My Tomey-Lotey Followers

Tuesday, July 28

Tutup Kedai.

Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada haiwan-haiwan yang terlibat dalam menjayakan penyebaran virus dibenci ramai, H1N1. Kerana haiwan-haiwan yang sangat berjasa ini, kami, warga pelajar-pelajar UPM terpaksa pulang ke rumah serta-merta pada esok hari dan melangut sambil menangkap ikan gapi di sungai-sungai yang berhampiran di lingkungan kawasan kampung halaman.

Oleh kerana itu, blog saya terpaksa diisytihar tutup kedai dalam masa seminggu, jika saya diberikan hidayah untuk membuka post-post baru semasa cuti ini, ia satu rahmat yang tak ternilai bagi diri saya. Tapi, ini sangat melecehkan lah. Saya terpaksa terpening dan menarik-narik rambut untuk memikirkan bagaimana ingin balik ke pangkuan keluarga kerana ayah saya bekerja pada esok hari dan tidak dapat mengambil saya di sini. Lebih buruk lagi, abang saya tiada di Sungai Besi kerana sedang bercuti di rumah emak dan ayah saya. Nampaknya, saya tiada pilihan lain selain berhimpit mencium ketiak-ketiak pendatang asing dalam kereta api untuk ke Seremban pada esok hari. Segala kesulitan yang akan saya hadapi adalah tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Saya hanya mampu berdoa agar pada esok hari, tidak akan berlaku kesesakan lalu lintas semasa ingin masuk ke dalam kereta api itu.

Kepada haiwan-haiwan yang comel dan berwarna pink itu, terima kasih kepada hingus anda[sori Iekah, pinjam ayat ko kejap]. Hingus anda sangat menyusahkan hidup saya selama ini. Diberitahu bahawa terdapat 400 orang yang demam pening-pening dan pengsan di sini bukan disebabkan strok tetapi disebabkan virus yang anda sebarkan itu. Terima kasih yang tidak terhingga.[berapa ribu kali entah aku nak cakap terima kasih]

Oh, tidak lupa juga, saya ingin menambah di sini, lecturer saya telah memberitahu kami tadi, WHO (World Health Organization) mendapati bahawa virus H1N1 ini akan terus membelenggu kami sehingga 2 tahun berikut dan dijangka, 1 daripada 4 penduduk bumi akan dijangkiti wabak ini. Bayangkan 1 daripada 4 populasi bumi, banyak tu!

Dahlah, saya nak buang hingus sekejap. Tak selesa lah. Oh, bubbye semua. Saya bakal merindui blog ini dan kamu-kamu semua yang comel. Tapi bukan kamu yang berwarna pink ok. LOL.

Feeling2 jadi Budi sekejap. Korang tgk ke Blogger Boy?

Korang pernah tengok kan Blogger Boy? Tak? Cerita dia pasal ada sorang blogger ni, nama Budi, dia lukis komik pasal hidup dia, then publish dalam blog. Paham? LOL. So, aku tetiba feeling2 jadik Budi lah sekejap. Ampunkan aku kalau aku terlalu mengada.

[klik imej untuk tumbesaran hakiki yang lebih bermakna]
Ni cerita hari Ahad lepas sebenarnya. Masa aku tgh kerja. Tetiba aku menggatal mahu lukis-lukis. Tak cukup ngan lukis-lukis, aku siap warnakan lagi guna Photoshop. Hahaha.

Korang dapat tak cerita yang aku cuba sampaikan dalam komik strip ni? Sebenarnya aku nak cerita pasal budak-budak ni yang sangat lah kelakar.

30+30+30=60?

Kau bangang ke aku yang tongong? Nasib baik takde customer lain kat belakang. Kalau tak, hilang lah macho korang. Atoiyai!

Budak-budak ni agaknye terlalu pening kot belajar math dalam BI masa SPM dulu. Aku maafkan mereka. K lah, aku malas nak type pepanjang, tak mandi lagi ni. Hahahaha. Bubbye.

Monday, July 27

Tgh kelas ni, aku update jugak. Bia botul ko jang! Haih!

Lecturer aku terangkan pasal buat kek tadi. Tetiba ada satu ayat dia betul2 buat mulut aku nganga luas-luas masuk lalat hijau. Nak tahu apa?

"Kalau tidak, nescaya kek kamu bakal BANTAT."

Pfffffttttt!!!

tersembur air liur aku kena tudung budak depan ni.[sori Afra] Siyesli aku terfikir benda nasty tadi. Ampunkan aku Tuhan.

----> it's like first time aku dengar perkataan ni. BANTAT. dan itupun telah membuatkan aku gelak-gelak dalam hati sambil keluar air mata. Wahaha

Saturday, July 25

Oi oi, happy terlebih sehingga senyum sendiri masa tgh minum Nescafe.

Kalo aku bagitau, korang jangan lah anggap aku si jakun ataupun si batak yang hek-eleh-benda-kecik-macam-ni-pun-nak-kecoh-masuk-blog. Kamon lah guys! Please have some mercy ok?

Korang-korang, behold...

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Aku dah ada lesen lah!!! Hepi sangat ni. Boleh merempit sana-sini tampa menggigil lutut bila lalu road block lagi! Oh oh. Ok, korang boleh lah mengumpat aku sekarang. Aku rela. Mesti Kak Munah dalam hati cakap, "Lesen L? Kalo lesen P aku tak heran lah kau nak kecoh biar satu dunia tahu..."



isk isk, at least lesen kan kak?
wtf~

Friday, July 24

Bila dapur mula berasap, silalah hubungi 999 atau berlari ke Bomba terdekat.

Petang semalam, acara shoping barang dapur berlaku, aku dengan Bacit segera pergi Carrefour Alamanda. Beli macam-macam, dari se-simple perencah nasik goreng sampailah yang se-kompleks kaki ayam.
Kitorang bukan takdek duit nak beli peha ayam lah. Cuma perangai tahi staff Carrefour nama Herman tu saje yang buat kitorang malas nak beli.
Sial punya dubuk! Kalau nak kerja buat lah cara nak kerja. Ni tak, selain jawab nak tak nak saje bila kitorang tanya harga ayam, bodoh sombong pulak tu.Kitorang nak beli bahagian quarter ayam yang dah diperam dengan sauce black pepper tu, tapi tanda harga takde. So, tanya lah mamat ni, memandangkan dia kerja kat situ, jadik tukang potong ayam.

"Ayam ini berapakah harganya wahai young man?" tanya kami dengan penuh sopan.

"Tengoklah sendiri. Tanda harga ada kat situ lah." dia jawab dengan lobang idung terangkat sampai nak terkeluar tahi.

"Tak ada dekat sini lah. Sebab tu kitorang tanya." Bacit cakap.

Lepas tu dia buat muka dubuk lemah syahwat, datang kat kitorang dan konon nak tunjuk ada harga kat situ. Alih-alih memang takde. Malulah siamang kurap ni sudah tentu. Tapi still buat muka ego, tercarik-carik tanda harga ayam tu. Memang simply bodo terangkat lah mamat ni. Kalau tanda harga ada, takde lah kitorang tanya, bebal! Panas betul lah ngan mamat ni tao. Sebab dia punya perangai hauk macam ni, kitorang terus lari pergi tempat lain.
Nampak pedal dengan kaki ayam, terus sambarlah. Dah takde hati nak cari bahagian ayam lain yang lebih sedap kalau macam ni sikap dubuk tu. Huhu.
Lepas dah siap shoping barang lain, kitorang pun balik lah nak buat apa lama-lama kat Alamanda kan?

____________________________________________________________________
Visual di bawah adalah untuk tontonan blogger-blogger yang telah baligh sahaja. Sebarang insiden susulan melibatkan blogger bawah paras umur ditetapkan adalah di luar kawalan kami. Sekian.
____________________________________________________________________

Menu Malam Ini: Tom Yam Kaki Ayam Masam-masam Ala-ala Mempelam.

Barang basah yang dah dipotong rapi; kaki ayam, cili padi, bawang, tomato, serai, and limau nipis.

Lepas tumisan dah dicurah dengan air. Mak Ngah, betul kan procedure ini?

Kaki ayam, take note, bukan kaki biawak ye, telah dimasukkan ke dalam rendaman tom yam.

Nasi kangkang yang telah masak ranum, sedia untuk dikunyah dalam masa terdekat.

Bacit cuba memasukkan ramuan rahsia ke dalam rendaman tom yam. Aku berdoa sungguh-sunguh agar ramuan rahsia itu bukan berupa tahi hidung ataupun peluh.

Stok barang dapur kitorang yang baru diupdate. Oh terharunya tengok shelf ini penuh ye.

Hidangan telah siap. Sila cuba dapatkan aroma sedap ini ye. Boleh cuba sniff2 celah speaker laptop lah. Mana tahu ada bau keluar.

Masterpiece kami. Oh kaki ayam itu sangat tak cantik lah. Lupa nak hantar buat pedicure dulu sebelum masak.


Muka kanak-kanak riang yang berkobar-kobar mahu makan.



