My Tomey-Lotey Followers

Saturday, August 29

Kau dah kenapa Warehouse?

Siriyes aku tengah bengang pada Warehouse Sale tadi sampai kalau kau suruh aku rate tahap kebengangan aku pada Warehouse Sale tersebut, aku dengan bangga kasik 6.3/5. Dah la tak banyak barang best, ramai orang pulak tu, harga tak specify dengan betul, penat beratur tu memang sesuatu yang tak dapat dimaafkan kot, lepas tu dengan cashier kau yang zalim ya Tuhan. Secara tuntasnya, aku terbeli benda2 yang tak berguna macam Bird's Nest Facial Mask yang OMG kau sangat mahal, lotion rambut Dove dan entah apa kebenda lagi yang merepek-berapu. Oleh itu, aku akan jual balik dengan harga yang mahal pada sesiapa yang aku boleh tipu. Kamu-kamu, harap bersedia untuk tertipu. Hehehe. [gelak jahat]

notapinggul: Sumpah tak tahan tengok brader tu borong muscle builder macam 2 3 karton, dah la benda tu expired bulan depan, lepas tu masa stok baru nak letak dalam rak, oh semua orang pusu-pusu berebut macam dubuk lapar, last2 barang2 tu end up jadik benda yang tak berguna pun macam panties pakai buang lah, spender hitam lah, I must say memang amat kelakar.

Friday, August 28

What more can I say?

Semalam lecturer aku mahu jumpa. Muka dia serius gler. So aku macam, OMG what've I done? Adakah aku kantoi terkentut masa kelas dia itu hari? Sorylah, tak tahan kot masa tu. Dalam otak aku macam2, pk apasal dia nak sangat jumpa aku lepas kelas. Shoot! Pasal semalam aku tak datang kelas ke? Aku ada MC kot. Buat pe nak takut? Hurm, oh maybe because of my first test result, yang aku buat macam entah apa-apa tu. It's like macam-macam aku fikir sampai dalam lab tadi aku takde mood langsung nak borak huha dengan kawan2. It's like, why me? Kenapa semua mesti aku yang kena? Huahua~

Lab semalam sangat lama, so my friend suggest that I should go meet him during the lab time, lagipun kitorang takde buat apa pun, just melangut dan berborak pasal food law punya buku. Then, aku yang tgh tak larat sebab demam panas ni pun melangkahkan kaki dan panjat tangga naik pegi bilik dia and apparently he wasn't there. I was like, aduh, penat sial panjat bangunan ni nak pegi bilik dia, tapi last2 dia takde. So, aku pegi online sekejap sebab kebetulan aku bawak beg aku sekali pegi sana. Then aku bosan, aku masuk balik lab. Duduk kat lab macam orang tak betul, resah gelisah semua ada. Then aku bukak TV, cerita tak best, lepas tu aku bersandar dekat guni Maltodextrine dan tertido, sampai diorang snap2 gambar aku. I bet mesti ugly betty gler muka aku time tu! Sumpah~

Aku pun decide untuk keluar dan pegi bilik dia balik sebab aku takut nanti dia bebel lama, kawan aku tinggalkan aku pulak, tak pasal2 aku kena naik bas takpun naik lori balik kolej. Ok, ni yang tak best ni, aku sampai kat bilik dia dan dia takde lagi. So, aku kata dengan assistant dia yang aku dah penat datang kat situ sampai 2 kali, dah la aku sakit, sumpah semput tau naik situ, dan aku cakap aku akan datang lain kali sajo, dan assistant dia suruh aku tinggalkan number phone, so aku pun kasik saje lah. Aku macam yay! Tak payah jumpa dia, and I can go home dengan senang hati. Lepas few moments, tetiba dia call aku dan suruh aku naik jumpa dia sekarang, dan aku macam, aduh, lagi sekali? Means 3 kali sudah aku turun naik pegi sana.

Sampai saje, dia tanya aku kenapa agaknya dia nak jumpa aku, dan aku pun jwb lah, oh mungkin Dr. nak tempah baju raya dengan mak saya? Tettt!!!

