My Tomey-Lotey Followers

Saturday, October 31

Cerpen-kek. -PART 1-

Katakan sekarang ni aku tiba-tiba tercuba untuk penuhkan archive entry aku dengan post kan satu entry berbaur percintaan, korang ada perasaan nak baca tak? Kalo tanak baca korang bolehlah pegi main jauh-jauh ea sebab aku tengah rajin nak menulis entry panjang ni. Haha.

Arakian tersebutlah kisah Ayob(bukan nama budak bandar tipikal) merupakan seorang pelajar senior kat satu sekolah. Dia ni memang teramat lah fancy pada budak pompuan yang comel. Nak dijadikan cerita sensasi, tibalah masa budak-budak junior tahun baru masuk sekolah tu dan off course lah si Ayob ni excited gila babi, mana tak nye, paling bangsat pun, kalau tak dapat 10, mesti ada sorang antara budak baru tu adalah seorang pelajar pompuan yang comel kan? Dan untuk pendekkan cerita, Ayob semangat lah scan satu-satu budak pompuan baru masuk tu dan apparently, dia spot sorang yang memang cute gila lah, cute yang amat sangat bagai serupa macam watak pompuan dalam cerita korea. Suka lah Ayob.

Ayob memang jenis orang yang highly enthusiast, gemarkan cabaran, tak suka mandi(ok, takde kaitan sangat), dan jugak seorang yang suka bertindak agresif. Jadi, esoknya, Ayob terus menjalankan kegiatan background checking pasal pompuan cute tu. Macam-macam cara Ayob cuba, tengok list nama budak baru dalam sistem pelajar, tanya kawan-kawan dia yang uruskan pendaftaran pelajar baru, dan tak kurang jugak dengan mengintip kelas mana budak perempuan tu masuk.

Lepas Ayob dah berpeluh-peluh berusaha dengan gigih untuk tahu latar belakang perempuan cute tu, Ayob pun dapat tahu sikit-sikit pasal dia contohnya budak tu asal dari KL, nama dia Mariamah Tijo(bukan nama pemberita RTM), dia kelas Cendana Garu, homeroom Etiket Cinta, nombor bilik 999, tapi nak buat apa pulak number bilik tu? Macam lah Ayob boleh tembus masuk asrama perempuan pulak kan? Ok, sila abaikan.

So, Ayob kan aku dah mention tadi yang dia ni jenis persuasive dan agresif macam binatang buas, tak menyempat-nyempat tau-tau aje Ayob dah pun siapkan satu surat cinta.

Hi Mariamah Tijo. Saya suka awak. Awak comel.
Ni roti saya beli, makanlah sampai kenyang.
Nama saya Ayob. Saya budak kelas 4 Cengkih Masam.
Harap awak sudi kawan dengan saya.

Hihi.
Kawan baru awak,
Ayob.

Oh, aku ada termention pasal roti ea? Ayob tepekkan surat cinta dia tadi kat atas roti coklat Gardenia yang harga 50 sen dan roti murahan tu Ayob beli semalam dekat koperasi sekolah. Ayob check ke tak due date roti tu masa beli? Tak agaknya. Alah, tak kisah lah tu semua. Bukan penting sangat pun.

Lepas tu, Ayob tunggu Mariamah Tijo dekat koridor kelas 1 Cendana Garu dengan harapan dapat kasi hadiah pertama tu by hand terus pada Mariamah Tijo.Tunggu punya tunggu Mariamah Tijo pun sampai. Ayob pun apa lagi, terus lah kasik dekat Mariamah Tijo roti sekali dengan surat tu. Mariamah Tijo mula-mula macam blur tapi sebab dia tengah lapar, dia terus rentap roti tu dan makan dengan lahapnya. Terima kasih pun tak dekat si Ayob. Tapi Ayob tak kisah. Pada Ayob, itu dah cukup lah sebab Mariamah Tijo accept hadiah yang dia kasik dengan bersemangat.

Tapi Ayob tak perasan satu hal. Mariamah Tijo tak baca pun surat cinta yang Ayob tulis tu sebab after dia bukak wrapper roti tu, dia amek roti tu dan terus buang wrapper tu sekali dengan surat dari Ayob masuk dalam tong sampah sebab dia ingatkan kertas tu kertas resit beli roti. Kesian Ayob kan?