Sekian. Setelah sekian lama tak main pondok-pondok. Jom lah join ramai-ramai main pondok-pondok kalau mahu. Hari berikutnya, hari Sabtu ini, bersamaan 25 Rejab. Kak Maimon tunggu apa lagi? Tandalah cepat dekat kalendar tu. Itupun nak kena suruh jugak ke? Hoho.

Thursday, July 23

Sumpah Aku Keluar Hingus Dengar Dia Nyanyi Lagu Halo

Aku bukak youtube tadi. Aku saja nak dengar Beyonce nyanyi live saje. Tetiba aku come across dengan Karina, eh bukan Karina Kapoor lah, malam sikit, ni Karina non-Bollywood ok. Aku macam apahal minah ni sebok2 nyanyi lagu akak favorite aku kan? Aku pun nak dengar lah, dalam hati dah sedia nak kutuk dia dan still adore Beyonce masih adalah diva paling hebat. Ko tahu, aku dengar first verse dia hingus aku dah keluar leleh2. Siyesli sangat best doe. OMG suara dia sangat sedap macam biskut coklat. Hahaha. Nak nengot sendiri boleh pergi tgk kat link ni.

Wednesday, July 22

Tiba-tiba Aku Jadi Big Boss. Percaya ke?

Tak de pape pun. Semalam aku kena suruh interview orang. Feeling2 big boss lah aku sekejap. Heheh. Aku yang macam budak-budak ni nak interview orang? Dapat pulak interviewee adalah terdiri daripada junior-junior yang senior[maksud aku junior yang tua kedut-kedut lebih dari aku lah] .Tengah malam sikit lah kot. Tapi nak buat macam mana. Orang high authority yang suruh, so kita pun layan saje. Lalala.

Apa kes? Semua perempuan saje yang datang interview. Mana lelaki doe? Macam mana aku nak buat majalah kalau semua perempuan saje. Takde geng lah nanti. Ni kes sangat teruk, lagi teruk dari tahun lepas ar. Lepas tu, semua yang aku interview macam nak tak nak saje join. Adus, nasib baik aku tak terima jadi Ketua Editor. Takde lah aku kena pening fikir macam mana nak settle semua ni. Apa-apa pun, aku enjoy kasik soalan- soalan berformat Nas Ahmad kat diorang contohnya, 'Kau ada berapa ekor kucing di rumah?' , atau lagi mencabar soalan aku kasik adalah, 'Jika kau diterima oleh kami, dapat kah kau lupakan suami di rumah dan letakkan priority pada kerja?'. Hebat kan?

Kau tahu, semalam junior berkejar mintak sign kat semua senior, entah nak buat apa aku pun tak tahu. Jangan nak mandrem kami-kami sudahlah weh. Bila diorang datang kat aku nak mintak sign, aku cakap lah aku junior. Masing-masing blur dan percaya. Ada yang cerdik sikit, dapat detect lah aku ni senior. Selain kasik alasan aku junior, aku jugak cakap aku dari kolej lain. Nampak tak kat sini aku sangatlah jahat? Sampai ada yang menitis berjurai air mata sebab terharu yang aku akhirnya nak sign jugak kertas-kertas diorang. Adoi! Aku dulu tak buat pun benda-benda merepek ni. Kenapa kau semua terpaksa buat pulak? Dunia sekarang ni sangat pelik lah.

Tuesday, July 21

Macam takde peluang sembuh saje.

Aku pergi ke klinik semalam. Ingatkan doktor tu nak mintak maap kasik ubat yang telah sebabkan aku mengalami kegatalan ni. Rupanya tak. Makin ditonyoh kepala aku adalah. Betul! Dia tonyoh dahi aku masa dia nak check tekak aku merah or tak. Boleh? Tak, kalau ye pun, tak perlu lah nak tonyoh kepala aku, aku manusia doh, bukannya bahan eksperimentasi kamu. Bukan nak racist wutsoever, tapi kalau dr. cina memang macam ni lah pesen nya. Tak ada adab sopan langsung.

Selain dari tgk ruam-ruam pada badan aku guna kanta pembesar, doktor ni macam tak tahu nak kasik aku ubat apa. Aku risau ni. Macam mana kau boleh jadik doktor? Huhu.

Makin aku sedih, lepas aku dah sapu ubat pada badan, badan aku makin gatal lah. Aku cuba tak nak garu sebab maybe ini reaction awal lepas apply ubat tu pada kulit, tapi kegatalan ni memang tak terbendung. Aku garu sikit saje, hanya nak buat syarat. Malangnya makin gatal, lalu merebak ke tempat lain. Last-last satu badan gatal.

Aku tahu, kuasa penyembuhan terletak pada tangan Tuhan, so, even doktor yang terbaik kasik aku ubat sekalipun, the rest of the healing power will come from the Almighty. Itu aku akur. Jadi, sekarang aku hanya mampu berdoa. Sebab aku memang dah tak tahan ni. Badan asek gatal-gatal saje. Siapa mahu kalau tengah jalan-jalan kat KL tiba-tiba tergaru-garu macam monyet sarkas sambil tepuk-tepuk tangan atas kepala? Kamu mahu?

_____________________________________________________________

Semalam memang aku hangit. Kau tak tanya aku pun pasal poster kan? Tiba-tiba saja aku nampak poster yang kau dah buat tergantung-gantung kat koridor tu. Dah lah tak cantik! [wah jahat gila aku!] Tak delah, at least, inform aku awal-awal doh, tak payah lah aku buat poster penat-penat kalau aku tahu kau dah buat sengal! Ni tak, membazir masa aku saja. Nak kena debik dengan aku ke kau ni?

Monday, July 20

Award lagik. LOL


2) nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini
- aien? dia sangat cun oh! [sila jangan kembang ea]
- dia nak amek SPM tahun ni. Good luck lah ye.
- umur 17 tahun. [op coz lah kan. SPM tahun ni pulak kan]
- happy go lucky [obviously amek kat profile dia]
- atoyai, aku tak taw nak tulis fakta menarik apa lagi pasal kamu lah. tak kenal sangat oh. Haha.

3) setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri
- aku suka tgk wyg, shoping, jalan-jalan, tgk wonderpets, baca majalah, termenung, kacau orang, design apa-apa saje, online, chatting, dan last tido. Hahha

4) anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka
bukan takat 10, aku nak kasik kat semua followers aku yang comel-comel belaka, optional guys. Kalau nak, amek saje, kalo tidak mahu, jangan amek tao. Hehe

Sunday, July 19

Badan Bintat-bintat Lagi Mau Jalan Ka?

1. Cebisan Big Apple tadi. [ok, aku tipu. Tu gambar cebisan nasik lauk sardin semalam]
2. Tiket wayang Mati Suri. Aku promise takkan tgk cerita Indon yang tak femes lagi dah lepas ni.
3. Gula-gula Halls aku beli kat 7e tadi. Nak? Datang ar bilik.
4. Tiket bot tongkang masuk Mines. Oh tiket pun berlumut. Tak tahu nak kata apa lagi.

[tangan aku yang dah rupa macam kodok kena chicken pox. bintat sana-sini]

Tadi aku g jalan-jalan sama Nene dekat Mines. Dekat saja, naik satu bas Rapid dah sampai.
Tapi bagi Nene jauh lah; naik komuter turun naik berkepit himpit dengan orang ramai dlm kenderaan semput tu dekat sejam lebih. Sorry lah Nene.
Aku tak tahu lah nak jalan mana lagi. Huhu.
Sebenarnya sakit aku belum reda tapi makin bertambah lah pulak. Selain demam dan batuk keluar hingus hijau, aku bertuah sebab dapat inflamation pada kulit. Menangis tahu!
Aku tak plan pun nak jalan-jalan hari ni. Aku baru bagitahu kat office aku gatal-gatal, badan bengkak-bengkak macam kena gigit dengan semut api. Oh pedih lah.
Seksa tahu. Malam semalam tak boleh tidur tahu. Aku siap mimpi seram tahu. Sumpah annoying banyak sangat tahu ni lah!

Aku mimpi aku sesat lepas camping dengan siapa aku pun tak tahu, aku sampai dekat satu kolam lumpur yang deserted.
Yang amazing nya, aku siap pasang khemah betul-betul tepi kolam lumpur ni. Orang yang camping sama dengan aku ni tiba-tiba suruh aku bakar ikan,
so aku pun ambik lah ikan dalam freezer tu [aku sangat pelik tepi khemah aku tiba-tiba ada freezer, maveles bukan?]
tengah nak pilih ikan yang bentuk macam kapak tu, [siyes bentuk ikan ni macam kapak dalam mimpi aku. Aku tak tipu oh]
ada lintah besar van sekolah keluar dari kolam lumpur tu! Menjerit lah aku Bedah! Kau gila aku tak cuak?
Kalau kena nyonyot dengan lintah tu mahu aku kering macam biskut merry. Habislah darah aku!
Eh, dah lah. Mimpi aku ni panjang lagi, penat nak cerita.