Ke sebab saya kantoi tekentut pelahan-lahan dalam kelas? Tetttt!!!

Urm, sebab saya sangat comel? TETTTTTTTT!!!! hah hambik kau! Jawapan kau memang takleh blah kan?
Semua ni rekaan ok~ Aku takmo kongsi dalam blog pasal dialog kitorang, but one thing for sure, dia tanya aku macam2 pasal test food law nanti, apa yang aku dah baca, and I was like, oh macam ne Dr. tahu yang aku ada test food law? Nasib baiklah aku sempat download notes dari student portal dan baca sikit2 tadi, aku bantai lah merepek pasal labelling and stuffs, so takde lah macam, oh aku sangat bangang, sampai takde satu pun yang aku ingat pasal subjek tu kan?

And he asks me to study like damn hard, dan dia kata yang aku ni tak ley jadik leader, because I refuse to lead, aku cuma suka ikut apa yang orang suruh buat. And all of his examples were totally true, like really am me. Macam ne dia tahu, aku pun tak tahu. Dan aku suka makan tahu lagi2 tahu telur tahu. And thankGOD I met him, aku dapat pinjam buku food law untuk test esok. Yay! Sebab aku rasa I'm the only one yang belum ada buku tu lagi. Huhu. Tu ar, aritu takmo beli, sekarang dah susah kan diri sendiri. Actually there's a lot more thing happens during the meet yesterday, but I refuse to put those things inside my vlog, biar ar my closest friends saje yang tahu. Haha. Sorry, but it's like private matter for me. Sebab tu perkataan PRIVACY wujud, am I right?

And petang semalam, was like raining heavily sampai kitorang beli makan ala kadar saja untuk bebuka. Dan for sure lah, aku demam balik. And aku memang sangat in pain ok malam semalam. Dah la makan sikit saja masa berbuka, sebab aku fikir pasal orang lain. Akibatnya, aku suffer semalam sebab the drugs really kuat, kan kalau kita makan ubat, kondisi pH dalam perut watsoever akan berubah kan, sebab aku makan sikit sangat, perut aku kosong dan ubatan itu mengakis-ngakis perut aku macam sumpah sakit giler. Dan it really bites me when aku pk pasal orang lain tapi orang lain tu tak pk pun pasal aku, dah la aku sakit macam ni. And thankGod dia ada jugak buatkan untuk aku, itupun lepas dia tanya aku wether aku nak atau tak. Oh, benda ni tak payah faham pun tak apa because dia tak penting pun. Kahkah.

Dan lagi, aku tgk TV dekat bilik TV semalam sebab... oh, lagi sekali aku cuba untuk jadik secretive. Anyways, memang best Blogger Boy punya episode semalam, and buat aku tak sabar nak tunggu the next episode. Lepas tu, alang2 aku duduk dekat bilik TV, aku terus sambung tgk Project Runway, best kot, diorang design baju from denim, dari seluar Levi's jadik satu dress yang super lawa, they're really amazing I would say. Oh, lepas tu aku macam bosan gler tengok TV lama sangat, so aku naik bilik Afiq pergi baca notes sampai lah roommate dia pasang cerita tahun 88 tajuk apa entah aku pun tak tau, tapi best. Tom Hanks berlakon, aku pun tak ingat tajuk dia apa dan aku macam, eh eipul baik kau balik dan tido sebab dah pukul 12 lebih forGod sake.

Oklah, penat taip pepanjang. On the contrary, I must say I couldn't wait for my hari gaji. Hehe, oh gaji banyaklah lah kau, please~

Thursday, August 27

Najmie pulak tag aku.

1. Anda rasa anda hot?
Entah. ko rasa? Aku rasa ye kot. Sebab mata aku merah balik dan aku rasa macam demam aku yang itu hari dah kembali lah. Tension nye~

2. Upload gambar2 kesayangan anda!



3. Kenape anda suka gambar ini?
Ikut suka aku lah aku suka ke tak! Bapak garang gila budak ni kan?

4. Bila kali terakhir anda tak puasa?
Erm, baru je sebab doktor suruh. =(

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
Rainism - Bi Rain

6. Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ini?
Sambil dengar lagu-lagu Rain.

7. Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama ape?
Mohd, Syaiful, Mat Yasin jangan sebab tu ayah aku, epul, eipul, momo, kikilala, garfield, mickey, bobo, yada yada yada...

8. Tag lagi 7 orang tanpa rasa kekesalan..
Hah ni yang malas gila ni! Sape2 yang dah takdek keje tu kalau rasa nak buat, try buat lah ea benda ni. Aku tak de ar paksa korang pun, macam kalau taknak buat aku akan ikat korang dekat kerusi dan bawak 3 atau 4 sarang kerengga untuk letak atas peha korang biar korang kena gigit dengan kerengga-kerengga tu semua. Jangan risau k. Aku tak sejahat tu. Hehe.


Anyways, aku tag jugak lah, karang menanes pulak;
-sharil [sebab aku tgk blog ko tak penah ada tag]
-bacit [walaupun ko sangat malas kan?]
-ichiban
-emy
-azza
-awang [aku tak penah tag ko ea? eh ke penah?]
-syaf

Wednesday, August 26

Aku ada buku nota Mickey Mouse. Silakan menangis.

*actually entri ni untuk semalam. Aku tak dapat update semalam sebab line online tak dapat langsung.

Tadi aku exam FST 3305; Operation Unit. Aku jawab dengan kepala pusing dan badan panas. Kenapa? Sebab aku demam, dan batuk. Ko paham2 je lah, kalau dah kepala pusing, jawapan pun mestilah berpusing jugak kan? Hasilnya, banyak rumus yang aku terlupa dan ada certain soalan yang aku guna rumus entah apa-apa. Macam soalan 2+2=__ tapi aku bantai kira guna rumus e=mc^2. Ala-ala lah. Korang paham ke ni? Huhu.

[nota yang buat mata aku juling bila nak baca. Tsk~]

Itu pasal exam. Ni pasal aku demam dan batuk pulak. Aku memang dah tak tahan sebab demam ni macam sangat menyakitkan. Tambah pulak dengan batuk kong kong yang mentenatkan ni, aku memang tak ley buat apa-apa melainkan pegi jumpa doktor. Berikut merupakan rentetan peristiwa sepanjang aku kat Pusat Kesihatan:

- Lepas dah siap daftar, aku masuk bilik number 3. Guess what? Doktor dalam tu adalah doktor Bangla yang itu hari. Aku terus gelisah dan berasa tak selamat sebab rawatan dia macam tak meyakinkan langsung. Sekadar tanya aku sakit apa dan kasik ubat, ko rasa secure tak?

- Nurse bagitau suhu aku cecah 38.5. Doktor Bangla tu terus suruh aku jumpa doktor lain. Dia tak berani nak rawat aku. Aku macam, 'yay! nasib baik! Fuhh!'

- Lepas dah check kadar oksigen dalam badan, which aku punya around 98, aku masuk jumpa doktor yang baru. Dia adalah doktor perempuan, Melayu. Aku pun lega dan excited. Ngeee~

- Doktor tu sangat baik, lemah lembut, dia tanya aku macam2; aku ada pergi bazar ke tak, adakah aku ada lawat tempat tumpuan ramai macam shopping complex ke apa ke, macam ni lah baru meyakinkan! Lepas tu dia cek pernafasan semua. Cek tekak. Pastu urut2 leher bagai, wah bestnya! Kah kah.

- Doktor tu kata aku kena banyak minum air, duduk rehat kat bilik. Jangan keluar mana-mana. Kalau nak makan kena tempah kat orang lain, dan tetiba dia tak kasik aku makan buah. Habis tu aku nak dapat vitamin dari mana? Dia kata nanti dia kasik Vitamin C. Ayat dia yang tetiba comel dan terbekas kat hati aku; 'Adik ikut aje cakap doktor. Doktor nak adik cepat baik. Nanti adik jugak yang senang betul tak?'. Dahla dia panggil aku adik, pastu dia bahasakan diri dia doktor pulak tu. Sangat comel kan? Kan? Kan? Tehehehe~

- Paling seronok, doktor tu kasik aku MC 2 hari. Yay! Takyah susah payah pegi kelas esok! Yabedabedoo!