Hari esoknya, Ayob naik gila lagi dan kali ni dia dah siapkan roti gardenia tepekkan dengan coklat spread mahal yang dia beli dekat Giant minggu lepas. Jenama coklat spread tu kalau tak silap aku... oh aku tak ingat rupanya. Sori. Roti tepek coklat tu dia buat pagi tadi sebelum pegi sekolah dengan penuh kasih sayang. Surat mesti ada, mana boleh tidak. Ayob dah siap tulis malam semalam lepas dia basuh buntut sebelum tido.

Mariamah Tijo, macam mana dengan roti semalam?
Kenyang ke? Saya ada buatkan awak roti tepek coklat ari ni.
Harap awak makin kenyang lepas ni.
Bolehkah kita jadi pacaran lepas ni?

Haha.
Bakal pacaran awak,
Ayob.

Pagi tu ada perhimpunan pagi. Ayob sanggup pegang roti tu lama-lama sampai peluh tangan dia meresap masuk dalam roti tu. Nasib baik Ayob tak sedar hal tu. Sedar-sedar perhimpunan pagi dah abes. Ayob pun gelabah cari mana kelibat Mariamah Tijo tak muncul-muncul dari tadi. Lepas Ayob penat cari 'bakal pacaran' dia tak kunjung tiba, Mariamah Tijo pun muncul entah dari celah mana.

"Macam tahu-tahu je aku nak kasik dia sesuatu", bisik Ayob perlahan dalam ginjalnya.

Ayob terus hulur roti tepek coklat tu sekali dengan surat kedua kepada Mariamah Tijo. Macam biasa, Mariamah Tijo yang lahap tu terus rentap hasil pemberian tak seberapa dari Ayob dan makan dengan gelojohnya. Surat Ayob dia jadikkan tisu lap muka sebab peluh dia keluar macam air mata air, al-maklumlah, cuaca masa tu memang terik, panas mengalahkan dekat Gurun Sahara nun.

Dan sekali lagi jugaklah Ayob tak perasan yang surat ikhlas dia tak dibaca. Lagi sedih, surat tu jadik bahan untuk lap kan hasil respirasi badan si Mariamah Tijo. Best kan?

-----------------------------------------------------------------------------------------------

So how? Apa sambungan cerita percintaan Ayob bersama Mariamah Tijo ni? Kalau korang nak tahu nanti-nanti aje lah aku sambung ea sebab pinggang aku dah nak patah ni (takde kaitan pun pasal letih menaip), nota lab FST4822 aku pun tak berganjak-ganjak dari tadi. Wish me luck untuk exam esok. Tata.

Sunday, October 25

Hidangan Mashikunya.

lelehan liur thai. Selera tak?
wuhoo!!!
...

Patutnya hari ni aku dah ada kat Stadium Nasional Bukit Jalil tengah menjerit-jerit menyanyi sama-sama dengan Beyonce dan menari Single Ladies ramai-ramai dengan semua penonton lain tapi nak buat macam mana, konsert dia sudah batal. So, aku segera main masak-masak dengan room mate lepas aku penat membuta tak ingat dunia sejak tengah hari tadi. Kitorang masak apa ko tau? Ada roti telur sebagai appetizer, sardin sebagai hidangan yam tuan utama, dengan semangkuk jeluk chicken bishop goreng ala-ala sauna. Sambil masak sambil menyanyi lagu-lagu Beyonce sampai menangis-nangis. Over gila!

Sekarang aku tengah bahagia online dekat depan library. Terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan buat pak guard fakulti aku yang poyo tak kasik aku online dalam fakulti tadi. Poyo gila cakap aku bukan student fakulti dan tak boleh online kat situ. Gila kan? Kalau aku bukan student fakulti, buat apa aku nak mintak online dekat fakulti tu? Nak online kena ada password, nak ada password pulak kena jadi student fakulti. Malas nak layan orang macam ni tau. Buang masa aku je. Huhu.

Dan sejak dua hari lepas, aku tak baca apa-apa sangat ni. Nak mampos exam berderet minggu depan, mati lah aku. Nasib baik aku tak jadik nak ikut Nene pegi melancong ke tempat peranginan Genting Highland hari ni. Kalau tak aku bakal tak buat apa-apa sebab asyik dengan berseronok. Tapi masalahnya sekarang, aku telah menjadi sedikit ketagih untuk tengok Boys Over Flower, F4 versi Korea. So how? Tengah2 nak exam ni lah aku macam orang gila habiskan semua episod cerita-cerita lagha. Gila lah!