Sebenarnya aku nak cerita aku tidur tak lena, despite of having nightmare tadi, aku tak boleh tidur sebab aku punya tendency menggaru badan sangat kuat lah.
Sumpah gatal badan aku semalam. Aku garu sekali tak cukup tau. Sampai subuh aku garu-garu. Siyes aku tak puas hati.
Kenapa ni? Tiba-tiba dapat inflamation kat kulit ni. Tu yang aku tak jadik pergi kerja tadi.

Kisahnya, lepas aje aku confirm dengan Boss aku tak dapat datang kerja, Nene mesej aku tanya aku sihat ke tidak.
So, aku pun cakap lah aku tak sihat sangat. Then dia pun macam nvm[nevermind] lah, next time saje kuar jalan-jalan. Aku fikir sekejap. Pedulikan lah sakit. Demi jalan-jalan, aku pun terus offer Nene untuk jalan-jalan juga.
Nampak tak kat sini aku adalah seorang kaki jalan tegar?

Masa tu macam dah pukul 10 lebih, n then Nene kata nak gerak kul 11. Aku pun tangkas lah bersiap.
Lepas tu aku ada hal sikit nak settle tadi, aku macam sangat-sangat tak sempat nak mesej kawan-kawan aku yang lain.
Sumpah tak sempat doh Emy, Alan, Azpo, semua besties aku yang lain. Aku ingat Nene dah mesej korang-korang semua, ajak jalan-jalan.
Aku memang mintak maap pada korang semua, bukan tak mahu ajak doh. Memang siyesli aku tak sempat mesej memandangkan plan jalan-jalan ni sangat lah ad hoc.
So, di kesempatan ni, aku susun semua jari kaki beserta jari kaki rusa nani, mintak ampun dari ujung umbisi sampai ujung kaki jiran sebelah rumah ni, wahai korang-korang,
aku tak berniat tak ajak korang. Dan one more thing, u guys ajak aku keluar esok kan? Aku tak cuti ar korang-korang, that's why lah aku bagitahu awal-awal hari tu aku tak dapat join.
I'm sorry ok guys. =)

So, back to the future, oh silap, back to the moral of the story,
aku keluar jalan-jalan sama Nene. First, kitorang naik bot berlumut itu untuk gerak masuk ke dalam Mines. Saja-saja mengada, bukan tak boleh jalan kaki tapi malas lah,
takut ketiak berpeluh sebelum sempat masuk Mines nanti sebab jalan jauh-jauh bawah sunbeam. Sewel Nene, buat lawak pulak muka budak kecik tu lagi teruk dari inflamation kulit aku.
Arghh, these bintat-bintat is killing me like crazy! gatal lah! Tak selesa aku nak taip. Huahua.

Anyways, lepas dah took off dari bot tongkang tu, kitorang macam hurrily pergi tgk tiket wayang. Semangat sangat ni nak tengok wayang. Nak tengok Harry Potter kononnya.
Malang nya brother TGV ni kata tiket tinggal front seat saje. Gigit jarilah kitorang dua. Nak tgk cerita apa pulak ni? Takkan nak tengok Skrip 7707 pulak? Oh oh, malam sikit lah.
Aku hilang percaya sudah pada cerita Malaysia. Sorry to say. Tengok trailer saja dah buat aku terlopong tak tahu nak kata apa. Cerita seram tapi tak nampak seram langsung.
Sejak aku menyesal sangat-sangat guling-guling sambil menangis lepas tengok cerita Sayang You Can Dance, cerita Malaysia macam dah tak terpahat dalam hati ni lagi.
Call me un-patriot, but don't blame me though. It's their fault for making such an un-interesting film. So tak jadi tgk wayang, aku ajak Nene makan-makan dulu. Kitorang makan nasik ayam cendawan tadi.
Fuhh! Sedap oh. Nene, sedap kan? Huhu. Lepas dah kenyang, kitorang pergi karaoke kat atas. Karaoke 2 orang saje, satu jam kena bayar RM15. Mahal jugak lah.
Sound system dia pun tak setanding Red Box. Aku yang ajak Nene karaoke, tapi dia yang menyanyi lebih-lebih.
Tak macam semua lagu single aku dia buat macam lagu duet, nak nyanyi sama-sama segala. Takpelah, janji ko hepi Nene. Lepas dah letih melalak walaupun aku tgh sakit tekak,
kitorang turun, Nene pergi sembahyang. Later aku tak tahu nak buat apa lagi. Macam baru pukul 3 lebih and kitorang dah takdek benda nak buat lagi kat sini.
Nak tgk Harry Potter tiket fully booked, last-last kitorang pergi tgk wayang jugak lepas letih window shopping sana-sini. Cerita Mati Suri. Huhu. Sangatlah bosan cerita dia.
Boleh tak hantu-hantu semua keluar masa last-last? Orang dah nak angkat pinggul keluar wayang, baru lah segala syaitan hantu jembalang nak menjelma takut-takutkan kitorang.
Sumpah aku terkejut masa hantu pocong merah tu keluar last-last. Nene, ko dengar kan aku jerit tadi? First time aku terjerit lolong-lolong kuat dalam wayang ok. Sangat buruk muka hantu tu. Takut oh!

Ok, lupa pulak, sebelum pergi tgk wayang dan window shopping, kitorang sempat makan Big Apple tadi. Oh sedap lah. Nak lagi boleh tak?
Last word, kitorang tak sempat nak ambik gambar gedik sebab bas aku dah sampai. Nene pun macam dah tak sabar-sabar nak balik. Ok lah. Next time aku cerita-cerita lagi ye.
Aku nak kemas bilik yang dah berupa tongkang pecah ni. Tak tahan lah serabut-serabut ni. Pening kepala.

To Nene, thanx sebab ajak aku keluar jalan-jalan hari ni. It was like the best keluar-jalan-jalan bagi aku, sebab kita tak dapat tgk Harry Potter & The Half Blood Prince tadi. Haha. Just kidding lah. See, told ya, I typed the whole day into my blog. LOL. Lain kali jalan-jalan sama lagi ye. =)

Friday, July 17

brOwn-gUn kasik aku award dowh.


Dia suruh Aku describe blog dia dalam 5 perkataan. Nah;
1) kelakar aka funny
2) ayat-tak-bleh-blah [please kata ini satu perkataan weh]
3) menarik
4) sewel [membawa maksud gila-gila lah]
5) berperikehaiwanan [dia ada cerita pasal brother mod dia - kucing rupanya!]

Ok tak? Aku taktaw nak describe blog ko camne ar bro. Haha. K, gua mengundur dulu. TQVM bro kasik ini award kat aku.

Hari Khamis - hari settlekan lesen dan sakit pinggang.

Aku bangun pagi dengan sickness yang sangat annoying. Kau tahu tak? Tekak aku rasa sempit. Susah nak bernafas. Ditambah lagi dengan kepala berdenyut2 like crazy, aku rasa macam nak pengsan. Demi untuk cepat-cepat dapat lesen, aku kuatkan pinggul dan buku lali untuk bangun mandi. Disebabkan masa sungguh cepat lalu-lalu, aku tak sanggup nak tunggu bas, takut kena tinggal dengan auntie kening lebat. So, aku mintak Bacit tolong hantarkan aku g Petronas depan K10, aku tunggu kat sana saje lah. Itu lebih baik kot.

Kelas lesen hari ni sangat boring lah.
1) aku kena dengar ceramah 3 jam cara betul nak bawak motor
2) praktikal bawak motor-buruk-nak-pecah-dan-hampir-langgar-divider-stereng-sangat-ketat

Dahlah nak start moto macam susah gile pulak. Aku dah 4 5 kali tendang, tak idup-idup. Lepas tu si jurulatih rongak gigi depan tu kunon nak tunjuk yang dia hebat giler dan nak prove kat mereka-mereka yang aku ni budak bangang tak reti nak start moto, dia tendang sekali dah start. Hey, kau dah berapa lama handle moto buruk tu? Aku baru hari ni try nak start kan, so aku tak delah tak reti nak idupkan moto langsung kot. Brengset lo gelak-gelak pulak!

Bawak dalam litar sempit yang disaster tu lagi lah. Stereng motor buruk tu sangatlah ketat, suwey betul! Masa first aku bawak rasa nak langgar divider 8 tu saje. Sial! Aku bawak dalam 5 kali pusing, aku stop. Panas lah. Ko nak dera aku ke bawak benda ni pusing-pusing litar sampai seratus kali? Huhu. Pukul 5 aku sign out, auntie kening dah bersedia nak bawak kitorang balik. She told me my license will be ready in a week. OMG. Tak sangka dah boleh bawak moto tak payah risau bila ada roadblock nanti. Lalala.

Aku rasa lelah aku still on
lah sebab aku nak bernafas pun susah, macam tgh suffocate dek asap shisha strawberry. So aku pun pergi Pusat Kesihatan UPM, aku pergi jumpa doktor. Aku bagitau dia aku lelah. Sambil-sambil tu kepala aku pening macam demam. Tekak aku pulak macam tgh bengkak kena gigit lipan. Apasal gelak-gelak nurse? Nak kena cubit?

