My Tomey-Lotey Followers

Tuesday, September 29

*speechless


SUNGGUH AKU SANGAT TAK BOLEH PERCAYA YANG AKU SUDAH PUN TERBELI TIKET KONSERT BEYONCE ITU.

Sekarang aku kena pergi jugak lah ke Stadium Bukit Jalil 25 Oktober 2009 nanti, nak buat macam mana. Korang nak ikut? Kalau korang bawah 3 tahun boleh masuk free tau!
Jomlah!

Kelas batal & weehoo!!!

Tadi semua kelas aku kena batal dan kitorang buat plan macam-macam untuk isikan masa yang terluang tu contohnya

"Oy, jom pergi beraya dekat rumah Afrah nak tak?" atau
"Diorang ajak pergi ice skating wutsoever." dan
"Jom pergi Mines tengok JIN NOTTY!"

Tapi part tengok JIN NOTTY tu macam tak dapat diterima sangat kot since ramai dari kitorang yang dah hilang percaya dekat most of the Malay's film. LOL. So, part pergi Mines tu memang jadik but the thing is kitorang decide pergi sana dengan kereta Afrah which means 5 of us kena duduk berhimpit dekat belakang. Manakala Wan berjaya duduk selesa dekat depan memandangkan dia adalah lebih besar dari most of us dan mustahil sangat-sangat untuk dia turut berhimpit dekat seat belakang dan apa yang aku merepek ni sebenarnya? Kahkah.

Sampai dekat Mines kami-kami pergi makan dekat Spice of Malaysia, and aku makan my all time fav, nasik ayam dengan cendawan.
OMGosh, sedap gila sampai I can't consume more. Lepas tu kitorang pergi main bowling, aku berjaya jadi bukan insan-yang-markah-paling-corot, last2 tu aku dapat strike dan it does makes me feel a bit happier haha. Lepas bowling, kitorang pergi COBAY, which is some sorta like game arcade, aku main macam-macam kat situ sehingga aku pergi kaunter beli token tu banyak-banyak kali sampai tukang jual token tu buat muka cencurut bila nampak aku datang dengan muka happy-happy. Kitorang try game kereta which is best giler dan tak ingat nama game tu sorry. Lepas tu aku main game tembak-tembak hantu, dan main game perang-perang yang pelik.

Lepas tu aku decide nak pergi melalak sorang-sorang dekat karaoke but then tiba-tiba diorang tanya aku masuk bilik number berapa and they were like masuk duduk kat dalam bilik aku and start watch me sing dan tak mahu sing along sebab malu. Later baru diorang pergi cari bilik lain yang kosong dan start melalak dan there we were, boys in one room, and the girls in another separated room. Wutever~.

& lepas tu kitorang pergi jalan cari cd installer, barang-barang and I bought a cap and kain navy blue for my next project huhu. Can't stop looking fwd for that project LOL.

Tomorrow aku akan pergi Alamanda dan beli tiket konsert Beyonce so korang-korang tolong lah doakan aku berjaya dapat tiket. Kahkah.

Sunday, September 27

Slurpee. Oh! Oh!


All hail the SLURPEE!!! LOL
Beyonce cute giler!! & Britney macam entah apa-apa masa ni. [sekadar gambar hiasan sebab diorang tgh minum something]


What is important now is that Slurpee for me is so~ damn irresistible and everyday is not complete without it! Gosh!

*forgot to mention about this accident happened near the roundabout of the UPM mosque last night. The guy bled on the head and barely stands up by himself, thanks to Irwan cause I saw him helping the guy. His bike is OK I guess. & I don't even know what causes the accident to happen. Better ask Irwan later for more.

Kau hung up lagi aku tepuk kepala kau!!!

& to be seriously frank, aku memang gila-gila tak suka bila ada orang hung up telefon before aku sempat tanya apa-apa pun. Rude gila lah kau kan buat macam tu lagi-lagi kau jawab telefon tadi dengan terjerit-jerit macam baboon excited dapat gigit biawak kan kan?? Kau gila ea?

* not that aku hadap sangat pun nak call kau sewel!!!

*************************************************

Ohohoiyyy~
Kau tahu, sedap gila telinga aku dengar tadi ada budak kecik ni speaking dengan mak dia prong-preng-prong-preng fluent gila dengan slang UK.
"Sorry mother but I didn't took it!"
& mak ayah dia orang Melayu tau!


Menangis dowh! Teringin gila nak berguru dengan dia subjek dialek linguistik. Kahkah

nota pinggul: aku akan ajar anak aku cakap bahasa Korea satu masa nanti walaupun aku tak tau macamana mau ngomong Korea. Wakaka.

Friday, September 25

Ada tiket extra tak korang?

[picture from here]


[Beyonce's gonna roc KL this coming October!!!]