Sebab aku MC tadi, aku tido aje kat bilik lepas makan ubat. Aku harap aku sembuh cepat2 sebab aku nak keje hujung minggu ni. Duit dah nak abes ni bai, sape nak kasik aku duit? Kwang3x.

Oh lupa, pagi tadi aku sahur scrambled egg ngan gravy kentang, sama itu nasik. Sedap oh! Tengah-tengah sahur tu Alep datang, suruh Bacit berlakon ngan dia untuk assignment BI dia. Aku pulak kena jadik cameraman. Sampai lenguh ketiak aku duk pegang kamera tu lama-lama. Dekat 10 minit jugaklah lakonan drama swasta diorang. Hahaha. K lah, tatau nak cakap apa lagi. Babai. Doakan aku cepat sembuh ea~

[Ada rasa nak makan tak? Kekeke]

[sungguh tak sopan ye!]
video
video lakonan tak jadik

Monday, August 24

Ok, ini last.... kot!

Aku tak kira, aku nak jugak tepek gambar PERCUBAAN-PAU-KALI-KEDUA ni dan gambar EGG ROLL STUFFED WITH POTATO ni, atau nama lain dia Song Ru Egg Roll [maksud dia tanya Bacit, dia yang cipta nama ni]. Lepas ni aku akan cuba banyakkan, eh tak, kurangkan letak gambar makanan dalam ni ea. Aku tau korang semua dah bosan aku asek cite pasal makanan. Huhu.

[Doh yang selamat diuli]
[hambik ko dari jarak dekat. Amacam? Gementar tak?]
[tengah kukus. Inti dia aku ada letak cereal Fitness ngan coklat cadbury]
[dah siap dan cedap, cuma liat sikit. Kalau baling dekat anjing boleh mati kot]
[ni pulak tulur gulung bersama kentang tersumbat]

*dah, jangan cuba kutuk pau aku lagi lepas ni. Aku gigit pipi korang nanti. Aum aum! Garang tak?

Bukan apa, semalam aku tak pegi keje sebab aku demam + batuk, [hari ni pun still coughing, huahua] so aku duduk bilik sesorang and tak tahu apa nak buat. Nak korek pusat takut batal puasa, nak online tapi line macam langsat. Roommate aku? Bacit kan balik umah, dia nak berpuasa ngan family dia. Aku tak ley balik, actually bukan tak ley sebenarnya, cuma aku malas nak kena naik tren untuk balik Seremban, lagipun hujung minggu memang aku kena keje. Huhu.

Apa lagi nak cerita ea? Oh, semalam Bacit balik dalam pukul 10 lebih bawak tons of makanan dari rumah. Ada nasik lauk ayam bijan, roti-rotan, beef sandwich, banyak lagi lah. ok tipu, itu aje kot. Aku culture shock sekejap and like 'Who's gonna eat the rest of the food yang aku dah masak?'. Tetiba satu satu predatory mammal datang bilik kitorang; Kubeng and Capiq. Hah, apa lagi, kitorang pun terus buat pesta-mari-makan-benda-benda-ni-semua. Sampai perut kembung macam perut kembung. wtf~

Oklah, aku dah tak tau apa nak bebel. Lagipun esok aku ada exam. Kenapa lah kita kena exam? Kenapa wey? Kenapa exam itu tak dapat ditukarkan kepada bersuka-ria di Taman Tema Genting Highland atau Program Menoreh Getah di Homestay Kuala Pilah? KENAPA?? [jerit guna mic dekat REDBOX dengan high pitch macam Ramlah Ram nyanyi Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu] Anyhow, wish me luck k. Tata.

Sunday, August 23

Back then...


Aku terbaca blog yang aku folo tadi, dia ada cerita pasal kenangan puasa masa kecik2. Heheh, aku pun ada weh. Korang nak tak baca kalau aku bukak cerita aku masa Ramadhan zaman aku kecik2 dulu? Apahal ayat aku macam budak tabika pulak ni weh?