Nasib suhu aku 37.7

Kalau 38.9? Matilah aku kena kuarantin dalam bilik gelap, tak kasik makan, tak dapat update blog. Huhu. So, disebabkan aku lelah, diorang kasik aku this kind of gas, yang aku sedut boleh kembangkan sikit tekak aku ni. Nebulizer kalau tak silap aku nama alat tu. Pastu aku pergi farmasi kutip ubat, then terus gi beli makanan kat food court. Lapar oh! Aku beli nasik ayam hainan. My favorite. Makan-makan. Telan ubat. Aku terus pengsan. Tak tahan. Kepala pusing. Tekak suffocate. Idung berair. Pinggang sakit. Bangun-bangun jek dah pukul 10 lebih. Banyak giler keje tak settle lagi ni. Baju tak basuh lagi, dah menimbun macam nasik tambah pulak. Hal-hal PENDEKAR pun belum siap lagi. T shirt, pamplet, poster, tag. OMG. Can somebody help me? I'm exhausted with these things. Doraemon? Boleh boleh. Kau ada contact number dia?

[nurse kasik aku topeng ni. Amacam? macam autobots tak aku?]


Wednesday, July 15

Sekolah aku sangat lawa lah sekarang. Dulu tak macam ni pun.


Bangga dowh tgk sekolah dah jadik lawa macam ni. Dulu tempat ni sangat lah deserted. So, Alan, bila kita nak gerak pergi pekan koboi Mersing dan melutut depan padang sekolah? Sijil SPM bila nak kutip weh?
Wehoo!!!





_____________________________________________

Hye semua. Ni pulak kes lain. Aku bengang giler semalam dan kelmarin.
Kalau aku tak susah, aku tak hadap lah nak mintak tolong pada kamu.
Masalahnye aku tengah susah.
Ingatkan, konsep kawan adalah masa senang bersama berenang,
masa susah bersama kutip kepah,
tapi malangnya kawan sekarang ni konsep kendiri dia dah lain.
Aku tak berniat nak ungkit. Tapi aku ok je kalau bab tolong menolong ni.
Aku tak berapa nak setuju pada kamu saja lah.
Prinsip yang aku nampak kamu pegang adalah;
Masa senang bersama makan lemang,
masa susah kau urus sendiri lah Besah!

Boleh?
Apa2 lah. Aku rasa macam diri tercabul pula.
Yelah, terasa diri ni macam sampah saje.
Takpe lah, aku suka dengan lagu Justin Timber-tasik.
"What goes around comes around"
Aku tak marah kau lah. Aku cuma terasa.
Tak main lah berdendam lama-lama.
Cuma aku terpaksa fikir 5 7 kali lah lepas ni.
Sebab persepsi aku dah berubah lah.
Once berubah, sukar lah mahu pulih macam dulu.
Ok tak Cik Maimon? [tetiber]

Takpelah.
Aku pasti ada hikmah di sebalik.
Aku tahu kau tak dapat tolong ada sebab.
Tapi lebih elok lah kalau berterus terang saje.
Kan aku dah tanya elok2. Kenapa tak mahu jawab dengan jujur.
Yang aku sangat terasa adalah kau punya ayat last. Sedih giler.
Tak boleh macam dulu lagi lah aku rasa.
Sebab aku dah tak selesa.
Terima kasih. Harap faham.

=)

Monday, July 13

Ada Hantu Cina Menari Malam Semalam

Pagi Ahad aku berbunyi begini semalam; Arakian terbangunlah Eipul dari keberaduannya seawal pagi buta, yakni 2.30 pagi hendaknya.

Boleh masuk buku komsas tak kawan-kawan? Huhu. Wuish, pagi sangat ni. Kalau ayah aku tahu, mesti dia ajak aku semayang tahajjud. Walaupun mata aku pedih sebab kekurangan oksigen, aku tetap gigih main game. Chocolatier. Pernah dengar? Alah, Yahoo! game tu lah. Best wo! Sekarang duit company aku dah cecah $6 juta lebih. Kalau lah duit tu masuk akaun CIMB aku, kan best.
Sedar-sedar dah pukul 6 pagi. Lepas cuci muka, angkat wuduk pulak, then solat. Hari ni aku ada test komputer JPJ, pukul 8 dah kena ada kat tempat amek lesen, jika tidak, aku bakal digigit auntie kening lebat ranum itu. Masa aku mandi, aku menggigil macam handphone vibrate saje. Owh, sejuk sangat lah. Tak tahan. Malas cerita acara aku bersiap semua, takut korang menguap 8 kali sambil sedia nak baling aku dengan selipar jamban pula nanti. Cukuplah aku cakap yang aku orang pertama yang sampai kat kedai lesen tu. Risau jugak ni. Entah2 kening tu buat hal ke, tak jadik buat hari ni, oh itu kes naya lah! Syukurlah cikgu lesen tu datang jugak. Aku amek test tu lebih kurang pukul 8.45 am lah. Aku siap jawab dalam 15 menet.
Markah aku 45/50. Dia kata aku lulus. LULUS weh! Oh bahagianya. Kau tak tahu sebelum tu aku senyap macam koala, aku tak cakap dengan sesiapa pun. Even dengan makcik lesen tu. Aku tengah takut memang aku macam ni. Aku risau konsentrasi aku hilang. Aku baca buku soalan tu saje sampai mata aku nak terjojol keluar.
Sangat hebat dan kool lah!


Itu saje kot pasal test JPJ, selain dari makcik lesen annoying tu kata aku boleh buat bengkel Khamis nanti. Khamis? Lambat gler weh! Aku kalau boleh nak semua ni settle cecepat. Demm.
Ah lagu Flobots ni memang buat jiwa aku tenang lah. Pernah dengar Handlebars? OMG. Best lah lagu tu. [maafkan selingan tak bermoral ni]

Aku balik bilik, dah siap masak2 makan2 semua, aku sambung main Chocolatier. Haha. Pukul 5 lebih, Hasrol mesej. Haah lah! Aku almost lupa pasal malam ni.
MTB (Malam Tunas Budaya) ; program UPM untuk budak-budak baru masuk. Kali ni berbentuk persembahan nyanyian, tarian, live band. Hebat? Aku setuju.
Jadi, aku pergi dewan besar bersama dengan diorang semua. Cik Hajar, perempuan senget itu hampir digilis kereta akibat tindakan merepek dia lintas jalan macam ayam. Kau belajar peraturan 12 saat ke tak Cik Hajar? [ecece, mentang2 aku baru belajar kat ceramah lesen hari tu]
Aku suka sakat dia, tak tahu kenapa. Sepanjang jalan, kitorang adalah geng havoc yang memekak tergelak terjerit tak ingat dunia, pak gad pun siap tabik kitorang 5 kali turut-turut.
Maybe dia ingat kitorang VVVIP kot. Aku kurang pasti lah pasal tu.

Bercerita pasal program ni, persembahan pembukaan dari Adimastuli [lebih kurang artis budaya lah mereka ni], oh sangat lah cemerlang.
Ya, aku jujur ni. Aku sekarang tengah tabik 6 kali turut-turut guna tangan kanan dan menaip guna tangan kiri. Sangat best oh persembahan diorang semalam. Ok, lagu Jai Ho. Pernah dengar? Diorang menari tarian melayu fusion guna lagu itu. Siap ada gendang cina macam show Bencinta Faizal Tahir itu hari.
Overall - sangat maveles! 4 thumbs up, including 2 of my ibu jari kaki.

Lepas tu, kolej kitorang punya show. Ya, kami yang pertama. Biasanya, kalau first buat show ni, masalah banyak menimpa. Yelah, mic tak kuat lah. Sound system tak jelas lah. Lighting hancur lah. Sebab yang first akan selalunya jadi bahan eksperimentasi, supaya next show akan dibuat lebih baik. Takpelah, dah nasib kan.
Umm, overall show kolej kitorang ok ok saje. Koreografi yang Abang Dafi buat memang cantik macam biasa. Aku meremang bulu roma masa perempuan tu nyanyi Ulik Mayang. Seram wo!

Aku malas nak cerita pasal show dari kolej-kolej lain. Ada yang best, ada jugak yang buat aku menguap. Sambil tu aku sempat tengok Mentor 3 guna hp. Black menang! Dah agak dah.

Oh aku lupa nak cerita. Pengadil program kitorang terdiri dari pelakon Fizz Fairuz, Fetri Yahya pengacara TV3, Meor pembaca berita TV3. Dengan Teh Syuhaidah, pengacara 999. Yang lagi sorang aku tak kenal. Orang Utusan Malaysia. Tak pasti berapa diorang kena bayar untuk datang program kitorang. Yang penting, aku nampak Fetri Yahya buat liputan pasal program kitorang ni. Masuk MHI kot. Tak pun buletin utama. Hahaha berangan.