Nah, amek kau. Budak gila nak gigit hidung ko, meh sini kalau ko betul-betul berani! Inilah maggi chaghe shaye. Anda bagaimana? Beshar punye!!!

Thursday, October 22

Akak, ngape buat saya gini?

Dear Akak Beyonce,

Saya dapat tau yang akak tak jadik datang Malaysia hari Ahad ni dari kawan saya. Saya sedih, kenapa akak tamo datang Malaysia yang indah ni? Malaysia ni apa kurangnya akak? Saya penat tunggu sebulan dengan penuh sabar sebab saya memang dah lama berhajat nak jumpa akak face to face, tapi kenapa akak buat saya lagu gini? Akak ni memang ar. Sampai ati akak tau! Oleh sebab itu, saya nak pegi refund tiket konsert akak, saya tak kira! Akak dah buat saya sakit hati gila-gila. Saya nak pegi shopping beli jaket cantik dekat Forever 21.

Padan muka akak. Ok lah akak, saya malas nak cakap banyak2 dengan akak, saya ada lab report yang nak disiapkan ni. Bye.

Yours truthfully,

eipul


Surat kat atas ni aku nak kasik dekat Beyonce tapi tiba-tiba rasa malas pulak. Huhu. Aku sebenarnya minggu ni sangat sengsara sebab aku hadapi satu outbreak yang severe. Perut aku diserang bakteria jahat sebab aku pun tak tau kenapa. Aku rasa aku tak ade lah makan sampah atau pun telan berdozen lalat sampai perut aku meragam macam ni. Ko tau? Pagi tadi saja aku dah ulang alik pergi tandas dekat 10 kali sebab tercirit. Aku sirius ni.

Bukan setakat perasaan ingin tercirit aje yang menghantui aku, perut aku pulak sekarang ni memulas-mulas macam nak deliver baby kembar tau. Sakit gila macam rasa nak pengsan 2 kali.

Dahlah kelmarin aku pergi ikut diorang main basikal sampai aku pun dah nak pitam. Aku tak pernah ada rasa nak pitam tapi itu hari memang betul-betul sirius sampai mata aku ting tong tak dapat nak lihat keadaan sekeliling dengan jelas. Sial betul. Dah lah. Aku tak tau nak tulis apa lagi. Semua dah macam mengarut gila.

Dan oh, tolong lah, mana-mana company yang terasa nak amik aku praktikal sem depan please contact aku segera. Aku dah pening nak fikir untuk hantar resume ni dekat mana lagi. Huhu


Monday, October 19

Ada artis datang Parkson Alamanda itu hari.

Masa aku kerja Sabtu haritu diorang ni datang kaunter aku bayar baju Mint. Mula-mula aku ingat pasangan Arab mana sebab balak dia muka macam orang Iran mana entah, tapi bila diorang dah dekat baru aku dapat recall siapa diorang. Tapi aku takde lah excited mana pun, aku remain calm sebab dia bukan artis hot macam Beyonce atau artis blonde macam Blake Lively dan artis favorite all time aku si Leighton Meester. Maaf lah ye.

Sebelum tu, aku duduk kaunter sorang-sorang sampai kepala terlentok-lentok macam ayam cacat sebab terlelap banyak kali. Bosan dol duduk tak buat apa-apa kat situ. So, aku dengan berani dan berwibawanye berjaya buat lukisan bodoh ni.

Tadi aku rasa awkward gila bila masuk kerja itu hari sebab nampak dia tercongok dalam office dan pandang aku masa aku nak ambik float. Tension gila tau! So, aku tunduk aje sepanjang dekat situ sebab tamo tengok muka dia. Malu gila sebab aku pun tak tau kenapa. Sial betul.

Lepas tu manager aku ugut aku suruh hafal P-experience Parkson, ala-ala prinsip-prinsip asas sebagai staff dekat tempat kerja aku. Sumpah aku gerun sebab aku pun tak tau kenapa. So, aku berjaya hafal semua tu ikut urutan;

1) Ready for service
2) Customer approach
3) First impression
4) Establish rapport
5) Establish needs
6) Show the product
7) Handle questions
8) Close that sale
9) Expand that sale
10) Complete that sale
11) Post sale service
12) Last impression

*sumpah aku hafal gila-gila, aku type on the dot tau semua kat atas ni.