Ah, apa aku peduli, korang baca ke, tak ke, aku mana tau. Lain ar kalau korang duduk sebelah aku dan bukak belog aku dan baca depan hidung aku, betul tak?

Alah, ni pasal aku ponteng puasa. Budak kecik kan, mana ar tau pape. Masa tu aku baru-baru belajar puasa ar. Tapi mak aku ni garang, walaupun aku masih innocent dan cumel, oh pliz sila tadah muntah hijau anda sekarang, aku kena paksa untuk puasa. Ada satu hari ni aku rebel. Aku masuk bilik air, aku minum air paip. Banyak kali la. 17 kali kot dalam 1 jam. Siyes ke wey?? Wakaka. Pastu mak aku macam dapat detect there is something wrong pasal aku masuk tandas ngan kerap ni. Dia pun pandang slek aje kat aku. Aku buat2 tak tau aje dan pegi tgk katun.

Tu takpe lagi, ni masa mak aku tengah bizi kat dapur, aku senyap2 pegi amek cokolat kat dalam fridge. Pastu aku makan dengan puasnya. Aku ingatkan mak aku tak perasan. Tiba2 mak aku jerit panggil aku, soal siasat aku macam polis dalam Roda2 Kuala Lumpur, rupa2 nya mak aku perasan yang cokolat itu telah hilang lah. Apalagi, meroyan mengamuk-nyamuk lah mama aku. Ko tahu? Tangan aku yang cute ni, ok silakan lah pegi toilet dan muntah lagi secara sirius, kena rotan dengan sikat berus yang berat tu. Oh sangat sakit lah dan berbekas merah2 tangan aku.

Lepas tu, mak kata aku tak boleh berbuka sama2 ngan the rest of the family. Katanya aku tak puasa, aku dah banyak sangat makan. Mak aku suruh aku tengok je diorang makan masa berbuka. Boleh tak? Aku pun menangis-nangis mintak simpati. Ayah aku kesian, ayah aku pun panggil aku makan sama. Macam bangang kan cerita puasa aku masa kecik2? Aku pun tak paham apasal tah aku cerita ngan korang.

Ni ada gambar pau experimental aku buat pagi tadi. Bapak buruk warna dia kan? Aku tak tau apasal tah dia jadik gini. Mungkin aku kena beli penimbang kati tu kot, sebab aku main redah je letak adunan tak ikut sukatan. Aku agak-agak aje, dia kata suruh letak 300g tepung, aku bantai taram letak entah berapa tahil tah tadi. Pastu dia suruh rehatkan sampai dough tu kembang, aku pulak yang rehat tertidur kat katil dengan tangan penuh tepung. Bangun2 dah dekat pukul 5. Menggigil weh! Last2, jadik ar gini. Nak sedap sikit aku bantai tabur dark chocolate kat atas tu, supaya kawan2 aku ada selera sikit nak makan. Tu pun diorang tak makan sangat. Kejam kan? Menyesal aku buat banyak2. Kah kah.



*yang warna itam tu dark chokolat ea, bukan asam keping atau asam boi. Jangan pulak korang salah anggap tau!

Saturday, August 22

1st Sahur of The Year.


Tadi aku memang tak tahan gila, ngantuk sangat sampai tak dapat bagi konsentrasi penuh pada cerita Ice Age 3. Sharil ngan Kubeng siap boleh tengok 2 cerita lagi. Kitorang plan takmo tido pagi tadi sebab nak tunggu sahur tapi aku tetap tewas... gagaga. Pukul 4 lebih Kubeng geletek aku dan aku terbangun. Sharil masak mash potato ngan gravy black pepper dia, dan jugak telur hancur. Aku pulak masak pancake kat bilik, Hapiz pun ada tolong aku gak. Rasa macam bersahur dekat US pulak. Bukan apa, kitorang tak sempat nak beli beras semalam. Kalau tak, for sure sahur tadi kitorang makan nasik. Korang makan apa pulak pagi tadi? Jangan kata korang sahur makan McD atau Domino Pizza pulak. Gila melampau kot!