Penat lah nak cerita panjang2 pasal MTB ni. Antara highlight menarik bagi aku adalah persembahan selingan. Lepas tarian india yang gelek-gelek pinggul kurang senonoh serta gerakan lincah wanita-wanita itu, persembahan nasyid take over. Nampak tak dekat sini sangat motif. Siapa yang susun tentatif ni? Kau gila orang dah pedih biji mata tgk tarian hindi, kau letak persembahan nasyid lepas tu. Tak sesuai lah. Kira nak topup pahala lepas menimbun dosa lah ni ea? Huhu. Kau hebat.
Persembahan dari kelab Zhong Hua pula tak ubah macam hantu cina menari-nari. Elemen seram dapat dihilangkan dengan warna-warna baju ceria yang diorang pakai. Aku tertarik dengan baju labuh yang diorang pakai. Bila diorang menari-nari, tangan diorang nampak panjang macam tangan hantu galah. Huhu. Tak lupa jugak, kelab Dikir Barat pun nak buat show. Adoih, pening aku. Yang aku tak tahan ada budak ni, tengok dikir barat tu sampai ikut exactly gaya diorang. Dari mula sampai habis persembahan tu. Ko boleh imagine tak? Gila weh! Psychotic hypnotic betul! Hasrol cakap memang ada orang macam tu. Dia macam terlalu taksub dengan dikir barat lah kiranya.
I'm like, wtf? Please lah kau! Tak de benda lain ke kau nak obsess? [eh, aku belum tgk lagi lah filem Obsessed yang Beyonce berlakon tu]

Result being announced, kolej kitorang tak menang apa-apa. Hebat kan? K17 menang. Nasib baik aku tak pakai baju kolej yang kuning menyala tu. At least kalau ada orang tanya, eh kolej kau menang tak? Aku boleh cakap, "ha? kolej aku? oh, kolej aku menang first place lah tadi." Boleh?
Diorang bukannya tahu pun aku kolej mana, aku pakai baju biasa saja kot semalam. Yang penting aku dah pesan awal2 kat Cik Hajar yang semangat pakai baju kolej tu, supaya kekalkan jarak 5 ekar dari kami-kami. Malu oh nak balik dengan budak-budak baju kuning. Semua muka failure saje. Takpe lah kot. Cuba lagi lah ea nanti.

K lah, aku dah penat menaip ni.

Pelik lah, aku tgk berita terkini tadi, takde pun liputan pasal MTB. Diorang olok-olok buat liputan ke apa semalam?
Huhu.

Saturday, July 11

My Blog is So COOL

[tag dari Najmie]

1. who is the awesome person who tagged you?
Najmie

2. tell us something about you..
Aku lahir kat Kuantan, but never speak Kuantan. I'm sorry.
Aku pernah duduk dekat Sabah. Kota Belut. Never heard of it? nvm.
Ayah aku pernah tempeleng aku sekali. Tu je peristiwa kena bahan dengan ayah.
Mak tak usah ditanya lah. Selalu saje kena pukul dengan dia. Nakal kot. Padan muka.
Sekarang aku further study, ambik degree Food Science and Technology kat UPM. Masuk sem yang ke-5 dah ni.
Aku minat karoke, shoping, tgk wayang, dan hang out ngan kawan2. Ada berani? Heheh.

3. what is your reason to blog?

Frankly speaking, first reason is aku nak buat bisnes sendiri. Nak jual artwork.
Nak jual t shirt yang aku dah design. Lama-lama energy blogging ni makin masyuk.
Aku addict nak type entry kisah hidup dan pengalaman aku, di samping tu, aku post jugak design2 yang aku dah buat.
Ada lah dua tiga empat lima orang tanya pasal t shirt. Nak tempah wut so ever. And that's it. Lepas tu senyap.
I was thinking, maybe I shouldn't make the whole designing thing to be colossal, thus, I ended up designing t shirt as a part of my hobby saje. LOL.

4. list and link 5 favourite post from your blog..
- [Tadi aku pegi Mid atau terjoin rancangan sensasi Amazing Race?]
- [Says Who Nerdy Can't B A Hotty?]
- [Lizard aka Cicakman]
- [*My Wishlist*]
- [TRIVIA AHAD AKU]

5. tag 5 awesome people and inform them that they have been tagged by you..
Tak tahu nak tag siapa. Haha.

Aku tgk wayang dengan Bacit semalam.

Macam biasa lah. Kalau dah takde benda nak buat, kitorang akan cuba buat sesuatu, termasuklah menghabiskan sisa-sisa duit yang ada. Rancangan asal, kitorang nak pergi gigit mic kat Greenbox Jusco, tapi dah lambat. So, option kedua, pergi Redbox Low Yatt. Aku pun call sana. Ingatkan ada student price, rupa-rupanya offer hari tu dah takde. Kalau kitorang nak jugak, kena bayar RM44++. Gigit kuku jari kaki lah kalau begitu. Mahal macam rumah mewah lah pulak kan! So, kitorang buat change of plan, pergi tgk wayang kat Mines. It's much cheaper. Aku memang betul-betul nak tgk cerita The Last House on The Left, malang nye dekat Mines tak ditayangkan. Kejam bukan? Ada 4 option cerita sahaja, sama ada nak tgk transformers, ice age, mati suri, lagi satu aku tak ingat lah cerita apa. Bacit cakap Ice Age best. So, aku pun akur walaupun a bit kecewa tak dapat tgk The Last House on The Left. Huhu.

Wayang start 6.45 pm. Jadi, kitorang pergi naik atas carik game. Aku memang dah lama nak carik The Sims 3. Dua kedai yang first kitorang masuk kata game tu dah habis, the next kedai kata dalam seminggu lagi baru sampai. Kedai keempat baru jumpa game yang aku nak. Bacit beli Silent Hill ngan Cook Mama apa jadah. Aku tak pasti lah. Yang penting game The Sims 3 tu takley main kat laptop aku. Tadi aku baru install. Sialan sungguh. Dah la Sharel beli benda yang sama. Kalau aku tahu, aku tak beli game tu. Bazir saje RM10 aku. Better aku buat top up atau beli Big Apple banyak2. Huh!

Semalam aku banyak spend masa design itu ini, masing-masing mintak tolong design poster t shirt segala jadah. Pening jugak aku. Ye lah. Bukannye senang nak design benda baru ni. Aku nak senang, aku guna aje benda-benda yang pernah aku design dulu. Jangan melatah lah kalau tetiba dapat flyers yang design nye sebijik macam event hari tu ye Kiah. I'm sorry lah. Tak puas hati? Ada aku kesah? Haha.

Esok aku ada test berkomputer lesen motor. Malas pulak aku nak bangun pagi-pagi esok. Jangan jadik macam hari tu sudah lah. Aku tak nak melutut lagi dengan mak cik kening tebal tu mintak dia tunggu aku lagi. Oh tak sanggup lah.

Eh lupa pulak nak melalut pasal Ice Age 3. Best lah jugak cerita ni. Walaupun mula-mula agak bosan. Lama-lama kelakar lah jugak. Tapi macam biasa lah, tgk dekat wayang ni terpaksa duduk bersama bunch of lunatics yang aku rasa memang mereka adalah first timer datang punggung, eh maaf, panggung. Yelah, kalau masuk wayang terjerit-jerit macam batak, orang tak gelak, kau dah gelak macam orang kena sampuk jin aprit, kau memang dapat title batak of the year lah. Mungkin boleh buat satu talk atau kelas khas untuk orang-orang macam ni, adab-adab ketika menonton wayang di panggung wayang. Mana nak dengar dialog cerita lagi, kau yang terjerit macam orang gila lagi, pandang dua tiga kali masih tak dapat nak behave. Seriously, kau memang jakun sangat. Hebat jeritan kau semua. Cuba lah buat begini lagi masa akan datang. Mana tahu, producer cerita ada tonton sama-sama, kau bolehlah terpilih dapat watak orang kurang waras dalam filem-filem murahan dia yang akan datang.

Lepas balik dari Mines, aku dan Bacit pergi dewan kolej kitorang, budak-budak junior buat show. Adoih, yang ni aku tak dek nafsu nak cerita lah. Bukan apa sangat lah Maimon, diorang punya performance, budak-budak autisme yang sekolah khas tu pun boleh buat berganda-ganda lagi best kot. Aku rasa macam nak naik bilik, tapi kawan aku suruh tunggu sampai result di announce, aku pun menurut saje lah. Boleh pulak masa pemenang diumumkan, takdek sesiapa pun yang naik nak ambik hadiah. Logik tak? Bila suruh naik atas, diorang tak mahu. Diorang ingat kumpulan lain yang menang. Sampai MC jerit dua tiga kali baru lah nak terkial-kial betulkan kain batik yang terlondeh dan naik pentas ambik hadiah. Mereka sangat entah apa-apa.

Lepas dah mengantuk dan bosan tgk show entah apa-apa, aku tgk budak-budak Bacit buat latihan untuk event esok. Best jugak lah live band diorang. And the girls yang jadik lead singer tu pun punyai suara gemersik, memang sedap lah kalau dia jadik lullaby aku setiap hari masa nak tidur. LOL.