Aku ingatkan dia suruh hafal benda-benda ni semua sebab dia nak tanya aku time aku nak balik nanti, tapi hampeh dia dah balik awal hari tu. Merepek kan? Kalau aku tau, tak payah aku gigih hafal benda ni bagai nak rak.

Dengar cerita dia nak tanya pasal focus day minggu depan. Kalau dia tak tanya jugak, aku rabakkan lubang idung dia nanti sampai dia tak larat nak sedut oksigen banyak-banyak. Tengok lah. Muhahahahaha.

Friday, October 16

Sarapan untuk korang. xoxo




Aku tak tido lagi ni. Jangan buat aku marah. Karang tak pasal2 aku gigit hidung korang, nak? tetiba emo. How? Semalam kitorang tak tido langsung sebab asyik berborak gosip artis lah, ngumpat diorang contohnya eh dia ni idung kepet macam anak rusa lah, wah budak ni berlakon macam orang sewel, macam2 lagi lah! Cerita pasal kawan2 lama, mengunyah, mengumpat budak-budak blok, memang asyik dan syahdu tau tak? Disebabkan habis acara dekat pukul 5 pagi, aku macam takde mood nak tido lagi. So, aku mandi cepat-cepat dan masak pengkek. Ingatkan nak makan ramai2, Apiz pulak tak bangun2. So, kitorang makan bertiga saje. LOL

Korang makan apa pagi ni? =D

Kau tahu kau sayang aku.
xoxo
Gosip Teddy.

*ok, silakan cirit laju2 sekarang.

Thursday, October 15

Finally ada juga benda nak update!

Hello kawan-kawan! Kawan-kawan sihat ke? Ok, good. Sebab aku yang tak berapa nak sihat sekarang ni. Bukan tak sihat macam sakit sendi atau sakit nak bersalin, tapi sekarang ni aku tak sihat dari segi mentally. Sekejap-sekejap aku akan stress dan tengok Gossip Girl sampai habis dalam masa 2 hari saje. Best tak? Tambah pulak kelas sekarang ni dah banyak cancel, aku pun bantai tido sampai tengah hari ataupun lagi best aku main Sims 3 buat watak-watak mengarut macam Alanis Doremon, Azpalili, dan buat diorang mati bosan atau sakit sebab makan makanan yang dah rosak. So, hari ni aku berjaya buat sesuatu yang agak bermakna wehoo!!! Ok, ini baru perenggan pendahuluan.

Isi-isi Penting:

1) Aku ngan Bacit pergi memburu rambutan dekat dusun belakang kolej petang tadi sampai kena kejar dengan traktor. Loser gila pak cik tu, kitorang ambik rambutan takdelah banyak mana pun, itupun kedekut tamo kasik, siap mintak balik kejar kitorang naik traktor. Bangang gila kan?

2) Tengah bengang tak dapat makan rambutan tu, aku noticed Sharil balik tergedek-gedek naik moto, so Bacit ngan aku ajak dia pergi Bukit Ekspo sama-sama untuk carik durian pulak. Lepas tu, Sharil bantai ajak Afiq, Apiz, semua.

3) Kitorang plan nak pergi naik motor tapi tiba-tiba Afiq kasik suggestion naik basikal pulak, so kitorang dengan bergaya nye turun bawah untuk pinjam basikal. Tiba-tiba Ayahanda panggil untuk tolak kereta kawan dia yang mati tak idup-idup dan aku hanya boleh cakap "Gua penat gila bai tolak kereta ni berat nak mampos lah!"

Bersiap sedia nak pergi gembala lembu. LOL
Macam budak terencat!

4) Sampai dekat Bukit Ekspo kitorang memang lucky gila-gila sebab dapat sebijik durian besar dan budak chinese belakang kitorang dah menjerit-jerit bengang sebab kitorang amek dulu buah tu. Ahh! Nasib ar ko lambat sangat siapa suruh? Hahahahahaha.


Jangan jeles, kitorang dapat benda ni free je. Haha.

Padang prairie =). Mana lembu2 woii? Rumput kat sini nampak sedap kan? Kalau aku lembu, aku dah anggap tempat ni heaven on earth dah. LOL

5) In order untuk nak makan durian tu, kitorang carik spot menarik untuk piknik makan ramai-ramai dan jumpa padang prairie tepi tasik dan oh memang sangat perfect la tempat tu.