*Mash potato ngan gravy yang Sharil buat ni memang maveles. Maafkan lah pancake aku tu, besar dah macam apam balik pun ada. Malas kot nak buat kecik2, tak sempat nak siap masak kalau aku buat comel2, tadi habis makan pun pukul 5.45 am. Wakaka.

Dari satu tan, jadik satu gram. Gila kentang tak?







Oh lupa, malam Rabu tu jugak kitorang sempat selebret birthday kawan aku, Kubeng. Kitorang makan kek span layered with lapisan coklat nipis dan taburan NIPS kat atas surface kek tu, dan oh, lagi satu kek ada payung-kubur-versi-kecik-dan-boleh-letak-atas-kek-tersebut. Oleh kerana parti birthday ni parti liar yang macam rimau aum aum, Kubeng telah kena simbah sebungkus tepung cap sauh dan dilumur sos cili Kimball. Kalau kitorang jahat lebih, Kubeng boleh dimasukkan dalam oven dan dimasak sehingga ranum menjadi pizza Kubeng. Nasib lah kitorang baik, kitorang cuma campakkan Kubeng dalam kolam ikan depan ni ha. Sebagai balasan, Kubeng dengan semangat jati diri kental kejar kitorang untuk lumurkan larutan air kolam ikan tambah tepung cap sauh diindahkan dengan sos cili kimball itu, nasib aku tak kena tangkap dan dinoda. Wakaka.

Lupakan pasal yang sudah lepas ni, aku hanya nak wish selamat puasa kepada kawan2 blog dan jugak kawan2 aku yang lain, mak, ayah, adik-ber-adik, jiran setangga, dan semua orang Islam umumnya. Moga Ramadhan tahun ini akan lebih bermakna buat kita semua. Acece, terasa macam ucapan dalam telivisen saje.
Papai, nak pegi usha kurma dan unta lah sekejap.

Unta?

Friday, August 21

100th

Tak sangka, aku dah merepek sebanyak 100 kali.

Tak sangka, aku dah pun menulis sebanyak 100 entri.

Tak sangka, aku suka kuih bingka dan apam balik yang free.

Tak sangka, aku telah berak sebanyak dua kali pada ini hari.

Sempena entry aku yang ke 100, aku nak list kan 100'000 perkara yang aku hajati.
[korang mesti dah gigil2 kan tengok angka 100'000 aku tu? Gila ke aku nak list sampai 100'000 benda? 10 je lah, malas nak lebih2. Ke 11? Korang baca aje lah kat bawah ni, ikut aku lah nak tulis bape banyak. Belog aku kot. Kah kah]

[1] Yamaha 135LC *Along, tak dapat EX5, yang ni pun jadik ar. Pliz~


[2] Shopping kat tempat-tempat begini berbekalkan at least RM10'000, pasti heaven!

[3] PSP. Tolonglah murah hati belikan aku benda ni. OMG!

[4] rokr e8. Oh tolonglah apek, benda ni kasik jual dalam RM1 sudahlah!


[5] DSLR. Walaupun aku tak penah guna, aku tau benda ni best! Kot.

[6] Melancong kat tempat-tempat yang ada artis korea dan jepun. wtf~

[7] Bela anjing laut sebagai haiwan kesayangan. Tidakkah hidungnya comel?

[8] Beli 37 biji kasut yang cantik-mantik. Oh! Oh!

[9] Buat label sendiri. Aku nak sangat baju2 yang aku design jadik kenyataan. Malangnya design aku semua buruk2. Takde sesape pun yang nak ambik peduli. Bapak menyayat hati gila dah ni. Rasa nak menangis aje sambil sapu jem blueberi kat biskut cracker.

[10] Dapat offer kerja gaji RM201'803 sebulan. Barulah mampu nak tunaikan semua wishlist aku ni. Betul tak? ngeeeee~

notapinggul: Hari ni aje aku dah telan 8 nescafe. Aku sekarang tengah layan kepala tengah hanyut, siyes macam tengah high & machamlah aku pernah tahu high tu bagaimana rasanya. Adakah terasa macam rasa masin-masin ikan bilis ataupun masam-masam asam boi? Apa kes, kawan aku kasik cerita JUMANJI tadi, dan sumpah aku excited gila sampai tak terasa nak tido. Siapa nak dodoikan aku ni? Adoi, badan letih tapi otak tak kasik tido. Duh~

Wednesday, August 19

Mee Goreng Cedap Oh! Oh!