Dah lah, hari ni tak menarik sangat kot untuk dikongsi. Aku yang bercerita pun dah naik bosan. Aku nak pergi buat tahi mata sekejap lah. Bye bye.

Thursday, July 9

Baju Malaya Bistro cantik lah!

Moshi moshi.
Semalam punya semalam aku shopping tak ingat dunia. Sampai cerek elektronik pun aku beli. Owh, dengan sebijik baju Malaya Bistro. Seratus lebih jugak lah habis. Nasib baik aku tak jadik beli beg Wild Channel yang menggoda jiwa itu. Sharel apatah lagi. Dengan multicooker segala, kau memang the best. Memang kitorang semalam berbelanja ibarat baru pindah rumah setinggan lah. Mana pergi belanjawan yang aku dah buat dulu aku pun tak tahu. Terselit celah punggung baboon barangkali. Secara tuntasnya, wallet aku dah semakin kempis. Perut aku juga. Balik bilik, aku masak-masak kejap. Lepas dah lenguh pinggul, aku baring sampailah tertido.

Aku sedar, dah pukul 8.30 am. Kecut pankreas aku. Terus lah aku call Mak Cik juling lesen memandu tu. Patutnya aku kena tunggu kat depan kedai dia pukul 8 tadi. Syukur pada Tuhan dia belum pergi Cheras lagi. Lepas dah banyak meleleh air liur merayu domba mak cik tu, dia setuju tunggu aku sekejap. Aku pun berkejar lah ke jamban, tiada masa nak berak kot. Aku terus gosok gigi, basahkan rambut, muka semua. Maaf, realitinya, aku tak mandi pagi tadi. Aku risau mak cik tu terus pergi tanpa tunggu aku kalau aku lambat sangat. Huhu. Aku kejut Bacit, mintak dia tolong hantarkan pergi kedai lesen tu. Sampai aje, mak cik tu tgh tunggu kat kereta. Ada 3 orang lagi yang lain tgh tunggu nak pergi Cheras. Malu pulak aku lambat.
[ah, ada aku kesah? haha]
Sampai kat IMKEDA apa jadah, [IMKEDA ni pusat besar latihan memandu kat Cheras ni lah, nama dia pun dah buat aku semangat nak kentut]
mak cik juling kening lebat ni pun daftarkan aku punya nama untuk ceramah. Aku isi borang, dah siap semua aku terus masuk dalam bilik ceramah dia. Lama jugak lah aku tunggu kat dalam tu. Penceramah dia lambat datang. Tapi macam kawan2 aku cerita pasal ceramah ni, memang outrageously boring lah. 6 jam ok! rehat pun setengah jam je. Boleh? Tertidur lah aku banyak kali dalam tu. Yang penting penceramah dia ni cakap kuat giler. Suara dia macam petir. Aku nak tidur pun tak senang. Kan aku kata tadi ada rehat setengah jam kan? Aku bantai lah makan kat kantin dia yang kotor berlumut tu.Ingatkan murah lah. Kedai cikai bau hancing macam kencing hamster, what would u expect kan? Aku ambik lauk-lauk yang back to basic je lah, ayam goreng, sambal ikan bilis, nasik. Air pun simple. Sirap. Takut nak order hot chocolate ataupun ice latte, risau dia semput nak google resipi nanti.
"RM5.80 dik" akak kafe tu jeling wallet aku.
Aku pun kasik RM5. Ingatkan dia kata RM4.80.
"Adik, saya ulang dengan sopan ye, semua sekali RM5.80" dia muncung macam mulut platipus.
wtf???
Nasik cikai macam ni pun nak buat harga macam McValue lunch ke? Ko dah lama hidup ke? Aku berjanji Bedah, lain kali aku datang sini aku takkan makan apa-apa dari kantin kau yang busuk ni. Sila ambik perhatian.

Ceramah habis pukul 4. Tapi sebab tunggu kening lebat tu datang ambik aku makan masa jugak lah Maimon. Pukul 5 baru aku dapat balik. Lalu depan Mines tadi, kedai DC macam memanggil-manggil aku, sayup suara dia, tapi aku fikir lebih baik aku tak pergi Mines. Jika pergi, maka lagi kempislah wallet aku nanti. Oh jangan buat hal ye. Kebetulan lepas tu aku jalan kat Sri Serdang tadi, aku pun singgah kedai akak Indon tu, beli nasi 2 ringgit. Lepas tu, aku pergi beli stationary pulak. Pen aku habis hilang. Aku tak pasti sama ada aku dah buat makan semuanya ataupun ada makhluk lain yang telan semua pen aku. Aku beli planner & pembalut hadiah untuk cover softboard bilik aku yang dah berlobang dan berlohong macam ada kudis buta. Sampai bilik, aku pun berkobar-kobar kemas meja dan tampal poster itu ini. Oh, cantik juga bilik aku ni. Dah siap semua tu, aku terus masak tom yam sotong. Bacit tak de, dia pergi taklimat. So, aku makan sorang saje lah. Sharel datang kasik ayam masak black pepper. Aku tak nak kalah, aku kasik jugak tom yam sotong aku kat dia. Tak taulah sedap ke tak bagi dia. Aku makan sedap je. Haha. Lepas perut sudah membusung buncit, aku pun terlelap atas katil. Sedap sungguh perasaan baring itu.

Sampai terlupa nak update blog. Ini pun aku tersedar pukul 6 tadi. Terus aku taip walaupun mata bengkak, demi blog terchenta. Hahaha hachom! Uih, sejuk lah pagi ni! Brrr

Monday, July 6

Yada yada yada. Dah tu je.

[Aku berpakaian seragam. Look very dumb a**. Huhu]

[buku soalan ujian komputer, kad debit visa Maybank, dan wallet aku yang dah tak gorgeous. Maafkan image buruk ini]

[sila abaikan gambar atas. Hanya jadual yang aku baru buat tadi. Huhu]