6) Lepas makan, Apiz ngan Afiq ngan Farid teruskan naik basikal pergi atas bukit tapi kitorang malas nak ikut, jadi kitorang camwhore sekejap dekat tepi tasik tu dan buat photoshoot like never before. Best gila!

Cantik kan gambar ni? -Bukan apa, aku just nak gitau korang yang aku memang gifted photographer. Ok, sila muntah dan berak kuat-kuat sekarang. Haha
Aku jadik kelawar. Wuhoo!!!



Ok, dah senja. Jom balik!

7) Balik bilik aku masak Sambal Tumis Gizzard. Sedap gila sampai aku telan nasik sambil menangis-nangis.

8) Apiz datang bilik aku tiba-tiba dan kasik suggestion suruh aku buat pancake. & there u go; Party Pancake paling hebat abad ini. Hahaha.


Dan sekarang aku bertambah-tambah sakit mental sebab lab report aku tak siap-siap lagi dan bakal kena hantar minggu depan. Ohh damn!!!

Sunday, October 11

Kuang ajo nye burung!

Aku tengah sedap2 duduk makan tadi tiba-tiba ada burung ababil mana tah kasik aku bom baik punya. Ko tau apa? Dia lempar tahik dia kat atas seluar aku tadi ok!!! Nasib baik lah takde sesapa yang nampak kejadian kemaluan "BESAR PUNYA!!!" tadi. Siot tol burung ni lah! Takde benda lain ke dia nak kasik aku selain tahik dia yang tak cantik tu?

Cibai gile burung ni lah!!!

Dan dalam hal yang kurang berkait, aku suka dia!!! Really2 suka!!! OMG! Nak mintak number dia lah esok! LOL

Friday, October 9

Munah, ko nak dengar cerita tak?

Ko nak tahu tak Munah? Hari ni aku dah buat group member aku sakit hati gila-gila dengan aku. Dah lah aku ketua kumpulan tapi tak macam ketua sebab aku tinggal diorang macam tu saje. Not that aku intended to do such thing to them but I'm just not a leader type of human forGod sake. Aku tak ready bila someone ask me this and that, hey kau ketua kau pergilah jumpa lecturer ask this and ask that, err eipul what is our topic for the presentation and so so? Please, I'm not that type of people guys, & I do apologize for the wrong doings and shitties I've caused. Kalau kau orang nak buat muka cencurut dengan aku lepas ni pun takpe, I really don't mind.

Just so you know, aku memang accidentally terlajak tido pagi tadi sampai tak sedar tau, tengok jam dah pukul 10 lebih, aku
macam ya Allah, presentation!!! Lepas tu aku baru teringat, OMG, tag untuk program Ahad ni tak print lagi!!! Dah sudah, banyak pulak tahi yang tiba-tiba timbul masa aku tengah pening baru bangun tido ni. Aku pun dah tak tahu nak buat apa. Aku kalau boleh nak page korang and tell u guys I can't make it to the presentation even if I can, sebab dah pukul 10 lebih kot, tapi I'm out of credit. SMS last aku pun aku hantar kat Ana semalam, which she apparently tak reply dan mana pendrive gambar raya yang aku nak malam semalam please? Just forget about it lah.

I was told that presentation tu habis pukul 11, so there's nothing I can do though. Lepas tu, aku pergi office sebab nak settle pasal tag wutsoever tu, and Baba pulak tak mahu tag penuh warna sebab risau ink printer habis, which aku kena balik bilik dan otter balik the background. Masa nak print tu jumpa Nisha and she told me that semua group member aku memang pissed off gila dengan aku sebab aku lepas tangan pasal the whole presentation thing. I'm like what the f?
-ini tag yang aku dah buat untuk hari Ahad ni, yang dah lepas edit background color, sebenarnya lagi meriah tapi nak buat macam mana, kolej tak banyak duit nak beli ink printer banyak-banyak.

Sudah lah kot cerita pasal these things sebab overall, it is clearly my fault, no one to be blamed but me seriously. I owe you guys an apology. If there's anything that I can do to turn these shits back to normal, I will absolutely do. I regretted the thing that I've done and there I've said it. Ok, cukup lah kot, bukannye korang baca pun belog ni kan? Ok lah, aku tak tahu nak cerita apa lagi. Until next time folks. Bubbye.


*sorry kalau korang terbaca entry ni. Aku tau benda ni lame gila. T__T

Thursday, October 8

INSOMNIA. Disturbia version.