Listen guys, seriously, siapa-siapa yang ada terbeli tiket lebih untuk tonton konsert Beyonce dekat Stadium Bukit Jalil bulan depan boleh tak kasik dekat aku sekarang, please~ *Aku tengah melutut ni sambil buat mata berkaca-kaca. =p

Kalau tak dapat tiket front row yang RM500++ tu, seat VVIP pun dah kira ok jugaklah. Tolong aku please~ Mata aku ni dah naik juling tau sebab asek dok tengok Beyonce menyanyi dalam Youtube saja, nak jugak tengok sechara LIVE. Huhu


Tiket memang laju gila ar orang beli. Aku bukak website dia tadi, 'hot selling' katanye. Memang aku gementar gila tau sekarang ni. Huhu. Korang, u shouldn't miss this ultimate concert tau. As for me, kena lah tunggu duit aku yang dekat nak kering ni untuk membiak ramai-ramai dulu. Kebetulan, sekarang aku tengah buat eksperimen mengkaji pembiakan duit dalam nutrient agar broth. Ye ke? Tak paham ke? Err, budak-budak mikrob meh sini kejap terangkan pada kami sat pliz~ Hehe.

Coming this October 2009, Beyonce for the first time ever, has decided to make Malaysia part of her “I am….” World Tour. Organized by Marctensia and UCSI Communications, The Beyonce “I am…..” World Tour Live in Malaysia 2009 will kick off on Sunday, 25 October 2009 at the National Stadium, Bukit Jalil, Kuala Lumpur at 8:00p.m. Her “I am…” World Tour is the third worldwide concert tour by BeyoncĂ© in support of her third studio album, I AM...Sasha Fierce. The tour has visited North America and Europe. Tickets categories are divided into RM583, RM383, RM283, RM183 (number seated) and RM93 (free seating).

The Ticket Pre-Sale will start from Sept 22 to October 2 for fans to grab the best seats in the house. There will only be one show and tickets are expected to sell out for this once in a lifetime chance to see Beyonce live in Malaysia.

Beyonce has sold a whopping 75 million records worldwide and is currently the most successful female artiste this decade. She is the also the female artist with the most cumulative weeks at number one this decade with 37 total weeks at number one, the most top fives and the most top ten hits between the years 2000-2009. Beyonce has had tremendous success in both her group of her solo career. She is the winner of countless Grammy’s and other prestigious music accolades. Showing her talent for acting in Golden Globe award winning movie “Dream Girls”, Beyonce won critics over with her performance and had a nomination for Best Actress for her role in the movie.

Watch Beyonce as she does a metamorphosis on stage transforming into her alter ego Sasha Fierce. The show is highly rated by both fans and critics worldwide and promises to be an exciting spectacle with a strong vocal performance from Beyoncé. Her extraordinary all-female band joins her to perform musical hits as well as classics and surprises.

The Beyonce “I am……” World Tour Live in Malaysia 2009 will feature the full production with Beyonce bringing into Malaysia her state-of-art concert production. The “Asian Riders” of International Acts usually tours with scaled down production. Beyonce’s concert promises to be what will be the first international concert to showcase a full concert production in Malaysia since Michael Jackson.


& tak payah lah kau orang nak pandang serong sangat dekat aku sebab aku tau, ni bukan lah konsert idaman korang macam konsert Rafeah Buang atau Zaiton Sameon yang korang sayang. Tapi it does matter pada aku sebab aku memang minat gila ngan minah ni. Huhu. So, nak ulang suara kejap, pada siapa-siapa yang terbeli, terjumpa, terserempak, dengan tiket extra Konsert Beyonce, please bagi kat aku. Jangan terus hantar kat balai raya or balai polis ea. Aku mengharap sangat ni. Huhu.
T___T

Pergi lah jauh sikit boleh tak?


Seriously aku memang tak tahan lah. Kau boleh ketepi sikit tak? Can u imagine duduk betul-betul sebelah this someone yang ada odor like piss? Aku betul-betul rasa macam duduk sebelah tandas yang sudah 5 bulan tak basuh. Tak tipu. Lepas tu aku ingat dia nak duduk sekejap saje. Kau tahu? Dia siap berbual lagi dengan aku tanya macam-macam pasal family aku, lepas tu dia tiba-tiba nasihat kat aku supaya bawak motor hati-hati sebab sekarang ni banyak sangat kemalangan wutsoever. I'm like, duhh~, ok I get it and can u please jangan lagi duduk di sini cause I can't stop berzikir pada Tuhan supaya diberikan kekuatan pada hidung aku untuk bertahan lebih lama like seriously. Please~

Thursday, September 24

Pathetic wasn't it?

& this is my cute spongy thing that I bought for myself. Not that I asked for a chicky meal wutsoever because I don't deserve a chicky meal forGod sake. Heh. & despite of every little stupid thing that I did, I just happened to love it effing much.
& that sounds simply pathetic rite?

Today, my sis will get engaged with her other half.
& I'd say congratulations Angah for your very day. Hehe.
& don't ever ask me when is my so called enganging day because I don't have the significant-other-half yet. Haha.

& where's my choc cake? LOL

Wednesday, September 23

What happens on my Raya.

*nak pi jalan beraya rumah orang. Huhu.

Hari pertama dah cukup bosan sampai aku takde mood nak ambek gambar ramai-ramai. Ayah aku aje yang semangat ambik gambar cucu-cucu dia, gambar tetamu-tetamu yang datang rumah beraya, dan gambar orang tengah melantak makan macam-macam. Aku macam nak request ambik gambar satu family tapi tiba-tiba aku rasa macam malas pulak. So, kalau aku ada mood nanti aku upload lah gambar-gambar masa raya first yang my father amek.