[sila rajin klik imej untuk tumbesaran imej melebihi diameter pusat anda]

Kitorang tadi buat kuning basah mee [yellow wet noodle] masa lab teknologi tumbuhan. Semput jugak lah nak leperkan dough mee tadi, sampai peluh aku menitik-nitik masuk dalam adunan. [padahal tadi guna mesin aje nak leperkan benda tu, hiperbola lebih aku ni]. Malas nak cerita banyak, lepas dah siap, aku sumbat mee tu sikit dalam plastik, dan buat terus proses pelabelan. Nama mee aku; MEE CEDAP OH! OH! . Mengada gila kan? Balik bilik, aku segera ajak Bacit masak mee tadi, jadiklah dia Mee Goreng Cedap Oh! Oh!. Siriyes sedap giler weh, kalo ada lebih tadi aku ajak jugak lah korang, tapi kitorang masak sikit sangat, jadi cukup untuk 2 orang aje. Sory ea korang-korang. Lain kali ea? [macam wujud je lain kali aku tu kan? padahal tak pun. Kehkeh]

notapinggul: kalo korang pergi makan kedai makan mana-mana, cuba try order Mee Goreng Cedap Oh! Oh! satu. Mana tahu, mee aku dah diedarkan seluruh Malaysia ke, apa ke. Dah sudah, tak betul dah aku ni.

Tag dari Cik Linda.

waSiaT dari Lala...[actually tak paham tag ni tajuk dia apa]


1) Beside ur lips, where is the favourite spot to get kissed?

Kuku kaki boleh?

2)How did u feel when u woke up this morning?
Sakit ketiak. Semalam buat pumpink[tak sure eja camne] workout konon2, huahua

3) Who was the last person/people you took photo with?
kawan2 masa lab tadi, dayah, ain, farah.

4) Would you consider urself spoiled?
Entah ar. Spoiled tu apa?[pura2 tak tahu] Kalo menurut aku belajar pasal makanan, spoiled tu maksudnya makanan dah rosak, basi, busuk, masam, tak best, buat badan sakit. Eh, aku bukan spoiled lah. LOL

5) Have u ever had a best friend who was of the opposite sex?
Yes I do. erm, bukan had kot, tapi has a best friend of the opposite sex. Itu lebih tepat dan jitu serta persis wal keris.

6) Do you want someone to be dead?
Nak sangat yang gemar menempel tu, cepat2 lah kau mati. Tak tahan lah ko asek menempel kat sini. woi tak baiklah doa orang mati cepat! Astaga~

7) What does your last text message say?
Ko dah bangun belum?

8) What are you thinking right now?
Kalaulah aku anak Raja Chulan mangkat dicium, oh, oh, aku mesti tengah bawak Ferrari, sebelah ada si comel cinta hati, dalam poket penuh duit macam tahu sumbat, WOW!

9) Do you want someone to be with you right now?
Kalau someone tu adalah si comel cinta hati ok kot.

10) What was the time you went to bed last night?
aku telah tertidur sejak pukul 12 semalam kot. entah, tak prihatin pun pasal pukul berapa aku tidur. Boleh?

11) Where did you buy the tee you are wearing now?
tshirt ni program kolej aku punya baju. Entah kilang dia aku taktaw kat mane. Yang aku tau, aku bayar, aku dapat, aku pakai lah. haha

12) Is someone on your mind right now?
bukan tadi dah tanya ke? apa lah kau ni penggubal soklan. ke aku yang biol?

13) Who was the last person who text you?
Sharil, member kosmate aku.

14) TEN lucky person to do this quiz.