Teddy Eipul dengan kawan dia tengah tgk TV.
Maafkan Teddy Eipul sebab dia tiba2 half naked, dia baru bangun tido lah.
Teddy Eipul aku buat dia suka masak, sekarang tgh belajar buat sushi.
Lepas tu, dia jadi journalist sekarang.
Aku tgh suruh dia siapkan novel supaya boleh jual dapat royalti.

Ni Sims aku jugak. Nama dia Nene Afiq. Kahkah
Dia tengah practice menulis artikel. Aku buat dia jadik journalist jugak sebab jadik artis banyak sangat dugaan.
Skrg dia dalam proses bodek boss untuk naik pangkat.
Itu hari dia dah buat aku bangga sebab menang Eating Competition dan berhasil dapat 1000 Simoleons.

Aku dalam proses kumpul duit untuk belikan Nene Afiq ngan Teddy Eipul satu sport car.
Rumah diorang aku baru upgrade sikit tadi sebab terlalu dull.
Lepas ni aku nak tambahkan lagi Sims aku.
Nanti mungkin akan ada Emy Zuliza, Azpa Jaspal, dan Alanis Doremon.
Kahkah.

*Dan inilah yang buatkan aku pura-pura hidap Insomnia dan minggu ni aku dalam disturbia. Sekian.

Monday, October 5

Pulanglah berhari raya~

Semalam sambutan hari raya deepavali berlangsung kat kolej aku. Abaikan word deepavali tu. Actually, hari raya idulfitri. Gambar yang mantap2 belum dapat lagi. Aku nak cerita pun tak sampai hati lah sekarang ni. Hari ni aku ada test. Esok ada test pagi test malam. Minggu ni memang hell hectic. Aku memang sumpah tidak suka langsung. Dengan ujung minggu ni ada presentation yang kitorang tak start buat research lagi. Bodoh gila. Siapa suruh lantik aku jadik ketua? Wajib lah aku buat tak tau sebab aku memang tak buleh dan tak hingin jadik ketua. Hoho.
nasib baik belog ni group member aku tak pernah baca. kehkeh

p/s: Tajuk entry tu sempena lagu yang aku selalu jerit kat bilik dengan Bacit buat masa ni. Korang pernah dengar ke? Lagu si Mak cik Aisyah tu. Entah tak ingat aku. Ye lah, lagu Menjelang Hari Raya yang DJ Dave nyanyi tu pun aku kata Nassier Wahab punya itu pun sebab masa karok hari tu Nassier Wahab yang nyanyi. apa kau merepek ni?


motif aku letak gambar semua orang-orang expired ni kat sini? Huhu

Sunday, October 4

Gua gian.





Tadi Najib junior gua ajak nyanyi lagu raya masa persembahan untuk sambutan raya kolej gua malam ni. Gua nak iya kan, tapi gua bayangkan crowd yang bakal muncul malam ni adalah sangat ramai dan mustahil untuk gua kasik performance yang tip top sebab gua pasti nervous. Jadi gua menolak. Tapi masalahnya Najib telah bangkitkan perasaan ghairah gua untuk nyanyi sial betul lah.

So, gua immediately ajak Bacit pergi karok dekat Jusco Cheras Selatan untuk balun lagu-lagu raya. Lagipun bukan apa, kupon yang gua dapat dulu pun masih belum guna. Kalau gua tak guna sekarang rugi pulak sebab due date dia dah dekat. Kebetulan kawan Bacit, Syaer, ada sekali stay dekat kolej so gua, Bacit, dan Syaer gerak sama-sama pegi sana. Hajat macam semangat gila gua nak nyanyi lagu raya kan? Last2, 4 lagu raya je yang mampu kitorang tibai sebab bukannye best pun nyanyi lagu raya. Kahkah.

Lepas karok gua sempat capai rantai seutas dekat kedai entah nyonya mana. Masa gua nak beli tu ada ke patut nyonya tu tanya gua nak beli berapa banyak rantai tu? Takkan gua nak beli 11 utas kot nyonya? Satu cukup lah. Gua nak buat apa beli banyak2 nyonya?? Gua bukannye kerja cop duit lah nyonya!

Tiba-tiba masuk Seed gua nampak satu jaket yang memang menggoda iman gua. Dahlah 70% diskaun, adoi gua memang tak tahan masa tu. Terus gua sambar bai.

Balik bilik kitorang lapar terus prepare dinner masak lauk kangkung belacan, scrambled egg, ngan kentang goreng. Sedap oh!