Basically, apa yang kitorang buat masa raya first adalah makan-makan, salam-salam, tunggu orang datang rumah, lepas tu ikut orang yang datang rumah tu pergi rumah orang lain pulak. Best kan?

OMG, totally macam sumpah bosan gila.

Lepas tu raya kedua pulak lagi takde apa-apa kecuali kitorang ikut rombongan 'Oy-marilah-kita-pergi-rumah-dekat-Siliau-pulak-nak?' yang totally disasterous tu. Siliau tu aku tak tau macam mana nak eja sebab aku eja ikut apa yang aku dengar saje. Maafkanlah aku ye. Dah, korang jangan nak banyak tanya pulak pasal Siliau tu apa sebab tak penting sangat pun tempat tu sebenarnya.

What happens masa trip to Siliau tu adalah my nephew tak habis-habis menangis dan batuk-batuk sebab mama dia lupa nak bagi susu which kitorang terpaksa dengar dia menangis OMG lama nak mampos sampai lah Mama dia datang dan kasik susu dan masa tu memang happening gila la dalam kereta dengan my parents quarrel lepas tu my other nephew and niece bising macam dekat funfair. Seriously aku memang totally pening gila masa tu.

Ok, aku rasa macam malas nak teruskan pasal what happens masa my Raya sebab tak banyak benda pun nak cerita. Haha. K lar guys, aku nak teruskan telan semperit dan corn flake madhu. Doakan aku berjaya.

Tuesday, September 22

My 21st Birthday


Aku schedule kan entry ni on purpose sebab takut tak sempat nak update kat rumah. Well, hari ni birthday aku, aku mungkin tgh makan sepuas-puasnya dekat mana-mana open house skrg sebab my family tak pernah sambut siapa-siapa punya birthday pun. Paling busuk pun diorang just wish saje. Oklah, bila aku dah online nanti aku update entry ni kalau ada something happens on my very day. Till then, aku chao dulu ye.

Friday, September 18

Addicted to.

Apa-apahal korang amek dulu duit raya kat atas ni ea. Lengkap kan? rm100 takde sebab aku tak sempat nak cop not rm100 semalam. =p

Aku download season 2 Gossip Girl tadi dan marathon tgk cerita tu sampai sekarang, dah separuh jalan nak abes. Tiba-tiba rasa addicted pada cerita tu. Hehe. Dekat kolej aku ni dah senyap gila sampai aku tak tau nak buat apa lagi. Bosan nak mampos k. And too bad, ayah aku tak kasik aku merayap dengan Acu aku esok. That means esok aku kena balik dengan abang aku lah jugak, nak wat camne.

Tadi aku nyaris langgar kereta apek lahanat yang sumpah kurang ajar gila. Aku nak masuk simpang belah kanan, dia datang dari depan dan bagi signal nak masuk simpang belah kiri aku. Aku pun terus je lah masuk simpang tu sebab dia tak nak jalan terus. Tiba-tiba dia jalan terus dan tak masuk simpang. Woi, sikit lagi nak langgar dia! Babi betul. Yang aku tak tahan tu dia pergi hon kuat gila, dahla depan tu bazar. Semua orang kat situ terus tgk aku macam nampak baboon jilat-jilat dubur sendiri. Sialan punya apek. Lepas tu ingat dia nak mintak maaf sebab silap dia kasik signal tapi jalan terus. Dia boleh bukak pintu jerit kuat-kuat kat aku 'Woi lu mau mati ka?!!!'.

Kalo korang la jadi aku, korang buat apa? Senyum lebar sambil buat peace dekat apek tu ke atau korang tunjuk fuck kat dia? Aku tergamam sampai tak buat apa-apa pun dan aku menyesal tak maki dia masa tu jugak. Argghhh!!!! Geram gila aku.

Ok cukup kot mencarut banyak-banyak sebab tak baik untuk kesihatan ginjal. Aku pack barang sekejap tadi lepas ayah aku bebel-bebel tak mo kasik aku balik dengan Acu. Adoi, hari ni memang malang gila lah kot. Bengang siot. Ah lantak lah. Yang penting aku dah tak sabar nak balik sebab bosan terperuk dalam bilik ni sorang-sorang.



baju raya aku. Cantik tak?

Camat Ayi Yaye!!!


Nota pinggul: Semua orang dah kasik kad raya. Aku jealous beb! So, korang terpaksa ambik kad yang aku buat ni dan segera tepek kat mana-mana ruang yang korang ada. Ini adalah paksaan. Korang takde pilihan lain kot. Hahaha.

Dan Selamat Hari Raya semua. Maaf kalau ada bikin masalah pada korang wutsoever. Ikhlas dari aku. =)

Thursday, September 17

Enjoy lepas bengang test susah.


Selalunya orang akan enjoy kalau dia macam happy sebab dapat skor masa test atau untuk raikan kematian kucing jiran sebelah, tapi kami-kami lain sikit kot. Disebabkan bengang dengan ujian yang susah itu, dan tak macam satu soalan markah minimum dia 15 pulak kan? Ok, aku malas brag pasal test.

So, Hapiz ajak kitorang ramai-ramai[tak ramai pun actually, 8 orang je kot] pergi makan tom yam favorite dia dan sekarang jadi favorite aku pulak. Sedap tau benda ni. Macam biasa, gelak kuat-kuat dan buat lawak bangang adalah perkara wajib bagi kitorang.