1. bacit [kalau korang rajin ar]
2. sharil
3. yaziith su anaz
4. iekah
5. najmie
6. hizami
7. nene
8. emy
9. alan
10. azpa

padahal no. 9 ngan 10 tu takde blog pun

1) Who is no. 2 ? Having a relationship with?
member kosmate aku. eh tak tau pulak dia ada hubungan ngan sape. Aku bukan paparazzi dia pun. ko ada hubungan ngan sesapa ke Sharil? huhu

2) Is no. 3 a male or a female?
nama dia macam mat bangla kan?, tapi pecaya atau tak, dia adalah pompuan. woi, aku gurau je. Jangan nangis tau!

3) If no. 7 and no.1 get together, would it be a good?
ko gila kan? Laki ngan laki kot.

4) What is no.1 studying about?
Biol-tech. kah kah

5) When was the last time you chatted with them?
them tu sape weh? Nama2 kat atas ni ea? no. 1 tu tak macam roommate aku pulak kan? tadi kot aku baru borak ngan dia. Adoi, takkan nak explain satu-satu kot? penat lah.

6) Is no. 4 single?
dia baru kapel tu. jangan kacau dia.

7) Say something about no. 6
kawan aku masa matrik, sampai sekarang. Belajar math kat upsi. Pegi ar tengok belog dia. tetiba pomote belog kau kan, eh kasik komisen ea lepas ni Zami. Hehe

8) What do you think about no. 3 & no.5 being together?
Kau memang sah gila kot? Diorang pompuan kot.

9) Describe no.9
pendek, comel, putih macam anak orang Mongol, pakai spek.

10) Do you like no. 8?
buat pe aku nak suka dia? Kawan aku je kot.

11) How about no. 10?
eh soalan ko mengarut sangat lah penggubal soalan. huhu.

dah, siap pun. Penat aku taip. Fuhh!

Tuesday, August 18

Oh, oh best giler!

Korang dah tgk episode baru Blogger Boy ke? Yang minggu lepas punya. Best lah~ Sekarang, aku sangat addicted dengan cite ni, it's a must watch thing lah. Hehe. Tak sabar nak tgk untuk minggu ni punya episode. LOL

Monday, August 17

Ekspedisi ber-pancake. Wehoo!

Curahan initiator. Masa ni bontot tengah kembang-kempis tak tahan sebab terlalu bangga.

Tu dia! Kitorang letak cebisan coklat dekat atas tu, supaya rasa dia nanti rasa coklat.

Layer pertama sudah siap lah! Tengok warna dia, wah sangat cantik lah!

Gambar aku ambik ni sangat scary la. Tangan siapa tu? wuu~ [gendang seram tengah dipalu kuat time ni]

Aku sedang berusaha ambik gambar kenang-kenangan bersama layer pertama pancake kitorang.

Wah! Pancake telah termasak. Ini perlu mesti dapat pujian dari Martha Stewart lah.

Acara berpotong, ala-ala istiadat bersunat lah ni.



Tengoklah bilik kami-kami telah selamat tersepah. Siapa nak kemas ni? Siapa??? [jerit dalam gua supaya ada efek gema]

Plan tak jadik. Bengang giler gua.


Bengang tak bengang lah semalam. Aku plan nak karok last2 tepaksa kensel buat benda lain. Aku tepaksa tengok cite ni; Land of The Lost. Tapi enjoy ar. Kelakar gila kot, sampai senak buah pinggang aku dok gelak macam orang tade sioman. Lepas dah movie, agenda berikutnya adalah window soping. Oh, heaven sangat bila tengok ada sale tapi duit takde. Heaven kan? Dia buat aku rasa geram dan ingin mengamok, rasa macam kau tengah makan ketupat palat tapi last2 tercekik sebab ketupat tu sangat melekit dan terlekat kat kerongkong kau.

Aku memang makan hati, seluar tu RM10 ok. RM10! Tapi aku takdek sen pun nak beli. Emy, tahniah kau beli seluar RM19.90 tu. Aku sungguh jeles. Yabedabedoo!

ni bukan aku. Budak ni nak sangat gambar semalam, hah, aku letak dalam blog. puas? hoho

Kolam Ikan Encik Eipul