*entah apa-apa entry ni. Sory lah kalau terbuang masa korang baca benda tak berfaedah macam ni. LOL

Friday, October 2

Tu lah. Gelak lah lagi! Padan muka!

Dah la kitorang gerak lambat pergi solat Jumaat tadi. Lepas tu masing-masing bantai tergelak-gelak entah apa-apa, songkok nak terbang pun boleh jadi isu sampai menjerit-jerit ketawa huha-huha masa orang tengah solat rakaat pertama. Lepas tu masa nak masuk gate ke kolej boleh pulak kitorang menjerit dan gelak kuat-kuat sebab ada biawak besar macam Komodo Lion lalu dekat sebelah longkang tu. Ok, dan terus serta merta termengumpat Billy kata "Kalau Billy jumpa benda ni memang innalillah benda ni kena buat rendang wutsoever". Like seriously, Billy adalah seorang budak yang suka makan biawak. ForGod sake! Dah lari tajuk pulak.

Perasan tak perenggan atas banyak cerita pasal aku menjerit dan tergelak kuat-kuat serta sangat happy macam tak ingat dunia kan? Ok. This is the better part.

Aku terperasan dekat belakang kolej kitorang ada pokok rambutan yang dah berbuah dan aku tiba-tiba teringin nak ambik buah tu dan makan. Bacit dah macam doubtful banyak kali dan tak galakkan aku panjat pokok tu tapi aku sangat lah terlalu berkeras. OK. & ini hasilnya;

Pergelangan tangan aku dah macam kena cakar dengan kuku tapir.

Notice tak part benjol merah bawah ketiak aku tu? Sakit sial! Badan aku terantuk dekat dahan yang tajam tu.
*satu bijik rambutan pun aku tak sempat ambik. Best tak?


Tu lah kalau orang tua-tua cakap. Jangan huha-huha sangat, karang menangis keluar hingus. Korang pernah dengar tak? Maybe korang pernah dengar yang ini kot; Jangan ketawa banyak sangat kelak menangis.

*nasib baik aku jatuh pokok tadi takde orang yang pegang kamera ke apa, kalau tak mesti korang boleh jumpa video aku dalam youtube lepas taip "Jatuh time panjat pokok", sure jumpa. Kahkah.

Dekat wall status fb aku sekarang tertera "I think I broke my rusuk, & hell I don't need minyak gamat or any first aid". Best tak?

Ke kiri. Tak boleh digantikan.

To the left, to the left
To the left, to the left

Mmmm...
To the left, to the left
Everthing you own in the box to the left
In the closet, that's my stuff
Yes, if I bought then please don't touch (Don't touch)

And keep talkin' that mess that's fine
But could you walk and talk at the same time?
And, it's my name that's on that jag
So remove your bags let me call you a cab

Standin' in the front yard tellin' me how I'm such a fool
Talkin' 'bout, I'll never ever find a man like you
You got me twisted

[chorus:]
You must not know 'bout me
You must not know 'bout me
I could have another you in a minute,
Matter fact, he'll be here in a minute, baby
You must not know 'bout me
You must not know 'bout me
I could have another you by tomorrow
So don't you ever for a second get to thinkin'
Your irreplaceable

So go ahead and get gone, call up that chick,
And see if she's home
Oops, I bet you thought, that I didn't know,
What did you think, I was puttin' you out for

Because you was untrue, rollin' her around in the car that I bought you
Baby drop them keys
Hurry up before your taxi leaves

Standin' in the front yard tellin' me how I'm such a fool
Talkin' 'bout, I'll never ever find a man like you
You got me twisted

[chorus:]
You must not know 'bout me
You must not know 'bout me
I could have another you in a minute
Matter fact, he'll be here in a minute, baby
You must not know 'bout me
You must not know 'bout me
I could have another you by tomorrow
So don't you ever for a second get to thinkin'
Your irreplaceable

So since I'm not your everything
How about I'll be nothing, nothing at all to you?
Baby I won't shed a tear for you (I won't shed a tear)
I won't lose a wink of sleep (A wink of sleep)
'Cause the truth of the matter is
Replacing you is so easy, hey...

To the left, to the left
To the left, to the left
Mmmm...
To the left, to the left
Everything you own in the box to the left
To the left, to the left
Don't you ever for a second get to thinkin'
Your irreplaceable

[chorus:]
You must not know 'bout me
You must not know 'bout me
I could have another you in a minute
Matter fact, he'll be here in a minute, baby
You must not know 'bout me
You must not know 'bout me
I could have another you by tomorrow
So don't you ever for a second get to thinkin'
(Baby hey yeah!)