Dan nak dijadikan cerita hantu, Hapiz ajak aku pergi Uptown Shah Alam dan aku ajak Bacit pergi sama. Aku malas nak beli apa-apa tapi orang ajak pergi jalan-jalan memang tak dapat dilepaskan la, tak tau kenapa. So kitorang gerak dalam pukul 12 lebih. Jauhnya Tuhan saje yang tau. Jauh tau! Sakit bontot aku naik motor dengan Bacit pergi sana.

Kitorang jalan-jalan usha baju, Crocs bersepah sana-sini, Hapiz pun berjaya beli satu. Dekat sana ada satu kedai jual benda-benda yang menakutkan macam ular, kala jengking, ikan todak dan Bacit leka gila tengok benda tu sampai kena tinggal dengan kitorang.

Oh, dekat sana aku jumpa Boney[saiful amin], classmate aku masa kat MRSM Mersing. Tapi tak borak lama pun sebab aku takut kena tinggal dengan diorang. Lepas dah penat jalan-jalan, kitorang pergi makan dekat restoran yang ada kat situ.



So, itu je lah kot benda yang berlaku semalam. Dan hari ni aku dah mula bosan sebab ramai kawan aku dah balik kampung. Aku kena tunggu Sabtu ni sebab malas nak balik naik tren. Aku nak balik dengan Acu aku. Hehe.

Wednesday, September 16

Otak aku sudah serabot.