[maafkan tajuk entry aku, tak dapat jumpa tajuk yang lebih senonoh lah]
Oh, banyak sangat benda yang aku nak cerita sebenarnya. Al maklumlah. Dah 3 hari tak update apa-apa. Izinkan aku ingin bercerita mengenai perihal sabtu aku yang lepas.
[apasal ayat aku macam dialog kambing gurun OKU ni?] Korang, hari sabtu lepas adalah hari yang sangat ter-bestest. Aku tak dapat explain perasaan betapa best nya hari sabtu itu.
Bermula dengan mendapat kaunter yang paling tidak glamour, [tidak glamour di sini bermaksud kaunter yang berada di ceruk, tiada pengunjung dan SUNYI]. Maksudnya aku kurang bekerja dan kurang letih. Yeayea.
Aku sempat tidur semasa duduk dan menggelupur terkejut dua tiga kali masa promoter gemuk ni gelak berdekah tak ingat dunia. Brengset lo promoter!
Adalah dua tiga kastemer [ejaan resmi adalah customer] yang datang bayar barang. Petang tu, ada lah satu family datang shoping langsir. Anak-anak dia, YA ALLAH, comel sangat300x!!!
Siyes doe! Tak tipu. Betul!!! Aku estimate akak dia umur 3 tahun, yang paling comel tu, nama dia Haris, [asal aku tetiba tau nama budak ni pulak?] 2 tahun kot. Adik kecik dia maybe tak sempat umur setahun lagi kot. Kecik sangat. So, 3 orang semuanya. Korang tau, akak dia siap tiba-tiba boleh tanya kat adik-adik dia, 'kenapa akak bau berak? Siapa berak ni?' dengan loghat comel sekali. Tak cukup dengan tu, dia siap boleh check diapers adik-adik dia, nak tengok adik-adik dia berak ke tak. N then, dia check diapers dia pulak. Pastu dia jerit, 'Siapa yang berak ni mama?' kuat-kuat. Lepas tu adik-adik dia tergelak-gelak ngan sangat comel.
Wah aku tergelak besar tengok kerenah diorang. LOL. Pastu si Haris ni, [oklah, korang mesti tak puas hati aku tetiba tahu nama budak ni. Aku dengar akak dia panggil dia Haris, aku assume tu nama dia lah ok tak?] aku main cak-cak lah dengan dia. Reaction dia towards aku punya cak-cak tu sangatlah comel. Aku sampai balik bilik still boleh terbayang-bayang dia. Korang dapat bayangkan tak? Jangan lah takut pada bayang-bayang ye korang. [apa kena mengena ni weh?].
Ok, enuff pasal hari Sabtu aku yang sangat relax dan comel.
Hari Ahad, the busiest day of my life ever as a cashier at Parkson Grand Alamanda ok. [hambik ko semput-semput nak menyebut ni semua dalam satu nafas].
Dah la aku kena jaga sorang-sorang, pos sebelah ni rosak pulak. Memang suwey. Customer tak payah cakap lah. Memang memberangsangkan dan mengghairahkan lah macam biasa. Terlalu ramai, sampai aku tak duduk 3 jam. Menggigil bontot aku tahan lenguh. [hish tak senonoh betul ayat aku] Tangan bersilat-silat laju tekan keyboard, scan barcode, pack barang, ambik kad, mulut kumat kamit cakap benda sama pada customer,
'hi, welcome. Sorry to keep you waiting. Do you have a bonuslink card? Is this all?', sampai aku borak dengan kawan pun tengah-tengah lebat mengumpat, tetiba tercakap macam
'eh kau nak tahu Munah? do you have a bonuslink card Munah?'. Sampai gitu sekali. Boleh imagine tak?
Nasib baiklah aku dapat balik awal. Owh, hampir lupa nak bagitau, hari ni aku dapat the rest of my gaji. Seronok lah aku sudah tentu. Terus aku pergi beli barang-barang dapur kat Carrefour.
Lepas dah lega shoping semua, aku call Bacit nak balik UPM. Tak mahu tunggu bas lah. Penat, lambat, aku nak balik cepat-cepat. Berhajat, nak buat tom yam sotong, tapi burger yang aku dapat. Aku tak jadi nak buat tom yam sebab kawan aku ajak pegi dinner sekali. Aku pun ikut lah. Sekali penuh orang kat situ, macam ada parti buih pulak. Haish!
Kitorang duduk kat satu restoran ni. Memang dah sedia maklum dah, restoran ni memang honggak lah serving dia, lambat satu hal, hasil gorengan dia pun tak sedap. Macam mana boleh bukak kedai aku pun kurang pasti lah diorang ni. Dah takde choice lain dah, sini saja yang belum pack. Lepas dah order air, kitorang pun mengumpat lah macam biasa, sambil tgk flat skrin dia. [jangan main-main, restorang honggak macam ni pun ada flat skrin besar dinosaur tahu!] Air dah sampai, tapi untuk kawan aku je. Aku punya air takde. Kau apahal bangla? Aku dah pesan sambil jerit-jerit dah tadi kan? Aku nak fresh oren!
Aku rasa aku tak pernah kata yang aku takmahu air dan ingin duduk terlopong telan liur sambil tgk budak rongak sebelah ni minum air milo ais. TAK PERNAH ok, bangla. Clear tak ni? Nak aku jolok lubang idung kau guna batang penyapu ke? Geram nye aku.
Lepas dah dua tiga kali aku tepuk dahi dia kuat-kuat, repeat order yang sama, barulah dia terhegeh2 berlari-lari bawak fresh oren aku. Memang dasar bangla lah dia ni.
Nak dapat air tu, dah satu hal, tunggu dekat 40 jam [over nye. 40 menet sudah!]. Semua meja dah dapat order makanan. Aik, kitorang punya tak sampai-sampai lagi. Kau biar betul Besah?
Kau nak kitorang tunggu kat sini sampai perut kitorang berkudis ke? Nak kena gigit dengan aku? Lepas dah sejam lebih, tokey kedai datang kasik muka seposen, baik punya ekspresi. Dia kata
'Adik. Harap maaf. Nasik kami telah habis. Oleh itu, nasik goreng pataya kamu tiada berbuat. Sekian. Wassalam.'
$%$@**(^##@!))*^ [harap maklum. visual carutan tiada baik untuk dibaca. Untuk yang benar-benar berani sahaja]
Lepas penat mencarut-carut tak henti-henti, mulut kumat-kamit persis imam sedang berzikir, kitorang beli burger. Akhirnya, menu dinner aku berbunyi; Fresh oren lambat nak mampos beserta burger daging special satu.
Ok, enuff jugak pasal hari Ahad aku yang busy dan sangat suwey.
Hari Isnin, yakni tadi, aku bangun terkejut Alep buat muka comel sambil suruh aku bangun cepat-cepat nak pergi key in subjek dan setle kan hal-hal berbangkit. Kau paham ke? Apa-apa je lah Senah. Lepas dah mandi dan bubuh bedak Johnson Baby kat ketiak, aku pun berangkat pergi fakulti, daftar satu subjek dan balik. Diorang yang lain pergi bilik Wan makan durian. Ah, sedapnye. Tapi aku tak dapat join, nak pergi ambik kunci bilik kat offis kolej. Lepas dah dapat kunci keramat tu, aku balik bilik mintak kunci motor kat Bacit, rempit laju-laju pergi Maybank. Aku kena buat akaun baru pulak ni. Akaun hari tu kan problem, dah closed. Yeayea! Aku dah dapat kad baru dah ni. Suka hati aku. Lepas dah lemas duduk dalam Maybank yang sempit dan bau hamis tu, aku pergi pejabat kadi pulak.
Kepala kau aku pergi pejabat Kadi, nak buat apa kat situ bai? Aku pergi kedai buat lesen lah. Kedai? Ok, silakan ragui status premis itu.
Burn RM320 aku, semata-mata nak dapat L motor. Tak suka. Tak suka. Tak dapat nak shoping lah lepas ni. Wuu~
Macam-macam lah pulak dia mintak. Nak fotostat ic 4 helai, nak gambar pasport 2 bijik. Mengada-ngada betul. Berlelah lah aku pergi keluar masuk kedai fotostat dan kedai gambar tadi. Haish!
Semua dah settle, Rabu ni aku kena pergi kelas ceramah apa jadah entah aku pun tak tahu. Ahad ujian komputer, Rabu depan pulak bengkel menari. Eh bukan, bengkel main-main bawak motor. Lepas tu dia kata dah boleh dapat lesen L yang cikai itu. Tak sabar aku. Huhu.
Dah la, penat pulak taip pepanjang ni. Bengkak jari aku. Wuhoo. Aku nak makan roti lah. Lapar ni.

Friday, July 3

Aku stress. Jangan baca lah. Kamu pula stress nanti.

Ni blog aku kan? Aku nak luahkan perasaan pun kat sini saje lah. Takkan aku nak luahkan perasaan kat blog yaziith su anaz pulak kan? Aku memang stress gile sampai budak2 cute senyum kat aku pun aku buat muka kambing tahan sembelit. Siyes doe. Tensyen giler. Aku dah la penat. Kau buat hal pulak. Nak hamun aku segala, kau ingat kau hebat? Tak tahan lah aku. Kau yang lagi satu ni pun sama. Cipan lah kau. Aku memang sakit ati ngan kau. Kau nak kerja buat lah cara nak kerja. Ni sekejap kasik alasan nak solat lah. Nak masuk office ambik saletep lah. Hey bangang, kau ingat aku ni Doremon nak buat semua kerja kau? Kalau kau skip sikit2 dan sekejap2 aku takdelah nak buat muka garang pada kau, ni tak, kau pergi sini sana lama2, kau dah lama hidup ke? Nak kena pukul dengan aku? Lepas tu, kau lupa nak pergi rehat pukul 5.00 tadi, 5.3o baru kau teringat nak pergi, kau ingat aku simpati dengan kau? Aku nak balik lah tongong! Kau jangan nak buat perangai ea! Aku baling pc ni tepat kat dahi kau nanti. Nak? Sial betul lah. Aku letih, kau jangan nak macam-macam! Ada aku kemekkan hidung kau nanti. Hah, kau, lagi satu hal. Cukup2 lah emosi kau tu! Kau tak payah lah pulak nak terhegeh-hegeh nak palitkan masalah kau pada kitorang sial! Kau buat kerja kau baik-baik dah lah! Kau punya kerja kan? Layak lah kau settle sendiri baik-baik! Yang kau nak hangin maki hamun sana sini ni siapa yang ajar kau? Baboon yang kau bela tu ke? Bodoh lah kau ni! Geram betul aku! Aku dah hilang sabar lah dengan kau! Dah la tadi kau boleh suka hati suruh aku skip sembahyang jumaat, tak cukup staf kan? Kepala hangguk kau! Dosa aku kau tanggung lah kan? Bodoh bertingkat tahu tak kau ni? Akibat aku ikut kepala kau yang tak betul tadi, Tuhan dah susahkan hidup aku tadi. Customer ramai macam barisan nak beli tiket konsert Hujan, aku short seringgit [seringgit pun banyak bagi aku, boleh buat beli tiket bas.] , letih yang Tuhan saje yang tahu. Kau yang lagi sorang ni pun satu hal, aku susah payah penat macam orang sakai ni buat kerja, kau bantai tengok aje dari jauh dan duduk-duduk senang lenang. Kalau si bodoh sorang ni buat kerja, kau bantai tolong kan? Padahal tak disuruh pun. Kau bangang ke apa? Kau tak pernah diajar ke nak tolong orang tak payah memilih. Bodoh lah! Merasa lah kau cakap sorang-sorang aku tak layan kau. Pedulik hape aku. Kau buat taik dengan aku, kau memang saja-saja carik pasal lah. Aku memang direct balas, harap maklum. Kau tak payah nak suruh. Aku tahu sendiri lah nak buat apa dengan orang batak macam kau ni. Kau, kau, dan kau, kau orang memang bangang bikin mood aku rosak saje hari ni. Sebab kau, kau, dan kau, aku garang tak sudah-sudah dengan semua orang. Aku akan ingat hari ni sampai bila-bila. Kau, kau dan kau, aku dah malas nak layan kau orang. Kau layan lah diri kau sendiri. Aku penat lah taip semua ni. Aku nak makan karipap. Siapa nak belanja? Tak usah lah. Aku beli sendiri lah nanti. Aku tak marah kamu kamu. Aku marah pada 3 bahlol ni saje. Maaf lah carut marut yang aku dah buat. Sila abaikan luahan ini jika tak tahan dengan ayat-ayat kurang moral aku. Yang baik semua dari Tuhan, aku yang hina ni memang lah banyak buruk nya. Semoga Tuhan maafkan aku.