[chorus:]
You must not know 'bout me
You must not know 'bout me
I could have another you in a minute
Matter fact, he'll be here in a minute

You can pack all your bags we're finished (You must not know 'bout me)
'Cause you made your bed now lay in it (You must not know 'bout me)
I could have another you by tomorrow
Don't you ever for a second get to thinkin'
You're irreplaceable?


Kawan aku translate kan lirik lagu ni ke dalam BM. Kelakar dol![kredit to Wan]

ke kiri, ke kiri
ke kiri, ke kiri

mmmm....
ke kiri, ke kiri
semua barang kamu dalam kotak sebelah kiri
dalam alamari,itu barang saya,
ya, kalau saya punya tolong jangan sentuh(jangan sentuh)

dan teruskan cakap mengarut, tak kisahlah
tapi boleh kamu jalan dan bercakap pada masa yang sama?
dan,nama aku ada pada "jag" itu,
jadi ambil beg kamu ni biar aku panggilkan teksi

berdiri di halaman depan beritahu betapa bongoknya aku
bercakap tentang aku tak mungkin akan dapat lelaki macam kamuuu..
kau buat aku pusiiing

chorus:
kau mesti taktau pasal aku,
kau mesti taktau pasal aku,
aku boleh dapatkan macam kau dalam seminit,
hakikatnya, dia boleh sampai disini dalam seminit, bayiii
kau mesti taktau pasal aku,
kau mesti taktau pasal aku,
aku boleh dapatkan macam kau hari esok
jadi jangan kau perasan untuk sesaat yang kamuuu..tak boleh digantikan..


bah pergi sajala dan terus hilang, telefon ayam itu,
dan tengok kalau dia dirumah
ooops, kau mesti sangka, yang aku tak tahu,
apa kau fikir, untuk apa aku buang kau,

sebab kamu tak benar, berguling dengan dia dalam kereta yang aku bagi pada kau,
bayii jatuhkan kunci itu,
cepatla sebelum teksi kau pergiii

berdiri di halaman depan beritahu betapa bongoknya aku
bercakap tentang aku tak mungkin akan dapat lelaki macam kamuuu..
kau buat aku pusiiing


chorus:
kau mesti taktau pasal aku,
kau mesti taktau pasal aku,
aku boleh dapatkan macam kau dalam seminit,
hakikatnya, dia boleh sampai disini dalam seminit, bayiii
kau mesti taktau pasal aku,
kau mesti taktau pasal aku,
aku boleh dapatkan macam kau hari esok
jadi jangan kau perasan untuk sesaat yang kamuuu..tak boleh digantikan..


jadi sejak aku bukan segalanya untuk kamu
mcmana aku jadi tiada, tiada segalanya untuk kamu?
bayii aku takkan keluarkan air mata untuk kamu(aku takkan keluarkan air mata)
aku takkan terganggu tidur(terganggu tidur)
sebab kebenarannya tentang hakikat
menggantikan kau sangantla senang, hey...

ke kiri, ke kiri
ke kiri, ke kiri

mmmm....
ke kiri, ke kiri
semua barang kamu dalam kotak sebelah kiri
ke kiri-ke kiri
jadi jangan kau perasan untuk sesaat yang kamuuu..tak boleh digantikan..


chorus:
kau mesti taktau pasal aku,
kau mesti taktau pasal aku,
aku boleh dapatkan macam kau dalam seminit,
hakikatnya, dia boleh sampai disini dalam seminit, bayiii
kau mesti taktau pasal aku,
kau mesti taktau pasal aku,
aku boleh dapatkan macam kau hari esok
jadi jangan kau perasan untuk sesaat yang kamuuu..(bayi hey yeah)

chorus:
kau mesti taktau pasal aku,
kau mesti taktau pasal aku,
aku boleh dapatkan macam kau dalam seminit,
hakikatnya, dia boleh sampai disini dalam seminit

kau boleh kemas semua beg kau kita sudah habis(kau mesti taktau pasal aku)
sebab kau buat katil sendiri sekarang baringla situ(kau mesti taktau pasal aku)
jadi jangan kau perasan untuk sesaat yang kamuuu..tak boleh digantikan?

Kolam Ikan Encik Eipul