Amaran: Entry panjang saja-saja nak taip banyak-banyak macam lah aku ambik sastera Melayu. JANGAN BACA kalau mata cepat terasa pedih dan otak cepat bosan.
Dan bila ada macam-macam yang kacau kepala aku buat masa ni, aku pun cepat-cepat ambik keputusan untuk persetankan saje ujian 4914 yang akan mengganggu-gugat ketenteraman benak jiwa aku malam ni. Yelah, banyak sangat benda yang aku kena fikir-fikirkan-dan-selamat-beramal kali ni. Firstly, aku rasa sangat terkilan sebab aku lepaskan peluang-peluang keemasan yang aku pernah dapat satu masa dulu hanya sebab alasan yang berasingan. Ada dua peluang keemasan yang sekarang aku rasa sudah tak emas lagi sebenarnya. Alasan untuk perlepasan peluang pertama; aku nak enjoy dan tak mahu susah-susahkan diri sendiri untuk buat benda susah yang tak de lah berapa nak susah kot. Alasan untuk perlepasan peluang kedua; sebab aku malu dengan kenalan-kenalan yang aku rapat tentang isu itu.
Ok. Itu dua hal yang berkait dan aku berjaya untuk buat tidak tahu dan malas ambil pusing hal yang sangat boleh menguntungkan hidup aku. Sekarang, aku sangat menyesal sampai selalu sangat fikir pasal benda tu even masa aku tengah terberak pun aku boleh termenung "Haish kenapalah aku bangang sangat! Padahal benda tu sangatlah simple.". So, sekarang apa yang wujud cuma rasa untuk betulkan balik apa yang aku mungkin akan terlepas pada satu hari nanti. Ramai kawan-kawan dah pun mengangkang sambil korek hidung sekarang ni sebab tak perlu nak fikir banyak sangat pasal tempat praktikal untuk sem depan. Aku jeles beb. Kau tahu, sekarang aku macam fikir pasal praktikal sampai aku mimpi ngeri kadang-kadang, praktikal tu macam watak hantu dalam setiap mimpi aku, dan si praktikal akan cuba takut-takutkan aku dalam mimpi tu contohnya dia menyorok belakang dinding ni dan aku tengah jalan-jalan sambil makan aiskrim dan si praktikal akan terkejutkan aku sampai aiskrim yang aku pegang akan tercampak, macam entah apa-apa.
So, siapa-siapa company yang terbaca entry entah apa-apa ni, silalah recommend kan aku untuk kerja kat kilang korang. Gaji kalau boleh nak RM5000 ke atas sebulan. Ok tak? Dan sekarang ni aku rasa macam nak tukar course lah pulak. Ataupun kalau boleh nak mintak UPM tolong anjurkan graduation aku esok hari supaya aku dapat graduate dengan cepatnya dan tak payah lah aku nak terhegeh-hegeh belajar lagi. Ok? Dan dalam satu kes yang tak nampak macam berkait pun, aku rasa sekarang ni aku terlalu jauh dari aku yang dulu. Aku rindu aku yang dulunya tak tinggal solat, kalau nak buat jahat fikir pasal dosa, bila nak tido baca doa makan, opps! Like seriously, everything sekarang ni seems to be terlalu berantakan sampai aku macam dah tak jumpa rasa gembira tu apa maknanya. Sekarang ni apa yang aku rasa buat aku gembira adalah makan sampai kenyang, keluar jalan-jalan dan shopping sakan, menyanyi dengan kawan-kawan dekat karaoke, online obviously, gelak macam orang tak betul, menari-nari dalam bilik sampai senak perut, tengok TV sampai tertido. Ok, tak dapat fikir benda lain lagi dah. Eh, kejap. Ignore perenggan ni boleh tak? Aku rasa segan pulak tiba-tiba bila sebut pasal hal-hal private macam ni.
Dan ada lagi satu kes yang tak berapa nak berkait lah macam aku rindu pada parents aku. Tapi pada masa yang sama aku macam tak de hati nak balik sebab segalanya terlalu bosan bagi aku. Even kakak aku nak bertunang raya ketiga ni pun aku tahu sebab kakak ipar aku terbagitau kat aku masa aku melepak dekat rumah dia itu hari. Kakak ipar ok, bukan my own siblings. Aku tiba-tiba fikir pasal 'are they like ignoring my existence sekarang ni?'. Bukannye apa, I was thinking maybe it would be good if my own sis yang bagitau pasal dia akan bertunang raya ketiga nanti wutsoever sebab kami kan so called adik-beradik. But things were different between us lah sekarang. There are too many things aku tak dapat nak handle sejak aku masuk sekolah asrama dulu. Sejak tu, kami-kami macam susah nak rapat. Aku rasa salah dia banyak boleh diletakkan atas diri aku sendiri sebab aku rasa aku yang menjauhkan diri dari diorang. Masa tu aku rasa family aku adalah kawan-kawan aku. Aku lebih sayang dekat kawan-kawan aku kot. Family tempat aku bergantung pasal kewangan saje. Korang rasa aku jahat kan? Tapi aku tak sengaja tau. Serious. Aku tak pernah intend untuk buat macam tu. Dia lahir dari jiwa aku sendiri. Aku macam cepat sangat selesa dengan keadaan baru dan tak boleh nak adapt dengan keselesaan yang lama. Aku selalu kena bebel pasal aku tak banyak cakap dengan family. Diorang macam pelik dengan perubahan aku yang terlalu ketara bagi mereka tapi bagi aku tak. Aku tak sedar pun. So, aku rebel. Aku anak tengah dan biasanya tengah-tengah ni angin kus-kus dia over sikit. Sampai my parents tak tau nak buat apa lagi dengan aku.
Aku sedar, aku banyak buat family aku sedih, lagi-lagi my parents. But aku tak sengaja beb. Aku dah penat explain tadi, malas nak explain lagi. Lagipun kalau kau tengok family aku, kitorang tak rapat sangat antara satu sama lain. Baju raya pun kalau nak sama color satu family aku rasa harapan sangat lah, kalau dalam mimpi tu pun dah macam seven wonders in the world kot. Tak pernah terjadi pun kitorang pakai baju raya sama colour ramai-ramai. Paling busuk pun aku dengan adik aku si Firdaus tu, mak belikan baju warna sama sebab dulu aku berdua je dengan adik aku tu kat rumah, lagipun kitorang lelaki. Senang nak sama-sama kan baju. Lagilah masa aku sekolah rendah dulu-dulu, fuhh! Baju raya untuk hari raya pertama sama dari atas sampai bawah sampai aku tak pernah rasa segan kitorang ada baju raya yang sama. Oklah, aku dah penat membebel pasal family aku. So, kesimpulannya, hubungan aku dengan family boleh korang anggap sebagai dingin-dingin peti ais lah ye. Sekian pasal family.
Sekarang ni aku nak membebel pasal masalah yang paling besar abad ini. Wajarkah aku balik kampung dengan abang aku atau dengan Acu aku? Kalau aku balik dengan abang aku, aku bakal naik motor dengan dia dan dia akan bawak laju nak mampos dan selagi ada jalan simpang siur, selagi itulah dia cuba buat lap terbaik macam lutut kau tinggal 10mm saje lagi nak tergahar pada jalan tar. Tapi kalau aku balik dengan Acu aku, aku boleh jalan-jalan dengan dia dekat KL dan kitorang akan pergi sana naik kereta. Nampak nya perkara ni sangat bias pada 'eh lagi best aku balik dengan Acu aku lah' tapi perlu diingat, kalau aku balik dengan Acu, aku bakal berbelanja lebih had dekat KL dan aku bakal takde duit untuk masa-masa yang mendatang. So, nampak tak kat sini masalah ni macam besar gila sampai aku runsing nak fikir jalan penyelesaian dia nak buat macam mana. Oklah, aku dah taip benda-benda bodoh ni dekat sejam dah. Jadi tangan aku dah letih. Aku nak try study ni. Harap otak aku sudah kurang serabot.

Serik sahur dekat tepi tasik.


Dah! Lepas ni aku malas lagi dah nak sahur tepi tasik. Aku dah pergi kedai deret rumah teres dah ni tapi kenapa dia macam tak pernah belajar apa-apa pun pasal tom yam susu? Siap kerut-kerut hidung lagi bila aku order. Dah lah siap lambat. Meja sebelah yang sampai lambat pun dapat dulu. How? Bagitau ar awal2 korang nye nasik dah abis. Tak de ar aku tunggu lama macam nak tunggu giliran masuk tandas masa pagi-pagi. Lepas ni aku sahur dekat bilik aje lah. Makan biskut letak madu lagi baik kot. Tadi dah la aku tido pukul 3 lebih sebab nak siapkan lab report. Sudahnye nota tak baca habis pun sebab mata gua dah tak boleh tahan lagi. Adoi! Kan best kalau aku adalah budak yang dah grad dan kerja gaji stok puluh ribu punya. Malas tau nak study-study ni. Tambah-tambah pulak assignment berlambak macam ikan masin. Hish!

