawarkan duit depan mata, free atau percuma kata orang. Atau dengan kata lain, tawarkan duit tanpa kita keluarkan apa-apa pun.

Tapi, dalam kes berambiguiti aku ni, aku kena bayar sikit untuk dapat faedah yang dijanjikan. Ia suatu situasi yang lain. Aku mungkin akan mengalami depresi kalau aku tak dapat faedah yang telah dijanjikan tu, macam itik yang kena sasau apabila kita tak bagi dia air oren, atau lagi teruk macam capibaras yang kena jahit dubur sebelum diberi makanan. Sial lah.

Apa-apa pun, aku just nak bagitaw, so that u would know, ni sebenarnya adalah blog kedua aku. Blog pertama aku adalah http://epul-eipul.blog.friendster.com/.
Kalau korang nak baca previous entry yang aku penah buat before this, semuanya ada kat blog tu... kalau rajin, komen ar sekali... :)

Kolam Ikan Encik Eipul