Shoping Ringan-ringan Aje.




Benda-benda yang aku beli tadi. Oh sangat happy lah.


Pagi tadi lepas dah mandi cuci taik mata semua, aku bersiap-siap lah pakai wangian segala. Touch up rambut sikit2. Terus gerak gerak gerak khas berkawad pegi bus stop. Hujan tadi. Memang menangis lah auntie2 yang dah tala mekap tebal seinci semua. Basah melecet lah kena timpa air hujan. Kesian mereka. Aku memang tak pernah gemar pun nak tunggu bas metro ni. Lembab satu hal. Hal lain; bas ni memang tiap hari bau kemenyan mixed dengan bau minyak bijan. Hairan aku. Cerita pasal lembab, aku rasa macam tengah naik tren zoo negara pulak tadi.
Korang pernah tak? Tak pernah? Memang korang kesian. Haha. Yelah, tren zoo negara kan bawak slow2. Nak perkenalkan haiwan rimba kat kita semua. Baru masyuk masuk zoo betul tak? Tapi bas metro, perlu ke kau bawak 10 km sejam? Kau nak suruh kitorang terberak dalam ni ke? Beca pun boleh potong kitorang tadi. Melopong lah kitorang sudah tentu. Nasib baiklah aku sampai Pudu tadi on time. Aku suppose jumpa diorang pukul 10.45 am paling lambat. Sampai je aku terus lah aku berlari pegi tunggu lrt nak gerak ke hang tuah. Sana, aku jumpa Eqal & Hariz. Pastu kitorang jalan sama-sama pergi RedBox. Karaoke lagi. Yeayea. Lunch sekali kat sana. Pastu teruskan jalan-jalan pergi Sg. Wang. Kitorang masuk ROMP. Aku sempat beli sweater. Masuk ni aku dah ada 7 sweater. Lalala. Pastu kitorang pergi Pavilion. Sebelum masuk Pavi, ada sorang promoter restoran Arab ni hulur brochure. Aku pun balas lah huluran dia tu, konon nak jadik baik lah. Aku nak ambik brochure tu, bangla masam tu boleh tarik balik huluran dia dan tak kasik brochure tu kat aku. Korang paham tak apa yang aku cuba sampaikan ni? Maksud aku dia siap boleh pulak main acah-acah dengan aku. Sabar je lah. Lepas tu aku berazam takkan ambik apa-apa brochure pun dari mana-mana promoter tepi jalan. Eqal bantai tegelak-gelak kan aku. Memang tak tahan. Biawak pasir betul promoter masam tu! Geram aku. Lepas dah dapat mood happy balik, kitorang sambung jalan-jalan kat Topman, masuk Zara, Esprit, Padini, pergi Philosophy Men, last2 aku beli top Padini je. Huhu. Lepas kaki dah menggigil lenguh, kitorang pegi balik Sg. Wang sebab Eqal nak beli short kat sana. Dinner sekali kat situ. Lepas tu kitorang pegi Low Yatt, Hariz nak tgk external DVD drive dia. Siap semua, kitorang pun balik sebab badan masing2 dah melekit-lekit
macam dodol. Lepas dah naik lrt pegi Bandar Tasik Selatan, aku terpaksa tunggu komuter pulak. Sampai kat Serdang pukul 10 tadi. Naik T416, balik kolej lah nak tunggu apa lagi? Penat lah. Baju tak masuk mesin lagi. Malasnye.
Alamak, esok kerja lah. Humm, tata korang semua. Aku mahu beradu lah. Penat pulak. Lalala.

Thursday, July 2

Fuhh!! Memang terlebih femes lah. Huhu


Jangan tanya aku figure kat atas ni apa. Yang penting aku buat belanjawan tadi. Bosan weh duduk sesorang kat kaunter. Huhu. Tak, jangan runsing lah. Ni bukan belanjawan untuk negara pun.


Aku pun sempat main lukis2 ni. Customer tak ramai. Lapar ar. Dalam otak tgh fikir nak makan apa time lunch nanti. Huhu.


Tu dia! Aku beli sebungkus famous amos. Duit aku keluar pun famous gak. RM8.70 untuk benda sesikit ni. Menggigil jugak lah masa nak hulur duit kat bangla cashier tadi. Huhu. Menyesal itu sudah tentu. Tapi berbaloi lah. Sedap weh.



Nah. Tinggal habuk je. Mahu?

Wednesday, July 1

Bengang2 gua pun end up karaoke jugak tadi.

Korang nak tau tak? Pagi tadi memang aku bengang giler dengan Wani kerani pemalas ni. Aku rasa nak gigit2 je telinga dia lah! Puas dah kot aku mencarut-carut segala. Astaga ribena. Bawak2 mengucaplah wahai aku Ya Allah, ampuni daku. Huhu. Mana tak marah, Timah. Bukan sebab dia makan asam boi tak ajak aku lah. Itu terlalu serius. Dia cuma menyebabkan aku lambat datang kerja, pergi Maybank dan diberitahu duit tak masuk, gaji aku pulak pending 2,3,4 hari. Itu saje kot. Owh, lupa pulak. Dia tak mintak maaf pun. Asbontoth betul! Aku tak tahu pulak spesies manusia macam ni boleh ada hidup gembira kat dunia ni. Bukan Wani kerani pemalas saje yang buat aku marah, Ipin Skema ni pun sama. Ipin Skema adalah sejenis pekerja yang skema dan bertugas sama jawatan ngan aku kat company ni. Dia buat kerja dia dengan sangat lah lambat. Aku boleh terlelap sambil berdiri bila tengok dia buat kerja. Subhanallah! Itu belum suruh dia start cakap lagi. Kalah teks ucapan dalam kitab oldies bahasa baku. Dia lambat buat kerja aku boleh tahan marah lagi. Dia membebel-bebel benda lame dan mengarut berdas-das pun aku boleh ampunkan lagi. Yang aku berasap tadi, dia pergi rehat lama aku tak tau lah dia buat apa, tercirit 50 kali masuk jamban agaknye. Aku dah kata aku balik pukul 6. Kau balik lah lekas sikit. Jangan rehat lama sangat. Ni tak, kau balik rehat lambat 20 minit. Eh aku pedulik apa kau buat apa Ipin? Yang penting ko rehat jangan lah lebih had masa, tongong! Tak pasal2 aku balik lambat hari ni. Memang lah aku happy kalau aku kerja lebih masa, tapi agak-agak lah. Takkan setiap hari aku nak kerja lebih masa Ipin sayang intan payung hoiy? Kau ingat aku ni tupai ke apa? Aku ada life ok. Bukannye hidup aku untuk kerja saja. Merasa lah kau aku buat muka bengis depan kau tadi. Mencarut-carut tu sudah semestinya lah. Kau macam tak kenal aku pulak. Sampai budak sebelah aku tadi tutup-tutup hidung tak tahan dengar aku mencarut lebih-lebih. Sial betul. Dah lah, buat aku bengang aje bila cerita pasal apa yang aku bengang siang tadi. Ni aku nak cerita pulak, lepas habis kerja tadi, Bacit dengan Zahir datang Alamanda. Ingatkan bercadang nak zoom terus pergi karoke. Aku call GreenBox tadi, dia kata bilik penuh pulak. Ada kosong tapi pukul 10 lah. So, untuk isi masa terluang, aku ngan Bacit pun balik kolej kemas bilik dulu. Pukul 9.30 baru gigih gerak pegi Jusco Cheras Selatan. Buat apa? Karoke lah apa lagi Bedah. Kau nyanyuk apa? Aku kan dah cakap tadi? Hishh! Habis melalak pukul 1.20 am. Hebat bukan? Lagi hebat kitorang kena tahan Pak Guard tadi. Katanya kitorang lambat balik. Pandai-pandai lah nak hidup kan? Tipu lah apa lagi. Kitorang cakap kitorang kerja part time lebih masa. Bijak kan? Bijak-bijak pun dia suruh kitorang tulis nama jugak dalam buku diorang. Konon kitorang ni budak bermasalah lah. Balik lambat segala. Eh, pedulik apa aku? Ada aku kisah? Huhu. Dah la. Aku rajin pulak nak masukkan gambar2 kitorang bersuka-suka masa karoke tadi. Kalau tak nak tengok tak pe. Lalala.










Kolam Ikan Encik Eipul