Tuesday, September 15

Craps. [kad raya updated]

Cerita senja masa berbuka:
- Aku berbuka dengan Afro, Wanilizzard, dengan Halwa Manis, [nama semua telah kena otter takut diorang famous tak pasal-pasal], dekat Alamanda. Ingatkan nak pergi kedai yang murah-murah macam Nando's atau Kenny Rogers ke apa, rupanya diorang bawak aku pergi melantak dekat kedai mahal, si Food Court yang nama dia RASA tu sebab tempat-tempat murah yang lain sudah fully booked. Tak menangis korang? Lepas tu aku macam saje-saje ajak berlibur dekat bawah main game wutsoever, mereka-mereka tak mahu, sebab nak balik study katanye. Sudahnye aku bawak diri pergi online kat cc. Wuu~

Cerita malam gelap:
- Mula-mula tengok TV cerita ANTM apa entah, macam best. Lepas tu Liang datang kasik cerita Jepun macam sial ko tau! Kerat sini, potong sana, gerjaji situ, cocok perut sana. Woi! Tak lalu beb nak makan apa-apa masa tu. Masing-masing tutup sebelah mata, guna sebelah mata pun dah kecut perut wey tengok darah terpancut-pancut, isi perut terkeluar-keluar. Siriyesli cerita psycho mana entah apek Liang tu kasik kitorang tengok! Adoi!!!

Cerita pagi buta:
- Makan so called tom yam susu dengan Bacit. Sedap. Tapi rupa-rupanya salah kedai. Hapiz kata kedai tepi tasik, so aku assume kedai yang betul2 tepi tasik tu lah kot. Masa order aku tak sedap ati dah sebab bila kitorang tanya pasal tom yam susu, dia macam blur-blur ayam tak tau apa-apa. Sudahnye aku menangis bila Sharel kata bukan kedai gred D tepi tasik tu tapi dekat kedai gred E yang attached dengan deret rumah teres sebelah tasik. So how?

Cerita tengah hari:
- Aku baru download lagu 3OH!3, Startrukk, guna berokband si Jeya Bohemia. Woi, best giler Munah! Ko tak caye ko dengar sendirik lah! Kitorang sampai clubbing kat dalam bilik tadi pasang lagu kuat-kuat pasang bass bergegar-gegar semua sampai jiran sebelah berkumpul ramai-ramai bawak obor api nak serang bilik kitorang. Wahahahahaha [gelak jahat].

Cerita sekarang:
- Sebab aku banyak sangat buat benda merepek, nota tak baca lagi lah sayang intan payung oi! Esok exam kot. Nak suruh aku jawab soalan esei tu dengan lirik lagu Zaiton Sameon ke apa? Baik aku chalo dulu sebelum aku menyesal. Eh, kejap, nak layan fb dulu lah, & then baru baca nota. Ok tak?

nota pinggul: ni kard raya si Nisa kasik kat aku. Cantik tak? Singgah la blog dia. Best!!! [bodek tak boleh blah]

ni pulak kad eazy izzuddin kasik tadi. LOLni kad raya dari Sharil pulak

Monday, September 14

10th Sept - BBQ dengan coursemate.















Pukul 4 sudah start nyalakan api, tapi ayam sampai lambat jadi kami-kami melangut tak tau nak buat apa. Bila ayam sudah sampai, makin ramai turun sampai tempat tu havoc macam ada konsert Rafeah Buang. Masing-masing gelak kuat-kuat, menjerit macam orang sudah tak betul, ambik gambar sampai ada yang termuntah-muntah sebab tak tahan ambik gambar banyak-banyak. Itu saje kot yang menarik pasal ini hari. Budak perempuan sediakan air, cekodok, agar2 laici, dan lelaki uruskan segalanya pasal pembakaran ayam. Fair enough kan? Aku makan 2 ketul ayam dan tapau lagi 2 ketul ayam bawak balik bilik. Kenyang gila masa tu dan malam tu lah kitorang gerak pergi segala Downtown dan Jalan-jalan TAR tu semua. Sekian.

Reunion Squadron. Wakaka.


Besties masa Matrik Johor datang bukak puasa dengan kitorang semalam. Best ar sebab masing-masing memekak macam orang gila, gelak huha-huha, sambil tgk TV apa semua. Yang penting aku masak benda-benda merepek macam maggi kari dan pau inti masin nak mampos sampai berkerut-kerut muka Bacit nak telan. Wahaha. So, tgk lah gambar-gambar juadah yang berlambak kat atas ni. Semoga korang terliur. Hehe.

Saturday, September 12

Rindu dengan hikmat jalan menyelit-nyelit.

Dan sekali lagilah aku keluar jalan-jalan. Kali ni pergi dengan besties jalan ramai-ramai dekat SOGO. Aku ingatkan nak shopping baju tapi banyak sangat yang tak cantik dan mahal pulak tu. Cuma ada satu jacket PEPSI yang memang dah menarik hati aku tapi last2 aku tak beli jugak dan sekarang aku menyesal gila sebab tak beli. Damn!

Aku sebenarnya sampai sangat awal kat SOGO dan terpaksa jalan sorang-sorang kau tahu? Segan giler sampai aku jalan tunduk-tunduk bawah aje. Aku cuba jugak lah usha-usha baju dekat situ tapi memang tak boleh lah. Aku macam kurang keyakinan kalau jalan sorang2. So, aku naik atas pergi main game, lepas tu nyanyi sepam dua dekat karaoke jamban entah lagu merepek-repek, tak ingat dah tajuk dia. Lagu Ramlah Ram kot. Huhu. Bosan kot sorang-sorang masa tu. Nasib baik diorang sampai tak lama lepas tu. So, kitorang terus pergi Food Court dan sedia untuk berbuka.

Azpa sampai lambat sikit. Masa dah nak berbuka baru lah dia sampai. Lepas kitorang berbuka, aku ajak diorang pergi Jalan TAR sebab geram haritu pergi tak dapat beli apa-apa. Setelah 2 kali jalan kehulu-hilir, aku ambik keputusan beli baju Melayu kat situ. Aku takut tak sempat nak beli pulak kalau aku tunggu time balik cuti nanti. Masa tu kelakar lah. Aku main menyelit-nyelit celah orang ramai tu laju-laju dengan Nene. Teringat masa kitorang kecik-kecik dulu. Memang kenangan lah. Tak paham? Tak payah faham kot. LOL

Last sekali, aku sempat beli shades dengan selipar dekat jalan nak pergi Putra Masjid Jamek tu. Aku balik awal sikit sebab diorang yang lain tu sibuk bincang entah apa-apa aku pun tak tahu.

Sampai kat Serdang aku mintak Bacit tolong ambik. Punya lama aku tunggu sampai naik berkematu jubur aku duduk lama-lama atas bangku besi tu. Lepas sejam lebih tunggu, Bacit pun datang. Aku bukan main happy tak tau nak cakap apa, tapi tak jadik nak happy, aku terus senyap dan nak menangis. Cuba teka kenapa? Aku nak naik macam mana bai? Bacit tak bawak helmet lebih, boleh tak?

Dah aku kena tunggu lagi. Aku dah berpeluh-peluh risau sebab jam dah dekat pukul 12. Kalau lewat kau tak akan dapat masuk kolej, kena lah tidur dalam longkang ke atau motel-motel murah yang ada dekat2 situ. Nasib baik Bacit struggle bawak laju-laju, kitorang lewat masuk lebih kurang 2 3 minit saje. Fuhh!!!

Sampai bilik aku macam oh lapar gila lah dan terus pergi bilik Sharil makan spaghetti yang diorang tapau masa berbuka tadi. Sedap wo! Pandai pakcik Nisha masak! Lepas tu aku bantai tido nyenyak sampai sahur pun pukul 5.30 pagi dan macam gelabah gila makan sebab takut azan Subuh start. LOL

nota pinggul: Aku macam takde mood nak tulis pasal semalam sebenarnya. Sory lah kalau entry ni macam bosan nak mampos.

Friday, September 11

Jalan rush-rush. ( -__-")

Nah, ambik muka garang aku ni! Kau tak nak tanya kenapa aku garang dan bengis pada waktu ni? Sebab aku bengang tunggu orang lama sangat macam tgh tunggu kambing siap mengawan. Lupakanlah, sebab dia dah gembirakan aku sekejap sebab lead jalan pergi tempat yang best macam Downtown Danau Kota, Jalan TAR yang bukan jalan tar, dan Downtown Cheras.

Tapi gembira-gembira aku pun sekejap saje sebab setiap tempat yang kitorang pergi semua nye berkonsepkan jalan-jalan-rush-rush. Macam jalan terus dan kau tak payah tengok kiri kanan. Nak beli itu ini memang tak sempat langsung sebab takut kena tinggal. Macam mana tu?

Last2, baru aje nak belek-belek baju, dah ada missed calls beratus-ratus, mesej pulak berderum masuk sampai cecah ribu-ribu suruh cepat sikit sebab dah nak balik. Siapa tak hot? Kalau kau tengah berak, lepas tu ada orang ketuk-ketuk pintu jamban kuat-kuat sampai pintu tu macam nak di ambang kerobohan, kau selesa tak?

Aku end up beli wallet yang tak rupa wallet, ada sikit-sikit macam beg kain sarung jugak lah kalau tengok sekali imbas. Itu saje. Tak de lain. Dah! Jangan cakap apa-apa. Aku tengah sedih ni. Wuu~

Thursday, September 10

Wohoho!!!

Semalam masa lab kitorang buat tafu fa ngan tahu. Tak best kan? Lagi tak best sebab kumpulan aku buat tafu fa. Jealous giler bila tengok budak group tahu goreng2 tahu sampai aku telan air liur banyak kali dan istighfar teringat yang sekarang tengah puasa.



Lepas berbuka, Ieda call aku. Kalau dia call aku, takdek sebab lain dah, mesti nak suruh sign kan attendance, ataupun ajak jalan-jalan. 2 tu je. Takkan lari jauh lah. Aku memang dah hafal semua tu. Tapi kan dah malam, for sure lah dia call sebab nak ajak aku jalan-jalan kan? Last2 betul. Haha.

Kitorang pergi Alamanda, padahal aku ada meeting sebenarnya pukul 10 tu. Sorry la Afiq. Seems like jalan-jalan ternyata lagi penting bagi aku. Gagaga. Aku ajak Bacit sekali. Kitorang pergi tengok wayang, cerita Dance Flick. Kelakar gila macam totally lawak bodoh sampai aku gelak terkencing-kencing. Aku paling gelak part boyfriend dia tengah ajar menari, lepas tu kamera dok asyek zoom dekat bontot perempuan tengah menari ballet, rupa-rupanya itu bontot boyfriend dia. Boyfriend dia pakai legging warna sebijik warna kulit pompuan tu. Lepas tu perempuan tu pandang jijik gila kat bf dia. Apalah aku merepek ni kan? Korang patut tengok sendiri ar cite ni. Lawak giler bai. Gua tak tipu. Oh, paling gelak sampai keluar-keluar air mata time ada 2 orang perempuan menari, yang body pumping tu, memang totally menari laju gila sampai boobs dengan butt diorang layut-layut, tapi diorang still continue menari. Bapak kelakar gila time tu. Hahaha.

Actually, sebelum tgk wayang tu aku ngan Bacit main game lumba kereta dekat arcade game tu. Siyesli best gila! Aku tak ingat bila last aku main benda-benda macam ni, aku rasa dah lama dah kot aku tak main. Lepas tu Ieda jadik cheerleader kat belakang. Lawak gila sampai masuk wayang lambat. LOL

Lepas tu, kitorang masuk Carrefour sebab aku ngan Bacit nak carik barang untuk sahur pagi ni. Aku capai patty Ramlee Burger, lepas tu Bacit amek sos. And then jumpa sushi, macam murah gila dan terus beli.

Ingatkan nak jalan-jalan lagi sebab still awal, masa tu macam baru pukul 10.30 mlm, tapi Ieda nak balik cepat so terpaksa akur sebab dia yang bawak kereta. Haha.

Sampai kat bilik, kitorang terus grab sushi dan makan dengan lahapnye sampai wasabi tu meruap masuk dalam rongga hidung aku. Memang totally pedih tak terkata ar. Online2 sekejap, pastu terus tido. Bangun-bangun je, Bacit dah siap masak burger. Best gila dan terus makan sebab lapar dah kot. LOL

Wednesday, September 9

999


09/09/09



nota pinggul:
aku cuma nak abadikan detik cantik ni dalam blog. Jangan marah lah ye.

Silver platter is so you. I mean it!







Dah sudah, kau siapa pulak yang tiba-tiba nak kata ini tak sesuai, itu tak lawa? Aku boleh accept yang kau nak cakap kau terlalu sangap untuk nak buat perubahan pada so called tema tu tapi masalahnya perlu ke kau nak mention "tak nak bunga lah kali ni". wtf?

Kau insult aku punya kerja and I am like "kau ingat cantik sangat ke apa yang kau pernah buat tu?". Dah la macam tahi. Aku suruh buat kerja sikit itu hari kau dah melatah macam opah, lepas tu buat macam piece of shit, ingat lawa gila lah tu? Ok. Kali ni aku takkan sentuh apa-apa pasal konsep. Aku nak tengok sejauh mana cantik yang kau idamkan tu. Aku nak sangat tahu apa yang kau nak buat dengan tema futuristik slash sarat-dengan-teknologi kau tu.

Lepas tu kau kata tak mahu colour asas lah, nak warna hi-tech macam silver wutsoever. Aku dah siap bayang dah lepas ni habislah, penuh dengan imej cyborg dan kereta terbang dalam tu, kalau tak pun, mesti ada tempelan wallpaper 'hi-tech' dalam each page sampai kalau Robocop tengok pun macam nak naik pitam.

Yang sorang ni lagi lah, ada hati nak gabung warna silver dengan merah beserta kuning. Kepala kau! Kau nak buat kostum badut sarkis ke apa? Aku malas nak interfere sebab aku sibuk tengok Gossip Girl tadi. Lagipun aku terlalu malas nak bercampur dengan budak-budak yang perasan diri tu hebat sedangkan kosong macam tin sardin yang dah karat dan sudah habis kena makan dengan kucing. Apa-apa pun, all the best lah dengan harapan kau orang tu. Aku nak duduk kangkang-kangkang dan malas nak ambik pusing sambil tgk apa akan jadik tahun ni. LOL.

*wah, bapak arrogant aku kali ni. Ah, pedulik apa aku. Kah kah.

Dalam satu kes yang tak berkaitan, aku dengan Bacit masing-masing uli tepung tadi. Aku buat doh untuk pau, Bacit buat doh untuk roti bakar. Dan hasilnya adalah magnificent! Roti Bacit sangat sedap dan stuffed dengan tepung, memang penat nak kunyah lah. Dan pau aku, memang totally heaven. Kitorang dah macam "Weh, kita patut jual lah pau ni. Mesti laku kan?". Sorry ar tapi seriously heaven pau tu. Aku tak tipu doe. Kekeke. Tak sesia aku menguli dekat setengah jam sampai ketak-ketak lengan aku otot timbul sana sini. Thanx ar Auntie Syabar sebab itu hari ada kata kat aku suruh uli lama sikit kan? And the outcome is simply outstanding auntie! Hehe. I really love it!

nota pinggul: Sorylah gambar tu tiba2 aku letak kat atas. Malas gila nak susun balik. Huhu.

Kolam Ikan Encik Eipul